77 Syarikat Pelaburan Tidak Sah – BNM

Bank Negara Malaysia mengeluarkan  senarai 77  syarikat yang menawarkan pelaburan yang tidak sah di Malaysia. Ia adalah syarikat yang tidak mendapat kelulusan dan beroperasi secara tidak sah menawarkan pelaburan di negara ini.

Syarikat pelaburan tidak  sah  di malaysia

Ini adalah senarai syarikat yang tidak  mendapat kelulusan daripada Bank Negara Malaysia. Malah ada diantara senarai syarikat tersebut sudah didakwa di Mahkamah diatas kesalahan jenayah dan penipuan.

Ada beberapa syarikat yang pernah saya tulis sebelum ini seperti

1. VGMC

2. Megaherbs Bioextreme aka Stevia Bistro

3. Speedline

Jadi, mohon berhati hati dalam melabur. Dalam akhbar semalam, ada artis yang kerugian belasan ribu kerana mempercayaai pelaburan di internet.

Anda boleh download senarai syarikat ini di http://www.bnm.gov.my/documents/2012/Financial_Consumer_Alert_listBM.pdf

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Incoming search terms:

  • future barrel tipu
  • yds2u
  • kelab tun teja penipu
  • future barrel penipu
  • www yds2u com
  • kelab tun teja tipu
  • kelab tun teja menipu
  • yds corporate line sdn bhd
  • futurebarrel penipu
  • yds tun teja

Comments

Pin It
You are not authorized to see this part
Please, insert a valid App IDotherwise your plugin won't work.

57 thoughts on “77 Syarikat Pelaburan Tidak Sah – BNM

  1. En Sham,

    Amat memerlukan ulasan tentang Genneva Malaysia Sdn. Bhd.

    Bagaimanakah sebuah syarikat Sdn. Bhd. itu boleh di daftarkan dan di mana Sdn. Bhd. itu di daftarkan.

    Dimaklumkan juga, Genneva Malaysia mengakui ia adalah berlandaskan syariah, tetapi ada yang masih mempertikaikan.

    Difahamkan Genneva malaysia ialah syarikat ‘Gold Trader’. Mereka menjual emas fizikal, membuat kontrak dengan pelabur, dalam tempoh tertentu dapat pulangan dan emas fizikal tersebut boleh dikembalikan atau disimpan terus.

  2. pendaftaran syarikat sendirian berhad kat Suruhanjaya Syarikat Malaysia. Syarikat tersebut tidak boleh mendakwa mereka patuh syariah tanpa menyediakan penasihat syariah.Mesti ada panel penasihat syariah!

    Pemberian pulangan untung 2-3% setiap bulan juga bertentangan dengan syariah. Sebab itulah ramai yang mempertikaikannya. Pulangan tetap dalam pelaburan bertentangan dengan islam. Boleh rujuk artikel Ustaz Dr. Zaharuddin di
    http://www.zaharuddin.net/soal-jawab-a-isu-pilihan/998-mengapa-tidak-boleh-pelaburan-menjamin-keuntungan.html

  3. YDS Line yang sedang popular dengan pelaburan dan intensif yg menarik ramai menarik pelabur- pelabur..Kerjasama dgn OSK investement dan jg Projek Gaharu di Kedah meningkatkan pelaburan org ramai..Soalannyaerr, Betulkah YDS ibi syarikat yg sah untuk menerima pelaburan secara langsung dri org ramai????

  4. Untuk Pengetahuan Semua…YDS Corporate Line Sdn Bhd ini mempunyai beberapa anak syarikat dibawahnya..antaranya YDS Holding Group dan ada kelab disebalik syarikat ini..kelab ini dinamakan Kelab Kebajian & Sosial Tun Teja yg dikatakan mendapat pengiktirafan dari beberapa pihak tertentu..Tapi Jika benar syarikat berkenaan tidak berdaftar dgn SSM mengapa aktif menjalankan kutipan pelaburan dari org awam..????Dan kadar dividen yg dikenakan lebih tinggi dari BNM….

  5. Pendapat saya tentang YDS Corporate Line Sdn. Bhd.

    Pengalaman saya main pelaburan sebegini, contoh speedline dan lexus ventures akhirnya rugi duit saya, vgmc akhirnya tergantung tak bertali, mungkin akan rugi duit saya kalaulah ianya tak betul nanti, genneva gold + 4 syarikat jenis sama pelaburannya pun baru sahaja kena serang oleh BNM, beribu-ribu pelabur marah pada BNM sedangkan Pengarah-Pengarahnya diam menyepi hingga la ni.

    Sekarang ini, timbul lagi macam-macam (Tak perlu dicerita) untuk tarik pelabur cepat kaya.

    Yang penting kita ketahui ialah, undang-undang pendepositan atau pelaburan hanya boleh dilakukan oleh Bank-bank atau syarikat kredit yang berlesen. Kalau tak ada lesen, tak apa selagi belum diambil tindakan. BNM ini hanya tunggu masa yang sesuai sebelum menyerang macam Genneva kena.

    Kesimpulannya, boleh nak main skim, tapi adoi bila lebur, jangan bising sudahla ya.

  6. Azahan… tunggu masa je.. BNM biasanya tunggu masa je. Jangan ingat nak cepat kaya aje..sebab ada perangkap yang sedap menanti. Memang skim-skim cepat kaya ini menawarakan ganjaran dividen yang cukup mengiurkan. Ia sekadar untuk menarik pelabur baru sahaja. Bila sampai masanya, ia akan terkubur. Duit pelaburan dibawa lari oleh syarikat, kemudian menubuhkan syarikat lain pula.

    Alih alih tang tu jugak… Yang tukar, nama..

    Biasanya mereka ini guna proxy untuk membuka syarikat. Jadi pendakwaan sukar untuk dilakukan.

  7. Askum…Apa yg dapat saya siasat tentang syarikat YDS Corporate Line Sdn Bhd ini..Syarikat ini telah berdaftar dgn SSM pd tahun 2009..Kelab yg bernaung dibawahnya Kelab Kebajikan Dan Sosial Tun Teja ditubuhkan pd Julai 2009.Mendapat sokongan dari kerajaan oleh Jabatan Warisan Negara.Pada awalnya penubuhan syarikat YDS Line, ia menjalankan projek usahama minyak gaharu dengan beberapa syarikat asing dari Thailand dan mendapat bukti akreditasi..Skg Projek MegaFasa II penanaman pokok Gaharu di Baling Kedah.Bagi Kelab Tun Teja pula, pada awal penubuhannya menawarkan pelaburan dgn pakej pelancongan dalam dan luar negara untuk menarik pelabur.Skg pakej itu telah diperluaskan dengan pelaburan lebih besar dan diberikan darjah pengiktirafan VIP serta mendapat insentif pelaburan aset jangka panjang projek Gaharu dengan perolehan RM300,000.Selain itu kelab ini menawarkan pelaburan kerjasama 3 pihak iaitu pelabur, YDS Line dan OSK Investment dengan nilai pelaburan minima 10,000 dan dividen 5.4% terendah.Saya melihat dari segi kesahihan dokumen perjanjian utk 3 pihak ini, tidak melanggar undang2. Malah sah untuk tuntutan perdakwaan jika terdapat pelanggaran kontrak perjanjian ini. Syarikat ini dinaungi oleh seorang Dato yang mempunyai pengaruh di Bursa Saham..Dan isterinya adalah penaung bagi Kelab Tun Teja yg merupakan bekas Remisier Saham. Mereka didokong oleh individu-individu berpengaruh..Sila lihat laman web https://www.yds2u.com untuk mendapat informasi lanjut..wasalam…

  8. Apa yang saya maksudkan ialah berdaftar kat SSM bagi menawarkan skim berkepentingan. Ia memerlukan kelulusan daripada BNM untuk menawarkan program pelaburan iaitu skim berkepentingan bagi menerima deposit daripada orang ramai bagi tujuan pelaburan. Daripada laman web tersebut, memang banyak juga aktiviti syarikat berkenaan.

    OSK Investment ada, mungkin ia adalah satu skim pelaburan yang valid kot. Jika dividen mengikut prestasi syarikat, ia menepati syariah. Jika dividen tetap, ia perlu dielakkan. Daripada laman web mereka, saya rasa ia adalah satu skim yang sah. Yang sebenar, kena rujuk pihak berkuasa seperti BNM dan SSM sebab ia diluar bidang saya. Mereka lebih tahu sebab pasti ada rekod.

  9. Askum…Sy difahamkam ia disahkan oleh BNM Malaysia..rate dividen yg dikenakan diluluskan oleh BNM Malaysia hanya kpd Syarikat..Terpulang kpd syarikat untuk agihkan kadar keuntungan kpd pelaburan org awam..Kelab ini mengenakan potongan zakat kpd akaun pelabur atas kadar keuntungan mengikut patuh syariah..Dan ia mendapat sokongan besar dari org2 vvip..Pelaburan ini tidak akn dpt dilakukan secara individu krn utk memasuki pasaran saham secara betul prlukan sesebuah syarikat utk menguruskannya..Dan syarikat ini membimbing pelabur dr segi modal yg dilaburkan..Utg rugi kita tk prlu fikir sbb diorg ado remisier yg cekap..mcm korang tgk Di amerika William Buffet dan Donald Trump mempunyai barisan ahli saham yg cekap utk menjaga akaun beliau…begitu jg dgn YDS…lg pn YDS hanya berniat membantu orang melayu sahaja…

  10. Bro Asahan,

    Ya, saya boleh setuju dengan pendapat itu…..hak peribadi mempertahankannya.

    Cuma dalam web sham ini….sukacita untuk saya kongsi bermain skim yang bukan perbankan iaitu vgmc….sungguh kasihan nasib mereka.

    Awal-awal blog sham tentang vgmc, fuhh!! pelbagai tembakan bertubi-tubi dari ahli vgmc….sekarang ini..? sunyi-sepi cakap besar (termasuk saya juga)…..Ada kawan saya baru join 3 bulan lepas lebih RM50 ribu malah 300 ribu pun ada (Bukan calang-calang), akhirnya hingga sekarang 1 sen tak merasa dah….yang mana dah join 2 tahun dulu, mereka dah amat kaya-raya (terlalu kaya hingga mampun beli itu ini atas bawah tepi kiri) dan sekarang mereka tetap unggul….Rasa terkilan sebab sekarang mereka buat tak tahu nasib downline…..

    Kesimpulannya….kalau awal dah masuk OK (Dah balik modal), kalau tengah-tengah atau penghujung….ibarat tiang kayu dimakan anai-anai dari dalam.

    SESAL dahulu pendapatan, sesal kemudian tak berguna

  11. Salam…Mmg YDS bkn perbankan..tp ia adalah syarikat korporat yg mana urusan YDS Corporate Line Sdn Bhd Dibuka Akaun Dan Didaftarkan Sebagai Nominees(Tempatan) Dan Merupakan Pelanggan Korporat Kepada OSK Investment Bank Bhd

    YDS Corporate Line Sdn Bhd Adalah Sebagai Satu Pusat Wakil Bursa Saham Yang boleh Memperdagangkan Transaksi Saham Yang Kini Lebih Menumpukan Kepada Pasaran Dagangan Future Crude Palm Oil (FCPO) Yang Memberi Pulangan Yang Adil Dan Logik Kepada Para VIP Yang Tertera Dalam Perjanjian, Dengan Cara Ini Adalah Suatu Perkara Yang Biasa Dilakukan Oleh Ahli Ahli Perniagaan Bertaraf Dunia Dari Dulu Hingga Kini. Kemampuan Ini Adalah Berasarkan Analisis Dan Penyelidikan 2011, Serta Pasaran Yang Lain Di Masa Akan Datang Mengikut Fundamental Yang Dikendalikan Oleh Ketua Pengarah Exekutif Yang Mempunyai Pengetahuan Luas Dalam Arena Urusniaga Saham 16 tahun di OSK Investment Bank Bhd Sebelum Ini.

    Sejurus itu Urusan Custody Atau belian Terusan Adalah Cara Yang Paling Tepat Bagi Membolehkan Ahli Meraih Pulangan Yang Besar Dan Lebih Menguntungkan Yang Dijalankan Secara legal.

    Jika anda ragu-ragu sila berhubung terus dengan YDS atau call BNM atau call OSK..Jangan keraguan anda menjadi MISTERI MASA DEPAN ANDA!!!

  12. FCPO tu Futures, daripada segi hukum muamalat, tak ke haram?kalau ikut nasihat ustaz zaharudin futures tu haram, sebab kita niaga atau transaksi perkara yang belom terjadi.apa2 niaga sekira nya ada terlanggar perintah Allah di khuatiri akan gagal dan rugi akhir nya, renung2 kan dalam2 sebelum buat keputusan.sebenarnya ape tujuan kita nak jadi ahli kelab?orang beriman dia tidak menipu dan orang lain pun tidak bole tipu dia.Banyak skim2 yg bagus2 sebelom ni, tapi akhir nya ,apa dah jadi. Ada kawan saya join virgin gold satu keluarga join dan invest RM600,000.00 sekarang semua habis ke laut. Saya cadang sebelom join kelab tun teja tu buat la istikhorah dan doa minta petunjuk dengan Allah dulu,sebab DIA lebih mengetahui daripada kita, insya Allah

  13. leader dia yeop din, memang pakar kalau dari segi prentasi nak collect duit orang, dia pernah buat spider holding, saya pernah hadir presentasi dia, memang power, maklumlah nak gasak duit orang beribu bukan senang, jadi hati hati, yang jelas kalau nak tau tentang skim ni, terus contact bank negara atau kpdnkk, kalau dengar kita sama kita cerita pun belum tentung sahih, silap silap jatuh kategori fitnah pulak, niat nak tolong kawan kawan kita pulak tanggung dosa, jadi berhati hati jangan mudah terpedaya, kerana penganjur skim ini semua dah tau kelemahan orang melayu yang rata rata nak kaya tapi tak nak usaha, tepuk dada tanya selera

  14. Firas Azaiem May 30, 2013 at 4:34 pm -

    Tuan-tuan

    1. YDS menawarkan aset kepada ahli melalui eksport minyak gaharu. Tapi YDS tak pernah mohon lesen dari Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia. Ia merupakan keperluan dibawah Akta 686 (INTESA).

    2. Urusan pelaburan di bursa saham dilakukan oleh remiser yg juga ceo YDS. Tapi lesen DR nya telah tamat pada 2007.

    3. Perjanjian hitam putih utk menjadi nominee mmg ada. Tapi duit pelaburan ahli dikelaskan sebagai SUMBANGAN. Mst ada masalah jika nak bawa kes ke mahkamah kelak.

    Berhati-hati semua. Tapi jika ada yang boleh jelaskan hal tersebut, saya ucap trima kasih.

  15. Tuan,

    Apa prosedur yg diguna oleh BNM. Mereka dah keluarkan senarai itu tp tiada tindakan diambil. Ataupun itu senarai awal dibuat berdasarkan kpd laporan dan pertanyaan dr org awam shj.

  16. Prosedur BNM tak pasti.Kena tanya mereka la. Ia senarai dalam siasatan dan yang telah diambil tindakan. Kalau senarai awal, diorang takkan senaraikan. Mereka dah siasat dulu baru keluarkan senarai.

  17. Ini senarai yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dan dikemaskini sehingga 14 Jun 2013..lihat kpd tarikh yg kononnya dikeluarkan oleh BNM..Bandingkan tarikh Kelab Tun Teja dan YDS disenaraikan…
    Kedua2 prlu ada senarai bersama dr BNM atau SSM sblm tindakan siasatan di ambil di atas syarikat berkenaan..tp SSM tidak menyenaraikan YDS atau Tun Teja sbg syarikat x menjalankan aktiviti x berlesen..

    http://www.sc.com.my/main.asp?pageid=579&menuid=685&newsid=&linkid=&type=#k

  18. Mohd Azmi Isma Mohd Alif August 17, 2013 at 10:00 pm -

    Salam.
    Skim cepat kaya ini ada di mana-mana di Semenanjung ni.
    Beberapa tahun lepas skim lebihkurang serupa ini bertapak di Batu Pahat dan dengan selindung di sebalik bisnes pokok gaharu & pokok jati.Lepas 2~3 tahun , syarikat tu lesap dgn duit orang.
    Ahli-ahli malu nak buat report polis sebab malu diatas kebodohan sendiri.(termasuk lah adik2 saya sendiri)
    Siapa masuk awal & pulang modal & dapat buat untung di kira bernasib baik.
    Siapa join lewat , tanggung risiko sendiri . Jangan salah kan orang lain jika duit hangus.
    Jangan kerana nak kaya cepat , suami isteri bergaduh & keluarga berantakan.
    Skimcepat kaya ini macam orang berbasikal. Selagi ada ahli baru join dan melabur kan duit , maka selagi itu syarikat akan terus bergerak dan boleh beri dividen tinggi yakni basikal tu bergerak laju.
    Tapi bila tiada cukup ahli baru join dgn duit yg banyak , maka basikal tu terhenti & tumbang.
    Jangan cemburu kalau dengar orang lain dapat dividen tinggi kerana mereka berani ambil risiko dan paling penting , jangan salah kan pihak berkuasa atau sesiapa pun ( termasuk isteri atau tukang rekomen) kalau duit simpanan hangus.
    Wassalam.

  19. Salam.
    Sham, kepada yg mnyertai biarkan mereka blajar mngenali baik buruk apa erti dunia pelaburan.
    Jika seseorang individu sudah tahu bagaimana tentang pelaburan. Sudah tentu mereka berani terus melabur dengan memilih sendiri Syarikat berdaftar yang bertauliah & telah diluluskan oleh Syariah di BURSA MALAYSIA & bila waktunya sesuai untuk dilaburkan & dijualkan??
    Dan jika penganjur berasa bertanggungjawab untuk Anak Bangsanya, harap moga ia tidak akan mengkhianati Anak Bangsanya.

    Saya insan biasa.
    Segala buruk diri saya sendiri.
    SEGALA KEBAIKKAN DATANG DARI ALLAH SWT.
    Terima ksih, wsalam.

  20. Saya setuju dengan pendapat azahan, Kelab Kebajikan Dan Sosial Tun Teja Malaysia adalah satu kelab yang akan memperjuangkan ekonomi bumiputera dengan menjalankan aktiviti pelabuaran yang sah disisi undang-undang Malaysia. Ia juga sebagai kelab yang sentiasa membuat kajian tentang sejarah dan warisan nenek moyang kita supaya warisan ini tidak lupuk ditelan zaman. Sesuai dengan nama kelab yang akan sentiasa menjaga kebajikan ahli, mudah-mudahan kelab ini akan menjadi kelab orang melayu yang terunggul di Malaysia. InsaAllah. Hidup Melayu dengan semangat Patuh,Taat , Setia. X akan hilang melayu didunia. Amin.

  21. sy nak tahu btul ke kkdsttm tidak membuat pembsyaran OSK yg dijanjikan 5.7 peratus/bulan kepada ahali kelap dlm beberapa bulan ini..? sesiapa yg tahu tolg beri penjelasaan tk

  22. YDS corporateline dlm masalah sbb tak dapat bayar balik pelaburnya. YDS harus mempulangkan hak pelabur kerana gagal mengikut perjanjian. Haram menipu orang takan selamat di khairat. YDP dan pihak pengurusan harus bertanggungjawab.

  23. PEMERHATI HATI PHD November 26, 2013 at 3:17 pm -

    siapa tahu apa hukumnya menyebaran fitnah?
    siapa di sini pernah makan di kedai tapi akan lihat cara tuang masak memasak samada halal atau tidak?
    siapa di sini pernah buat loan kereta? adakah anda teliti cara loan ereta mengiut islamic atau tidak?
    siapa di sini pernah pergi genting.
    bila bangsa selain melayu buat, ikut je. tapi bila bangsa sendiri yang buat, banya sangat alasannya….
    pergi lah dulu masuk ke hq dan lihat. baru lah tau. saya dulu pun macam tuan juga, langsung takna terima kebenaran kelab ni, tapi bila saya pergi je, baru lah saya kenal apa itu KKDSTTM.

  24. Pemerhati hati phd,

    Kenapa taksub sgt ni. U tau ke ramai ahli kelab yg tak dibayar. Apa penjelasan u? Mana pegi niat nak bantu org mlayu tu.

    Kalo tak trade, pulang balik modal. Psl apa suruh kita cr org baru. Mcm2 crita dongeng u pny bos crita. Igt kita bdk2 ke mau percaya.

    U jgn igt kita x tau crita. Kalo xda angin pokok pon x goyang tau. Tanah bukit baling sapa pny? anak benih dtg mn? inokolon sapa jual? org siam jual ke. TAK KOT !!

    U pny bos hutang keliling pinggang dah. Semua payment sangkut tau. Tak pyh sembang lah….

  25. Aku diajak masuk kelab ni dah lama. Aku tak join sebab ada banyak keraguannya. Ianya persatuan. Persatuan boleh kutip yuran. Yuran digunakan untuk perjalanan kelab. Bila dia offer pelaburan, memang tak kena. Lepas tu name dropping: Tan Sri itu sokong, Datuk Seri ini melabur kat Bursa Malaysia dengan dia, Datuk itu memberi motivasi, Datin ini memberi galakan. Tak lama kemudian, ada perjanjian baru: Dividen bulanan naik, dapat pokok gaharu dan tapak chalet. Member cari member dapat komisen tinggi. Aku agak base piramid tu dah mengecil. Sekarang ni dengar cerita dari Ogos dulu tak ada dividen. Kawan-kawan: Berhati-hati jika pelaburan itu….hanya untuk orang Islam, dividen bulanan yang tinggi dan ada orang yang nak berkongsi kekayaan dengan kita.

  26. apesal org2 kaya mcm bill gates, warren buffet, ananda krishnan, robert kuok, etc tak der pun ajak kita “Berkongsi Kekayaan”? yg ada orang miskin yg dah laa miskin hangus pulak duit riban yg tak seberapa tuu kasi kat upline yg koonnya “berkongsi Kekayaan” dengan mereka hahaahhaahaa…. lawak siot

  27. Bagi Masalah tertangguh pembayaran bonus OSK kpd nominess yg membuat sumbg.Di sini ada 2 jalan penyelesaian yg telah dibuat diputuskan oleh penaung terhdp nominess ini.Pihak YDS terlbh dahulu memohon maaf krn berlaku mslh ketirisan semasa berlakunya trade sumbgan nominess..disbbkan ada kes2 pecah amanah dlm sykt berkenaan menyebabkan kerugiaan berpuluh juta ringgit kpd YDS dan Penaung.Bg mengatasi mslh ini..3 syarat berkenaan dputuskan
    1-Sumbg Nominess Dibekukan dan akn di trade semula pd bln 7 2014.
    2-Sumbg Nominess Dicairkan dlm bentuk point dan ditukarkan kpd aset setelah menjadi AJK..Ini perlu rujuk kpd Kelab TUn Teja.

    Ini bkn shj membantu Kelab & Penaung malah membantu diri sendiri dalam menjana aset masa hadapan..Ketahui semua, Aset Projek Gaharu mmg sdg diusahakan dan hasilkan akn dituai dlm tempoh 6-7 thn bg ahli AJK baru utk mendptkn hasilnya…Kpd yg mengetahui nilai komersial gaharu berkenaan tentu tahu harga pasaran ini..mmg tinggi RM30k sbtg..harga semasa..

    Wasalam,,,

  28. As-salam…..
    Agaknya memang dh jd budaya (@kelemahan) org melayu suka sangat nk cepat jd okb (org kaya baru) tp malas nk usaha. Memang x salah..kan. Tapi jgn la smpai mengatasi hukum. Sebaiknya kaji dulu sama ada mana2 pelaburan yg ingin d ceburi itu halal d sisi hukum agar apa yg d belanjakan kelak turut mendapat keberkatan. Niat tu memang bagus tp jgn pulak smpai menghalalkan cara. Jgn menghalalkan yg haram dan begitu juga sebaliknya.
    Renung2kanlah….

  29. Salam admin..

    Sejak kebelakangan ini. Laman sesawang kita dibanjiri dgn bermacam2 biz.

    Cth:
    -Spshop
    -Ufun
    -Tunetalk / Tune Excel
    -Double Stemcell
    -Yslm
    -BossVenture
    Adakah mereka menjalankan perniagaan yg dibenarkan. Dilihat ramai yg menyertainya.adakah pihak BNM telah menyiasat atau tunggu report dr mereka yg dah terkena baru buat tindakan.

    Mohon penjelasan dan penelitian.tq.

  30. Assalamualaikum
    Sy tertarik mengenai isu yds yang tak bayar dividen sejak berbulan-bulan lagi.
    Sejak november 2013 kalau tak silap sy.
    Sy salah seorang “penyumbang” dalam beribu jugak lah.
    Apa yg sy buat selama tak dpt dividen? Telefon pejabat hq yds, yang tukan angkat telefon pun tak bileh ckp ape sbb tak tahu..semua kena tanya yeop din tu..
    Pastu si yeop din nya pulak, sy tel dia ke nombor miliknya spt yg diberikan oleh org kanannya pun tak angkat2…menyumpah tak usah ckp la..nak ambil salinan perjanjian yg 3 copies tu pun, satu pun tak diberi kepada penyumbang, semua bersama yeop din tu…haaa..mcm dah terkono…tanya upline semua takleh jwb…upline bgtau yeop din akan byr nanti, tapi nanti nya tak tahu bila..
    Agak2boleh saman tak?sesape rasa nak saman yds, boleh emel sy di mywilton@gmail.com

  31. ASSALAMUAIKOMM….. ada spa2 tahu x bekenaan pelaburan ”Double Stemcell” didaftar ke… dakkk ?? sebab baru2 niii ramai mamber yg bertayakn tetang pelaburan ini….. MOHON PENCERAHAN

  32. Maaf ya asraf klu tak salah akak la, double stemcell adalh mlm, akak baru diceramah oleh one of their member..you means phyto science ke.klu silap akak minta maaf la ya.,,

  33. Salam hye.. Sy nak minta pendapat semua.. ..sy skrg bekerja dengan company yg membuat pelaburan emas.. .sy mahu tahu.. Bgaimna kah sy boleh check bahawa company ni beroperasi secara berdaftar ataupun tidak.. .tq: -)….

  34. Salam…Saya hendak bertanya…Recently suami saya secara tiba2 menjadi agak fanatik dengan pelaburan emas yang menjanjikan pulangan kereta dan rebat setiap bulan..Setiap hari tengok Facebook dan melihat Facebook yang bercerita mengenai pelaburan emas..Kononnya labur emas, dapat kereta dan dapat rebat bulanan selama setahun…Saya merasa was2 dan bimbang sekiranya suami saya ditipu…..Bolehkah pihak tuan bantu saya dalam perkara ini…?? Saya hanya inginkan kepastian mengenai perkara ini…Benar atau tipu semata2..??

    P/S : Harap dapat hidekan nama saya…Terima kasih.

  35. selamat sejahtera. saya ingin bertanya kepada tuan. adakah syarikat UFAN CLUB berdaftar dan selamat untuk melabur di Malaysia.

  36. mohon bantuan dari tuan. tolong beri pandangan tentang UFAN sebab semakin hari semakin ramai yang masuk termasuk kawan2 saya yang ada di tempat kerja yang baru2 ini mereka dapat 10 kali gandaandaripada pelaburannya.

    kalau boleh tuan reply di sini atau hantar ke email saya di jimmyjeffry81@gmail.com

    terima kasih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>