Saya peram artikel tentang Gethiss ini agak lama. Saya nak lihat sejauh mana ia akan berjalan dan ramai juga orang menyertainya dan sekarang sudah mula memasuki Indonesia dan Brunei. Saya cuba kumpul sebanyak mungkin maklumat berkenaan skim Getthis ini. Apa yang anda baca nanti mungkin akan menguriskan hati anda sebab saya dalam bidang IT, aplikasi dan pembangunan laman web sudah menjadi kebiasaan bagi saya.
Getthiss mendakwa mereka adalah syarikat yang menawarkan online advertising. Jadi saya terima dakwaan awal mereka.
Semakan Whois
Seperti biasa dalam penilaian saya yang melibatkan laman web ialah semakan Whois. Mereka mengunakan 2 laman web iaitu Getthiss.com dan juga Getthiss.com.my .Saya membuat semakan kedua dua laman web ini.
Daripada semakan Whois, nama domain mereka akan tamat pada 26 Mac 2017. Kira-kira 2 bulan lagi. Maklumat lain tidak dapat diperoleh kerana mereka mengunakan whois privacy yang melindungi data berkenaan.
Update: Hasil semakan balik whois pada 8/2/2017. Mereka telah renew domain sehingga tahun 2019 iaitu selama 2 tahun lagi. Nampaknya admin mereka baru alert pasal hal ini.
Namun hasil semakan terdapat satu lagi laman web mereka iaitu getthiss.com.my mendapat maklumat pihak berkenaan.
Daripada whois ini, adalah maklumat mereka yang beralamat di Bukit Katil, Melaka. Nombor telefon admin pun ada kat maklumat berkenaan. Laman web ini pula tamat pada tahun 2018 nanti.
Semakan Aplikasi Getthiss
Saya juga telah cuba install aplikasi mereka di Google Play Store. Apa yang saya dapati ialah ia adalah aplikasi biasa untuk menghubungkan kepada laman web mereka. Tiada yang unik dan biasa sahaja. Malah pada awal apps mereka terdapatlah gambar Adidas dan juga telefon Samsung S6 dengan imej yang kabur. Aplikasi sebegini boleh diupah freelance pada kos berbelas dollar sahaja.
Mereka mendakwa pihak Adidas dan Samsung menjadi penaja mereka. Tetapi daripada apa yang saya lihat, ia bukan penajaan sebab tiada apa apa kelebihan terhadap penajaan berkenaan.
Gambar itu juga tidak boleh di klik ke laman web penaja. Hanya imej semata-mata. Kalau saya jadi penaja, saya akan request itulah yang akan menguntung penaja dan nilai duit penajaan yang dibuat.
Kemaskini: Dalam versi terbaru aplikasi mobile mereka pada April 2017, mereka sudah remove gambar adidas dan juga gambar samsung S6 berkenaan. Kini ia hanya penghubung kepada laman web mereka sahaja.
Banyak perubahan yang perlu mereka buat untuk aplikasi mereka tu. Ia terlalu asas kerana apps hanyak untuk connect ke laman web sahaja. Ia bukan aplikasi stand alone yang diinstall ke komputer.
Semakan Laman Web Getthiss.com
Semakan pada laman web, ia laman web yang tidak dipantau langsung. Dan TAK BANYAK IKLAN yang terjual. Bagaimana mereka boleh kata kongsi untung dari pengiklanan? Berbeza dengan dakwaan mereka sebagai online advertising platform. Layout dan interface mereka juga sangat suram dan tidak menarik.
Paling penting.. Saya tak nampak mereka menjual IKLAN pun. Sebab mereka sebenarnya menjual program reseller iaitu menerima duit daripada ahli untuk membayar bonus.
Versi Awal Getthiss.com
Bila tengok laman web mereka pun agak menyedihkan apabila orang boleh masukkan gambar seperti diatas di ruangan fesyen muslimah . Anda boleh tengok gambar Mamun dari Bangladesh ini pada harga USD8.10.
Sebab itulah saya katakan ia langsung tidak dijaga dan sangat amatur. Layout laman web mereka tak sekata dengan imej yang tidak konsisten saiznya menyebabkan ia kelihatan agak kelakar. Ada besar dan ada yang kecil.
Itukah yang dimaksudkan mereka platform pengiklanan online?
Aplikasi mereka akan dibawa ke laman web berkenaan. Dakwaan mereka dalam Getthiss mereka boleh bayar bil, beli prepaid… Itu semua tiada langsung. Tiada langsung fungsi untuk ahli mereka gunakan untuk kemudahan mereka sebelum ini. Hanya ada kategori prepaid dan online bill payment.
Dalam versi terbaru saya tidak pasti.
Sudah ada skim yang menawarkan fungsi bayar bil, beli topup seperti Mymi1 dan banyak lagi terkubur dan disenaraikan dalam Watchlist BNM.
Boleh saya katakan laman web dan aplikasi ini hanya “wayang” untuk money game dalam marketing plan mereka yang akan saya terangkan nanti.
Majoriti yang menyertai Skim ini bukan biasa dengan platform online dan tak tahu langung pasal online marketing. Yang mereka tahu, mereka masuk mereka dapat “pasif income” yang bila bila masa akan terkubur apabila duit rolling sudah habis.
Kriteria utama untuk pengiklan membeli iklan ialah Return Of Investment(ROI) kepada setiap ringgit yang mereka keluarkan untuk iklan. Jika laman web sedemikian, saya jamin ia langsung tidak menarik minat untuk beriklan. Lebih baik mengunakan platform seperti FB Ads, Google Ads yang boleh dipantau ROI terhadap pengiklanan.
Mereka juga membanding mereka dengan Amazon, Alibaba, Mudah.my dan Lazada. Mereka masih jauh. Syarikat besar ini untuk mencapai apa mereka ada sekarang membeli iklan untuk mempromosikan mereka. Dan saya tak pernah melihat langsung GETTHISS membeli iklan untuk mempromosikan laman web mereka. Hanya sembang nak jadi syarikat BERBILLION DOLLAR tetapi tiada usaha kearah itu. Mereka ini sudah gergasi internet, tetapi mereka masih beli iklan seperti di Google Adwords untuk mempromosikan perkhidmatan mereka.
Getthis? Haram.. Mereka sendiri tak faham apa itu online advertising tetapi mendakwa mereka online advertising platform. Mereka cenderung kepada cara konvensional, buat event dan cari orang.
Update 20 April 2017: Setelah beberapa bulan down, akhirnya mereka telah uploadkan laman web baru yang baru nampak mereka menawarkan ruang iklan. Baru nampak mcm laman classified site. Tapi dari segi pelawat, sangat sedikit. Ia akan meningkat jika keluarkan bajet untuk iklan. Buat masa sekarang, saya belum nampak usaha ke arah itu. Saya takde masalah dengan idea pasal portal iklan. Jika ia bagus, ia akan berkembang. Jika tak bagus, tak lama ia akan kuncup dan akhirnya akan terkubur. Itu berdasarkan pemerhatian saya terhadap banyak skim yang muncul sejak kebelakangan ini.
Dengan laman web baru, baru nampak sebagai marketplace. Tapi dari segi marketing plan, saya tetap tak setuju. Ia diterangkan dibawah alasannya.
Adakah Mereka Ini Money Game?
Ya. Ramai yang nak tahu pasal benda ni. Mereka ini menawarkan konsep money game dalam pemasaran mereka. Mereka mempergunakan nama “Network Marketing” atau Multi Level Marketing kononnya untuk cepat boom dipasaran. Mereka sendiri tak nafikan mereka tiada produk!
Dan mereka hanya ada aplikasi dan juga laman web yang TIDAK menarik sebarang pengiklan luar daripada pemerhatian saya setakat ini. Itu yang saya nampak sebab tiada perubahan langsung sejak beberapa bulan lepas. Ini salah satu sebab saya hold agak lama artikel ini sebelum diterbitkan.
Update 21/5/2017: Hasil semakan kembali laman mereka. Versi baru laman web mereka mula menampakkan pertambahan jumlah iklan di Malaysia dengan 2-5 iklan baru setiap beberapa hari.Ketika saya semak, terdapat 2 iklan baru 2 hari lepas yang terbaru.
Pastinya mereka menafikan mereka ini “money game” atas sebab tidak menawarkan keuntungan tetap. Saya akan terangkan satu per satu nanti pelan pemasaran mereka nanti dan membuktikan apa mereka tawarkan itu adalah money game iaitu mengunakan duit kemasukan ahli baru untuk membayar ahli lama.
Buat masa sekarang belum mereka belum ada masalah kerana masih baru dan masih ada kemasukan ahli baru. Apabila sudah tiada kemasukan ahli baru, ia akan bermasalah. Ia akan bertahan selagi ada kemasukan ahli atau reseller baru. Hayat skim sebegini akan berakhir apabila tiada duit baru masuk.
Biasanya skim sebegini tidak akan bertahan lebih daripada 3 tahun. Banyak skim terkubur dalam masa 1 tahun selepas penubuhan. Jika bisnes mereka asli, ia akan terus bertahan.
Pelan Pemasaran Getthiss
Saya telah lihat video penerangan mereka di Youtube. Jadi ini yang saya dapat rumuskan. Anda boleh lihat dibawah. Ia bukan video saya, saya hanya embed daripada ahli GT daripada Youtube. Ada 5 siri video, dibawah berkenaan marketing plan mereka.
Saya terangkan apakah gula-gula yang ditawarkan ini. Ada banyak beza dengan perniagaan sebenar dan eksploitasi kejayaan mereka. Yang lawaknya, mereka kata tak perlu cari orang tapi cari 4 orang yang tak nak cari orang. Taktik untuk menenangkan mereka yang tak reti nak cari orang jadi downline. Ini lumrah biasa dalam MLM. Ramai yang fobia cari orang atau downline ni. Ia salah konsep yang salah dalam network marketing.
“Tak perlu cari orang, tapi cari 4 orang yang yang perangai sama tak nak cari orang”. Ajar mereka cari 4 orang yang perangai sama, tak nak cari orang jadi reseller Getthiss..hahahaha
“Join Getthiss lebih untung daripada buat investment” kata mereka.
Updated 20 April 2017: Akibat pendedahan sebelum ini, mereka telah remove video penerangan skim ponzi mereka sebelum ini. Saya telah update video lain yang sama.
Pakej Dalam Getthiss
Terdapat 5 pakej yang ditawarkan dalam Getthiss iaitu 1 STAR berharga RM4500, 2 STAR berharga RM22,500, 3 STAR berharga RM45,000, 4 STAR berharga RM225,000 dan 5 STAR berharga RM450,000. Bukan murah bang. Boleh tahan juga harga pakej mereka untuk jadi reseller. Ia untuk dibahagikan kepada banyak level. Itu yang jadi harga ribu riban ni.
Bagi setiap pakej menawarkan minimum 5 Insentif untuk pendapatan secara pasif dalam Getthiss iaitu Posting Point, GTC Token, Getthiss Turn Over , Shopping Point dan monthly point 3%. Ini insentif untuk orang yang tidak mahu mencari downline. Untuk yang cari orang, ada insentif lain lagi. Untuk yang pasif ini, berpeluang mendapatkan sehingga lebih RM200,000 dengan modal RM4500 berkenaan.
Saya terangkan insentif mengikut pakej mereka tawarkan.
Posting Point (PP)
Ia adalah point untuk memasukkan iklan di dalam laman web Getthis dengan 1 point bersamaan 1 iklan. Tapi masalahnya sejak beberapa bulan saya membuat pemerhatian terhadap skim ini. Iklan sama tak ada penambahan pun. Saya tertanya-tanya juga, ahli GT ini tak buat iklan ke. Nak income pasif je kot..
Jadi pakej paling rendah akan dapat 1400 Posting Point untuk masukkan iklan dalam laman web Getthiss. Harga untuk 1 PP ini adalah RM5 untuk sehari sahaja. Mereka ada tawarkan kempen 100 hari dengan harga RM500. Dan ahli boleh jual pakej pengiklanan dengan PP mereka. Jadi mereka boleh dapat, 14 orang pengiklan dengan 1400 PP berkenaan.
Tetapi ada ke orang nak iklankan dengan kos macam tu sebab ada kaedah pengiklanan lain yang lebih efektif seperti Google Ads dan FB Ads yang lebih targeted untuk mendapatkan pelangggan. Perlu ingat, orang beli iklan nak dapatkan ROI yang berbaloi bagi setiap sen yang dibelanjakan. Mereka boleh tawarkan sale dengan kos RM500 berkenaan? Sebagai usahawan, saya akan pilih saluran pengiklan yang boleh berikan pulangan. Tak guna pengiklanan berbayar, yang percuma pun jadi contohnya listing di Mudah.my. Percuma je.
User aplikasi mereka pun baru dalam 10,000+ download. Itupun sekali je orang masuk tengok.
Tiada sebab untuk orang ulang balik ke aplikasi atau laman web mereka sebab tiada apa yang dijual disitu. Ia bukan platform pengiklanan pun. Yang pergi pun reseller sebab nak tengok duit dah jadi berapa dalam tu.
Saya nampak ia satu langkah yang gagal. Unless mereka ubah cara mereka.
GETTHIS TURN OVER (GTO)
Apabila jadi reseller dengan satu bintang, akan menerima GTO sebanyak 400. Dan mereka tawarkan dividen harian berdasarkan nilai GTO yang dipegang oleh ahli mereka itu sebanyak 0%-10%. Menurut mereka nilai terendah yang diberi adalah 0.35% dan paling tinggi 7%. Ia berubah ubah setiap hari berdasarkan keuntungan syarikat,
Contohnya anda mempunyai GTO sebanyak 400, jadi akan dapat minimum 10.5% setiap bulan jika minimum 0.35% diambil kira. Nilai dividen bergantung kepada keuntungan syarikat setiap hari. Inilah yang mereka menafikan mereka buat money game sebab tidak menawarkan keuntung tetap seperti skim-skim sebelum ini. Walhal mereka sebenarnya buat money game, keuntungan tetap itu adalah berkenaan dengan riba.
Keuntungan min 10.5% setiap bulan, jadi setahun minimum 126%. Dari mana mereka dapat duit kalau tidak berjaya jual slot iklan? Kat mana untungnya? Sebab tiada iklan baru masuk pun kat laman web mereka tu. Itu sah-sah takde iklan yang masuk.
Duit dari mana nak bayar semua tu? Dah tentulah daripada duit ahli baru masuk! Itulah money game. Orang awal untung, yang terakhir menangis bucu katil.
Alasan GTO inilah yang kononnya tak perlu cari orang dapat keuntungan setiap hari.
GT Community Token (GTC)
Seterusnya ialah GTC Token atau hadiah daripada syarikat kepada ahli kerana menyertai menjadi reseller. Ia terhad kepada 100,000,000 token sahaja. Setiap kali 100,000 terjual. Harga akan meningkat. Ia akan split dan berganda. Jika pembeli 1 Star, akan menerima 1000 GTC. Ia macam e-share boleh split jadi double bila sampai masa. GTC tu boleh jual balik.
Nampak menarik? Tetapi bila duit nak rolling sudah takde. End of story…
Skim yang main rolling duit peserta sebegini akan menguntungkan peserta awal iaitu umpan untuk mendapatkan lebih ramai peserta baru untuk membolehkan mereka rolling duit untuk pembayaran peserta awal. Ini yang bahaya tentang game sebegini.
Shopping Point
Seterusnya ialah shopping point dengan nilai 1 point bersamaan RM1. Jadi dapatlah 100 point dengan nilai RM100 untuk membeli barang atau perkhidmatan yang ada dalam aplikasi mereka. Masalahnya, produk apa yang ada? Takde produk sangat pun kat dalam aplikasi tu. Yang lain incomenya dalam USD, shopping point ini dalam MYR.
Selain daripada insentif diatas, ada lagi tawaran untuk mereka yang sponsor atau cari downline.
Getthiss Mendapat Sokongan Daripada Menteri MOSTI?
Mengikut gambar memang ada. Cuma saya tak pasti apakah yang dibentangkan kepada menteri berkenaan. Saya rasanya ia adalah berkenaan idea pembangunan aplikasi sahaja. Mereka tak terangkan pun pasal “permainan duit” di sebalik skim ini. Kata mereka “kalau nak merompak, kenapa pergi serah diri kat pihak berkuasa“‘. Kalau saya menjadi menteri pun akan sokong usaha untuk memartabatkan bidang IT di Malaysia. Tapi macam terang sekerat jalan la kot kat menteri untuk dapatkan sokongan.
Marketing plan untuk menjadikan ia MLM tidak dibentangkan. Gambar dengan menteri dan surat daripada Menteri bukan bukti yang kukuh mengenai marketing plan yang saya akan detailskan lagi.
Saya rasa Menteri berkenaan pun tak tahu namanya dijaja untuk melariskan Skim Cepat Kaya berkenaan. Sebab sudah banyak skim sebelum ini pun mengunakan kaedah yang sama untuk meraih ahli baru. Jadi saya tak nak komen berkenaan penggunaan nama menteri berkenaan.
Boleh jadi present benda lain, buat benda lain. Guna gambar menteri untuk menarik ahli baru.
Fokus utama penulisan saya ialah kepada teknikal dan juga berkenaan marketing plan mereka.
Rumusan
Skim cepat kaya datang dan pergi. Ia membayar sekarang tidak bermakna ia akan berterusan. Ia bergantung kepada kemasukan ahli baru untuk topup duit untuk rolling untuk bagi insentif yang pelbagai tu.
Yang nak join terpulang, yang awal akan untung. Yang masuk lambat, akan menangis di bucu katil. Lagipun ia duit anda. Saya boleh nasihatkan sahaja. Yang awal sekarang nampak macam masyuk sebab dapat duit baik hasil daripada kemasukan ahli baru. Sampai masa ia tepu, kisah indah ini akan berakhir.
Lesen AJL Untuk Getthiss?
KPDNKK membuat penilaian dari masa ke semasa berkenaan marketing plan. Malah ada syarikat seperti CWC/ARBA telah ditarik balik lesen AJL mereka kerana marketing plan mereka yang cenderung kepada skim cepat kaya. Lesen AJL boleh dipindah milik jika menepati syarat yang ditetapkan oleh KPDNKK. Contohnya syarikat kosmetik Nutri Metics diambil alih oleh Tupperware Brands.
Mereka mendakwa mengambil alih syarikat Sinya Sea Sdn Bhd yang telah ada lesen AJL. Namun hasil semakan dengan laman web syarikat berkenaan mereka menjual teh cina. Tidak bekenaan langsung dengan model bisnes sekarang. Dalam undang-undang, memang tak boleh pun guna lesen AJL lain untuk produk berlainan. Sebab KPDNKK akan melihat marketing plan dan juga juga produk yang dijual. Mereka perlu memohon balik dengan membentangkan marketing plan yang baru.
Kemaskini 21/5/2017:
Semakan terbaru saya di KPDNKK, Getthiss telah didaftarkan dengan dengan lesen AJL 932142 dan tidak mengunakan lesen Sinya Sea. Mereka memohon atas nama syarikat mereka sendiri. Namun lesen AJL ini bukan untuk program reseller mereka, sebaliknya ia adalah untuk pemasaran produk kosmetik Beauarti daripada Korea yang mereka menjadi pengedar di Malaysia.
Terkejut juga bagaimana boleh lepas tapisan KPDNKK, rupanya untuk produk berlainan. Jadi secara teknikalnya mereka memang ada memegang lesen AJL walaupun untuk produk berbeza iaitu kosmetik, bukan untuk program reseller.
Gethiss Sangat Berisiko dan Tidak Akan Bertahan Lama Jika Tiada Perubahan Pada Marketing Plan mereka.
Ia sangat berisiko. Its too good to be true untuk mendapat pendapatan sedemikian. Cuma di Malaysia orang senang percaya dengan skim sebegini. Mudah sangat diperdaya dengan pembayaran awal. Malah ada yang tidak serik yang menyertai pelbagai skim sebelum ini.
Mereka seringkali mengambil contoh kejayaan Alibaba, Mudah.my dan sebagainya. Mereka tidak mengkaji bagaimana bisnes model mereka ini. Mudah.my sebagai contoh, ia adalah user content generated. Pendapatan mereka hasil daripada sponsored post dan juga pengiklanan Google Adsense.
Pada awal dahulu, laman web yang berjaya ini mereka juga mengunakan Google Adwords untuk memasarkan laman web mereka.
Jika Getthiss juga menawarkan konsep yang sama untuk pengguna laman web iklan mereka. Mungkin akan ada sambutan. Free ads submittion dan kena bayar untuk premium ads untuk lebih pendedahan. Tapi ia bermakna tiada income sebab hanya paid ads sahaja akan berikan income. Dari mana syarikat nak dapat untung?
Utamakan database user terlebih dahulu barulah boleh bercakap tentang segala macam income dan insentif. Ia tak ke mana jika tiada paid adversiting. Tiada orang boleh jual Posting Point mereka. Semua harap pasif income.
Ini adalah logik dalam permainan bisnes advertising. User is king. Tanpa pengguna/pengiklan, ia adalah projek yang gagal.
Aplikasi Seperti Getthiss Mudah Dibangunkan
Mereka juga bandingkan aplikasi mereka dengan Waze, ia adalah percuma. Malah ia dihasilkan dengan cukup canggih dengan teknologi geo location dan GPS. Manakala Getthiss hanya aplikasi biasa untuk menghubungkan kepada laman web mereka. Anda boleh upah orang buat apps untuk laman web anda. Harga cuma USD5 atau lebih kurang RM25 sahaja jika dioutsource di Fiverr.com.
Anda pun boeh buat sendiri kalau anda nak ada aplikasi seperti Getthis tu. Tak perlu keluar duit sampai RM450,000. Lain kalau memang sudah ada banyak sangat duit, terpulang kepada anda untuk belanjakan duit berkenaan.
Majoriti yang menyertai kerana terpengaruh dengan insentif mereka tawarkan. Siap boleh dapat sampai Rm200k setahun tanpa perlu buat apa apa. Macam menarik bukan?
Bagaimana nak tarik pengiklan luar? Duit daripada mana nak dihasilkan . Reseller bukan pengiklan. Malah saya tak pernah tengok pun iklan Getthis ini muncul kat mana-mana platform. Jumlah download aplikasi pun baru sekitar 10,000 itupun tak termasuk yang dah remove app daripada telefon mereka. Malah dilaman web pun tidak dinyatakan mereka menjual ruangan iklan. Sudah nampak sikit laman web mereka jual iklan dalam versi baru tapi masih sangat rendah dan perlahan perkembangannya.
Fikir dengan waras dan sedalam dalamnya. Jangan mudah terpegaruh dengan dakwaan kononnya dapat mudah dengan goyang kaki je. Sudah banyak skim cepat kaya terkubur apabila ia sudah tepu tiada kemasukan ahli baru. Dan saya lihat Getthiss ini sangat bergantung kepada kemasukan ahli untuk mendapatkan duit untuk rolling dan bernafas.
Tak mustahil tak lama lagi ia juga akan masuk ke dalam senarai Bank Negara untuk skim tidak sah. Saya rasa pihak BNM pun dah pun tahu tentang skim ini. Berikut adalah respon daripada BNM berkenaan skim ini.
Keputusan ditangan anda. Nak join juga, itu pilihan anda. Saya hanya mengingatkan. Saya dalam bidang ini, jadi agak biasa dengan online advertising. Dengan sedikit ilmu yang Allah bagi, saya membuat kajian tentang skim cepat kaya ini dari masa ke semasa.
Jika anda rasakan artikel ini bermanfaat, boleh share kepada rakan-rakan anda.
Semoga ia bermanfaat.
Update: Daripada fanpage skim ini, nampaknya ia sudah mula bermasalah pada bulan februari 2017. Masalah sistem katanya.Website getthiss.com dan juga aplikasi mereka masih tak boleh diakses.
Kemaskini 20 April 2017: Akses laman web sudah kembali dan begitu juga dengan apps tapi konsepnya masih sama. Aplikasi hanya untuk bawa orang ke laman web. Hanya sebagai jambatan. Jika anda guna apps atau browser, keputusannya adalah sama.
Ada akal fikir.. Please buat kajian anda sendiri juga. Dapatkan pandangan pihak ketiga yang arif berkenaan skim sebegini. Ada banyak agensi seperti BNM, KPDNKK, Suruhanjaya Sekuriti dan pelbagai lagi yang sedia membantu anda membuat penilaian.
Jika ada ada maklumat terbaru, boleh kongsikan dikomen dibawah. Saya juga mengalu-alukan ahli Getthiss untuk berikan input terbaru tentang syarikat yang anda sertai.

Incoming search terms:
- getthiss review
- https://www shamsuriyadi com/scam-alert/apa-yang-perlu-anda-tahu-tentang-skim-getthiss/
Rusni
Bukannya murah nak joint. Masih ramai yang tertipu. Haishhhh
Zack
Park dulu
sabree hussin
Mahal betul modal nak join skim ni, tapi ada jugak ye yang nak join.. hmmm… by the way, kalau sistem ini hanya bergantung kepada kemasukkan ahli baru, dan bukannya hasil jualan produk atau servis, memang ia ditakdirkan untuk gagal la.
sham
Betul. Apps hanya connect ke web. Daripada kandungan web, agak menyedihkan. Bila dah takde orang masuk, tamatlah riwayat. Tak sempat jadi syarikat billion rupiah. 😛
rahim razak
Macam mana nak join Getthiss ni.. saya berminat nak join.. ada sesiapa yg tau caranya wasap saya ke nombor 0192585516
Amylenz
Dah trsontot bru nk mnyesal puak2 goyang kaki nie.. Kalu org nsihat xnk trima… Siap buat loan lak tu..mmg bengap haishhh…
sham
hehehe..
sham
Saya dah emel ke Bank Negara berkenaan hal ni. Harap dapat respon secepat mungkin daripada mereka ni.
Ujang
Kalau ada jawapan bank negara boleh la bagi info ya..
Pasal banyak cerita rekaan dalam penghurainanya.
Tidal bertepatan dgn fakta sebenar.
sham
Tuan ujang boleh berikan fakta sebenar. Saya akan update bila ada perkembangan terbaru termasuk respon daripada BNM nanti.
Ujang
Harap ada reapon positif dari BNM lah ya. ..
Coz sebaiknya kena siasat sepenuhnya perniagaan yg dijalakan selain dari resseler program .
Keeana getthiss juga menjalankan pernigaan perhotelan dan cominikasi provider..
sham
Bisnes hotel dan komunikasi tu tak salah. Yang salah ialah skim piramid menerusi program reseller. Daripada video promosi dan juga laman web yang mempromosikan skim ini langsung tak dinyatakan bisnes lain mereka. Yang dikatakan ia adalah platform online advertising yang sama saya tak lama mereka menjual iklan.
MikhailHizzriz
mudah.my dulu² pon mcmtu gak bru2 nak up. tp skang .
sham
Mudah tak buat skim apa-apa. Dan awal dulu, diorang belanja banyak untuk iklan untuk branding dan dapatkan pengiklan kat laman web mereka. Boleh tengok laman web mereka pada tahun 2008 ni – https://web.archive.org/web/20080922170509/http://www2.mudah.com.my/
Masa tu masih dengan mudah.com.my . Dan mereka dari awal wujud sebagai direktori iklan percuma. Saya ulang PERCUMA. Mereka tak ambik duit orang.
Duit diorang dapat daripada iklan Google Adsense bila orang klik iklan google yang ada kat laman web mereka.
sham
Laman web Getthiss.com sudah tidak boleh diakses sejak beberapa hari lepas.
UMAT MANUSIA
WEBSITE BARU GETTHISS – http://www.getthiss.com.my
awang
Macamana pulak dengan Mface dan Monspace.. …dah lama dia org ni…macam steady je…. pernah tengok orang explain…ada split dan pyramid jugak…tapi tak wajib langsung cari download. Lagi satu…betul ke haram err..atau tak halal benda2 macam ni…yg ada split dengan ala ala piramid ni.
Wak Duku
Terima Kasih boss.
Jenuh gak saya cari mengenai getthis ni. Baru2 ni group ni ada sewa bilik mesyuarat kat kedai saya.
Biasa ler… klu geng2 skim ni sewa bilik mesyuarat…. tawkwy ler jadi sasaran pertama disuruh join…lol.
Macam best pulak sb depa ada main sentimen bumiputra…melayu… App halal pertama didunia…lol.
Rupanya….100% skim jer…tq
Lily Qaseh
Baru je kawan call ajak join.hati mmg berat nak join.
Terima kasih atas penerangan.
Baik join MLM yg mmg ada brg utk berjual beli.
Baik berniaga jual beli produk yg mmg ada tidak perlu di ragui.
Ini skim mcm pak man telo je cuma guna I.T advance la.
AK88
Ramai saudara mara & rakan saya yang join Getthiss ni. Minggu ni dari Johor ke Kuala Lumpur layan trip dinner. Memang nampak sangat money gamenya, tapi berapa ramai melayu yang kisah. Yang penting bagi mereka,pulangan. Dah labur Rm4500,de yg da dapat pulangan modal & dah de yang baru dapat dalam Rm2k. Yang awal ni kire untung la,modal dah cover balik. Kebiasaannya jika modal untuk melebur tu besar, lagi cepat melingkup. Tggu jela sikit hari lagi.
ariff
Tuan syam… baru2 ni saya check sijil getthiss di web kpdnkk dan saya dapati sijilnya wujud dan sah… apa pendapat tuan…??
sham
sijil apa? pendaftaran syarikat?
Kalau pendaftaran syarikat, memang ada. Mereka memang syarikat berdaftar.
Dan banyak skim yang terkubur sebelum ni bukan setakat sendirian berhad tapi syarikat holding punya.
Tapi berdaftar tak bermakna, ia bagus dan selamat.
sham
Betul puan Lily. Bisnes yang jelas. Bukan berdasarkan spekulasi dan anggaran semata-mata..
sham
Yg dapat pulangan tu, masuk balik duit tu. Itu yang melingkup tu nanti..hehehe
juruboneka
web & applacation google store xblh buka.. keluar msg error.. tanda2 nak tutup.. dah terkubur.. tq info abg sham..
Wan
Hai. Nak tanya macam mana mereka update sistem GTO/GTC etc..?? Melalui recruitment reseller ke.
Kawan office aku ada join jugak getthis ni. Aku nasihat kt dia suruh jangan join, last2 aku pulak kena marah hahaha..
sham
Ya. Head hunting.. orang ramai masuk, baru meletup. 😛 . Takde orang masuk, katup..
Sampai sudah progress 53%, lauching relauching April.. Last jadi April Fool. Sekarang dah april, cuma tak pasti tahun bila..hehehe
juruboneka
tuan, ada apa2 update dr bank negara pasal hal ni? nk tau juga info terkini.. sy ada masuk group wasap mereka, tp sy xde invest pun.. leadernya blagak.. bila ada org bangkak sikit, kena kick..
doni
tu prototype je belum official launched. check out getthis marketplace
sham
hahaha..prototype pulak? Jual barang yang tak siap la ye? Saya tunggu dan tambah lagi review saya nanti. Saya orang IT. Saya tau fasa pembangunan produk IT macamana. Beta version boleh dibuat dimana-mana. Takkan development buat kat main site kot.
sham
BNM belum update list baru. Rasanya tak lama lagi muncul la dalam senarai.
juruboneka
sy ada terjumpa, beberapa comment printscreen dr ahli2 getthiss, dlm facebook, mereka mgadu, payment lambat..
suka membaca blog mcmni
99.9peratus BAKAL TERSONTOT mcm MFG,MIH,IH Dan yg seangkatan dengannyerrr ^_^ tq.
sham
Hehehe.. Petanda jelas untuk tutup kedai tak lama lagi. Dah berjuta duit orang diorng sapu. Boleh kata itu prototype. Bohong sangat tu.
Jai
Tahniah tuan,,article yang padat dengan prove. kenyataan memang memedihkan..tarik brek cepat cepat mana yang dah terjoin.sebelum masuk gaung.
Budak IT
Masing masing buat IT. Fikir logic dah tau untung tu dapat dari duit rolling. Lain la kalau getthis untung hasil jual sayur, ayam, ikan ke logic skit
Budak IT
Ramai melayu BUtA IT. Tau main facebook, youtube dgn Instagram je. Sedih!
Ambik teladan
Share smoga bermanfaat
Sy dlu tejebak dgn scam emas, zaman2 KB, tok belagak, arba..sudahnye, rugi hampir 1 juta. Serikand betul2 lesson learnt. Slalu sy igtkan org2 lain jgn jd mcm sy.
Tapi tula, org lain ni taknak faham even kte bgtau with valid points. Sy tak salahkan dorang, sbb sy dlunpun mcm tu. Asal duit masuk, bende salah pun rase betul jugak. Confident and rase org yg tak sokong tu semua dengki..hahaha..ceteknye akal.
But now, when i read your points and validate, mudah nampak its a money game. Tapi, kesian pd org2 skarang yg masih ade pemikiran mcm sy dlu. Tak tau lg mcm mane nk tolong fahamkan betapa sengsaranye kene tipu.
So pd yg baru2 nk cuba ape jugak biz, stdy dlu biz model die. Nak sangat pasif income? Letak je kat ASB or tabung haji. Biar sikit, tapi selamat.
Jgn lupe ni ” orang tamak, selalu nye mmg end up rugi”
sham
Ramai yang kena adalah bangsa melayu. Money game senang nak kenal tapi sebab ada dapat bayaran sikit, yakinkan diri terpengaruh dengan leader kononnya siapa yang cakap getthis tipu tu semua dengki je. Mungkin kebetulan saya tegur laman web mereka tiba-tiba mereka ditarik balik jadi under construction. Sedangkan sudah berjuta, duit daripada mereka yang masuk sampai pakej RM450,000. Dekat setengah juta!
Konsep bisnes juga tak jelas. Yang kena pedajal, menteri tu. Sebab jadi selling point untuk orang join skim mereka.
Getthatt
Kalau nak cakap pasal undang undang, bukan ke chairman gettiss ni peguam negara?
I-tijari
Bang bagi info yg update sikit yg info atas tu banham yv tak betul, http://www.getthiss.com marketplace dah jalanlah atau buat artikel hanya utk tarik trafik haha siap iklan nak minta email ni kes nak jual database lah tu haha
Budak IT
Assalamualaikum, saya nak tnya.. kenapa masih ramai yg percaya GetThis ni? Pelik
Capciken
DS zulnun conman pun since zaman sekolah.
Dia baru bukan wisma getthiss dekat seremban.
sham
Emel tu saya tak boleh control pun. Ia masuk dalam feedburner. Hanya dapat update artikel baru daripada blog ni. 10 tahun dalam IM tak pernah lagi aku jual list walaupun ada yang minta.
WF77
Assalamualaikum. Berkenaan pencerahan ada beberapa faktor sy nk tnya sbb pernah diberitahu berkenaan getthiss.
1) chairman getthiss 1st lawyer malaysia dato wira hafarizam yg mana lawyer kpd comp sy bekerja jgk dan masih berkhidmat sehingga skrng, kalau getthiss ni tuan explain scam mcm mana org hebat undang2 masih lg legal kan business getthiss?
2) Business developement director, ACP Dato paduka dr junaidi kalau xsilap sy masih lagi berkhidmat sehingga hari ini. Board of director jugak
3) Dpt kelulusan dan support dr MOSTI & MSC status.
Tuan boleh bg pencerahan mcm mana business getthiss ni tuan explain as a scam eventhough support2 dan kelulusan yg getthiss dpt? Sy xsokong mana2 tp berdasarkan semua artikel tuan 99% menjurus kepada menjatuhkan business2 yg ada di market skrng. Apa tujuan sebenar tuan sham?
sham
Waalaikumussalan WF77, andainya PM Malaysia sebagai board of director Getthiss sekalipun. Jika marketing plan menjurus kepada money game dan ponzi, ia tetap salah. Unless mereka review balik apa yang mereka buat. Saya faham pasal online advertising, ia adalah sangat bagus jika dijalan dengan tersusun tapi jika memasukkan money game dengan menawarkan pulangan yang tak logik. Nilai dengan akal yang waras.
Itu belum kira dengan pengambilan deposit daripada orang awam. Kita ada undang-undang mengenainya. Orang pun berhak tau risiko yang bakal mereka hadapi. Apa akan terjadi apabila tiada “reseller” baru masuk.
Trade secret bisnes online advertising platform adalah traffik. Selepas hampir 2 tahun berlalu, nothing they do untuk menaikkan pelawat. Yang dicari ialah duit reseller. Sebab itu saya sangat skeptikal samada mereka nak buat skim cepat kaya atau laman web iklan.
Contoh mudah tengok pada lazada, berapa juta mereka spend untuk advertising untuk laman web mereka dan untuk vendor mereka?
Sudah banyak laman web sebegini terkubur. Kalau ianya duit board of director sahaja saya tak kisah. Tapi duit orang awam yang bergolok bergadai cari, melebur dalam skim yang mereka tak jelas. Hanya terpengaruh dengan $$$ yang ditawarkan.
Berkenaan MSC status, saya buat semakan GTC Empire Holding berhad tidak tersenarai dalam syarikat MSC malaysia. Syarikat mana yang dapat msc status?
juruboneka
tuan WF77. selama dlm pemerhatian sy juga. getthiss tiada lesen utk mengutip deposit dr org ramai utk melabur.
WF77
Bukan getthiss dh dpt office dr MSC dan telah beroperasi di cybersquare? Dan getthiss masih baru saya ada compare dgn marketplace lain spt mudah.my dan lazada. Mereka mengambil masa bertahun untuk dikenali malalui “stand alone marketing”. Selepas beberapa tahun baru dikenali. Ambil contoh elevenstreet dan carousell, masih ramai yg tidak tau pasal marketplace tersebut disebabkan stand alone marketing juga. Getthiss mengambil langkah dengan marketing secara networking supaya cepat dikenali dan lain dr market2 yg sudah ada. Mungkin itu yg lain drpd market2 yg sudah ada? Dan introducer getthiss ada menunjukkan traffic data kpd sy traffic seramai 572k org yg visit website dlm masa 2jam melalui getthiss.com. Sy tertarik dgn plan getthiss based on advertising business. Tp masih lagi mencari2 input yang terbaik sebelum sy ingin memasarkan produk2 sy. Dan sy ada study dengan package 1 star sy dpt cut off marketing expenses sy selama 4 tahun. Ini yang menarik minat sy dengan adanya hyperlink thru facebook, twitter dan google..
THEMOV
https://www.getthiss.com/search
Salam Tuan, tuan boleh tolong check url marketplace baru getthiss ni? sy cuma nak tahu adakah marketplace yg baru ni lebih baik dari yang sebelumnya? teringin sebenarnya nak tahu marketing plan mereka ni. maaf bertanya ya tuan.
sham
Beroperasi di cyberjaya tak bermakna mereka MSC Status. Bukan boleh claim mcm tu je. Ada kriteria sebelum dapat award MSC status. Boleh semak kat http://www.mscmalaysia.my/status_company
Advertising company tak salah. Yang masalahnya ialah compensation ditawarkan adalah money game. Guna duit kemasukkan ahli baru untuk membayar ahli lama. Model ini adalah model skim ponzi. Bila dah sampai tahap tepu. Ia akan colapse.
Sudah banyak contoh diluar sana yang pada awalnya bayar. Bila dah tiada duit sebab tiada kemasukkan ahli baru, ia akan goyang. Itu apa yang saya kaji dengan pelbagai skim ponzi sebelum ini. Memang lumayan apa yang ditawarkan. Tapi ia takkan tahan lama. Kalau tak, dah lama PM kita guna konsep ni untuk bayar hutang negara yang berbillion tu.
WF77 dah biasanya dengan internet marketing? Marketing expenses sikit atau banyak tak penting. Yang penting ialah conversions. Apa yang saya nampak sekarang ia menjadi lubuk untuk spammer untuk collect database no.telefon daripada laman web getthiss. Biasakan diri untuk terima mcm2 sms lepas ni. hehehe .
All the best dengan Getthiss. Saya tak menghalang, hanya sekadar nasihat. Boleh burn out RM4500 untuk cuba.
sham
Laman web baru ni, lebih baik daripada sebelum ni. Sebelum ni tak terurus, tak mcm site advertising. Siap ada orang boleh masukkan post mereka sendiri. Looking forward untuk tengok prestasi dan respon iklan dilaman web berkenaan.
Budak IT
Saya suka Tuan admin explain. Tapi sekarang mobile apps GetThiss dah keluar Google app store. Agak menarik business plan mereka sampai ramai yg masuk sekarang. Yang pelik dulu lazada, zalora, mudah, etc sebelum famous takde pulak siap buat iklan ajak org ramai ramai labur kt syarikat diaorg hahaha
THEMOV
Terima kasih atas maklum balas tuan berkenaan laman web baru mereka ni. bagaimana pula dari segi security? tuan ada cuba click pada reseller page mereka? adakah ianya betul2 selamat dan secure? terima kasih ya tuan Sham.
THEMOV
http://getthissinnovation.com/
assalamualaikum tuan. sy dpt update terkini dari group whatsapp mereka.. ini adalah website company. cuba tuan tlg check dan komen sikit. terima kasih ya tuan.
sham
Saya tak pasti bab security untuk site sekarang. Kalau mereka ada team network security, should be okay. Sekuriti adalah salah cabaran utama dalam online platform.
sham
Tiada masalah dengan laman corporate mereka. Bagi saya takde masalah langsung tentang planning mereka. Yang saya bangkang ialah ada skim ponzi dalam program reseller mereka.
developer
ya, sy and satu team buat apps android & IOS pun makan masa 6 bulan. Dari segi security ,testing, development , semua tu lah kena ambil tahu. Bukan mudah nak buat apps yang betul betul ikut procedure.
Budak IT
Wow, dah ada website baru! kenapa mereka tak guna je http://www.getthiss.com ? Betul ckp admin, saya pun sokong idea mereka dalam online platform in marketing/services/etc tapi kenapa mesti ada unsur unsur ponzi/mlm??? Apa tujuan mereka recruit ramai ramai dgn bayaran RM4.5k?? Something fishy di situ
THEMOV
??https://www.getthiss.com
??http://www.gettshoppe.com/
??http://www.getma11.com
??http://getmall.getthiss.com
latest update
THEMOV
ada je package reseller serendah RM55 dan RM450…sy rasa tuan salah faham byk berkenaan program reseller mereka ni. maaf ya. sy pun belum join lg. tp sy faham kenapa marketing plan sebegini mereka guna pakai. sy nmpak valid points mereka. cuma diri sy sendiri perlukan masa utk mngkaji dan kumpul duit skit..sbb dari pengamatan sy, mereka sudah mmpunyai lebih kurg 40,000 reseller dlm masa setahun dan majority mereka ni adalah peniaga dan usahawan kecik yg ada produk mereka sendiri.. jadi sy takut skit nk terus2 jatuh hukum yg benda ni scam ka apa..sbb klu salah, sy bkn je dah jatuh perniagaan seseorg, tetapi beribu reseller yg cuba nk buat sesuatu utk diri mereka, perniagaan dan produk mereka..sy takut balasan keatas rezeki sy dan keluarga sy. jadi ada baiknya kita kaji dan nilaikan sendiri. ada betulnya apa admin ckp. kita mmg kena hati2. wlaubgaimanapun ada baiknya jika kita lihat pada kedua2 bahagian sebelum jatuh hukum. sy ckp je.. jgn kecam sy tau..hehee
rizal
Assalam tn sham..terima kasih atas info yg d beri ttg GETTHISS.. nasib baik x join. saya pon nyaris2 nk join.. tpi bila d pikirkan balik btul jgak.. sbb sy penah join tpi bkn getthiss la, yg ini under yayasan yg menjanjikan 25% keuntungan setiap bulan bergantung pd modal yg kita laburkan.. boleh tn sham info tentang IUGB ( i usahawan Global Berhad) pejabat di melaka masih lg beroperasi sehingga kini.. sbb sehingga sekarang kami blum terima pulangan modal & dividen sehingga sekarang bermula dari bln 6 sehingga ke hari ini.. mohon tn sham siasat adakah IUGB menjalankan pelaburan yg benar atau sekadar mengaburi mata ahli2 yg melabur..bukan sikit berjuta2.. yg masuk satu malaya.. alamat WISMA I.U.G.B level 1-5 no. 76A-76E, jalan hang Tuah, 75300 Melaka. no tel: 06- 2817836 pjbt.
sham
Seperti yang saya cakapkan sebelum ni, online advertising takde masalah. Ia bagus untuk bangunkan platform pengiklanan online. Saya sokong. Yang saya bangkang ialah skim ponzi disebalik reseller program mereka. Itu yang salah. Saya belum ada maklumat pasal yang compensation plan yang baru pula. Kalau ada nanti, saya kemaskini lagi artikel ni.
Antiscam
Entah apa syarikat ini? Masalah media kita tidak suka menyebut nama syarikat! macam mana nak prevent orang ramai dari kena tipu?
http://www.thestar.com.my/news/nation/2017/05/04/her-investment-grew-to-rm35mil-but-she-cant-take-out-a-sen/ Tengok link ini
Budak IT
cc: Anti Scam
Terima Kasih saudara ke atas link tu. Nampak sangat tu skim getthis sebab 5 star member is 450k. Hmmm betul ckp saudara, kenapa dia tak sebut nama syarikat yang tipu tu ?! Terlalu banyak korupsi benda benda skim cepat kaya ni. Ramai dah member saya masuk, sedih la kalau mereka kena tipu bulat bulat camni
NakTahu
Salam tuan. Nak tanya pasal BTC12 @ BITCOIN12 yang tengah aktif di kelantan&terengganu ni scammer jugak ke macam mana? Orang kuat BTC12 ni orang yg sama join Highway.
sham
Baru lagi kot. Belum ada info.
NakTahu
BTC12 sekarang aktif di kelantan. Orang kuat BTC12 ni cina bekas programmer dato osman & nadim CPO. Upline BTC12 ni pun antara mereka yang bekerjasama dengan dato osman & nadim jugak dulu. Saya harap tuan dapat cari info pasal BITCOIN 12 ni, sebelum ramai yg jadi mangsa.
Adnan77
Salam admin … hebat artikel semua tentang keburukkan getthiss nampaknya admin menzahirkan getthiss dari sisi gelap nampak betul hati tuan ni gelap.. patut bagilah pro n kontra barulah artikel nampak ada kredibiliti ini semua getthiss yg salah jadi blog admin ni byk iklan apa cerita? Tapi tak apa itu hak admin teruskan dan cari lagi bahan utk lariskan blog tuan kami paham tu hehe
sham
encik adnan baru join getthis ke? Boleh terangkan marketing plan baru sekarang atau masih sama seperti yang saya tulis tu. Kalau ada info baru, saya akan kemaskini.
Kalau masih sama, jawabnya bila dah tepu. Tutup kedailah jawabnya.
anassa
tuan, saya sangsi dengan any perniagaan yang menjual konsep tanpa melibatkan sebarang bentuk pertukaran yang boleh di guna pakai. Contohnya, kalau saya labur rm 2000, saya perlu dapat barang atau servis berbentuk dan bernilai rm 2000 atau lebih (berdasarkan ada keunutngan).
Tapi bila saya labur rm 2000 dan hanya dapat konsep perniagaan…..hmm. ini dah macam mukadimah nak beri sedekah aje. lagi satu, sampai sekarang saya tak faham konsep reseller yang di war warkan. kalau konsep dah complicated dan complex…ha ha ha……complex jugalah nak dapat balik duit kita
Baron88
Kalau getthis ni tipu knapa seorg peguam dato wira bolh jadik chairmen pd getthiss???
Adakah peguam ni bodoh???…
Sdgkn admin ni sndri pon ngaku die x pasti yg di bentang kn pd mentri mosti dn pm..
Adakah mentri mosti dn pm bodoh sbb bg support pd getthiss???…
Kesian pd org yg brfikiran sempit nih…
Adnan77
Aplikasi Getthiss diperkenal di Malaysia http://www.astroawani.com/berita-teknologi/aplikasi-getthiss-diperkenal-di-malaysia-143182
Getthiss jual tapak iklan lah bang ini bisnes digital… tak paham tak apa jgn buat fitnah nanti tak pasal2 kena saman nanti turun naik mahkamah plak.
sham
Seperti saya tulis dalam artikel, saya tiada isu langsung pasal aplikasi dan juga direktori sekarang. Teguran saya berkenaan versi awal mereka sudah lakukan pembaikan. Yang jadi isu ialah money game aka skim disebalik program reseller getthiss. Atau Encik Adnan boleh berikan marketing plan terbaru program reseller getthis untuk saya review. Sebab hasil carian saya masih kepada yang lama atau ia masih sama seperti sebelum ini?
THEMOV
http://www.astroawani.com/berita-teknologi/aplikasi-getthiss-diperkenal-di-malaysia-143182
THEMOV
utk pngetahuan tuan2, mereka open share utk business ni sehingga disember 2017 shj. selepas ini tiada lg sesiapa yg boleh join dgn pckage2 reseller tu. org ramai hanya boleh join dgn public pckage shj. serendah rm55. klu nak post kat marketplace tu free pun boleh. takde msalah. tak semestinya kena byr beribu2. tu adalah pilihan jika anda ingin mnjadi sebahagian dari stakeholders. itu pun smpai disember thun ini shj. lps tu takde dah.. sbb company dah stabil..so yg ada sbg stakeholders akan earn profit sharing bersama company sbg stakeholders..so dakwaan money game tu pada sy mcm meleset 100%…sy rasa tuan dah boleh turunkan artikel ni sebelum chairman mereka ambil tindakan..dato wira hafarizam tu sendiri turun dlm setiap event getthiss dan beri ucapan dan update perkembangan company getthiss pada stakeholders. so dakwaan yg beliau tak tahu menahu tu sy rasa tuan kena hati2..ramai yg memerhati..maaf ya..sy jelas sgt dgn konsep marketing mereka. sbb sy selalu turun dgr penerangan mereka di wisma getthiss di cyberjaya. dan apa yg tuan kemukakan ni semuanya misleading..fitnah.. sy cdgkan tuan luangkan sedikit masa utk ke wisma mereka di Cyberjaya utk dgr penerangan dari staff mereka..maaf ya…terima kasih..
sham
Terima kasih. Boleh detailskan lagi tak tuan Hadi aka themov? Ulasan saya berdasarkan video penerangan Getthiss sendiri. Jika tuan sudah jelas, jelaskan kepada saya dan pembaca yang nak tau tentang getthiss ini.Apakah perubahan baru dalam marketing plan mereka sebab semua laman web yang mempromosikan getthiss sekarang menerangkan perkara yang sama dalam video. Tiada yang pakej RM55.
malah untuk market indonesia yang baru dilancarkan pun sama saja.
Adnan77
Jadi selama ni tuan dptkan sumber hanya dari google dan youtube jer ker ? Alahai … ermmm sy rasa tuan Sham kena join dululah ada acct getthiss sendiri bole nampak perjalanan dan corak sistem operasi berfungsi dlm marketplace dan reseller program. Lepas tu buatlah ulasan dan pandangan berdasarkan fakta dan pengalaman sendiri itukan lebih baik. Jgnlah letakkan bebanan pada kami utk explain tuan plak.
http://getthiss.com
http://www.getthiss.com
Get Mall
Get Shoppe
Get Halal
Bil topup & utiliti
Sign up free
Legal & Global
sham
Cadangan yang sama saya terima untuk skim-skim yang saya review sebelum ini. Suruh join. 🙂
actually ada register untuk post iklan dan tengok kat dalam tu. Takde apa yang fancy. Memang takde masalah pun direktori iklan. Memang takde untuk free ads. Kena ada Posting point kalau nak masuk iklan.
Yang masalah ialah pelan compensation dalam reseller. Itu akan bermasalah nanti.Masa akan menentukan,bila takde reseller baru, tiada duit untuk rolling GTO & etc. Ia akan colapse tapi nasib baik kos maintainance tak tinggi mana. Kita tunggu jela. Masa akan menentukan.
Online advertising adalah salah satu cabang internet marketing. Apa yang saya tengok, promo banyak pada offline. Antara offline dan online ada gap atau roadblock bagi market Malaysia. Kita tengok nanti. 🙂
THEMOV
Sy rasa penerangan sy yg ringkas tu dah boleh kot buat tuan fhm sikit mcm marketing stratergi mereka berjalan.. nak explain in detail pnjang nak kena type ni. haha. maaf tuan, bg sy klu tuan boleh cari dan cipta sendiri sisi gelap getthiss ni mgkin tuan juga boleh usaha cari kebenaran ttg getthiss ni.
mereka sdg bergerak laju kehadapan, tp tuan masih disini mencari kesilapan. jika mereka punya impian utk ada market place setanding dgn yg dari luar tu, apalah salahnya klu kita support usaha org kita sendiri instead of condemn dan cari kesalahan. utk long term, dimasa hadapan mgkin anak cucu kita boleh gunakan marketplace ni utk berjual beli. sekurang2nya turun la skit masalah pengangguran.. anda boleh gunakan secara percuma marketplace ni. tak semestinya kena join ribu2.
klu anda nak memiliki ruangan iklan dan berhasrat untuk menjualnya semula kpd syarikat perniagaan yg perlukan marketing atau iklan, anda boleh beli secara pukal / banyak mngikut hrga yg ribu2 tu. tp klu anda cuma nak promosi atau berjual beli produk anda shj, anda boleh join as public reseller, anda boleh beli ruangan iklan dgn jumlah sedikit dgn premium yg rendah khas utk perniagaan anda sendiri, kemudian anda iklankanlah produk anda tu sesukahati mngikut jumlah ruangan iklan yg dah dibeli.
nak pegi global ke negara jiran yg dah mereka mulakan pun boleh. cuma, kelebihan sbg real reseller yg beli ruangan iklan secara pukal / byk ni antara salah satu keistimewaannya adalah, anda akan earn shopping point setiap kali anda jual ruangan iklan tu kpd merchant atau peniaga atau usahawan kecil lain.
anda boleh gunakan shopping point tu utk byr bil utilitis sperti astro, tnb, syabas, apa2 byran dgn majlis perbandaran dan boleh beli top up utk handphone anda..
DAN anda boleh shopping apa shj didlm getmall atau marketplace. semua ini hanya dgn mmggunakan shopping point yg mereka earned ni tadi. ada testimoninya di facebook page mereka..Lazada pun dah mula buat Afinity program mcm ni…kenapa tak komplen mereka? Lagi satu, klu anda iklankan produk anda di marketplace ni, ianya lebih senang terjual. kenapa? sbb majority reseller dlm getthiss ni ada shopping point.
mereka boleh convert shopping point ni dan mmbeli produk anda. purchasing power tu dah ada. Dalam masa setahun mereka ada lebih dari 35,000 reseller / members dan 30,000 unique visitor sebulan. Mudah.my dalam tahun pertama cuma ada 4,000 mmbers dan kurang dari 4,000 unique visitor sebulan.
Nampak tak marketing stratergy mereka (getthiss) berhasil? dah makin ramai usahawan kecil cuba nasib dlm marketplace ni. klu nak cerita testimoni pula, ada seorg kakak ni, dia jual sejenis kopi (produk beliau sendiri) di marketplace getthiss, dalam masa 4 jam dia dpt hasil sales sbanyak RM1,118. ada testimoni ni mereka share di facebook page mereka.
sy nak attach gambar disini tak boleh..hehe.. sesiapa yg berniaga dan ada produk atau servis sendiri sy syorkan anda semua cuba mrket disana…free je pun…apa2 produk boleh. pilih kategori dan mula post. dlm masa 48jam selepas penapisan klu ok iklan anda akan naik.
cuma yg free ni iklan anda tak kekal berada diatas atau dipapan utama..itu normal lah kan.. mana2 pun sama…haa..dah explain byk juga dah ni haha. maaf ya tuan, sy bukan nak bertelagah. kita sama2 belajar. Aside to that, cuba tuan buka facebook page mereka.
sy bg link ni, tuan tgk award apa yg mereka baru dpt hari ni. sy cadangkan jika tuan ingin yg lebih detail pergi la melawat wisma mereka dia cyberjaya dan dptkan penerangan lanjut dari staff mereka…mcm sy katakan td la..klu sblum ni tuan boleh cari info2 ni yg sy sendiri baca pun totally sy anggap mislead, takkan nak cari kebenaran tak boleh usaha kan? 🙂
oh ya. tiada istilah jadi kaya raya smpai jadi jutawan dgn mudah atau hanya dgn bergoyang kaki jika anda berbisnes bersama getthiss..anda masih perlu bergerak dan berusaha..company berikan ownership kpd setiap reseller. anda yg tentukan income anda.
bukan company. siapa rajin, dia lah yg beroleh rezeki. Klu tuan segan nak ke cyberjaya, email sy, kita jumpa, sy terangkan secara detail pada tuan. kita sama2 belajar. jgn risau. sy profesional, bukan samseng. Sy akan terangkan kpd tuan satu persatu agar tuan jelas dan lebih faham.
tiada niat selain ingin tgk anak bangsa mula mnyokong sesama sendiri dan maju bersama-sama. terus terang sy ckp, reseller getthiss paling ramai di Penang adalah berbangsa Cina. Seperti kita sedia maklum, kaum cina ni mereka pndai berniaga dan mahir mengira..sy rasa tuan faham maksud sy…mereka rebut peluang, tp anak melayu kita? masih disini kondem dan mncari salah. Kalau ya pun tak pcaya, tgk atau lihat shj cukup. tak perlu mnjatuhkan.. tuan ada nmpak page seperti tuan yg ditulis oleh bangsa Cina? 🙂
Jgn lupa check out link di bawah ni ya. Assalmualaikum…
https://www.facebook.com/GetthissAppsSdnBhd/posts/1857460321187953
Wak Duku
Bukan sekali, bukan 2 kali, bukan 10 kali..bahkan dah ratusan kali….
klu pun belum ribuan kali biz skim yg saya jumpa yg menjanjikan keuntungan luar biasa ni berakhir dgn kehilangan duit ahli.
Bermacam tektik dan teknik yg digunakan yg kononnya mampu menjadikan ahli jadi jutawan…
pendek kata, kiamat sahaja yg mungkin menghalang mereka jadi jutawan..
Tapi akhirnya…bila mana “TIADA KEMASUKAN AHLI BARU” untuk bayar keuntungan yg dijanjikan…
maka, bye2 ler…dgn alasan yg paling popular…”BANK NEGARA KACAU”
Saya setuju dgn tuan Sham….’MASA AKAN MENENTUKAN’
sham
Terima kasih tuan Hadi@themov. Idea direktori iklan tu bagus. Versi awal saya hentam sebab ia langsung tak terjaga. Takde fungsi langsung dan tak nampak jual iklan. sedangkan mereka mengambil deposit ribuan ringgit dah setahun lebih masa mula-mula saya menulis. Tiada pembaikan sehinggalah artikel saya keluar.
versi baru ni ok skit. Kalau lebih baik, kalau ada guide skit sebab saya tengok banyak nombor telefon dalam iklan salah isi. Saya juga ada daftar untuk tengok dalam tu. Saya tengok takde yang free seperti yang tuan cakap tu. Yang ada minimum 50 PP + category PP untuk masukkan iklan. Tak tau la kalau ahli berbayar jadi interface lain pulak kat dalam tu.
Yang saya tak setuju, marketing plan reseller sekarang ia berbentuk ponzi skim. Ia bagus untuk bagi reward kat ahli, tapi ia perlu berpada-pada. Konsep takkan sustainable dan takkan bertahan lama. Kalau tak, dah lama orang buat. Cuma dalam skim cepat kaya moden sekarang ada main split share jadi berganda. Syarikat pelaburan terbaik dunia milik warren buffet pun dapat tawarkan 35% keuntungan maksimum setahun.
Sisi gelap yang tuan maksudkan bukan saya buat pun. Mereka wujudkan sendiri. Saya tak nampak kalau mereka tak tunjukkan. Sebab kriteria review saya, jenis teknikal dan juga marketing plan. Bila teknikal, pastinya website sekali la. Siapa yang buat, datuk ke..apa ke disebaliknya.. itu saya tak ambil tahu sangat.
35,000 reseller? Itu dah RM157.5 juta dah kalau semua masuk pakej paling murah RM4500.
Kita tengok sampai hujung tahun ni macamana. Dengan fund sebanyak tu, cukup untuk develop proper apps.
THEMOV
Tuan, jika tuan rasa getthiss hanya ada marketplace utk bertahan atau hanya ada market place sebagai main business, tuan silap.. sbb tu sy cadangkan, tuan ke wisma getthiss di cyberjaya dan dptkan penerangan berkenaan syarikat ini. Tuan tak tahu apa yg getthiss buat utk generate income dan kukuhkan kedudukan mereka. Mereka bukan hanya ada market place ini SAHAJA. Mereka ada pelbagai jenis business, services dan product. Tuan tidak tahu apa lagi business selain marketplace ini. Tuan hanya nampak mereka ada market place. sbb tu tuan anggap mereka takkan bertahan..dtg je tuan, takkan ada org paksa tuan utk sertai business ini. with or without u mereka akan terus kehadapan..dptkan info yg tepat. byk lagi yg mereka ada. bukan hanya marketplace. maaf ya tuan, pengetahuan tuan tentang getthiss ini sgt cetek. maaf sekali lagi. sy tak salahkan tuan kerana tuan tidak benar2 faham. luangkan masa utk ke wisma mereka di cyberjaya, kemudian selepas balik dr sana, kembali lah ke sini dan tuan tulis lah semula apa yg tuan dpt dari penerangan mereka…Sy harapkan tuan terus maju dan inshaAllah, ada rezeki kita akan berjumpa.. Assalamualaikum…
Aliff
Salam Tuan admin ….mencari kesilapan getthiss hanya berdasarkan maklumat dari google hahaha ini sangat lucu. Simple explanation kalau getthiss tak betul dah lama masuk dlm watchlist atau bahasa kasarnya blacklist BNM.
Sy blanja tuan2 senarai program dan company blacklist by BNM
http://www.bnm.gov.my/documents/2017/20170522_FCA_EN.pdf
Getthiss Legal & Global
Baron88
Betol 2 themov.. pengetahuan admin dlm getthiss memg cetek… baru bbrapa hari lpas getthis dapt award dri MCBC 25TH anniversary business excellence awards…
Xsangka getthis yg di claim scame dn monye game bolh dapt award…
Getthis trus maju ke dpn tpi mereka msh di sini memcari kesalahan…
Kesian….
hmm
Assalamualaikum.. maaf lah mencelah.. saya join getthiss ni dah lama.. tapi saya tidak rasa dia satu syarikat yg tipu.. saya sudah lihat hasilnya. Syarikat ini sudah disokong oleh PM kite sndiri.. itu pn nk kata tipu lagi.. saya sendiri mendengar pada pengasasnya tujuan syarikat ni di tubuhkn untuk menolong orng MELAYU yg duduk bawah tempurung. Sebab sape yang join getthiss TERPAKSA KAYA. Alhamdulillah income saya sekarang 20k hingga 30k sebulan.. sebab saya percaya benda ni boleh pergi jauh. tapi tuan2 dan puan2 masih tk percaya dan masih tak nampak bnda ni bole menjana income.. tk mengapa. Saya cuma share pendapat saya. Tapi kalau tuan2 dan puan2 tidak percaya getthiss ni.. saya mintak tolong jgn condem syarikat ini.. sesapa yg comdem syarikat ini? Ia ibarat membabi buta. Kerana dia tidak tau apa itu getthiss
ulfah
Assalamualaikum tuan admin . Saya tertarik dengan penerang yang tuan kongsi & saya sokong sepenuhnya kenyataan tuan yg memang benar belaka . Saya juga telah melalui zaman pelaburan bermula dari swissh cash 2006 hingga pelaburan emas sehinggalah BNM mngambil tindakan apabila merasakan tiba masanya mereka mengaut RM jutaan ringgit dgn cara membekukan akaun. Soalan saya
1 ) Cuma disini sya ingin bertanya bagai GCT token getthis ini dikira ?
2) Bagaimana ianya displit dan sterusnya berganda..kerana ada syarikat disebalik AJL mnggunakan e-share sebagai gula gula untuk menarik ramai pelabur yg tegar tanpa fikir panjang
3) Bagaimana GTC boleh dijual balik ?
4) Apa maksud 34 , 857, 192 token left dan split 70% – 20% ( Rujuk gambar 0.0351 )
Semoga dapat berkongsi ilmu dari tuan admin dan juga ahli ahli getthis yang ada info
Shafique
Bagaimana untuk menghubungi pihak admin ye?
Kami nak jemput sekali dengan bloggers terkenal tanahair untuk sama2 memeriahkan GETTHISS Fiesta di MITC Melaka tak lama lagi.
Diketuai badan2 kerajaan dan kementerian2 yang relevant dengan Keusahawanan. GLC dan large corporate merchants juga akan terlibat. Ada beberapa ratus tapak perniagaan disediakan untuk Usahawan2 IKS mempromosikan perniagaan mereka.
Media2 utama akan turut membuat liputan.
Mungkin karnival ini dapat turut membantu menaikkan lagi nama pihak Tuan sebagai salah seorang bloggers terkenal Tanahair yang banyak menyumbang kepada peningkatan ekonomi negara.
Terima kasih.
THEMOV
https://www.facebook.com/ssmofficialpage/videos/1448516768569055/
komen sikit tuan Syam. lama kita tak sembang.
jemputan kawan kita kat atas tu pun tuan Syam boleh cuba respond?
THEMOV
https://www.facebook.com/ssmofficialpage/videos/1448653995221999/
masih lagi nak pertahankan ego?
Shafique
Mohon Tuan Admin respond kepada jemputan Kami ke Karnival Keusahawanan Fiesta GETTHISS.com yang dianjurkan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sebagai Rakan Strategik Utama untuk Pembangunan Usahawan secara Online.
Pastinya Tuan Admin sebagai Blogger Hebat, Online Entrepreneur teruja untuk sama2 hadir memeriahkan Karnival Keusahawanan Fiesta GETTHISS.com bersama2 SSM, Kementerian2 dan Badan2 Kerajaan yang terlibat untuk Pembangunan Usahawan Online seperti Tuan Admin sendiri.
KINDLY RESPOND TO OUR INVITATION.
Terima kasih.
Shafique
Mungkin kita patut minta pihak Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sendiri yang menjemput Tuan Shamsuri Yadi sebagai Online Enterpreneur yang Hebat untuk sama2 hadir memeriahkan Mega Karnival Keusahawanan Fiesta GETTHISS.com nanti memandangkan Kerjasama di antara GETTHISS dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sememangnya untuk memangkin Pembangunan Usahawan2 di Malaysia sejajar dengan perlaksanaan Rancangan Ekonomi Digital oleh Kerajaan Malaysia.
KINDLY RESPOND TO OUR INVITATION, Tuan Admin Shamsuri Yadi.
TERIMA KASIH.
NAOMIE
dah masuk berita td mengenai getthiss fiesta..ternyata getthiss ini bukan SCAM..MOHON UPDATE YE ADMIN YANG PANDAI LAGI BIJAKSANA>>JANGAN TERDIAM SAHAJA<<
joe
Ok sy sokong bro admin bt statement scam2 ni sbb mmg dr dlu pun kerja admin tahu nk kondem company yg d katakan scam. Sy dh lama perhatikn sejak zaman biz online infinity downline lg ko dh kata benda tu scam tp smpai hari still bt lg biz tu xda pun scam..aku nasihatkan admin xpyhla sibuk kn diri nk salahkn biz org. Sy pun bkn ahli getthis…apa rasa ko klu biz yg u ada kami kondem mcm2 u pun xnak kn… Better jaga hal masing2 la tn admin…tu shj saranan dan nasihat drp sy yg kurang cerdik berbanding tuan admin.
.tq
HALALANTOIIYIBAN
moneygame scheme mmg mcm tu.. byk berselindung.. setakat ceo org vvip.. skim2 yag lain pun ada guna vvip.. tan sri musa hitam.. bekas ketua polis.. tu semua berbayar.. melayu memang suka skim2 cepat kaya.. malas berusaha.. macamana anda nak maju .. bila org review skit sisi hitam scheme nie.. ramai nak melenting.. setakat buat expo getthis.. mana2 pihak pun boleh buat …asalkan ada duit.. siap promo kat group whatapps nak cari siapa nak berniaga kat expo.. saya pun boleh anjurkan expo jika sy org2 “BERUUANG”.. jika getthis ni ni syarikat pengiklanan online yg telus… kenapa mengambil DEPOSIT TANPA LESEN YANG SAH???? kenapa perlu cari “KAKI” di bawah penaja masing2??? INGAT..berurusniagalah dengan cara HALAL… jangan bagi makan family sumber HARAM..
#JANGAN MAKAN CILI NANTI RASA PEDAS!!!
Joey
Terima kasih atas pendedahan yang berdasarkan penyelidikan teliti.
Dato dato pantek
Scam makan duit rakyat tayang kereta mewah penipuhanjeng makan haram mampos masok nerrake!!!
Adnan77
Mana admin ni? tak nak kongi fakta terbaru tenntang getthiss jgn lempar batu sembunyi tangan… ermmmm ada yg kata admin dahh kena saman oleh getthiss tu yg senyap takut masuk gua hehe padan muka ko sham tulah nak fitnah pun tengok2 lah company bukan cincai.
suwanto pribadi
panjang angan2 tu tak boleh,…itu hadist..upi upi itu pun tahu..hhhhhhhh
dindonesia sediri sdah menjamur si bethiiss…iiihh salah getthiss hahaha….kalau nak kaya ya ikhtiar dan berdo`a itu Sunatulloohnya…..
maaf kalau bahasa melayunya morat marit…..maaf.
sham
Di indonesia masih okay?
syed zulkhairi
Memang betul ada beratus ratus scam dalam list Bank Negara dan lapuran polis. Tapi tak jumpa pula nama Getthiss. Kalau tanya kawan saya pegawai bank pun dia kata nama Getthis takda. Saya tanya dalam banyak2 list, ada tak yg lulus Bank Negara. Katanya 1 pun takda, kalu ada saya join dulu. Wah, dalam beratus or beribu, Getthiss tak disenarai. Habis tu pi fitnah buat pa. Tunggulah dulu sampai betul2 keris masuk sarung baru jadi saksi. Pasal dulu semua scam, jadi borong semua pun scam. ingat Yg arif boleh terima ke tuduham mcm tu.
Taknak join pun takpa. Guna je free utk lihat iklan biz, nak cari hotel, masjid n makanan halal berdekatan. mcm guna mudahmy, lazada, google, wsap, twitter, utube, game, waze nll tapi boleh guna je lah, yg untung company tersebut. Tapi kalu join dapatlah syer keuntungan biz getthiss. Ada hampir 2 bilion org islam n company cuba utk manafaatkannya. Nak lebih info boleh tanya n calling2/ wsap saya, takpa dapatkan info, lepastu nak join boleh, taknak join pun boleh.
lils
Dude, I like the way Shamsuriyadi ni tulis artikel dan jawab komen komen dari artikel ni. Dia tak hentam sesiapa, tak biased pun. Siap cakap up to you nak join ke tak. Dia tak cakap “don’t join this scam crap!” Dia bentangkan semua yang dia tahu dan pandangan profesional dia, register untuk tengok sendiri website getthis ni. Komen dia tak menggunakan emosi pun. Bila kita komen gunakan emosi dan bukan secara rasional, that’s where you lose.
muhamad emmyrul Zakaria
admin macam mana update terbaru GETTHISS? boleh tak sah kan ianya adalah scam momey game? lama tunggu update terbaru.. takkan senyap macam tu je selepas panjang berjela menyalahkan GETTHISS… mungkin GETTHISS da start keluarkan apps baru dan segala yg di kata tipu dah berjalan lancar seperti ape yg di janjikan GETTHISS… terbaru mini webside, get halal apps dan shere GETTHISS boleh di tukar kepada real share dalam satu syarikat besar terkemuka… mohon penjelasan baru dari tuan punya blog…
Izara
Salam admin, saya rasa mak saya antara mangsa getthis ni. Dia join tanpa memberitahu ahli keluarga. Mak saya manalah faham apps2 smua ni dia tau dapat pasif income. Sekarang dah setahun join masih x dapat apa pun dr getthis. Dioranh kata kena jual iklan pakai pp point yang ada untuk dapatkan duit. Saya pun terfikir siapa nak bayar duit cash kat kita untuk buat iklan kat platform yg x famous? Kan rugi, baik buat iklan kat fb kat ig boleh buat sendiri dah free , kalau berbayar pun lebih berbaloi dr bayar org yg join getthis untuk buatkan iklan. Saya ada berhubung dengan org yg handle getthis ni, sy tanya kalau mak saya kluar dapat balik duit x? Dia jawab balik kalau adik masuk Universiti dah bayar kluar universiti dapat duit balik x? So sy cakap kira burn lah ni? Pastu dia putar belit balik pasak jual iklan yg sy tak faham, pasal share setelit lah bagai. Saya harap ada lagi latest update tentang perkara ni. Saya cukup terkikan dah sedih mak saya join dan kalau boleh sy xnak ada lagi org yg terpedaya. Harap getthis ni bukan scam lah sbb mak saya dah join kan hahah tapi so far mcm tu lah rupanya.
Izara
Maaf correction, hampir setahun. Bulan april ni genap setahun mak sy join
sham
Takziah cik puan izara. Ramai yang join sebab tak tahu hujung pangkal. Orang offer jadi kaya, join. Last takde apa yang dapat.
Juliyah Idris
Saya mencari AJL932142 Dan termasuk Kat sini. Sbb lesen di atas tu, penjualan Perabut Jepara. Jadi saya confuse tak tau nak beli ke tidak. Takut scam.
sham
Eh..Cik puan cari syarikat apa?
Dhiya
Sy dh join getthis bln may 2016 . Apa yg dijanjikan mereka konon2nye as sleeping partner pon boleh mendapat income dr split. Dari tarikh yg sy join haritu sehingga ke hari ini sy tdk mendapat sesen pon income dari split tu. Dah nk masuk 2 thn dh. Sy pernah hubungi org2 yg terlibat dlm getthis dan pernah ke pejabat mereka diseremban. Kami pergi beramai2. Tujuan kami nk tarik keluar modal kami. Tp mereka pandai main kata2 kononnye kami xbuat apa2. Kami ni yg kurang pengetahuan tntg biznes trus terpingga2. Hahh dulu kata jd sleeping partner pon boleh dpt income. Klau nk kluar modal bila2 saje pon boleh. Skrg dh cerita lain plk. Sbb itulah skrg sy nk usahakan utk dptkan wang sy kembali. Sy akan buat laporan polis. Baru padan muka mereka janji tak serupa bikin.
sham
Itu yang saya tulis sebelum ini. Cara mereka tu salah. Sekarang sudah ada tanda-tanda skim ini akan terkubur.
Ruzaimi
Siapa rase tertipu dengan getthis ini bahawa sebagai pasif seller pun boleh menjana duit dan mendapat pulangan modal kembali dalam masa 6 bulan sebagaimana diterangkan oleh upline ketika di ajak untuk mendaftar sebagai ahli dahulu (JAN 2017), marilah kita sama2 buat komuniti untuk mendapatkan balik modal yang telah dilabur.
siapa setuju?..
PutraTrader
lesen ajl mereka di daftarkan diatas nama syarikat getthiss (m) sdn bhd.. tetapi diatas produk beaurti, produk kecantikan dari korean. ini bermakna program reseller mereka tiada lesen ajl lah..
tuan, boleh ke satu syarikat mendaftarkan satu lesen ajl unk 2 aktivi yg berbeza..
sham
kalau ikutkan undang2 memang tak boleh. Ia misleading.
Muhamad
Salam tuan, saya baru teringat saya juga pernah join program getthis, saya sedang menunggu keuntungan pasif saya setelah lama tidak buka account. pada pandagan tuan, OK lagi ke getthis ni, kalau tak ok, apa perlu saya lakukan kerana saya sudah berhabis 4 ribu lebih pada 2 tahun lepas tak silap saya.
Minta idea ya tuan
sham
try la withdraw. Tengok dapat ke tak?
Muhammad
Akaun Getthis saya pun sekarang ni tak boleh buka, tak wujud katanya. alahai macam mana, dan apa harus saya buat, resit pembayaran semua dulu dah lama tak simpan. tuan sham ada idea ke
sham
scam.. saya takde idea.
Fau
Assalamualaikum Encik boleh bagi idea mcmmna nak selesaikan masalah, suami dh labur rm 4,500/- di Getthiss nie disebabkan pksaan juga olh boss sya sendiri dan rakan sekerja pada tahun lepas. Pada permulaannya mereka yg dah join awal dh dpt keuntungan sya dan kwn pula yg join bulan April 2017 sehingga skrg masih blm mndapat keuntungan. Blh tk klau kita lapor ke tribunal pengguna. Bkn kami sorang je ramai yg yg masih blm mndapat pulangan seperti yg dijanjikan.
sham
Buat report polis jela sebab ini melibatkan jenayah perdagangan. Tribunal hanya melibatkan tuntutan sebagai pengguna. Pelaburan jadi kes polis.
Anna
Jika report polis dokumen apa yang perlu di beri? Sbb transaksi kepada org persendirian aka upline dan tiada menunjukkan transaksi ke akaun Getthiss? Any idea?
sham
Takde agreement apa apa ke sebelum ni? main bagi duit kat upline je? Buat laporan dengan bukti transaksi dgn upline pun boleh.
Kuthubul Zaman
Assalamualaikum, saya peguam. Saya ada Klien yg ingin menuntut kembali investment. Bagaimana boleh saya hubungi En. Sham. Tolong hubungi saya. Terima kasih
Izara
En sham, kuthubul zaman, ada update terbaru tentang getthiss??
Zainuddin Abu bakar
Getthiss penipu besar, aku mahu duit investment rm4500.00 aku dipulangkan
sham
company dah tutup dah..semua cabut lari buat skim lain pulak. Cari mangsa baru.