Petang tadi PM Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin yang telah dikatakan all out. Selama 22 bulan sebelum ini, tiap tiap hari dimomokkan kerajaan takde duit. Hutang banyak. Semua negara ada hutang, tapi pastikan ada cara untuk membayar balik.
Kalau penyelesaiannya jual aset kerajaan. Itu mencari nahas. Sebab itu adalah aset yang boleh memberikan jutaan ringgit pulangan dalam jangka masa yang panjang. Kini ekonomi dunia sedang merudum berikutan pandemik Covid 19, pada Februari 2020 BNM mengumumkan rezab masih adalah 400++ Billion. Saya pasti kerajaan PN sekarang gunakan rezab yang ada untuk merangsang ekonomi dalam negara.
PERBELANJAAN DI DALAM NEGARA PERLU DIRANGSANG
Jika rakyat tak berbelanja, ekonomi negara akan semakin teruk. Jadi dalam Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin tadi menunjukkan pakej yang all out untuk berikan duit ke tangan rakyat agar berbelanja. Cara ini digunakan DS Najib semasa kegawatan ekonomi sebelum ini dengan pemberian BR1M untuk merangsang ekonomi dalam negara. Langkah ini menyebabkan rezab bank negara naik daripada RM800 billion kepada RM2 Trillion. Boleh rujuk rekod bank negara ya.
Tiada siapa yang boleh menafikan kepintaran DS Najib dalam bab ekonomi. Daripada pemerhatian saya, kerajaan PH gagal untuk merangsang ekonomi negara dan asyik mencari salah kerajaan terdahulu apabila mengambil tampuk pemerintahan negara. Malah semua manifesto yang dicanang sebelum pilihan raya umum semuanya ke laut dan hampir tidak ditunaikan (ada penurunan tol & etc). Malah janji mereka untuk tidak melibatkan ahli politik dalam pentadbiran GLC juga tidak ditunaikan.
Malah dalam post FB DS Najib tidak henti-henti menasihati agar kerajaan PN berikan wang ke tangan rakyat untuk merangsang ekonomi. Cash is King! katanya. Ia adalah perlu untuk meningkatkan perbelanjaan di dalam negara di saat ekonomi dunia semakin lumpuh apabila satu per satu kerajaan di dunia melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan di negara mereka berikutan penularan Covid 19.
Ujian Terbesar Kerajaan Perikatan Nasional
Jadi sama saja amalan kerajaan sebelum ini dengan kerajaan PH. Namun, setelah kerajaan PN mengambil alih, mereka diuji dengan ketidaktentuan politik, kemerosotan ekonomi dan juga wabak Covid 19 yang semakin serius. Malah boleh tengok pada wajah menteri-menteri terutamanya PM yang keletihan memikirkan apakah jalan penyelesaian terbaik untuk rakyat.
Walaupun ada kritikan terhadap Menteri Kesihatan yang digelar menteri air suam berikutan mengeluarkan kenyataan yang berdasarkan mitos berkenaan Covid 19 dan mendapat teguran daripada doktor dan juga persatuan perubatan termasuk lah daripada WHO sendiri. Sejak daripada tu, tak nampak Menteri Kesihatan keluar kenyataan. Semuanya dilakukan oleh Pengarah Kesihatan Malaysia. Tidak dinafikan Menteri Kesihatan pada masa pemerintahan PH dilihat lebih tenang dan tegas dalam isu kesihatan.
Saya lihat Menteri Kesihatan PN ini masih terkejut dengan lantikan sebagai Menteri. Semua bukan tahu semua benda. Malah doktor pun ada bidang kepakaran masing-masing.
Pakej Rangsangan Ekonomi Terbaik
Terus terang rakyat lega apabila ia diumumkan petang tadi. Ia dilihat menyeluruh kerana mereka dalam kelompok B40 dan M40 merupakan antara mereka yang terjejas teruk disebabkan langkah PKP ini. Selain itu banyak perniagaan kehilangan pendapatan sepanjang PKP. Dalam pakej rangsangan ekonomi ini juga tidak melupakan PKS yang menjadi nadi ekonomi dalam negara.
Berikut adalah ringkasan daripada pakej rangsangan yang diumumkan petang tadi.
1- Penangguhan bayaran premium takaful & insurans selama 3 bulan kepada mereka yang terjejas. Syarikat berkenaan akan menyatakan syarat-syaratnya nanti.
2- Elaun khas frontliner kesihatan dinaikkan dari Rm400 ke RM600 sebulan sehingga virus ini betul-betul ditangani mulai 1 April 2020.
3- Elaun khas badan beruniform RM200 sebulan mulai 1 April 2020.
4- Bantuan Prihatin Nasional secara one-off (sekali jer) untuk semua termasuk pekerja swasta dll:
i) RM 1,600 isirumah RM4,000 ke bawah. RM1,000 dibayar April, RM600 dibayar Mei
ii) RM 1,000 isirumah berpendapatan RM 4,000 – RM 8,000. RM 500 dibayar April, RM500 dibayar Mei
iii) RM 800 kepada individu bujang 21 tahun ke atas berpendatan RM2,000 kebawah. RM 500 dibayar April, RM300 dibayar Mei
iv) RM 500 kepada individu bujang 21 tahun ke atas berpendatan RM2,000 – Rm 4,000. RM 250 dibayar April, RM250 dibayar Mei
v) Bayaran BSH seterusnya pada bulan Julai 2020
vi) RM 200 kepada student IPT, RM200 dibayar pada bulan Mei
vii) Bantuan kepada OKU, warga emas & gelandangan berbentuk makanan, barangan penjagaan diri & tempat perlindungan.
5- Tangguhan pembayaran pinjaman PTPTN & PTPK mulai 1 April – 30 Sept 2020.
6- Pencarum PRS akaun B boleh keluarkan sehingga RM1,500 hingga Disember 2020
7- Pengecualian bayaran sewa PPR sehingga 6 bulan.
8- Sewaan bangunan kerajaan persekutuan ditangguhkan selama 6 bulan.
9- Diskaun berperingkat TNB 15% sehingga 50% bagi kediaman dan komersial. Diskaun 2% TNB untuk rumah.
10- Internet percuma 1GB sehari oleh Telco-telco.
11- Bantuan tunai RM500 secara one-off untuk penjawat awam gred 56 ke bawah termasuk kontrak.
12- Sumbangan pesara RM500 secara one-off.
13- Program subsidi upah Rm 600 sebulan hingga 3 bulan untuk setiap pekerja gaji rm4,000 ke bawah untuk majikan yang berpendapatan menurun lebih 50%. Majikan tidak dibenarkan memberhentikan pekerja.
14- Bantuan RM500 pemandu e-haling, pemandu teksi RM600.
15- Kerajaan tanggung bayaran gaji pekerja am sepanjang PKP ini seperti tukang masak, tukang cuci
16- Dana 4.5billion dari BNM bagi pembiayaan PKS.
17- Kredit mikro diuruskan BSN untuk PKS/SME sehingga RM75,000 dengan faedah 2% tanpa cagaran.
18- KWSP akan perkenalkan rundingan majikan untuk penstrukturan semula bayaran majikan.
19- Pengecualian levi HRDF selama 6 bulan
20- Penangguhan cukai untuk PKS selama 3 bulan
21- Program kewangan sosial , modal permulaan perniagaan dari zakat
22- Projek kecilan untuk baiki infrastruktur untuk kontraktor kelas G.
Daripada pemerhatian saya, apa yang diumumkan ini kena dengan apa yang disuarakan oleh rakyat. Apabila PKP dilaksanakan bil elektrik akan meningkat, jadi kerajaan beri diskaun sehingga 50%. Apabila PKP, internet tak cukup tak tahu nak buat apa di rumah, jadi kerajaan bagi 1GB internet percuma sehari.
Keluhan Rakyat Didengari Oleh Kerajaan
Apabila rakyat bising takde duit, kerajaan bagi RM1600 dan RM1000 untuk mereka berpendapatan bawah RM8,000 sebulan untuk mereka berbelanja. Itu belum masuk insentif lain seperti penangguhan pinjaman, bantuan mangsa covid 19 dan banyak lagi.
Elaun dan bantuan untuk sektor Kesihatan juga ditambah termasuk mereka yang menjadi Frontliners seperti doktor, jururawat, polis, ATM,RELA dan banyak lagi. Malah sektor yang terjejas seperti pemandu e-hailing dan pemandu teksi juga dapat bantuan kewangan one off.
Bantuan one off untuk kakitangan awam dan pesara tu memang dah komfirm bila bajet diumumkan. Cuma bajet PH je macam takde sangat..hehehe
Tindakan kerajaan untuk meneruskan semua projek yang telah diumumkan juga memastikan ekonomi terus berjalan walaupun ada bebanan kewangan kelak. Duit boleh dicari lagi nanti apabila aktiviti ekonomi dalam negara semakin pulih nanti.
Hentikan Penularan Covid 19
Apa yang penting sekarang ialah hentikan penularan Covid 19. Apabila ia sudah terkawal, aktiviti ekonomi akan kembali rancak. Sebagai rakyat, berbelanjalah dengan membeli barangan keluaran Malaysia. Rasanya barangan import juga semakin susah nak dapat nanti seperi epal,anggur dan sebagainya apabila negara pengeluar juga sedang terhimpit dengan penularan Covid 19.
Apa boleh kita buat ialah rancakkan semua aktiviti ekonomi negara. Insentif khas untuk mereka yang terlibat dalam pengeluaran makanan. Ini perkara penting. Paling penting ialah hapus perosak tanaman seperti kera dan babi hutan yang menjadi faktor utama kegagalan aktiviti pertanian Malaysia.
Kita perlu hasilkan makanan kita sendiri. Jika tidak apa sahaja insentif untuk pengeluaran makanan akan temui kegagalan jika perosak utama tidak dihapuskan.
Kepada sahabat sekali, teruskan berada dirumah sehingga penularan Covid 19 dihentikan. Malaysia juga dipilih oleh WHO untuk ujian klinikal untuk ubat Covid 19 yang telah dihasilkan berikutan langkah terkawal yang dilakukan oleh kerajaan Malaysia.
Kawasan Merah Covid 19 akan diperketatkan kawalan dengan PKPD. Ikut segala arahan pihak berkuasa. Ia adalah untuk keselamatan dan kesihatan anda dan disekeliling anda. Bukan untuk orang lain.
