Negeri Pasir 2 Butir Ala P Ramlee di Perak?

Semalam saya tergelak besar bila tengok berita sidang tergempar ADUN Perak dilakukan bawah pokok. Terus terang ia mengimbas kembali cerita P Ramlee iaitu Laksamana Do Re Mi dimana pemerintah yang terbuang bersidang dibawah pokok. Semuanya angkara Menteri Pasola (BN ke?).

Dalam filem P Ramlee  ia hanyalah lawak semata mata.Nama pun negeri Pasir 2 Butir. Tapi semalam ianya menjadi realiti. Bawah pokok pun jadi.huhuhuh. Kenapa tak cari warung ke kedai ke apa? Memang tergelak la semalam tengok begitu “desperado” nak melangsungkan jugak sidang tergempar. Diorang tak fikir ke kesan pada masa akan datang. Berpuluh tahun akan datang pun pasti orang mengingati sidang bawah pokok ni.

Walaupun saya bukan anak perak, tapi saya menetap di Bandar Diraja Perak. Jadi boleh tengok la keadaan politikus yang semakin tak masuk akal. Leh dikatakan macam macam hal demi mendapatkan kuasa. Yang tu tuduh macam tu, yang ni tuduh macam ni.

Saya rasa ia tiada penghujungnya jika ianya berterusan. Bubar ADUN? Rasanya ianya tidak akan menyelesaikan masalah pun. Pasti akan ada masalah lain yang timbul. Namun, kuasa di tangan Sultan. Jangan siapa pun mencabar keputusan Sultan. Nak buat sidang tergempar pun, kena minta dengan Sultan dulu. Ada undang undang kan..

Kita tunggu saya keputusan Mahkamah Tinggi tentang kerajaan BN sekarang atau kerajaan Pakatan Rakyat adalah kerajaan yang sah. Kalo BN, ada pulak demonstasi nanti nampaknya. Terus terang saya memang tak  suka demonstrasi macam apa yang terjadi kat Kuale Kangsar baru ni. Orang melayu kita jugak yang lebih lebih halang kereta Sultan..Siap tidur atas jalan sambil berserban..:p

Dah semakin takde adap sopan dah ke orang kite sekarang ni? Ada saluran lain yang boleh dilakukan kalau tidak puas hati. Bukan cara keganasan dan berdemonstrasi mengikut perasaan. Apatah lagi yang cuba dihalang ialah Sultan. Dalam pepatah melayu ada berkata ” Biar Mati Anak, Jangan Mati Adat”. Ada perkara yang perlu dipertahankan demi perpaduan orang melayu. Ianya adalah institusi Beraja di Malaysia.

Nak jadi macam Indonesia ke? Ada raja tapi takde kuasa dalam pemerintahan.Itulah yang terjadi kepada Raja Majapahit. Nak jadikan Malaysia sebagai republik? Kalo ikutkan DAP, ia akan terlaksana kerana itulah yang mereka perjuangkan. DEB digelar dasar APartheid kerana peluang tak sama rata.

Tapi ia akan jadi sama rata ke jika jurang sekarang semakin jauh? Kita bercakap sekarang ialah nasib orang Melayu iaitu penduduk asal Malaysia ini. Nak merempat di bumi sendiri? Walaupun DEB kurang berkesan, sekurang kurangnya nasib orang Melayu dapat dibela. Mara,Felda dan sebagainya. Ianya mengutamakan nasib bumiputera iaitu penduduk asal semenanjung, sabah dan serawak. Apa akan jadi jika ia dibubarkan?

Anda fikir sendiri la. Ia dah memberi ruang untuk orang Melayu untuk berniaga. Bisnes orang Melayu pasti gulung jika tiada bantuan diberikan. Contohnya premis perniagaan mara.Bayaran yang dikenakan ialah RM100 sebulan sedangkan sewa kedai dibandar melebihi 4,5 ribu. Mampu ke orang melayu meniaga kat bandar kalau sewa sebegitu?

Mengkritik memang senang kan.Bila dah berkuasa…asyik nak menyaman je bila dikritik...hohoho

Sape jadi lawyer mesti senang hati..dapat jobs baru nak saman orang je.

Tahun 2009 ni dah jadi tahun PILIHANRAYA, SAMAN dan REPORT POLIS.heheheh.. gawat.gawat.

Pilihanraya – KT (dah), 2 bukit -selambau & gantang (on da way)

Saman – banyakkkk sangat..

Report Polis – Dah semestinya Kapal Yang Karam Karpal (beratus dia dapat)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Incoming search terms:

  • do re mi felda p ramlee

Comments 9

  1. kamen March 4, 2009
  2. kamen March 4, 2009
  3. Rizal KomenEbook March 4, 2009
  4. kamen March 5, 2009
  5. kamen March 5, 2009
  6. sham March 5, 2009
  7. sham March 5, 2009
  8. kamen March 10, 2009
  9. botak April 2, 2009

Leave a Reply

Kemaskini Terbaru Terus
Ke Emel Anda

Subscribe to our mailing list and get interesting stuff and updates to your email inbox.