Selepas tutupnya MIRSB dengan sistem SMS yang tak pernah bayar kat orang. Sistem monsun yang guna script yang tak selamat. Klon MIRSB dengan GVR.Sistem Bossmailer yang mengamalkan teknik spam. Kini muncul pulak Maroon-Online.com.
Dalam metro hari dah keluar balik iklan yang sama konsepnya seperti seemore,monsun & sebagainya. Harga beratus ribu dan peluang pendapatan berjuta juta. Konsep iklannya tak pernah berubah.Ianya agak tak sesuai & boleh disalah anggap sebagai skim cepat kaya.
Tapi,iklan sedemikian memang mempunyai impak.Cuma, kenapa sama iklan dengan MIRSB?Kenapa tak cuba konsep lain agar ia tidak menimbulkan salah faham?
Program sebelum ini tiada peserta yang berjaya pun.Yang berjaya dapat duit ialah orang MIRSB sendiri atau orang dalam je.Masakan tidak, satu pakej diorang caj beribu ribu. Terus terang saya memang tak sukakan apa yang mereka buat. Mereka merosakkan tanggapan orang tentang perniagaan internet.
Update: ini silap MIRSB.Mereka kata pakej terhad,tetapi terus buka & nampak dah mula tamak bila ramai orang join.Support mereka juga mengecewakan & banyak persoalan tergantung.
Pengiklanan di internet juga tak semestinya berbayar! Ada banyak cara lain yang percuma untuk mengiklankan perniagaan. Memang internet mempunyai kuasa besar pada masa akan datang. Tetapi jangan la menipu golongan yang buta IT untuk mula sesuatu yang mereka tak tau atau disembunyikan daripada mereka tahu. Penerangan mestilah jelas samada risiko dan juga peluang.
Update: Daripada feedback, maroon menerangkan dengan jelas risiko dan peluang. Well done! Itu patut MIRSB lakukan dulu,jangan hanya highlight “peluang”, risiko pun patut dinyatan dengan jelas. (saya harap feedback tu betul la)
Salah satu daripada faktor utama untuk pengiklanan di internet ialah trafik atau jumlah pelawat yang ramai. Yang lain yang sering kali diambil kira ialah page rank(PR),Alexa ranking dan sebagainya. Kini ranking maroon adalah 18,887,963
Update:Alexa ranking maroon dah makin meningkat kepada 10,529,834 – bagus.
. Mereka patut mulakan strategi bagi pengiklanan di internet secara serius & konsisten.Biz direktori terbaik ranking bawah 100K cth yellowpages.com.my.
Malah tiada effort untuk mengiklan di internet sebagaimana Mudah.com.my buat agar jumlah pelawat meningkat. Ia penting agar ia berbaloi untuk mereka yang iklan di direktori mereka. Takkan mereka tak sedar mereka adalah direktori iklan internet? Mereka patut start iklan dari sekarang.
Mudah.com.my merupakan direktori pengiklanan yang terbaik apabila mereka fokuskan iklan mereka di internet seperti paper online,adwords & ppc lain.Iklan mereka memang menyeluruh.Jika maroon buat macam tu jugak, baru saya respek dgn diorang.Itulah sepatutnya yang dilakukan oleh direktori iklan,malah Alibaba.com pun iklan di berita harian online & diorang tak iklan kat paper.
Sebabnya mereka tahu target market mereka,jadi orang yang tak tahu internet tidak akan melayari laman web mereka.Jadi senang mereka untuk menentukan target customer dan memudahkan mereka menyalurkan maklumat.Jika iklan di paper je, akan ada jarak respon terhadap iklan kecuali ia adalah untuk tujuan rekrut mcm MLM.
Update: Maroon patut iklan lebih kat internet.Carian di Google & Yahoo,laman web mereka tak timbul.Mereka patut start guna Adwords & YSM.Banyak trafik boleh dapat dari 2 enjin carian ni.
Maroon mengulangi kesilapan pemasaran monsun-biz.com. Harap mereka memperbaiki konsep pemasaran mereka agar tidakjadi perkara yang sama seperti MIRSB apabila orang mula nampak mereka terlalu nak kejar duit melalui rekrut agen iklan mereka.
update:(Daripada feedback,harga biz kit mereka antara RM50 ke RM500, ia adalah berpatutan.Tak mcm monsun dulu).Dari segi rekrut agen,yang masih belum jelas.Harap ada feedback tentangnya.
Script yang digunakan bagi maroon online ini adalah Business Marketplace Directory macam Alibaba.com konsepnya. Ada banyak script sebegini di internet. Saya tahu sebab saya pernah membeli script ini untuk satu projek terbengkalai saya walaupun ianya menarik minat MeCD.Malah saya pernah present projek ini bersama SmartZul dan Team EbizMalaysia beberapa tahun lepas.
Berdasarkan track record mereka yang memperdaya ramai orang dalam program mereka sebelum ini seperti Seemore dan sebagainya. Saya katagorikannya sebagai Scam Alert buat sementara(sehingga ia terbukti). Saya harap anda berhati hati. Cukuplah beribu ribu orang kehilangan wang yang banyak dalam program mereka sebelum ni.
Update: Ia akan dikeluarkan dari kategori scam alert selepas ia terbukti membantu & menjadi sumber income baru pada peserta.
Kebanyakan yang menjadi mangsa adalah orang melayu. Dulu masa zaman Nora, mereka gunakan sentimen nak tolong orang melayu dengan bisnes antarabangsa. Tapi lepas makan duit orang, terus hilang. Dulu ramai la juga yang bangkit menentang artikel saya. Dan apa yang saya ketengahkan terbukti betul.
Diharap dengan artikel awal ini, dapat membantu ramai orang lain yang baru nak berjinak dengan perniagaan internet agar tidak tertipu dengan program yang menawarkan pulangan yang terlalu lumayan. Tiada pulangan tetap dalam perniaagan. Begitu juga dengan pelaburan internet.
Update: Saya harap maroon tak sama dengan yang sebelum ni.Dulu terlalu banyak misguided info.
Saya harap anda mengkaji terlebih dahulu sebelum join pape,jika anda betul betul yakin.Teruskan.Tapi anda menangung risikonya sendiri.Lagipun ia adalah wang anda.
Update:Apa sahaja program di internet anda wajib mengkajinya terlebih dahulu. Boleh guna strategi NO SCAM Irfan Khairi.
Elakkan sebarang program pelaburan internet yang menawarkan pulangan yang tetap dalam masa tertentu. Contohnya anda join dengan RM1000 anda akan menerima duit sebanyak RM4000 dalam masa 4 bulan. Ia adalah satu penipuan dan ianya adalah skim cepat kaya!
Jangan terjebak dalam pelaburan internet. Ya. Jangan terjebak..Ia adalah SCAM!!!
Elakkan daripada tertipu. Kini banyak pelaburan internet mula timbul kembali dengan modus operandi yang pelbagai. Malah ada beberapa syarikat yang ditutup oleh BNM kerana menganjurkan skim cepat kaya dan pelaburan di internet.
Mungkin ada yang tak puas hati dengan artikel saya ni nanti. Anda dialu alukan untuk menyatakan pendapat anda diruangan komen blog ini. Jangan risau, saya akan approve walaupun ianya negatif tentang saya. Saya bersikap terbuka dalam mengkritik.
Saya nantikan komen anda..
Update:Nampaknya orang yang komen pro maroon mungkin adalah orang yang sama, ia adalah berdasarkan ip address mereka.Kedatangan mereka ke sini mungkin sebab carian “www.maroon-online.com” di yahoo hanya membawa ke blog ini bukan ke laman web maroon.Nampaknya site maroon kena wat SEO banyak skit.
Update:Biz mereka sebelum ni, Seemore.com.my pun masih mempunyai traffik yang rendah malah rankingnya sekarang ialah 7,353,849. Ia tak bagus untuk pengiklan disana malah mereka dah hentikan promosi terhadap laman web tu.Harap ia tak jadi la kat maroon ye.
Update:Konsep Maroon adalah bagus & ada potensi.Tapi jangan berada dibawah bayangan mirsb.Orang mungkin akan cop mereka sama. Make a different!
p/s:Saya nak tengok sejauh mana ia akan bertahan.Harap tak jadi mcm syarikat induk diorang iaitu MIRSB yang banyak buat silap sebelum ni.
p/p/s:Maroon Online dan Seemore adalah produk Mobile Income Perintis Sdn Bhd. Saya harap mereka perbaiki strategi mereka agar ia benar benar membantu pelanggan mereka.
p/p/p/s: Terdapat kesilapan data pada iklan maroon tu. Penguna internet adalah 1.4 Billion, bukan 6.67 Bilion.Ia adalah jumlah penduduk dunia sekarang ni.Anda boleh lihat data di InternetWorldStats.
Comments
Powered by Facebook Comments











{ 93 comments… read them below or add one }
← Previous Comments
yg iklan yg aku ckp tu, lepas je aku scan, aku akan letak kt mana2 server, bagi semua orang tgk penipuan ko tuh!!!
xde kena mengena konon! CHIT!!! POODAH!!!!
Oh ye… yg pasal 1 ip tu mmg biasa sgt, inilah senjata balaci2 mirsb yg selalu dorang keluarkan.
Menyamar jd cusomer tapi, IP kat pejabat dorang sendiri! Pejabat mana? AKlo bukan pejabat anak2 syarikat mirsb sendiri!!!
Korang sll sgt claim lg 45 hari jd jutawan lg 30hari jd jutawan..
Kalo korang berani, just for 1 week, korang iklankan proof customer yg dah berjaya korang asah jadi jutawan and dpt income sebulan sebanyak yg korang ckp tu!!!
Korang kan kaki iklan, buat la 1!!!
Aku tak nak duit income yg dari komisyen jual pakej.
Aku nak bukti customer yg berjaya guna sys yg korang buat nih!!!
OK!!!
FYI, aku tau luar dalam syariakt korang sebab aku ada informer dlm company korang sendiri!!!
Alkisah mcmna syery tu jdi ahli keluarga mirsb:
Masa tu dia datang interview kat MIRSB services s/b kat the mall dlm bulan 1 ke 2 aku tak berapa ingat. Mcm dungu je tak reti apa, internet pun mana reti. TApi, Zubir berminat dgn dia, and Zubir xletak dia dlm anak syarikat dia MIRsB services, dia diletakkan kat dlm anak skt dia yg lain join mstina dgn ayu. Lagi ko kata xde kena mengena dgn mirsb?
Aku ngaku,ayat aku memang keras!!and kasar!!!
Tapi, itulah jenis2 ayat yg paling sesuai dan terbaik utk orang2 lahanet IT mcm korang nih!!
Salam. Di sini saya sokong dengan maroon supporters. Sham janganlah kita sesama bangsa melayu kutuk, menghina dan menjatuhkan orang lain dgn menabur fitnah serta menutup periuk nasi yg lain. Kalau nak dinilai cara u mendapat keuntungan dgn menfitnah serta menghina bisnes org lain adalah HARAM. Sebaliknya maroon-online.com tidak pernah mengutuk persaing-persaing lain. Sekiranya u nak membaantu bangsa u berilah pandangan dan kritikan membina dan bukan sebaliknya. Apa salahnya u bantu mereka dgn memberikan pandangan positif supaya maroon-online.com setanding dgn ebay dan lelong. Support produk buatan Malaysia, insyaallah kalau maroon-online.com boleh MALAYSIA BOLEH. Saya harap sham hentikan perbuatan kutuk mengutuk orang lain, cermin diri sendiri dulu, jika u rasa diri u hebat ada ramai lagi orang yg lebih hebat dari u. Kepada yang berminat sila layarilah http://www.maroon-online.com dan hadirkan diri ke taklimat berdekatan anda. Jgn terpengaruh dgn fitnah2 oleh mereka yg tak bertanggungjawab. http://www.maroon-online i wish u all the best, keep it up. MALAYSIA BOLEH, MAROON-ONLINE BOLEH!!!!!
oh ye aku lupa nak bg tau berapa byk yg si mastina and sheri tu suruh pakcik tu masukkan.
Korang tau xberapa yg 2 ekor tu mintak @ ugut @ paksa???
RM10K!!! B4 TGHHARI PUKUL 12!!!
oh… ini la yg ko kata rajin dan bekerja keras yek????
Hebat betul kerja keras korang ek??
Kuang hajo punya orang!!!
Oklah, skg baru korangg tau betapa biadapnya mangkuk2 balaci zubir nih!!!!
Anyway, kalo nak menyamar lg dipersilakan lah…
Kpd syam, apa komen sedare atas semua ayat2 aku nih??
Mintak maaf, aku bolehbercakap dgn lembut. Tapi untuk mangkuk2 nih, aku mmg xboleh sabar!!!
Assalamualaikum
patah tumbuh hilang berganti, huhu
blacklist, seemore dulu diorang wat mcm tu.. saya ada p kat taklimat diorang kat shah alam..
Saya terpaksa tunggu hampir sejam untuk tanya pasal bossmailer dulu..saya pkai baju MDEC masa tu,saya tanya buat xlayan je..
kalo maroon ni tak tau la mcmana diorang wat..saya tak p taklimat diorang..kalo ada yang pergi, leh cerita skit..Saya nak tau gak samada diorang minta deposit pada hari yang sama atau tak
saya dulu diorang cakap bayar sebelum tengahari pada esoknya..Masa tu Nora & Aziz bagi penerangan,siap nangis lagi si Nora tu,pastu ada orang “bekas” artis lupa nama dia,tak famous pun.Diorang lantik jadi Marketing Manager diorang.
blacklist, leh scan tak iklan yang dulu..Saya takde paper dulu tu dah buang bila pindah rumah.Saya nak wat compare skit antara iklan tu..Leh update skit artikel tu.
p/s:Saya approve semua komen samada negatif/positif.Tapi tak sorang pun yang terangkan pasal pakej dalam maroon tu. Somebody?
maroon supporter ke, marsha ke..leh terang pakej dia tak,saya nak update.Korang lebih tahu tentang produk korang..
Ha.. kpd Zaman…
Aku taula ko ni pun orng MIRSB gak.
Ko marah orang kondem produk ko, yg ko tu terang lagi bersuluh kondem produk orang lain.
Ebook Syam tu xde pun janji boleh & confirm dpt berjuta² mcm sys korang.
Atleast dh ramai jugak buat income dr ebook dia wlupun tak berjuta² RM mcm sys ko tuh.
Lg 1, wlupun syam tu tak kenal aku customer dia yg mana satu, b4 aku beli ebook dia, dia dh sms kat aku, yg sebenarnya semua teknik yg dia simplify dlm ebook dia dah ada dlm internet, berlambak diterangkan. Boleh search sendiri.
Cumanya, orang mcm ko yg beli jenis buta IT, (it’s ok la klu buta IT,tp lembut hati nak belajar), tapi keras hati nak belajar betul². Tergopoh² nak dpt income lebat. Memang xdpt nak tolong la…
Tapi, aku rasa ko xbeli pun…
Menyemak je lebih….
To Syam, aku akan cari balik iklan tu nanti dpt aku letak kt tenenet nih! BIAR NUKAK MATA SIKIT TO YG KUAT MENIPU DAN YG TERTIPU NIH
Yg pasal Cik Puan Norai dan Aziz tu.
Mcmmna boleh tutup MIRSB Services ialah, byk pekerja dia yg dia tatang adalah adik² angkat dia, yg kuat bodek, keje malas, xreti apa pun. Kih..kih..kih…
Aku masuk dlm ofis dorang, adik aku ngintai kat bilik PNC,ya ampun….Sorang main game, sorg berborak, sorng tgh ym, you tube pun sama gak, yg melepak xtaula nak ckp apa!!
sorang ada yg gemok2 siap boleh tertido atas sofa. Aku pun mcm xpercaya la, aku tgk sendiri. Wlupun xleh masuk, tp bilik tu boleh tgk dari bawah, sbb transparent!! Pastu monitor dorang betul2 ngadap kat aku dan monitor besar !!! Sebab tu aku boleh nampak dgn clear! 2 X aku gi ofis dia!!! 2 X jugak aku nampak perkara yg sama jd kt dlm bilik PNC tuh!!!
Ada la sorang kakak ker makcik ke aku tak tau, yg tgh susun file amende yg aku xtau!
Aku pegi sana sbb nak tnya pakej. Aku tak decide lg nak beli ke tak. Sebab aku tanya sorang technician pompuan kat depan tu, dah ada yg berjaya ke guna sys dorang.
Dia ckp ‘yg dia tau sorang je baru, iaitu Aziz. Dia dpt tau masa pg taklimat. Si Encik Tuan Besar Aziz jual minyak lintah guna bossmailer. Dpt permintaan byk konon dari arab.
Aku tnya lagi, ada bukti ke. Dia kata xtaula pulak, kalau Tuan Besar Aziz tu menipu dia dgn orang2 yg datang taklimat tu, so dia pun menipu aku gak!!!
Memang lawak masa tu! So kesimpulannya, bagi aku takde yg berjaya pun spt yg digembar gemburkan.
YG tu,satu mslh MIRSB services yg major, masalah pekeje2 yg malas! Sbbtu byk customer file yg tertunda! Satu dua je yg aku nampak buat keje, yg lain pelingkup je aku nampak. Goreng je byk!!
Masalah berikutnya, yg ni aku risik-risik, punca Norai tarik diri. Ialah sbb Zubir dh byk kaut duit sykt. Kawin pun Norai yg sponsor guna duit sykt!! Lagi, semua expenses pejabat2 anak2 sykt Zubir yg lain2 yg bersepah kat KL, terpaksa ditanggung oleh MIRSB Services.
Semua tu Zubir mintak,dan dgn bodosnye Norai ngikut je permintaan Zubir… Aku sendiri xtau sape yg bodos sape yg pandai dlm hal ni…
Tp yg penting, 2 2 pihak menyusahkan customers! Sebabtu la company tutup lepas norai tarik diri, anak sykt tersebut diambil alih oleh Zubir. Xsampai 3 bulan, gulung tikar!!!!
B4 gulung tikar, adalah sesi perang perang , fitnah-memfitnah, bodek membodek, antara staff lama dgn staff baru semuanya boleh tgk kat forum topix sampai nak saman menyaman….
Best tak riwayat hidup MIRSB nih???
saya tak pernah ke pejabat diorang,jadi tak tau pape la pasal tu.. Saya just pernah p taklimat mirsb dulu je.
saya berharap maroon mengamalkan pendekatan berlainan dan membantu peserta mereka.Itu yang saya harapkan.
MIRSB dulu memang totally done.dah kena sita selepas banyak laporan polis orang buat & ada beberapa pembaca blog ni yang email saya yang diorang buat laporan polis.
Jika maroon betul betul membantu orang ramai,ia akan bertahan lama.Jika tidak,ia akan terkubur seperti MIRSB yang telah jadi sejarah.
KPD AHLI KELUARGA MORON NIH…
KORANG DAH BACA POSTING SYAM KAT ATAS YG PALING LATEST TU KAN?
ADA PERMINTAAN DIA BAGI MEWAKILI ORG2 LAIN KAN?
LAGI PUN KORANG CLAIM NAK TLG ORANG KAN?
AND NAK NAIKKAN EKONOMI ORG MELAYU KAN??
SO, APE KATA KORANG COLLECT BALIK CUSTOMER KORANG SATU MSIA YG DAH TERBELI SYS SEEMORE AND MONSUN AND IGOMOBILE KORANG TUH BAGI FREE PAKEJ MORON NI KAT DORANG W/O ANY CHARGES!!!
KORANG JGN LUPA, KOMISYEN KORANG DH TELAN BUAT BELANJA ANAK LAKI BINI KAT RUMAH DARI BYRN DEPOSIT DORANG!!! XRETI2 NAK BERTANGGUNGJAWABKE?? KATE NAK TLG ORANG???
DAN JGN LUPA, ZUBIR MASIH DI ATAS KORANG SKALIPUN KORANG NAFIKAN, MAKSUDNYA KORANG BUKANNYA SERPIHAN MIRSB OR TIADA KAITAN DGN MIRSB. SBB KORANG STILL ANAK SYKT MIRSB!!! JGN NAK MEMBOHONG LAGI!!!
SO, SILA2 LAH BUAT KEJE AMAL YE…. LAGI SATU JGN NAK ASYIK PELINGKUP DUIT ORANG KAMPUNG JE. NAK BUAT BRIEFING PUN KT ORANG2 KAMPUNG JGNLA SAMPAI JD AHLONG UGUT2 ORANG!!!
KORANG TAU TAK MATI TU DEKAT JE DENGAN KORANG, AKHIRAT PULAK SEBELAH KIRI KORANG JE….
LAST BUT NOT LEAST, JGN MENIPU APA2 LAGI… AND SHOW US ANY PROOF YG ADA INDIVIDU OR GROUP YG DAH DPT INCOME SBYK YG KORANG MORON CKP TU… K…
AKU MINTAK MAAF DARI HUJUNG RAMBUT KE HUJUNG NYAWA AKU SEBAB AKU KASAR… NIAT AKU MEMANG IKHLAS, AKU TAKNAK ADA KELUARGA YG BERGADUH BERGOLOK GADAI LAGI NAK DPTKAN DUIT NAK BELI SYS KORANG DGN HARAPAN DPT TINGKATKAN TARAF HIDUP, TAPI AKHIRNYA GOT NOTHING… DAN AKU BENCI PENIPU MCM KORANG. MENYAMAR2, TAKTIK KORANG YG LAPUK TU SEBENARNYA MENJATUHKAN LAGI CREDIBILITY COMPANY KORANG.
SUDAH2LATU… OK…
ADIOS… ASSALAMUALAIKUM WBT…….
aku masuk balik…
mesti moron2 nih terkejut tahap beruk sebab aku dedahkan semua ni….
And aku yakin, diorg akan cari sape sbnrnya yg undercover dlm sykt diorang yg dedahkan kat aku semua cerita cirit pasal depa nih… kiiikiikie…
Cari la kalau tau!!!
Hari ni kat metro 29 Nov keluar lagi iklan business internet. Perempuan yang sama.
Cis!!!ciss!!!!
Jembalang tanah betul!!!
Rupa2nya Edoray yg buat my portal tu pun suku sakat Zubir punya gak!!!
Si Nazri punya rupanya. Zubir pun ada share jugak !!!!
Patutla sampah je template!!!
sy terbaca dlm metro yg lepas,sy ingin tanya tentang ini betul ke iklan maroon tu ?
Gambar tu iklan maroon la tu,saya scan dari paper metro..
dah beberapa hari dah tak leh masuk site maroon tu.. dah tutup bisnes ke apa? ke server down?
bro sham,
congrat…issue ni mmg panas…saya pernah gi taklimat
seemore ni…memang menggiurkan…tapi hakikatnya sistem ni
adalah SPAM yg menggila….malam tuh gi taklimat esok saya
terus check kat Internet…jumpa link ke Syamsuriyadi.com…
tup tup jumpa issue ni…terkejut beruk…nasib baik tak terbang duuit beribu-ribu…
cuba check kat metro 19/12/08, ader iklan kecik pasal monsun-biz.com & oblworld.com…modus operandi yg sama ker?
hmmmmmm…sudah-sudahlah…
Dato Dr Zubir Yahya adalah orang yang teraniaya….Dia tak bersalah. Jangan salahkan dia. Salahkan diri anda sendiriii..
hanya orang terkena sahaja yang tahu..
kalo dah silap, perbaiki kesilapan & jangan ulangi kesilapan yang sama.
Makin panas..makin hangat..terus berikan pandangan..segala pandangan boleh perbaiki kelemahan..Bro sham teruskan selidik semua penipuan..Maroon teruskan usaha dan bisnes anda..semoga melayu terus maju..”cakap siang pandang-pandang..”
en. sham.. angah nak tnye.. worldbiz2u tu ok x.. vemmabuilder nye.. angah teruja sbb tiap ari die ckp rmi org msuk bwh angah… tp.. angah tkut nk register as a paid member.. thanxxx…..
worldbiz2u tak tau..ni baru first time dengar. kalo vemma tu,MLM online. Produk dia adalah minuman kesihatan berasaskan buah manggis.
sham
tolong kupas pasal 86 stallion ngan maroon dgn lebih mendalam.
asap kalo bleh
teruja baca u punya kritikan
maroon supporter dah senyap dah kot..iklan diorang pun dah takde dah..huhuhu
86 stallion? nanti saya cari maklumat.
sham
aku nie br bla dr nazri pyer program. seeds program yg dilancarkan pada bln12 ritu..
aku aser program yang dia buat tu hanya untuk keuntungan biz dia saje..
aku salah satu drpd orang yang menjalankan promosi ttg myportal dia…
bg aku bde tu sume tak jelas..jd yang masuk pon dalam myportal sumer mcm kena pukau dgn myportal nie..
bg aku dia x ptt bt mcm nie.. dari aku lamer kena tipu dok kat progrm tu baik aku caloow..xsggup menipu orang untuk kepentingan syarikat yang bermotifkan bangsa…itu bkn cara aku…ko komen skit pasal edoray company ict nie yang ceo director dia nazri ngan edora..k
dd, saya tak tulis artikel tanpa fakta yang jelas. Myportal memang mcm nampak meragukan. Saya tulis tentang maroon & monsun hari tu sebab saya dah jumpa personally mangsa diorang.
tanpa fakta dan bukti, saya tak boleh menuduh sembarangan sebab saya mungkin disaman. berlainan dengan kes monsun, ada bukti & mangsa yang buat laporan polis.
aduh..
ada lagi yg tak baca abess komen aku kat atas tuh…
aku nasihatkan korangla..
apa2 bisness yg berkaitan nazry,zubir,edora,mirsb,edoray,maroon,monsun <– ni semua sepupu sepapat zubir kalo korang nak tau…
baik korang jauhi dari bisnes2 yg berkaitan dengan haprak2 laknat nih….
iklan yg aku cakap tuh aku masih berusaha mencari…
surat kabar dalam stor aku berlambak aku kena selak selai2…
OBLworld tu ak silap aku dia adalah tuan punya panel monsun gak…
kira kastemer la gak…
monsun tu dah apa jadi cerita tah…
so,obl ni diibaratkan nak berjuang abis2abisan teruskan bisness dia berbekalkan sistem2 yg telah dibeli dari mirsb la katakan…
kira dia ni xde kaitan rasanye dgn mirsb..cuma seorang pembeli lot panel yg masih cekal nak teruskan biz intnt ni w/o pengelola sendri…
vemma tu,
MLM la,tapi base US…
gile la nak kuar modal beli produk dorang…mahal la kalo convert duit kite…
kena cari buyer la baru nak jalan bisnes…
maknanya.. x bagus la ea vemma tu…???
bagusnye kalao dapat customerla…
xpunpakai sendiri produk diorg..
Bodola kalo ada yg claim register je dapat income!
MLM mana ada goyang kaki….
Tapi alang2 nak masuk MLM baikla masuk MLM yg memang malaysia punye yg belum padat lagi..
oh..lagi satu..
korang (customer) jgn percaye kalo dorg kate xde kena mgena dgn mirsb.Dah berbuih aku terangkan kat atas psl mirsbni..
Dorang ni ibarat biawak tau x??Yg suka tukar2 color tu!
Lepas kantoi 1,tukar color lain…Tukar dan tukar lagi ..Tp figure biawak tu tetap sama kan?walaupun color dia ditukar2 ganti??
SAME LA DENGAN BARUA2 NIH!!! Bukak satu bisnes,dah kelentong cukup2,tutup…Then bukak yg lain…..
Memula sykt A,pastu bukak sykt B pastu L pastu N…
Huruf lain2 tapi subjeknye tetap sama iaitu “HURUF” kan?Bukan nombor atau apa2 yg lain sperti huruf jawi or huruf tulisan hebrew..
Maksudnye…..modus operandi barua2@beruk2 ni sama je dari dulu sampai kiamat..tapi dorg tuka2 identiti…tuka nama sykt…Mastermind dgn balaci2nye still org yg sama…ada la skit balaci2 baru yg baru direkrut..itu pun sebab balacai2 baru ni xtau politik bangsat yg dimainkan beruk2 nih!!!!
hahaha…!!
DAri haritu aku tunggu setan2 ni reply atau tangkis balik semua serangan aku..Tapi hampeh sampai sekarang dorg senyap!!!MAKSUDNYE MEMANG RAHSIA KORANG DAH AKU KANTOIKAN!!!!!
padan muka korang penipu!!!!
Maroon Online, Blogstarz, tu sume samee je… mangkok hayun!
Tamak dan keje nak duitt org jerr
Saya seru semua umat Islam supaya merujuk kepada penasihat agama/syariah sebelum join mana2 pernigaan baik offline mahupun online. Semoga duit & rezeki kita diberkati Allah.
Boleh rujuk di http://www.zaharuddin.net
bleh emailkan sya lebih lanjut tentang business nie?
salam sumer…..
aku nk kongsikan sesuatu ttg sykt EDOREY.
-sykt edorey ni kepunyaan nazri (vice p mobile income ) ngan bini die farah edora (tuan punya faratech).diorg ade jual bebrape produk tp yg plg ramai org tau…myportal.
-elok la pd org di luar sana,jgn tertipu.aku tk kate produk tk bgus..cume cara diorg mkn duit org2 melayu kita.bygkan ade yg msuk ats tiket “usahawan” melabur sehingga 10k..then aku tk nmpk kepentgan nya kat situ…nk terangkan pon pjg lebar…
-aku nie tau sejauhmana sykt ni pembelit gak coz aku pnah jd org dalam.aku tk sggup da tgk putar alam yg blaku dlm sykt nie.yg plg penting….aku n kwn2 yg pnah keje kat di situ di aniaya…aku pon mcm dd gak….
~~Comment by dd on January 12, 2009 @ 12:07 am
sham
aku nie br bla dr nazri pyer program. seeds program yg dilancarkan pada bln12 ritu..
aku aser program yang dia buat tu hanya untuk keuntungan biz dia saje..
aku salah satu drpd orang yang menjalankan promosi ttg myportal dia…
bg aku bde tu sume tak jelas..jd yang masuk pon dalam myportal sumer mcm kena pukau dgn myportal nie..
bg aku dia x ptt bt mcm nie.. dari aku lamer kena tipu dok kat progrm tu baik aku caloow..xsggup menipu orang untuk kepentingan syarikat yang bermotifkan bangsa…itu bkn cara aku…ko komen skit pasal edoray company ict nie yang ceo director dia nazri ngan edora..k~~
- Plg penting…….gaji staff pon tk berbayar..utang keliling bgunan opis…ish2x…mane pginya wet2 org2 melayu kita yg “pump” utk jd “usahawan makro” diorg neh…. smpi berpuluh2 ribu????
** aku sokong pe yg blacklist ckp…sumenya btol(aku yg sahkan..heheheh)
ASKM.. EN. SHAM.. SAYA NAK TAHU APA UPDATE TENTANG MAROON-ONLINE.COM SKRG? SAYA DAH BAYAR RM 1,500 ADA BAKI LG RM 3,500 SECARA ANSURAN. BOLEH SESIAPA YANG SUDI TOLONG SAYA DENGAN BAGI MAKLUMAT TERKINI TTG MAROON-ONLINE.COM NIH? KALO BENAR DIA NIH SAMA JE DGN MIRSB.. APA SAYA NAK BUAT.. TERUSKAN MEMBAYAR ANSURAN TU.. TK HALAL DUNIA AKHIRAT.. TAK REDHA.. LEBIH BAIK SEDEKAH PADA ANAK YATIM..
ASKM.. EN. SHAM.. BOLEH SAYA TAHU APA UPDATE TTG MAROON-ONLINE.COM SKRG NIH? HARAP EN. SHAM BOLEH TOLONG SAYA NIH.. KE SAMA JE DGN MIRSB..
hai sham..saya sokong artikel ini 100% . ramai yg datang ke blog ni melalui carian google dgn keyword TIPU. hebat SEO blog sham nii..
yeke. Tak perasan pulak ter SEO keyword tipu.
nape masih ade lg makhluk yang tertipu dgn perlaburan yg besar.sedangkan masih banyk cara yg memerlukan modal kecil…
Any update??? Apa jadi dengan Maroon Online??? Dengar kata ada orang saman Maroon Online dan dia orang semua dah cabut?
entah..mungkin betul kot. memang ada yang bertindak menyaman. semua yang terlibat cuci tangan.
← Previous Comments
{ 1 trackback }