Skim Dinar Dirham Global


Dinar Dirham ini adalah antara skim yang baru sahaja dimasukkan ke dalam senarai Watchlist BNM. Ia adalah antara 5 skim yang dimasukkan pada 9 Januari 2017 bersama Mymi1 yang yang saya tulis sebelum ini. Skim ini agak canggih kerana mengekploitasi teknologi baru yang kini sedang hangat iaitu Cripto currency. Yang paling terkenal ialah Bitcoin. Dinar Dirham ini pula membuat skim kriptocurency dengan mengunakan dinar dan dirham iaitu emas dan perak.

dinar dirham

Berdasarkan di laman web, ia beroperasi di Hong Kong. Mereka mengatakan mereka mengunakan teknologi BlockChain untuk menghasilkan currency online berteraskan emas dan perak ini. Mereka mengunakan kejayaan bitcoin sebagai tanda aras untuk menghasilkan DinarCoin (DNC).

Status Keselamatan Dinar Dirham Cripto

Terus terang, kripto  currency mempunyai isu keselamatan yang sangat berisiko. Skim Dinar Dirham ini sama sahaja dengan skim sebelum ini yang mengunakan e-wallet untuk transaksi. Malah bitcoin sebelum ini mempunyai banyak kes digodam yang teruk sehingga kerugian jutaan dollar.

Matawang Dinar dan Dirham ini digunakan oleh kebanyakan negara arab dan juga dunia Islam dan saling bersangkutan dengan sejarah Islam sendiri. Malah Nabi Muhammad (SAW) sendiri mengalakkan untuk menyimpan emas sebagai untuk perlindungan di akhir zaman kerana suatu masa nanti wang fiat tidak lagi bernilai. Yang bernilai ialah emas dan perak.

Zakat Emas dan Perak

Apabila melibatkan emas dan perak yang disimpan. Sebagai umat islam, anda perlu tahu bahawa anda perlu membayar zakat jika iaya melebih 85g yang tidak digunakan dan disimpan. Jika ia dalam bentuk barang kemas yang dipakai, ia tidak perlu dizakat. Jika disimpan, maka wajib membayar zakat apabila cukup haulnya.

Dengan cara kripto curency sebegini bagaimana statusnya? Lebih lagi ianya hanya eksploitasi dengan nama dinar dan dirham. Ia matawang yang digunakan oleh orang islam dan negara-negara islam di asia barat.

Semakan Whois DinarDirham.com

Saya telah membuat semakan terhadap laman web mereka ini. Daripada rekod whois, ianya mempunyai alamat di Hong Kong sama seperti yang tertera di laman web mereka.

whois dinar dirham

Yang peliknya, syarikat ini mempunyai alamat di Hong Kong, tetapi pelawat yang ke laman web mereka hanya daripada 2 negara iaitu Malaysia dan juga Indonesia. Nampaknya mereka cuba mengelakkan diri dengan undang-undang Malaysia dengan mengunakan alamat di luar negara sebagaimana skim-skim yang terkubur sebelum ini.

Mungkin ini salah satu faktor ia dimasukkan ke dalam watchlist BNM.

Bagaimana Dinar Dirham Menipu?

Pertama sekali anda tidak boleh mengawal e-wallet Dinar Dirham ini. Duit anda ditukarkan kepada e wallet dinar dirham, jika sesuatu terjadi kepada syarikat ini… Anda akan hilang segalanya. Jangan invest terdapat sesuatu yang anda tidak tahu dan tidak faham. Fahami terlebih dahulu risiko yang bakal terjadi sebab ia mengunakan E-Wallet Dinar Dirham.

Kedua – Hukum Islam menetapkan apabila membeli emas, anda mesti dapat emas tanpa bertangguh. Malah dalam Dinar Dirham ini pula menetapkan kontrak selama 6 bulan. Jadi tertangguh selama 6 bulan baru dapat emas seperti yang didakwa. Malah ia mengunakan e-wallet pula. Tidak mendapat emas fizikal. Walaupun mereka ada menyatakan peserta boleh mendapatkan emas mereka daripada yang ditetapkan oleh Koperasi Dinar Dirham Berhad.

Ketiga – Semakan yang saya lakukan di Suruhanjaya Koperasi Malaysia, tidak wujud pun Koperasi Dinar Dirham Berhad sebagai yang dinyatakan oleh mereka.

kemaskini: saya kemaskini dibawah artikel ini, koperasi ini wujud. Sebab carian gagal sebelum ini disebabkan nama yang diumumkan berbeza dengan yang di dalam sistem SKM.

Keempat – Mereka mengatakan mereka di sokong oleh Saba Capital Inc yang mana disenaraikan Unlicenced Company daripada beberapa negara seperti Australia dan New Zealand. Malah di Hong Kong sendiri ia tersenarai dalam Unlicence Activities. Ianya terkenal salah satu syarikat yang tidak sah dalam menawarkan pelaburan seperti forex dan sebagainya.

Cukup lah 4 sebab ini. Ia sebenarnya dah cukup kuat.

Anda boleh share artikel ini…

p/s :Please jangan copy paste artikel saya dan buat seperti hak sendiri. Penat saya menulis dan buat kajian untuk penulisan saya. Boleh guna fungsi share dibawah.

Kemaskini 16 April :

Seronoknya juga ada blogger for hired hentam saya balik sebab artikel ini.Something new sebab biasanya mereka berbondong-b0ndong datang menyerang. Sebelum saya menjawab balik boleh tengok video interview TNABC bersama pengasas Dinar Dirham ini.

Itu yang orang kewangan Amerika fikirkan tentang skim ini. Tak sedar diperli oleh 2 orang mat salleh tu. Jem..

Tapi saya kagun effort dia untuk yakinkan orang US tentang produk beliau. Tapi ia satu disaster sebab ia memburukkan keadaan je dengan temuramah berkenaan.

Daripada video ini juga ada diterangkan bahawa ia adalah skim emas ETA cuma tak dapat emas tapi dapat cripto DinarCoin. Beli emas tapi boleh keluarkan selepas 30 hari.  Dari segi hukum, sah ia riba sebab melibatkan item ribawi iaitu emas dan perak. Apatah lagi ia tertangguh.

Jawapan balas saya untuk blogger Double Y – http://yuseriyusoff.blogspot.my/2017/02/tuduhan-koperasi-dinar-dirham-berhad.html

Thanks to you, saya menyambungkan lagi artikel ini dengan kemaskini baru.

Beliau menuduh saya tak buat kajian teliti. Fine. Saya terima sebab manusia tak sempurna dan ada yang saya termiss. Daripada blog berkenaan, ini yang saya dapat dan membuat kajian semula.

  1.  Pertamanya pihak DD ada membuat penafian BNM menyenaraikan mereka dalam watchlist kerana terkeliru dengan Dinar Dirham Global yang mengunakan laman web dinardirham.online .  Jadi saya buat semakan terhadap laman web berkenaan dan mendapati sudah expired dan tidak diperbaharui. Semakan menerusi waybank machine saya menjumpai imej transaksi belian bitcoin menerusi CoinBox keatas nama Extra Trade Sdn Bhd di laman web berkenaan. Kali terakhir proses upload berlaku pada 16 November 2016 dan saya dapati ada imej yang sama yang terdapat di kedua dua laman web seolah oleh ia adalah laman web untuk merekrut orang bagi skim DD ini.Saya juga buat semakan balik dengan BNM. Dinardirham.com masih tersenarai di nombor 54.
    Dalam blog berkenaan juga menyatakan pihak dinardirham ia salah faham dan sedia disiasat oleh BNM.


    Kalau saya, agak sukar untuk menerima penafian daripada yang tertuduh. Sebab saya pelik tiada tindakan dilakukan untuk membersihkan nama mereka. Sebabnya mudah, sejarah sebelum ini Public Gold pernah disenaraikan dalam watchlist BNM pada awal operasi mereka, namun mereka proaktif untuk berhubung dengan BNM dan menerangkan konsep perniagaan mereka dan dikeluarkan daripada watchlist. Jadi apa dinardirham buat? Tak nak bersihkan nama?

  2. Menurut mereka koperasi yang ditubuhkan mereka ialah Koperasi DinarDirham Berhad. Jadi saya membuat carian di SKM dan gagal. Namun saya menukar carian kepada Koperasi Dinar Dirham Berhad, barulah ada data mengenai koperasi mereka. Jadi ia adalah berdaftar dengan SKM. Cuma nama yang mereka umumkan berbeza dengan ejaan rapat dan ejaan jarak. Jadi saya mohon maaf tentang kesilapan ini.
  3. Blogger berkenaan tidak komen pasal hukum sebab rasanya dia tahu jual beli emas secara bertangguh adalah haram. Jadi mengatakan ia tuduhan saya tidak berasas. Konsep yang diterapkan oleh dinardirham ini akan ditentang oleh agamawan bidang ekonomi dan fiqh. Mereka boleh merujuk kepada pihak yang berkenaan seperti Majlis agama negeri untuk penjelasan. Jawapanya adalah sama = RIBA.
  4. Terselit Skim cepat kaya dalam Dinar Dirham sebagaimana skim yang dibangunkan sebelum ini. Mereka menawarkan keuntungan tetap 10% selama 6 bulan kemudian memberi option kepada peserta untuk teruskan kontrak selama 6 bulan atau jual kepada syarikat atau menukar kepada emas fizikal di premis Koperasi mereka jika tak nak join lagi. Jadi bila ada skim sebegini, tunggu matang tiada orang masuk maka tersungkur la beramai ramai. Penganjur boleh buat skim lain pula selepas itu. Inilah yang diperli oleh 2 orang mat salleh dalam video diatas tu.

 

Dari sudut bagusnya, Malaysia boleh didedahkan dengan teknologi blockchain. Sekarang ini sudah ada 777 Cripto Currency telah dibangunkan dan diterima. Dinarcoin belum diiktiraf untuk masuk dalam senarai. Anda boleh tengok senarai ini – http://coinmarketcap.com/all/views/all/

Nilai cripto currency sekarang ini bernilai lebih daripada USD 28 Billion. Tapi buat apa kalau ada berjuta cripto curency? Tak ke pening kalau setiap orang buat currency sendiri? Dulu matawang sebagai nilai matawang negara, sekarang semua orang ada peluang bangunkan matawang mereka sendiri. Bayangkan saya ada matawang dengan nama SHAM..hahaha

Namun pendapat saya, satu hari nanti semua teknologi ini tidak berguna lagi. Nabi menyarankan kita menyimpan emas dan perak secara fizikal yang boleh ditebus terutamanya kita diakhir zaman ini. Nabi dan beri ingatan sebab diakhir zaman kita kembali mengunakan pedang dan panah untuk berperang. Ia pasti datang..

Ramai yang tidak mempercayai skim ini kerana pengasasnya mempunyai rekod tidak baik seperti mengasaskan skim RGCX yang telah terkubur dan beberapa skim cepat kaya sebelum ini yang menyebabkan kerugian berjuta ringgit. Malah pernah dipenjarakan di indonesia kerana menganjurkan skim ponzi selain sebagai orang dikehendaki oleh pihak berkuasa negara Brunei.

Tapi ia bukan kriteria review saya, semua orang ada hak untuk peluang kedua. Jadi saya takkan menyentuh pasal sejarah yang telah berlalu berkenaan.

Briliant mind but taking a wrong steps.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Incoming search terms:

  • dinar dirham tipu
  • dinar dirham penipu
  • dinar dirham
  • dinar dirham malaysia
  • dinardirham
  • dinar dirham penipuan
  • pelaburan dinar dirham
  • dinardirham scam
  • dinar dirham review
  • koperasi dinar dirham berhad tipu
Klik Untuk Share..Semoga Bermanfaat Kat kawan Anda.

Comments 56

  1. Nasihat Saja March 24, 2017
  2. sham March 26, 2017
  3. Nasihat acik kau March 29, 2017
  4. suka membaca blog mcmni April 4, 2017
  5. ariff April 5, 2017
  6. ZB April 7, 2017
  7. sham April 7, 2017
  8. Asrul b Mohd Salleh April 14, 2017
  9. sham April 16, 2017
  10. Amar J April 17, 2017
  11. sham April 20, 2017
  12. Ridhwan April 21, 2017
  13. sham April 22, 2017
  14. Ridhwan April 22, 2017
  15. Jj April 23, 2017
  16. Aspro April 24, 2017
  17. Ibnu rahman May 9, 2017
  18. beware July 2, 2017
  19. sham July 6, 2017
  20. Roziman July 12, 2017
  21. sham July 13, 2017
  22. Roziman July 25, 2017
  23. Fbi July 25, 2017
  24. sham July 27, 2017
  25. sham July 27, 2017
  26. Fbi July 27, 2017
  27. sham July 27, 2017
  28. Fbi July 27, 2017
  29. sham July 27, 2017
  30. HAHAHA August 26, 2017
  31. Ein August 27, 2017
  32. sham August 27, 2017
  33. kurtrosaki ichikurt August 28, 2017
  34. BM September 3, 2017
  35. sham September 4, 2017
  36. mz September 6, 2017
  37. beware September 10, 2017
  38. musa September 12, 2017
  39. Danial October 30, 2017
  40. Ridhwan November 8, 2017
  41. Danial November 8, 2017
  42. Ridhwan November 9, 2017
  43. Perati je November 9, 2017
  44. sham November 10, 2017
  45. Ibnu Rahman November 12, 2017
  46. aku dah insaf November 23, 2017
  47. Just Me,sharing November 27, 2017
  48. eweres November 30, 2017
  49. Makhluk Allah November 30, 2017
  50. Tengokje November 30, 2017
  51. sham November 30, 2017
  52. sham November 30, 2017
  53. sham November 30, 2017
  54. darnsyz December 1, 2017
  55. sham December 2, 2017

Leave a Reply

error: Content is protected !!