Skim Cepat Kaya Guna Nama Islam Di Perak

Visited 1 times

March 24, 2010 · 2 comments

in Scam Alert

Saya belum mendapat sebarang maklumat tentang perkara ni.Saya akan menulis tentangnya setelah mendapat maklumat lanjut tentang skim ini.

IPOH: Sebuah syarikat di sini dikesan menjalankan skim cepat kaya menggunakan nama “Islam” yang beroperasi aktif di Perak sejak Januari lalu dengan mensasarkan pelajar institusi pengajian tinggi.

Pengarah Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Perak, Mokhtar Sulaiman, berkata syarikat yang dipercayai beroperasi dari sebuah pejabat di sini menjalankan aktiviti berkenaan melalui kaedah wang pos.

“Beberapa peserta telah membuat laporan selepas menyedari mereka ditipu. Pengasas skim itu sangat bijak kerana menggunakan agama Islam dalam pelaburannya bagi menarik perhatian,” katanya selepas merasmikan Seminar Cabaran Pengguna Di Pasaran peringkat negeri Perak di sini, hari ini. Mokhtar berkata, siasatan awal mendapati antara pelajar yang terjebak telah menggunakan wang pinjaman pendidikan untuk melabur dalam skim itu.

Beliau berkata, siasatan dengan kerjasama Bank Negara Malaysia sedang dijalankan terhadap syarikat berkenaan.

Setakat ini, katanya, aktiviti itu dipercayai terhad di Perak dan belum menular ke tempat lain. – Bernama

Pastinya skim cepat kaya ini tak senang duduk sekarang ni. Diharap tiada yang tertipu dengan skim cepat kayap kaya ini terutamanya pelajar pelajar. Nanti anda bukan sahaja tak sempat nak belajar, kayap pula sebab dah kehabisan wang bukannya untuk menambah duit.
Ketika di universiti saya buat perkhidmatan servis komputer dari bilik asrama. Ada banyak perniagaan lain yang boleh diceburi oleh pelajar terutama di institut pengajian tinggi. Anda semua dikurniakan akal yang bijak, tolong jangan terjebak dalam skim cepat kaya.
Buat kajian terlebih dahulu sehabisnya.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...Share

Comments

Powered by Facebook Comments

{ 2 comments… read them below or add one }

NIZAM March 26, 2010 at 7:20 am

eerrrmm….kita patut elak dari terlibat skim cepat kaya walau apa jua bentuk pun.

Muhamad Nornizam
duniacintasejati.blogspot.com

mee March 31, 2010 at 9:42 am

teruk betul skang … sampai agama dipermain2kan semata2 kerana duit …

Leave a Comment

Previous post:

Next post: