Hukum Tukaran Wang Asing dan (Forex) Salah Disisi Undang Undang?

January 5, 2010 · 33 comments

in Isu Semasa

Ramai yang tertanya tanya apakah hukum perdagangan wang asing atau lebih popular dengan pangilan FOREX. Saya bukanlah pakar dalam bidang memberi hukum hakam ini. Tetapi saya cuba berikan link yang berkaitan agar ia dapat dirujuk oleh kita semua.

1. Penciptaan Duit Kertas Moden dan Hukum Forex

2. Hukum Berniaga & Melabur Dalam Forex trading

3. Isu Leverage Dalam Forex Trading

Forex salah disisi undang undang ke? Merujuk kepada kenyataan terbaru dari Bank Negara Malaysia. Ia adalah suatu kegiatan yang salah disisi undang undang.

Berhati-hati dengan Skim Urus Niaga Mata Wang Asing Secara Haram

Bank Negara Malaysia ingin mengingatkan orang ramai untuk tidak menyertai mana-mana pelaburan atau program latihan urus niaga mata wang asing secara haram yang ditawarkan oleh individu atau syarikat dalam atau luar negeri.

Orang ramai selalunya dipujuk untuk menyertai pelaburan atau program latihan seperti ini dengan janji pulangan yang cepat dan lumayan. Modus operandi program termasuk:

* Menawarkan latihan, seminar atau bengkel percuma untuk mengumpan para pelabur, sebelum mempelawa mereka untuk membuka akaun urus niaga mata wang asing dalam talian dengan syarikat induk (kononnya mempunyai lesen yang sah untuk menjalankan urus niaga mata wang asing di luar negara);

* Menyediakan akses mudah kepada laman sesawang syarikat induk dan kemudahan urus niaga bagi menyenangkan pelabur menjalankan urus niaga mata wang asing secara dalam talian;

* Pengambilan siswazah baharu sebagai eksekutif pemasaran dan menggalakkan mereka untuk melibatkan keluarga dan rakan-rakan mereka dalam urus niaga mata wang asing; dan

* Menghendaki pelabur menyimpan sejumlah wang dalam akaun bank bagi memulakan urus niaga mata wang asing, dan seterusnya meminta mereka menambah pelaburan permulaan (panggilan margin) bagi mengelakkan kehilangan modal.

Di bawah Akta Kawalan Pertukaran Wang 1953, adalah satu kesalahan untuk seseorang individu di Malaysia membeli atau menjual mata wang asing atau melakukan apa-apa tindakan yang melibatkan, berhubung dengan, atau persediaan untuk, membeli atau menjual mata wang asing dengan mana-mana orang, selain daripada peniaga berdaftar. Di bawah Akta ini juga, adalah satu kesalahan untuk seseorang itu membantu atau bersubahat dengan orang lain untuk membeli atau menjual mata wang asing dengan mana-mana orang, kecuali orang tersebut ialah peniaga yang dibenarkan.

Senarai peniaga dan institusi kewangan yang dibenarkan oleh Pengawal Pertukaran Wang Asing untuk membeli atau menjual mata wang asing boleh didapati di laman sesawang Bank Negara Malaysia (http://www.bnm.gov.my).

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi Bank Negara Malaysia di:
BNMTELELINK (Pusat Perkhidmatan Pelanggan)
1-300-88-5465 atau
E-mel: bnmtelelink@bnm.gov.my

Bank Negara Malaysia
4 Januari 2010

Saya menjangkakan ia pasti akan mengundang pelbagai reaksi kepada mereka yang terlibat dalam forex trading di Malaysia ni. Bagi mereka yang terlibat dalam forex trading pasti akan cuba pelbagai hujah dan dalil bagi menghadapi isu ini.

Bagi mereka yang terlibat dalam coaching , seminar dan bengkel Forex, ia merupakan satu tamparan yang cukup hebat. Langkah ini dibuat mungkin terdapat aduan dari orang ramai berkenaan dengan perdagangan wang asing di atas talian (online) yang semakin diminati ramai orang.

Bagi saya, kenyataan BNM ada betul dan salahnya. Forex mungkin banyak kali diekploitasi oleh syarikat tertentu bagi tujuan menipu menyebabkan BNM mengeluarkan kenyataan sedemikian.Bermula dengan Swiss Cash yang kononya mendapat pendapatan mereka daripada Forex dan pelaburan minyak. Ramai orang awam tertipu oleh penipuan berkenaan menyebabkan BNM mula mengambil tindakan mengharamkan semua berkenaan forex trading yang berpusat diluar negara.

Namun agak sukar untuk mengambil tindakan disebabkan ianya berpusat diluar negara. Kini pelbagai broker yang tumbuh bagai cendawan selepas hujan yang kononnya mendapat kelulusan daripada bank bank luar negara seperti Cyprus dan sebagainya. Tiada tapisan yang dibuat samada broker tersebut sah atau tidak. Ini menjadi satu isu utama. Ya, ada broker forex diluluskan oleh kerajaan US. Ini menjadikan forex bukanlah sesuatu yang sangat salah. Tetapi yang mana satu broker yang sah?

Lebih lebih di Malaysia terdapat undang undang berkenaan dengan tukaran wang asing iaitu Akta Kawalan Pertukaran Wang 1953. Ia adalah untuk melindungi ekonomi dieksploitasi menerusi tukaran wang asing. Jadi ini memberi hak dan kuasa untuk BNM mengharamkan perdagangan wang asing di Malaysia.

Penglibatan ramai rakyat Malaysia dalam Forex online. Malah ada yang menjadi jutawan menerusi perdagangan mata wang asing ini. Tetapi lebih ramai yang mengalami kerugian ribuan ringgit dalam forex.

Ia memerlukan pengetahuan yang luas berkenaan pelbagai analisa pasaran dan fundamental. Ramai yang mengalami kerugian yang besar. Forex adalah sesuatu yang sangat berisiko tinggi. Fikirkan 3,4,5 kali sebelum anda menyertai sebarang forex broker dan melakukan perdangangan jual beli matawang asing.

Apa pulak pendapat anda?



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Incoming search terms:

  • hukum melabur dalam vgmc
  • kuasa forex penipu
  • aplikasi semasa perdagangan mata wang asing
  • senarai broker forex yang sah
  • APLIKASI SEMASA PERDAGANGAN MATA WANG
  • isu forex haram kerana menyalahi undang undang negara
  • isu syariah mata wang asing
  • isu-isu syariah yang berbangkit berkaitan perdagangan mata wang asing
  • contoh aplikasi perdagangan mAtawang
  • isu syariah berkaitan perdagangan mata wang asing

{ 33 comments… read them below or add one }

siapasiapa January 5, 2010 at 10:57 pm

di malaysia ni, yang boleh main forex hanya bank sahaja. broker memang tak wujud. dan tak wujud juga hedge fund yang menguruskan dana forex macam negara jepun dll. jadi, memang tak boleh nak ‘main’ duit orang. masalahnya ada pihak yang buat macam ni dan menyebabkan rugi. kemudian orang yang tak puas hati mula buat laporan.

saudara tidak boleh samakan forex dengan swisscash. forex adalah instrumen kewangan sama macam futures, option, warrant dan sebagainya. tak wujud sistem piramid yang memungkinkan untuk menipu duit ‘orang bawah’. jadi, kalau individu itu menggunakan duit sendiri, sepatutnya tak menjadi masalah. yang penting jangan bagi orang ‘main’kan duit kita. tentang hukum agama pulak, kebanyakan instrumen kewangan memang ni hukumnya memang kabur sikit. ramai yang berlainan pandangan.

saya rasa mungkin forex ni dah terlalu popular agaknya. ramai orang yang mengambil kesempatan untuk menganjurkan kelas-kelas forex dan sebagainya. kenakan bayaran beribu-ribu tapi bila keluar tetap tak untung jugak. bila ramai dah rugi, BNM pun mulalah nak ambil tindakan

sham January 6, 2010 at 12:16 pm

saya tak samakan forex dengan swisscash. Saya cakap swisscash mendakwa mereka mendapat keuntungan daripada forex. Forex diekploitasi banyak pihak.

thanks.Banyak jugak info dari saudara/saudari.

kel January 8, 2010 at 12:21 am

setuju dgn siapasiapa. tapi saudara tidak boleh kata ianya sesuatu yg sangat salah. yg tak bagus ialah apabila ada pihak tertentu mengambil kesempatan dari orang ramai yg tidak tahu tentang forex. kononnya pelabur invest dan untung bahagi berdasakan % tertentu.. atau kemungkinan mereka merupakan introducing broker kpd broker forex tertentu dan mereka akan dapat komisen drpd setiap transaksi yg dibuat. so mereka akan tarik orang ramai supaya buka akaun dgn mereka dan dari situ mereka akan dapat komisen. macam tu tak bagus lah.

tapi sesetengah introducing broker pula ada menganjurkan kelas kpd traders yg buka akaun melalui affiliate mereka, sama macam support yg diberikan apabila kita membeli sesuatu produk. yg ini bagi saya ok.

so pandai-pandailah pilih dan belajar sebelum terjun dlm fx ni.

sham January 8, 2010 at 4:52 pm

Saya tak pernah kata forex adalah salah. Cuma bank negara yang akan bertindak tegas kepada mereka yang cuba menipu.Lebih baik berjaga jaga daripada terkena.

kel January 10, 2010 at 8:48 pm

u kata kat atas tu “Ini menjadikan forex bukanlah sesuatu yang sangat salah.”

http://biz.thestar.com.my/news/story.asp?file=/2010/1/9/business/5432021&sec=business

azman January 10, 2010 at 9:33 pm

Sudah terang dan jelas BNM menegaskan forex trading di lakukan oleh individu dan bukan melalui institusi yg dibenarkan adalah salah di segi undang2. Tiada apa lagi nak di bahaskan.

kel January 12, 2010 at 12:20 pm

Mengikut Perkara 4(1), Akta Kawalan Pertukaran Wang 1953, Di Malaysia, hanya mereka yang berdaftar sahaja boleh berurusniaga FOREX dan EMAS. Dalam erti kata lain, mana-mana yang tidak berdaftar tidak boleh berurusniaga FOREX di Malaysia ini. Di Malaysia agen-agen FOREX berdaftar merujuk kepada Pengurup Matawang Berlesen. (BNM)Secara mudah, melalui konteks Akta Kawalan Pertukaran Wang 1953, anda tidak boleh menjalankan aktiviti tukaran wang asing seperti pengurup mata wang jika tidak berlesen. Simple as that.

Akta Kawalan Pertukaran Wang 1953 DIKEMASKINI pada tahun 1969.Jesteru, tiada satu peruntukkan khas yang benar-benar jelas untuk mengawal selia urusniaga FOREX melalui internet ini memandangkan penggunaan Internet untuk FOREX trading bermula sekita 1990-an.

Yang salah dalam ruang lingkup Akta Kawalan Pertukaran Wang 1953 adalah menjalankan urusniaga jual beli matawang asing tanpa lessen, atau membantu, memujuk dan mengiklankan perkhidmatan berkaitan DI MALAYSIA samada kepada Residen atau Non- Residen.

Memandangkan Malaysia tidak mempunyai broker yang sah untuk menguruskan urusniaga FOREX, maka sesiapa yang mempunyai kemampuan boleh saja berurusniaga dengan broker-broker berdaftar di Negara-negara yang lain seperti UK atau US.

Broker-broker seperti FXCM, Interbank etc, adalah broker yang SAH dari segi perundangan Negara mereka.
Apabila rakyat Malaysia menggunakan broker ini sebagai platform, sama seperti kita membeli pelaburan di Negara UK atau US dan ia tidak termasuk di bawah bidangkuasa Akta Kawalan Pertukaran Wang 1953 dalam konteks yang dinyatakan tetapi termasuk dalam EXCHANGE CONTROL NOTICES 9 –Investment Abroad di bawah tajuk ini: (ECM9)

“Investment By Individual” -
A resident individual with domestic ringgit credit facilities is allowed to convert ringgit into foreign currency up to RM1 million per calendar year for investment in foreign currency assets.

top blogger January 16, 2010 at 9:18 pm

Azman, I think you’re right Forex Trading is carried out by private individuals.

hayat March 3, 2010 at 11:01 pm

baru2 ni ada keluar hukum kata forex haram dalam utusan ker metro minggu ni.

bleh anda ulas?

sham March 3, 2010 at 11:37 pm

ada perbezaan pendapat tentang hukum forex ni.Pengunaan teknik trading sepertu hedging & konsep liverage dalam forex boleh menjadikan forex haram.itu pendapat UZAR la kerana ada unsur judi.

saya tak layak nak ulas panjang perkara ni. Serahkan pada mereka yang mahir dalam bidang agama jela. Kalau saya, saya elakkan sahaja dari perkara yang saya ragui.

Man Cyber June 21, 2010 at 1:13 pm

Saya ada terbaca tentang hukum hakam forex, forex ni menyalahi undang2 syariah sekiranya wujud leverage, hedge dan swap. Kalau forward / future market memang salah tapi kalau spot tak salah asalkan bila untung terus masuk dalam Modal dan tidak boleh ditangguhkan untungnya kalau tertangguh di sini akan wujud riba nasi’ah. Kalau nak tahu memang forex ni terus masuk dlm modal kalau untung. Bagi hedge pula terpulang pada individu, untuk pengetahuan kat broker US sekarang NFA tidak membenarkan hedging ni. dah kira ok tu. kalau swap pula cari yg broker ada akaun swap free habis cerita. sekarang ni byk broker menyediakan swap free account untuk comply syariah law sebab ramai muslim di arab sana pun trade dlm forex ni. Dari segi undang bank negara saya rasa mmg salah sebab dia tak nak duit mengalir keluar mcm tu sbb ramai trader rugi, kalau semua trader untung mungkin dibenarkan kok.satu lagi sebab kerajaan mungkin tak dpt collect tax.

kairul August 7, 2010 at 6:56 pm

Forek boleh mendatangkan sumber sampingan jika pandai mengurusniagakannya…nak kaya susah rasanya…cuma berduit sahja. Nak kaya buka kelas forex.. tu yang den nampak…

sham August 7, 2010 at 10:34 pm

pendapatan..ya.

forex ni high risk..high return. kalau takde ilmu, jangan la risikokan duit yang ada.

mamat August 9, 2010 at 7:03 pm

salam semua,,,,
hukum forex dikata haram oleh zaharudin.net tentang leverage zaharudin suruh kita trade level 1:1 bukan 1:100,,1:500 maknanya kita kena berdagang modal sendiri laa kalau 1:1 xda pinjaman dlm forex baru dikata halal.

yaser manough May 11, 2011 at 2:50 pm

dah sah2 tukaran matawang tu riba.. konfem haram le

inspirasicyber July 24, 2011 at 6:55 pm

benda yang was-was macam ni lebih baik ditinggalkan…

xwas2 August 8, 2011 at 6:29 am

terang dan nyata hukumnya.lihat uzar dlm ceramahnya

matforex August 14, 2011 at 2:36 am

kalau nak cari duit susah di malaysia ni kerajaan dan bank negara kena sediakan kerja dengan gaji yg sama nilai dengan perbelanjaan semasa. Bukan saya menolak hukum tapi kalau dah bank2 di malaysia kenakan interest apa pulak citernya? Banyak betul hukum? Bila untungkan kerajaan atau bank ianya HALAL tapi kalau untungkan rakyat ianya HARAM. Takkan salah orang melayu pandai berniaga dalam forex? Pada saya perniagaan mesti ada untung. Kalau tiada untung bukanlah perniagaan namanya. Bila banyak sangat hukum yang di buat oleh manusia untuk kepentingan seseorang atau sesebuah organisasi di malaysia MAKA DENGAN ITU SUDAH PASTI RAKYAT DI MALAYSIA AKAN TERUS KETINGGALAN SAMPAI BILA2. ALASAN
EKONOMI NEGARA AKAN TERGANGU MEMANG SELALU DI GUNAKAN. EKONOMI SIAPA? EKONOMI RAKYAT TERGANGGU SIAPA YANG NAK BELA?
MENTANG2 ORANG ORANG MELAYU KHUSUSNYA TIDAK TAHU TENTANG EKONOMI KATALAH APAPUN MEREKA AKAN IKUT TAPI KENAPA KAUM LAIN DI MALAYSIA MENGATASI KAUM MAJORITI? SEBAB HUKUM YANG DI BUAT OLEH MANUSIA . Bukan saya penentang sesiapa tapi adakah orang akan datang ke rumah kamu tatkala kamu dalam kesusahan? Tapi bila anda kaya ramai yang datang lebih2 lagi pihak berkuasa nak siasat kamu dan gunakan hukum mereka. Almatfa, Bafia dan segala akta yang memang rakyat tidak tahu kerana wujudnya akta tidak pernah di beritahu kepada rakyat. Saya sedih orang orang Melayu ketinggalan dalam sudut ekonomi sedangkan kerajaan di kuasai oleh orang Melayu. Tak kan jadi kroni saja baru boleh kaya? Saya sedia terima apa sahaja di atas tulisan saya ini kerana saya adalah mangsa kepada akta2 itu. Bila dalam kesusahan siapa yang pedulikan? Tapi bila ada sedikit kesenangan WOW di siasat sana sini. Adilkah mereka untuk menentukan rezeki kita????????

sham August 15, 2011 at 9:52 am

Istigfar banyak tuan Matforex, jangan sampai terpesong akidah kerana hanya mencari duit.

Selain forex, masih banyak pilihan lain yang boleh dilakukan untuk mencari rezeki yang halal dan jauh daripada perkara syubhah. Majlis Fatwa telah mengistiharkan bahawa forex adalah bertentangan dengan islam dan patut dihindari. Hukum ini adalah hasil muzakarah ulamak-ulamak yang mahir dengan hukum hakam. Ia bukan dibuat sembarangan.

Alasan ekonomi orang melayu lemah ia tidak boleh diguna pakai. Sebab ramai orang melayu yang berjaya pada hari ini. Bank konvensional memang ada interest, memang itulah hasil keuntungan mereka. Namun, kita ada pilihan untuk mengunakan perbankan islam.

Jika ingin terus berforex, teruskan sahaja. Akibatnya di akhirat nanti, sendiri tanggung. Majlis Fatwa hanya menjalankan tanggungjawab mereka untuk memberi peringatan kepada umat Islam tentang persoalan hukum hakam yang terkandung di dalam agama Islam.

porek November 10, 2011 at 3:17 am

lau kat akirat bukan forex je di tanya……bank2…peniaga2 pun ditanya……hakikat…yg tak nampak tuuuu yg lagi bahaya…….namnpak berniaga..buka kedai…..tapi…..lau tersalah sedikit….pasal jual beli…dose gak…..aikk aper aku merepek niiii!!!

kompius November 25, 2011 at 3:38 pm

Aku kompius ttg forex..betul2 kompius…tapi……apa yang saudara-saudari katakan di atas ada jugak betul dan salahnya……cuma….alangkah bagusnya kalau orang yang kaya -raya tu(Islam la)….buat amal jariah byk sikit….zakat ka, derma ke…apa -apa je lah…supaya ramai orang Islam di Malaysia nie menikmati kenikmatan yang sama….ni tidak, masuk paper..tunjuk rumah mewah, kereta mewah, makan d hotel…yang melarat, makan kedai kaki 5….dah la kaya , tunjuk pulak….yang miskin…apa…makan hangin je ke…..aku rasa….kena pikir balik la..ttg ekonomi nie…zaman berubah tapi hukam syariah x berubah…tapi pada masa yang sama, boleh berubah jika perlu….Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum, kecuali kaum itu sendiri….?????????

regalking December 3, 2011 at 3:40 pm

saya nak tanya di sini .en pernah terlibat ka dlm forex ni atau pun pernah join?sebelum en mau membahaskan atau mau mengeluarkan kanyataan fikir2kan dan cek betul2 kenyataan itu..

sham December 3, 2011 at 9:27 pm

Porek, ya di akhirat bukan hasil pendapatan sahaja ditanya. Ada banyak perkara lain seperti amalan,sedekah, zakat dan banyak lagi.

Di zaman yang penuh dengan perkara yang riba ini, seeloknya kita berusaha sebaik mungkin untuk mengelakkannya. Jika dah terbabas, mohonlah keampunan dari Allah dan membuat pembetulan. Selagi ada nyawa dibadan, kita masih boleh bertaubat dan membetulkan kesilapan yang telah dibuat.

Regalking- soalan tu ditujukan kepada saya kah? Jawapanya saya pernah terlibat dalam forex,sekarang tidak lagi. Jadi saya tahu akan risikonya yang sangat tinggi. Kenyataan pengharaman forex dibuat oleh Majlis Fatwa dan disokong oleh pakar pakar kewangan islam yang diiktiraf.

jin_eur December 4, 2011 at 10:03 pm

tak main laaaa…asyik margin call je…….try dapat sejuta tgk…..compom..tak tingalnya….

bbc December 17, 2011 at 10:17 pm

banyak broker yg menawarkan islamic account.. bila islamic tu maksudnya ikut syariah la kan.. yg saya musykil adakah pakar agama dan pakar kewangan yg terlibat dalam majlis fatwa ni juga pakar investment?.. sebab kat malaysia ni susah nak cari pakar investment.. kena tau beza pakar investment dgn pakar dalam bidang jualan..

bbc December 17, 2011 at 10:20 pm

lagi satu hairan gak pehal kjaan sekat sgt benda yg boleh bawa wang masuk.. yg jd beban pada negara macam petani, nelayan, pemandu teksi nak sangat belanya..

bbc December 17, 2011 at 10:30 pm

Hi my malaysian brothers,

So sad to hear of the stupidity. Why does the stupid always get to make crazy statements.

ECM , my kaki lah

All Banks trade forex,
All financial institutions trade forex.
All companies registered with ROC trade forex.
All businessmen trade forex.
The whole population of malaysia trades forex when you buy or sell any foreign product.
But the elites get to scam you wide spreads, that is the reality.

you don’t sell ringgit , how you import your samsungs and stuff.
you don’t trade forex how you sell your produce abroad.

mana lah undang lagi, ada ka otak.
Ai ya to oppressed minds, no medicine la.

No insult intended.
But the frastration about imbeciles that run the system , really scratch my pain. Truely brain drain.

But the truth is no infrastructure to regulate and protect trading from unscrupulous operators. It was in the pipeline in the MME business structured, unfortunately became gajah putih with the Bursa Malaysia now.

If trading forex is illegal , then top cat is 1st candidate to masuk penjara. He lost whole nations foreign reserves when operating for Bank Negara.
I believe to the tune of 30 b RM.

bbc December 17, 2011 at 10:35 pm

the truth is golongan bangsawan dan pak menteri nak kawal kekayaan mereka.. rakyat tak boleh lebih cerdik.. kalau cerdik mesti ikut telunjuk mereka.. kalau rakyat lebih banyak duit nanti xde sapa nak tunduk pada golongan bangsawan.. ada paham?

kalau ada masa sila baca the secret. kalau ada masa sila baca rich dad poor dad, kalau ada masa sila baca buku2 donald trump dan robert kiyosaki

4z February 16, 2012 at 7:13 pm

Aku kuli kerajaan yg fin. status paras2 hidung…
kereta, duit rumah, PTPTN, loan kawin…
baru je kenal forex & tengah deeply study pasai forex…
hope dapat la bagi bini & anak asa idup senang…
hari ni aku baca majlis fatwa kata forex haram…
haram betul la……
tang mana lagi nak cari duit lebih?
keje 8am to 5pm..
nak cari part time petang badan dah lesu…
(seriously layan public sehari suntuk buat badan & otak jadi lesu!)
santak keje over time sabtu ahad pun dapat max300 je…
tengah bulan kering dah…

MEMANG HARAM!

muhambur August 14, 2012 at 12:47 pm

bermain forex baru 1 tahun untung sikit2 cun-cun bayar streamx tiap bulan…kalau forex tak ada…broadband dan streamyx memang tak laku dah..ada pun restoran2 kaya atau hotel…orang kampung mana mampu nak beli broadband bayar bulan2…Gov bagi notebook untuk student guna tapi…wifi tak adaer yang freee….

macam ni lebih baik tak payah pakai line internet, ekonomi pun tak maju pun tak apa

sham August 15, 2012 at 9:53 am

jangan sempitkan minda pemikiran.. tanpa forex, ramai orang masih boleh dapat duit menerusi perniagaan lain. Forex bukan satu satunya cara untuk tambah pendapatan. Forex juga boleh buat hilang pendapatan. Buat apa kaya di dunia, jika di akhirat merana? Sebagai orang Islam, kita mesti cari rezeki yang halal.

Kalau dulu, tiada hukum berkenaan forex. Sekarang sudah ada hukum, sebagai orang Islam mestilah patuh. Walaupun ianya pahit.

jijo November 25, 2012 at 12:23 am

Exchange Control Notices (ECM) tu bincang tetang apa ye?

LALA March 20, 2014 at 12:17 pm

TANAM POKOK LAGI BAGUS…SUDAH LE TU…DAH KATA HARAM..HARAM LA..

Leave a Comment

Previous post:

Next post: