Shamsuriyadi.com

Buat Duit Online
Menu
  • Home
  • About
  • Contact
  • Arkib
  • Produk
  • Testimonial
Home
Berita
Krisis Politik Terengganu Berterusan
Berita

Krisis Politik Terengganu Berterusan

sham 4 Comments

Saya sebagai anak terengganu berasa sedikit kecewa dengan apa yang berlaku. Ia secara terang terangan menunjukkan pemimpin melayu berpecah belah di Terengganu. Saya rasa PRU 12 adalah paling kucar kacir dalam sejarah Malaysia. Negeri yang menang banyak yang berlaku perebutan kuasa..Perak,Kedah,Selangor,Perlis dan Terengganu adalah antara negeri yang terlibat.

Yang paling teruk ialah Terengganu yang sehingga kini belum selesai sejak 8 mac lepas. Dah 3 minggu berlalu keadaan negeri masih belum berkerajaan. Nak kata BN kalah, dah menang. Apa yang susah ye?Lantiklah sesiapa yang layak menjadi MB. Bila dah lantik, ADUN tak setuju & nak letak jawatan. Nak mengundi balik…Saya tak balik dah sebab PAS menang..hehehe

PAS pasti bersorak gembira jika ada pilihanraya kembali. Keadaan mungkin akan berlaku sebaliknya.BN kalah & PAS menang seluruh negeri. Jika pilihanraya dilakukan kembali, saya rasa keganasan akan berlaku lagi sebagaimana PRU 12 baru baru ni. Saya memang tidak sukakan keadaan sedemikian.

Kenapa ini terjadi kepada negeri tumpah darahku ni? Saya berasa kurang selesa dengan keadaan yang berlaku ini. Terus terang.. Harap ia dapat diselesaikan dengan cara baik. Pilih pemimpin yang disokong ramai.Bukan sebab kemahuan individu tertentu bagi melancarkan perjalanan pentadbiran.

Harap apa yang berlaku akan menjadi pengajaran buat mereka yang terlibat dalam politik.Kerajaan asyik menyerang pembangkang cakap pentadbiran tak smooth…sekarang berbalik kat muka sendiri. Terengganu dok asyik bergaduh merebut jawatan MB…

Selesaikan dengan cara baik.”Dok Molek douk balloh sebab nok jawatang”…hehehe..loghat Terengganu skit..:p

Artikel Berkaitan
  • Pemilihan UMNO Semakin Hangat
    Semua cerita dalam surat khabar hari ini adalah berkenaan pemilihan UMNO dan parti komponen BN yang ...
  • Terengganu Masih Tiada MB ni..Apa cerita?
    Saya masih berada di Terengganu sekarang ni.Esok baru saya balik ke KL. Rakyat Terengganu masih tert...
  • Jika Diberi Pilihan….
    Bila baca berita & calling kawan kawan kat Terengganu...terasa panas di hati ni...UMNO & BN....
  • Gambar Perkahwinan Di Terengganu
  • Krisis Makanan Dunia Semakin Menjadi Nyata
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Post Views: 507
Klik Untuk Share..Semoga Bermanfaat Kat kawan Anda.
Share
Tweet
Email
Prev Article
Next Article
Tags:ahmad said bn terengganu idris jusoh mb terengganu menteri besar pas terengganu pilihan raya terengganu pru 12 terengganu

Related Articles

Kadar Pos Laju
Bagi mereka yang mengunakan perkhidmatan Pos Laju, bermula hari ini …

Pos Malaysia Naikkan Surcaj Bahan Api Dari 10% ke 15%

Selamat Datang Ke Shamsuriyadi.com
Dah lama saya merancang personal blog saya ni.Jadi disini tempat …

Selamat Datang Ke Shamsuriyadi.com

4 Comments

  1. Muax

    Bro , UMNO Terengganu PENDERHAKA SULTAN????

    Melayu Terengganu panggil Sultan “Natang” , hai aper citer???

    Dulu Lim Kit Siang buat statement pulau majlis lantikan mb , UMNO heboh kata LKS penderhaka Sultan, marah sana sini , skang Pak Lah pulak :p .

    Ulas ler??? biar adil dan saksama.

  2. sham

    Memang nak ulas pun…saya dah panas ni…

  3. SyedHafidz

    Asasnya sebenarnya adalah dasar perjuangan..
    Kalau dasar prjuangan ikhlas kerana Allah, maka kita akan insaf bahawa jawatan / pangkat adalah amanah yang akan ditanya olehNya bukan singgahsana kemegahan..
    Saya cukup tak selesa dengan sikap pemimpin UMNO yang “gila pangkat” ni…
    Kan bagus kalau kita hormati keputusan sultan..
    sultan tak perkenan tu mesti ada sebab…

  4. aliman

    Org PAS perak memang penderhaka Raja…sokong karpal. Di TRG mat said dipilih raja…sbb tu rakyat marah tapi tak seteruk perak…. gila jawatan. Di perak lagi Gila jawatan sbb tu masuk keluar mahkamah. Tak boleh komen banyak nanti blog ni pun kena ISA.

Leave a Reply

Entri Terbaru

  • Harga Barang Naik. Apa Yang Boleh Kita Buat?
  • Krisis Makanan Dunia Semakin Menjadi Nyata
  • Youtuber Indonesia Ditahan, Harta Disita Berikutan Penipuan Judi Online
  • Panggilan Telefon Dari LHDN – Scam atau Betul?
  • Pagar Cyclone Atau Pagar Elektrik Lebih Jimat?

Shamsuriyadi.com

Buat Duit Online
Copyright © 2022 Shamsuriyadi.com

Before you go

You may also be interested in these posts:

Terengganu Masih Tiada MB ni..Apa cerita?

Saya masih berada di Terengganu sekarang ni.Esok baru saya balik ke KL. Rakyat T…

Jika Diberi Pilihan….

Bila baca berita & calling kawan kawan kat Terengganu…terasa panas di …

Selamat Datang Ke Shamsuriyadi.com

Dah lama saya merancang personal blog saya ni.Jadi disini tempat saya akan merap…