Kenapa Filem Karipap Karipap Cinta Gagal


Apabila PTS mengumumkan novel terbitan mereka iaitu Karipap Karipap Cinta bakal diadaptasi menjadi sebuah filem, saya turut berbangga sabagai salah seorang penulis PTS.Saya turut memasang impian bahawa suatu hari ini untuk menulis novel yang boleh diadaptasi menjadi sebuah filem sebagaimana kejayaan novel Harry Potter.  Malah saya mengikuti perkembangan filem ini. Namun, setelah menonton trailer filem ini, ia tidak berjaya untuk menarik minat saya.

Karipap Karipap Cinta

Karipap Karipap Cinta

Pemilihan Pelakon

Bermulanya dengan pemilihan pelakon yang silap seperti Gambit dan Eman Manan. Malah mesej islamik yang disampaikan menerusi novel diabaikan walaupun tajuknya adalah sama.Ia menjadi seolah olah karya yang berlainan. Pelakon Gambit pernah mengemparkan negara apabila membuat pengambaran lucah. Dan terbaru mengeluarkan kenyataan menghina peminat di Facebook beliau. Pelakon kontroversi biasanya akan diban oleh peminat filem.

Bagi Eman Manan pula, ia lebih sesuai sebagai watak serius. Malah lakonannya dalam drama Tahajjud Cinta memberi kesan psikologi kepada penonton siri tersebut.Walaupun ia hanya sebuah drama, kesannya boleh terbawa bawa ke dunia luar. Ia adalah mentaliti penonton untuk turun menonton.

Watak heroin yang memakai tudung tidak sempurna juga memainkan peranan kerana dalam versi novel, wataknya adalah graduan daripada Universiti Timur Tengah. Sudah pasti pembaca novel ini akan membayangkan wataknya seorang bertudung sempurna sebagaimana mereka yang berpendidikan tinggi dari negara Arab.

Poster Tidak Islamik

Malah covernya versi novel menampilkan wajah Puan Husna Adnan yang comel sebagai model bagi buku ini. Beliau merupakan salah seorang penulis PTS dan juga editor sambilan di PTS. Cover dan poster yang memainkan peranan penting dalam membantu pembaca membayangkan watak yang ditampilkan dalam novel.

Berbeza dengan poster filemnya, ia menampilkan wanita yang memakai tudung separuh. Ini membantutkan keinginan dan pembaca novel bestseller ini ke pawagam. Ia adalah kerana mereka menjangka ia berbentuk Islamik sebagaimana versi novel. Ia adalah antara faktor sampingan yang menyebabkan pembaca novel bestseller ini tidak ke pawagam.

Trailer Tidak Menyengat

Malah trailer bagi filem ini juga dilihat tidak kena dan kurang menyengat. Ia tidak menampak sebarang X Faktor yang boleh menyebabkan ramai peminat filem berasa teruja untuk ke pawagam. Berbeza dengan apa yang berlaku pada drama dan filem Nur Kasih yang berjaya menarik peminat mereka ke pawagam. Malah ia digarap dengan banyak elemen Islam dan mesej islamik yang dicari cari oleh peminat.

Novel Islamik Ditukar Menjadi Karya Liberal

Terus terang boleh saya katakan versi filem Karipap Karipap Cinta adalah karya yang liberal. Bukan lagi sebuah karya Islamik yang diterapkan oleh penulis novelnya ini. Pengarah mungkin terlepas pandang tentang apa yang pembaca novel islamik mahukan.

Mereka mahukan sesuatu karya yang bermesejkan islam. Ia santai dan menjaga tatasusila ketimuran yang diterapkan dalam masyarakat kita. Saya pastikan penulis novel ini mungkin terasa terkilan apabila apa yang disampaikan olehnya disalah ertikan. Ia adalah sesuatu yang sangat mencabar untuk menhasilkan sebuah karya adaptasi daripada karya bestseller.

Tersilap mengarapnya pasti akan mengalami kegagalan.

Dengar cerita, kos penerbitan filem ini adalah RM1.7 juta. Ia adalah satu angka yang cukup besar untuk sebuah filem komedi romantik yang biasanya diantara Rm1.2-1.3 juta sahaja. Kos RM1.7juta adalah menyamai kos untuk penghasilan filem aksi V3 Samseng Jalanan arahan Farid Kamil.

Mungkin penerbit perlu menilai kemanakah kesilapan mereka lakukan sehingga kos meningkat sebegitu tinggi. Mereka juga perlu membuat analisis dan kajian terlebih dahulu sebelum menghasilkan karya adaptasi. Mereka perlu tahu apa yang pembaca mahukan dan terapkannya ke dalam filem.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Incoming search terms:

  • karipap karipap cinta
Klik Untuk Share..Semoga Bermanfaat Kat kawan Anda.

Comments 10

  1. touya September 19, 2011
  2. Azham Zanal September 21, 2011
  3. sham September 21, 2011
  4. titan September 25, 2011
  5. Eddie September 28, 2011
  6. Eddie September 28, 2011
  7. sham September 28, 2011
  8. beba October 10, 2011
  9. karipap best November 3, 2011
  10. noorashiken March 7, 2012

Leave a Reply

error: Content is protected !!