Ramai yang tanya saya tentang kripto currency ini. Sebenarnya ada baik dan buruknya cripto currency ini. Malah pihak Bank Negara Malaysia akan menentukan samada akan terima atau menghalang transaksi kripto ini pada bulan ini. Ia dinantikan penuh debaran kepada mereka yang telah memiliki dan menyimpan matawang kripto ini. Saya jangka BNM akan haramkannya sebagaimana beberapa negara lain.
Penganalisa pasaran dan ahli akademik juga berbeza pendapat dalam hal ini. Berikut adalah salah satu artikel daripada Utusan Malaysia berkenaan bahayanya kripto ini jika disalah guna.
KUALA LUMPUR 11 Feb. – Peralihan kepada mata wang kripto akan menyebabkan Malaysia terdedah kepada ancaman pengganas yang serius kerana urus niaga mata wang maya itu tidak boleh dipantau oleh mana-mana pihak.
Penganalisis ekonomi, Dr. Ahmed Razman Abdul Latiff dari Putra Business School, Universiti Putra Malaysia (UPM) berkata, urus niaga digital itu memudahkan pengganas untuk membiayai aktiviti atau kegiatan jenayah mereka secara sulit dan mudah kerana hanya boleh ‘dikesan’ oleh pihak terlibat sahaja.
“Memandangkan urus niaga itu tidak dikendalikan oleh badan yang bertanggungjawab dan dilakukan secara anonymous, maka sesiapa sahaja boleh memindahkan dana ke mana-mana akaun tanpa mengetahui pemilik wang tersebut.
“Ia berbeza dengan urus niaga konvensional yang sentiasa dipantau oleh Bank Negara Malaysia (BNM) terutamanya melibatkan jumlah transaksi yang banyak. Setiap urus niaga melebihi RM50,000 perlu dimaklumkan kepada BNM,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Semalam Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Muhammad Ibrahim mengumumkan satu kertas konsep mengenai mata wang kripto akan dimuktamadkan bulan ini dan disediakan kepada umum untuk memutuskan masa depan bentuk mata wang tersebut.
Beliau juga memberitahu, setakat hari ini, Malaysia masih belum melarang penggunaan mata wang tersebut seperti negara-negara lain kerana mengambil pendekatan sedikit berbeza terhadap mata wang kripto itu.
Mata wang kripto pertama ialah Bitcoin (BTC), direka pada 2009 dan menyaksikan nilai satu Bitcoin mencecah hampir AS$20,000 (RM79,987) pada tahun lalu.
Tawaran syiling permulaan (ICO) yang dilaksanakan dalam urus niaga itu juga kata Ahmed Razman adalah satu bentuk ancaman kepada kestabilan pasaran kewangan kerana ia mudah terdedah dengan spekulasi yang mana nilainya tidak menentu dan boleh merosot dalam sekelip mata.
Selain itu katanya, ia juga berisiko menjadi sasaran penggodam dan penjenayah lain yang mencuri wang kripto melalui serangan siber,” ujarnya.
“Antara negara yang telah melarang penggunaan Bitcoin ialah Bangladesh, Bolivia, Ecuador, Kyrgyzstan dan Indonesia dan dijangka mengharamkan mata wang digital itu pada tahun ini.
Sehubungan itu, beliau menasihati mereka yang terlibat dalam urus niaga mata wang kripto supaya lebih berhati-hati kerana mudah dimanipulasikan.
Lain pula pandangan pensyarah ekonomi dari Universiti Tun Abdul Razak (UniRazak), Profesor Dr. Barjoyai Bardai yang berpendapat, urus niaga mata wang kripto akan mewujudkan masyarakat celik digital terutamanya melibatkan urusan pertukaran wang asing.
Katanya, penggunaan digital wallet tersebut akan memudahkan dan menguntungkan pekerja asing yang mahu menghantar wang ke kampung halaman mereka kerana tidak akan melibatkan pembayaran komisen kepada ejen berkaitan, sebaliknya hanya perlu membayar yuran transaksi yang jauh lebih sedikit.
Walau bagaimanapun katanya, mereka yang mahu melangkah dalam urus niaga digital sedemikian perlu mendalami selok-belok dan mempunyai pengetahuanyang seluas-luasnya kerana boleh dimanipulasikan dengan mudah.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/mata-wang-kripto-terdedah-pengganas-1.607578#ixzz56tLdMjid
Bagi saya, terpulang kepada anda samada untuk menjadikan ia sebagai tools pelaburan atau tak. Sebenarnya yang menjadi fokus utama ialah teknologi block chain yang menjadi fokus utama pembangunan cripto currency di dunia. Setakat ini sudah wujud lebih 1,100 jenis cripto currency di seluruh dunia.
Sudah tidak terkawal. Apa yang saya risaukan ia seakan buih, meletup apabila tidak ada laku lagi. Disebabkan pelbagai jenis kripto, ia bagai sudah tidak terkawal. Mereka yang mahir dalam pengkodan akan membangunkan matawang kripto mereka sendiri. Mungkin jika tidak dikawal, suatu hari nanti ada puluhan ribu jenis matawang wujud.
Adakah ia akan mengantikan wang fiat? Saya belum nampak tandanya. Beberapa negara seperti China, Korea Selatan telah mengharapkan terus matawang kripto ini. Malah melombong juga boleh dikenakan undang-undang.
Kita nantikan apakah pendirian Bank Negara Malaysia didalam hal Cripto Currency yang menjadi kegilaan orang untuk menjadikannya sebagai salah satu pelaburan baru.
Adakah Diterima atau diharamkan terus atau bersyarat?