Idea Bisnes Untuk Raya, Bulan Ramadhan Hampir Tiba


Raya Hampir Tiba Lagi

Rasanya tidak lama lagi mula la iklan raya kat TV. Biasanya sebulan sebelum puasa sudah mula iklan berkenaan hari raya akan berkumandang di kaca TV. Sebab? Sudah pastinya sasarannya ialah ketika bulan Ramadhan. Itulah bulan kebanyakan orang Melayu akan berbelanja besar untuk beraya. Malah ada yang sanggup buat loan untuk beraya. Gilo ko apo!!

Bulan Ramadhan juga menjadi bulan rezeki kepada ramai orang. Ketika itu, pasti ramai yang mula berniaga. Yang tidak pernah berniaga akan cuba berniaga. Yang tidak pernah buat kuih, akan mula buat kueh untuk berniaga. Bazar ramadhan juga akan penuh dengan ramai orang yang nak mencari juadah berbuka.

Memang itulah yang berlaku setiap tahun. Kita semua yang berada di Malaysia memang akan melakukan perkara yang sama setiap tahun. Sebulan sebelum puasa, maka inilah masanya untuk mencari dan menentukan apakah bisnes yang nak buat pada bulan Ramadhan nanti.

Dah Ada Idea Bisnes Untuk Raya Ini?

BisnesĀ Pakaian

Inilah bisnes yang paling masyuk rasanya. Sebulan sebelum atau mula ramadhan orang dah mula mencari baju raya. Yang berkeluarga lagi banyak berbelanja. Sudah pasti 3,4 pasang sudah pasti. Kedai jahit pun akan tutup order sebab terlalu banyak order. Untuk bisnes baju ada 2 cara yang boleh bermula iaitu beli & jual balik dan dropship.

Bagi yang beli harga borong & jual – ini satu model yang memerlukan modal yang tinggi. Namun jangan risau sebab pakaian bukanlah produk yang mudah rosak. Tiada expired date. Cuma yang perlu diambilkira ialah trend semasa.

Dropship – kos sangat rendah. Sesuai untuk mereka yang menjual di FB atau blog kerana tidak perlu simpan stok. Hanya pamerkan gambar baju berkenaan. Antaranya yang hot sekarang ini ialah busana muslimah, abaya, baju kurung, tudung, pakaian kanak-kanak dan banyak lagi.

Bisnes Kuih Raya

Raya tak lengkap tanpa kuih raya. Kini kebanyakan orang sibuk bekerja, tidak ada masa lagi untuk buat kuih raya sendiri. Ini satu peluang buat mereka yang nak cari duit lebih. Anda boleh cari mereka yang menghasilkan kuih raya, minta sampel atau katalog mereka. Mula promosi kat rakan-rakan, ambil pre-order daripada mereka. Bila sampai masanya, order kat orang buat kuih raya, hantar kat orang pre order dan kutip duit.

Bagi mereka yang suka buat kuih pula, cari agen jualan. Anda boleh menjual lebih banyak kuih raya berbanding anda menjualnya sendiri. Bisnes dengan orang bisnes (B2B) lebih mudah dan duit pun lebih mudah dapat. Biasanya peniaga kuih raya akan order dan buat bayaran terus. Jadi anda tidak perlu risau samada kuih anda habis atau tidak. šŸ™‚

Kesimpulannya, boleh jual kuih orang atau buat kuih sendiri.

Pihak kami di EBook Media Publishing ada menerbitkan 2 CD belajar buat biskut iaitu biskut bajet untuk raya dan juga biskut drop untuk kudap-kudap bila-bila masa. Boleh layari:

1.Ā http://www.buatbiskut.com
2.Ā http://www.biskutpenyet.com

Kalau nak belajar, boleh dapatkan CD berkenaan. Ia berbentuk Video ya. Ā šŸ™‚

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Incoming search terms:

  • bisnes bulan puasa
  • bisnes bulan ramadhan
  • bisnes mudah di bulan puasa
  • berniaga kecil2an utk hari raya
  • NAK BERNIAGA APA YA BULAN PUASA
  • idea jualan untuk hari raya
  • idea bisnes musim raya
  • hariraya puasa masa kuih apa buat
  • bisnes musim raya 2017
  • peluang bisnes bulan ramadhan
Klik Untuk Share..Semoga Bermanfaat Kat kawan Anda.

Comment 1

  1. MOhd May 11, 2014

Leave a Reply

error: Content is protected !!

Kemaskini Terbaru Terus
Ke Emel Anda

Subscribe to our mailing list and get interesting stuff and updates to your email inbox.

Thank you for subscribing.

Something went wrong.