MyMi1 Sudah Bermasalah?


Sebenarnya sudah agak lama saya menerima request untuk menulis review tentang MyMi1 ini. Malah ada kawan yang ajak join pun ada. Saya dengar MyMi1 sedang mengalami masalah. Ahli sudah tak dapat bayar bil dan pulangan bulanan  sudah tergantung .

mymi1

Ini disalin daripada Ahli MyMi1 yang berada dalam group Ponzi Scheme Malaysia hasil lawatannya ke pejabat MyMi1 semalam untuk mendapatkan penjelasan. Pejabat masih beroperasi seperti biasa seperti tiada apa apa yang berlaku.

Sekarang mereka menawarkan bailout atau jalan keluar kepada mereka yang nak keluar dengan potongan 35% daripada nilai pelaburan yang dibuat. Jika masuk dengan RM21,000 hanya akan terima RM13650 sahaja. Bagi yang sabar, boleh tunggu sistem ok . Mereka kata raya cina nanti.. Kita tunggu samada “beraya” ke tak nanti..hehehe

Bagi saya ia petanda jelas, sesuatu skim yang too good to be true akan menutup kedai. Ia kini sudah makan berbulan-bulan untuk proses kemaskini katanya. Sebagai seorang dalam bidang IT, ia sesuatu yang pelik untuk tidak mempunyai back up sistem atau ia sekadar alasan sebelum tutup kedai. Apa yang rasakan, mereka sudah habis duit untuk rolling bayar keuntungan kepada ahli.

Tak sangka pulak cepat betul ia matang. Baru  2 tahun tak silap saya. Namun, ia adalah standard untuk skim cepat kaya untuk matang cepat apabila tiada kemasukan ahli baru. Kita boleh tengok sejarah skim cepat kaya atau ponzi lain akan bermula dengan berita pecah amanah dan sistem bermasalah. Akhirnya penganjur cabut lari. Yang tinggal pelabur atau ahli terkebil-kebil masih tak faham apa yang berlaku.

Bagi meredakan keadaan, mereka akan menawarkan bail out bersama dengan SCARCITY iaitu menakut-nakut ahli dengan hilangnya komisen atau kurangnya modal apabila diterima kelak. Ahli MyMi1 kini sudah tak boleh bayar bil mereka. Awalnya mereka mengatakan program ini untuk membantu penjimatan dan memudahkan ahli membayar bil sekali dengan pendapatan tambahan.

Sekarang sudah berbulan-bulan sistem bermasalah dan sedang dikemaskini. Tak mengamuk ahli yang join. Bil kena bayar sendiri, topup pun tak dapat siap kena beli sendiri. Duit dah keluar banyak.

Pelan Pemasaran MyMi1

Berikut adalah pelan pemasaran yang ditawarkan oleh MyMi1 ini kepada mereka yang menyertai mereka.

mymi1

Daripada gambarajah pelan pemasaran mereka ini, pangkat boleh dibeli dengan duit dan menerima pulangan berdasarkan pangkat berkenaan.

Pulangan yang ditawarkan juga mencecah 280% daripada modal asal yang dikeluarkan bergantung kepada pakej dia. Masyuk tu.. Power bak hang kata orang perelih.

pulangan-mymi1

Rasanya baru satu pusingan dan bermasalah. Berangan jela nak dapat 63K dengan modal 21K. Inilah saya maksudkan too good to be true. Yang masuk pakej kecil tu memang tak terasa. Yang masuk masuk jadi VIP tu, boleh berhuhu jika ia ditutup nanti.

Kita nantikan Februari 2017 nanti.. 🙂

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Incoming search terms:

  • mymi1 2017
  • mymi1
  • mymi1 bermasalah
  • berita mymi1 terkini
  • berita mymi1 2017
  • berita mymi1
  • kabar mymi1
  • berita terkini mymi1
  • kabar terbaru mymi1
  • mymi1 terbaru
Klik Untuk Share..Semoga Bermanfaat Kat kawan Anda.

Comments 10

  1. rujukan December 20, 2016
  2. sham December 20, 2016
  3. abdfatah December 22, 2016
  4. sabree hussin January 14, 2017
  5. ct January 17, 2017
  6. ilham January 18, 2017
  7. sham January 31, 2017
  8. Linda halim February 27, 2017
  9. sham February 28, 2017
  10. Linda halim February 28, 2017

Leave a Reply

error: Content is protected !!