Rasanya kebanyakan Adsense publisher yang layak menerima bayaran sedang menikmati pendapatan mereka sekarang ini. Biasanya Google mula membayar pada 26hb setiap bulan. Namun, bulan ini ia agak terlewat iaitu pada 28hb. Walau bagaimana pun asalkan Google membayar ia sudah mencukupi.
Dengan kemudahan Western Union, penerimaan bayaran daripada Google kini menjadi cepat. Jika sebelum ini, kebanyakan publisher perlu menunggu lebih 45 hari untuk menikmati hasil usaha mereka sebelum ini. Tempoh 2 minggu untuk menerima cek dan 30 hari untuk cek diclearkan oleh bank tempatan.
Apabila bayaran telah sedia, Google akan menghantar emel pemberitahuan. Ia adalah satu fungsi baru yang ditampilkan oleh Google. Sebelum ini tiada pemberitahuan dilakukan oleh Google. Jadi ramai yang tidak tahu, adakah Google sudah membayar atau sebaliknya.
Contoh emel adalah seperti diatas. Jadi publisher akan tahu, mereka sudah boleh mendapatkan duit mereka daripada agen Western Union seperti Pejabat Pos, RHB, Public Bank, Maybank, Agro Bank dan banyak lagi. Pastikan anda menyalin MTCN atau payment number bagi menuntut duit anda.
Bayaran adalah dalam matawang USD. Namun, agen WU akan membayarnya mengikut matawang RM setelah menukarkanya mengikut kadar tukaran matawang semasa. Anda perlu segera menuntutnya kerana tempoh menuntut adalah dalam masa 60 hari. Jika tak, ia akan dikembalikan kepada Google.
Kena bayar ke tak? Penerima Western Union tidak dikenakan caj atau bayaran. Hanya mereka yang menghantar duit menerusinya sahaja dikenakan bayaran. Dalam kes ini, Google yang membayar caj perkhidmatan Western Union.
Maklumat Lanjut, anda boleh dapatkan Buku Blog + Google Adsense = Duit terbitan PTS Netmedia. Anda boleh menempah buku ini menerusi internet dan akan dipos terus ke rumah anda.
squardpips
aku baru berjinak2 dalam ads ni…