Ada Ke Pil Ajaib Dalam Perniagaan Internet?


Ada ke pil ajaib atau magic pill yang boleh memastikan perniagaan internet tersebut berjaya?

pil ajaib perniagaan internet

pil ajaib perniagaan internet

Jawapannya ada dan tiada…hehehehe

Ada jika…

[box type=”important”]Ada jika anda membuat kajian yang terperinci tentang permintaan dan juga menjalankan kempen promosi yang berterusan.[/box]

Tiada jika…

[box type=”important”]Anda hanya mengharapkan keajaiban berlaku. Tiba tiba ada orang berikan anda sejuta dollar tanpa sebarang usaha. Masyuk wooo….Tapi malangnya itu hanya mimpi kosong disiang hari..[/box]

Cakap je apa sahaja yang boleh duduk diam goyang kaki dapat duit…(kecuali menjahit). Ia semuanya dogengan semata mata. Dalam perniagaan internet atau apa sahaja perniagaan, anda perlu mendapatkan produk yang dicari dan diperlukan oleh orang ramai.

Seterusnya ia mestilah disusuli dengan langkah promosi dan pemasaran yang berkesan. Inilah yang akan menjaminkan kejayaan perniagaan internet anda anda. Tidak kira apa sahaja produk anda jual samada produk digital mahupun produk fizikal. Konsep pemasaran di internet adalah sama sahaja.

Perniagaan Internet Perlukan Perancangan

Persoalan utama ialah adakah anda mahu perniagaan internet anda berjaya atau tidak. Jika yang, anda perlu menyusun strategi pemasaran yang sesuai untuk produk anda. Anda boleh pilih samada untuk mengunakan kaedah pemasaran yang percuma mahupun berbayar.

Jika anda mempunyai kemampuan, anda boleh mengunakan kaedah berbayar seperti Pay Per Click, Pay Per View , Pay Per Lead dan sebagainya yang memerlukan anda mengeluarkan modal untuk melakukan pemasaran.

Bagi mereka yang belum ada kemampuan, anda boleh memilih kaedah pemasaran yang percuma seperti SEO, pemasaran forum, blog commenting dan sebagainya. Namun, ia memerlukan usaha yang lebih dan berterusan agar kadar kejayaan anda lebih terjamin.

Anda perlu melayan perniagaan internet anda sebagai satu perniagaan yang serius walaupun anda sekadar melakukannya untuk suka suka atau secara part time. Perniagaan adalah perniagaan. Tiada part time atau full time. Anda perlu meletakkan jiwa dan bakul raga anda demi perniagaan anda.

Bak kata mat salleh,” put your soul in your business”. Jadi ia akan menjadi tonik untuk anda meneruskan perniagaan anda sehingga ketitisan terakhir. Anda berjihad menerusi perniagaan.

Adat Perniagaan Internet

Dan seperti lumrah.. ada untung dan ada yang rugi. Anda perlu bijak untuk mengimbangi keuntungan dan kerugiaan yang berlaku dalam perniagaan internet anda. Anda perlu bersedia untuk menghadapi segala kemungkinan. Banyakkan membaca agar pengetahuan yang anda peroleh dapat membantu anda menangani masalah yang bakal berlaku kepada perniagaan internet anda.

Perniagaan internet juga mempunyai risiko. Terpulang kepada diri anda tentang bagaimanakah caranya untuk anda merendahkan risiko yang anda akan hadapi.Layan perniagaan internet anda sepenuh hati tidak kira anda melakukannya secara part time atau full time.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Klik Untuk Share..Semoga Bermanfaat Kat kawan Anda.

Comment 1

  1. kerja sambilan May 29, 2011

Leave a Reply

error: Content is protected !!