Tips Buat Ebook: Nilai Komersil Produk

Sebelum anda menghasilkan sebarang ebook, anda digalakkan untuk membuat kajian pasaran dan juga permintaan terhadap produk. Kebanyakan IM akan mencadangkan agar anda merujuk Google Keyword Tool untuk membuat kajian tentang carian bagi katakunci yang anda sasarkan.

Cara tersebut sebenarnya dah betul. Tetapi apa yang ingin dicari sebenarnya ialah nilai komersil sesuatu produk yang ingin dibangunkan. Tanpanya produk yang anda hasilkan mungkin akan menemui kegagalan. Jangan beranggapan dengan carian yang tinggi, produk anda juga “meletop” bagai gunung berapi jualannya.

Anda silap besar jika beranggapan sedemikian. Setelah mengetahui anggaran carian, anda perlu menentukan nilai komersil produk tersebut. Adakah ia boleh dijual jika anda menjualnya?

Contoh mudah…

Anda boleh lihat carian ” how to boil egg”. Ia mempunyai lebih dari 135,000 cari dari seluruh dunia. Jadi secara logiknya permintaan pun akan tinggi jugak la kan? Salah tu…

Adakah anda rasanya anda boleh menjual panduan merebus telur? Siapa nak beli? Tak tau la kalau ada alien dari planet Marikh beli ebook sedemikian. Dari situ, kita boleh menentukan nilai komersil sesuatu produk yang ingin dibangunkan.

Gunakan logik akal yang waras. Anda boleh gambarkan diri pada sebelah pihak pembeli.  Lain lah kalau anda boleh buat panduan merebus telur menjadi telur emas!! Pasti berebut orang nak membeli ebook anda.

Saya memerhati ada produk yang dilancarkan dengan PPL. Subcriber yang cukup banyak dapat.Tetapi ia hanya mahukan freebies. Tapi bila ia dilancarkan sepenuhnya, tiada pembeli. Mereka silap merancang, mereka hanya melihat statistik carian sahaja. Carian memang tinggi, tetapi bagaimana nilai komersil?

Begitu juga target market. Pilih mereka yang berduit. Jangan pula sasarkan kanak-kanak atau mereka yang belum mempunyai duit sendiri untuk membeli. Mereka tidak akan meminta mak bapak mereka jika ia hanya ebook. Lainlah jika ianya mainan sebagaimana Toy R Us lakukan.

Nasib baiklah ia hanya produk digital. Jadi kerugian yang mungkin berlaku adalah rendah. Jadi “Save by IM”.

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Incoming search terms:

  • maksud komersial
  • nilai komersial produk
  • maksud nilai komersial
Klik Untuk Share..Semoga Bermanfaat Kat kawan Anda.

Comments 3

  1. Warray April 4, 2011
  2. sham April 5, 2011
  3. Amim April 9, 2011

Leave a Reply

Enjoy this blog? Please spread the word :)

error: Content is protected !!

Kemaskini Terbaru Terus
Ke Emel Anda

Subscribe to our mailing list and get interesting stuff and updates to your email inbox.