Masih tak jelas bagaimana bentuk skim piramid? Kat malaysia ni bersepah sebenarnya. Saya mungkin akan kumpul dalam scam alert dalam blog ni kot nanti kalau saya sempat. Bentuk skim piramid macam ni…
Cara nak mengenali benda sebegini senang je. Ia nampak macam piramid la bentuk dia. Atas kecil, bawahnya besar. Ala macam gambar kat atas tu la. Macam macam istilah yang digunakan, spillover la, downline la, pair la. Sebenarnya adalah sama.
Salah satu daripada ebook saya juga telah dijadikan produk JUTARM.com ni bersama beberapa ebook usahawan internet lain. Dah tentu duit daripada hasil tu adalah haram kerana meniayai penulis yang bersusah payah menulis, tetapi ia telah dilanggar sewenang wenang oleh makhluk perosak bangsa & agama ni. Jangan lupa negara kita ada AKta Hakcipta 1987. Saya akan rujuk perkara ni kat KPDNKK nanti.
Update: Saya ada dihubungi oleh admin JutaRM dan memohon maaf kerana mengunakan ebook saya sebagai salah satu produk mereka. Menurut beliau, developer yang masukkan semua produk tersebut. Beliau ada meminta saya buang artikel ini daripada blog ini. Pendapat saya tentang konsep jutarm adalah sama dengan skim cepat kaya walaupun dinafikan. Sila buat kajian terlebih dahulu.
Mereka ni perosak bangsa dan agama. Sebabnya mereka menghasilkan program untuk menarik orang melayu islam mencari hasil yang haram untuk diberikan kepada anak dan isteri. Apa yang akan terjadi pada anak-anak yang makan makanan yang haram? Apa yang diorang nak jawab kat akhirat kelak?
Kerosakan akhlak remaja hari ini ada kaitan dengan makanan yang haram yang diberikan kepada anak anak tanpa kita sedari. Semoga ia dijauhkan daripada kita semua. Mungkin mereka yang menyertainya tidak sedar akan perkara ini. Ia adalah tersirat. Saya hanya menegur, terpulang kepada mereka untuk menerima tidak teguran ini.
Saya dah pun menghubungi pihak webhosting yang menyediakan perkhidmatan kepada laman web ini. Diorang nak saya berikan surat authority. Nak saya buat laporan polis ke? No problem punyo!!. Sebelum tu saya akan ke KPDNKK dulu untuk dapatkan khidmat nasihat bagi menangani perkara sebegini. Saya pasti KPDNKK akan bertindak sebab Menteri KPDNKK ada beri jaminan untuk membanteras Skim Cepat Kaya dan juga skim piramid di Malaysia dalam paper baru ni.
Update: Saya juga telah merujuk kepada KPDNKK tentang skim sebegini. Mereka boleh mengambil tindakan jika di Malaysia jika terdapat laporan.
Saya memang mengalu alukan langkah ini. Tetapi cakap sahaja tak guna kalau tiada tindakan. Dah berbelas kes penjualan secara haram sebelum ni yang melibatkan ebook Panduan Raja Adsense. Kali saya mungkin akan mengambil tindakan yang tegas sikit.
Saya dah semak whois laman web ini: Hasilnya…
Nampak gaya pun dah tahu. Macama nak “langgar & lari” je ni. Kalau ada apa apa, diorang boleh “cabut”Ā dengan senang tanpa dikesan oleh pihak berkuasa.
Tetapi…
Saya dapat no akaun dan juga nama perniagaan mereka.
Nama perniagaan mereka adalah ENTERBIZ SOLUTION dengan no akaun seperti diatas. Dapat maklumat tu, senang je pihak berkuasa nak kesan dalang SKIM piramid ni. Blogger yang hina Almarhum Sultan Johor tu dikesan menerusi IP dan juga no akaun Maybank beliau masukkan di blog beliau sendiri. No akaun makan diri kata orang. š
Saya nak tengok pihak hosting ada ambik tindakan atau tak lepas dapat laporan.Kita tengok la dulu. Kalau anda ada mengesan apa apa lagi skim yang meragukan, boleh la hubungi saya ye. Bersama kita membanteras skim piramid dan skim cepat kaya!
Update: Pihak hosting telah memberikan amaran kepada owner JUTARM tersebut. Terima kasih diatas support Internet Webhosting.
Pandangan saya: Konsep yang ditampilkan oleh JUTARM adalah sejenis skim cepat kaya. Anda boleh merujuk artikel Ustaz Zaharuddin berkenaan MLM mengikut syariah. Dalam artikel tersebut ada dinyatakan konsep sebegini bertentangan dengan muamalah Islam.
Nasihat saya kepada yang nak join : Hati hati. Kemungkinan ia hanya biz short term sahaja kerana konsep sebegini tidak akan bertahan lama. Kaji dulu sebelum join apa apa. Saya sangat sarankan utk explore terlebih dahulu blog UZAR kerana beliau banyak menulis tentang skim sebegini dari segi hukum hakam.
Incoming search terms:
- rm20segera tipu
- rm20segera haram
- enterbiz solution
- keburukan skim cepat kaya ala piramid
- kajian dan skim cepat kaya online
admad
Salam,
Tuan minta komen program igetworld adakah ia juga merupakan skn piramid…saya baru join dan satu lagi klik website dapat duit iiatu http;//www.dapatwang.com
mohon tuan dapat komen
Zamri
Bang, saya ada register member kat http://www.jutarm.com, http://www.rm20segera.com dan http://www.tunaisegera.com. Adakah pemilik ke tiga-tiga laman web ni orang yang sama. Semak who is macam sama jer….
Respond bang, jangan tak respond.
Terima kasih.
Along Ana
slm
sy baru nk join “Survey Online”, jwb soalan survey utk international company… akan dibayar melalui paypal.
bleh bagi komen Tuan berhubung “Survey Online” ni?
tks.
sham
Along hati hati sebab banyak yang scam. Tak banyak survey yang betul betul bayar. Kalau yang bayar pun, diorang nak mereka dari US,Canada je.
aizat jahari
salam..
bang sham…sy bru je join http://www.rm20segera.com/…seperti mane zamri nyatakan….ape yg sy bce blog nie…mcm sme je…smua ikut sistem piramit…biz nie ley cye kew??? harap dpt diberi respon dari abg sham…
sekian…
sham
sama je tu…sistem yang sama. nama je lain. jenis money game.. kalau orang join, ada la duit. kalau takde, tak la duit dapat.
didi
Salaam abang sham,
Sekarang ni, ade pulak buat duit melalui facebook. Abang tau tak caranya? Tu kira piramid ke tidak? halal ke haram?
Terimakasih
sham
kalau infinity downline dah dibincangkan dah sebelum ni..
http://www.shamsuriyadi.com/2010/02/13/infinity-downline-konsep-money-game/
malah ia dah diulas oleh Ustaz zaharuddin di laman web beliau.
Jutawan_2011
cam ne orang melayu nak maju..orang lain buat program untuk buat duit kt internet dah kene kutuk2..patutlah orang cine banyak yang kaya..sebab diorang support kaum diorang..sedangkan orang melayu siang malam dengki gan orang lain..sedarlah sikit orang melayu oit..
sham
orang takkan pertikaikan jika konsep perniagaannya berteraskan islam dan tidak menipu. Jangan terlalu memandang cina, kita ada pegangan agama. Apa yang baik untuk orang cina, tak semestinya baik untuk kita sebagai orang islam. Dalam Islam ada halal dan haramnya. Kalau orang cina buat program berkonsepkan judi, takkan orang islam pun nak join sekaki.
Skim piramid adalah terang terang berkongsepkan perniagaan yang diharamkan dalam Islam. Sila dapatkan buku Ustaz Zaharuddin untuk mengetahui tentang konsep perniagaan islam yang sebenar.
miekof
Ada juga yg masih menegakkan benang yang basah
shirley
Saya tidak tahu mengenai enterbiz solution dan saya telah bank in RM30 dua hari lalu. Tak tahu pula mereka ni kaki penipu!!
shaiful
mcm yang zamri nyatakan….website nampak sama aje…cuma grafik aje lain
program pun mcm duitmudah.com dulu
rina
Salam..
Abg Sham..saya br join Rm20 segera maknanya kami ni di tipu la..sbb yg dpt duit tu Enterbiz Solution tu jer la..tak tau plak kata haram..camna nih.. saya ni tak bekerja ingat nak bantu suami la..
sham
Nampaknya macam tu la…
wan
minda orang kita senang ditipu dn dimomokkan dgn wang segera…berfikir ikut hati
sham
betul tu tuan. Buat kajian dulu sebelum join apa apa.
iwan
salam tuan …..kalau perniagaan bioasli macam mane plk ea?…..harap dapat memberi sedikit huraian…..
sham
bioasli adalah syarikat MLM. Sistemnya tak syariah compliance..
nik
sy ad join rm20segera dh bayar pn kt interbiz solution….bangang punya company dia x aktifkan lg ahli.,..duit dh bayar….call x angkat….ebook dia tu hrm jugak ke?
kalau camtu 40k org yg join n dpt duit dari jual ebook tu duit haram la??
mohon email saya jawapan soburrahman@yahoo.com.my
sham
ia adalah scam.
han
salam abg sham.. kwn saya ade ajk sy join G7 yg brkonsepkan tabungan.. gabungan dr 2syarikat.. syarikat Gold Cable Hosting Services, phytoscience.. kawan sy kata plan ni baru lagi, masih blom dilancrkan.. jd sy nk minta pendapt abg sham tntg konsep tabungan nie dan syarikat Gold cable hosting services scam atau x? supaya sy xtrtipu.. trima kasih