Shamsuriyadi.com

Buat Duit Online
Menu
  • Home
  • About
  • Contact
  • Arkib
  • Produk
  • Testimonial
Home
Isu Semasa
The Apprentice Asia Minggu 1: Apa Yang Boleh Kita Belajar
Isu Semasa

The Apprentice Asia Minggu 1: Apa Yang Boleh Kita Belajar

sham 3 Comments

The Apprentice Asia Bermula

Episod pertama The Apprientice Asia telah ditayangkan di AXN. Ia adalah rancangan yang saya nantikan. Sebagai usahawan, ramai yang sukakan rancangan sebegini kerana kita boleh belajar sesuatu daripadanya. Saya sendiri tengok 2 kali  episod pertama ini. Sebabnya untuk belajar sesuatu daripadanya. Jadi kita boleh bandingkan apa yang kita tahu dan apa yang kita tak tahu dalam bisnes.

The Apprentice Asia

Dalam episod pertama saya belajar beberapa perkara iaitu

[box type=”red”]

1. Penentuan harga sangat penting dalam perniagaan

 

2. Perniagaan perlu bersedia terlebih dahulu sebelum memulakan pemasaran.

 

3. Etika sangat penting dalam bisnes. Jadi diri sendiri, jangan menyamar semata mata untuk menjual.

 

4. Bisnes adalah untuk keuntungan. Bukan berjaya menjual semuanya. Bak kata Tony Fernandes ” “Business is hard. Business is simple. Make it profit!”

 

5. Pengalaman sebagai Buyer/Pembeli juga penting sebagai usahawan.

 

6. Bukan mudah untuk menguruskan satu pasukan yang mempunyai pelbagai personaliti. Sebagai ketua, kita perlu tegas dan tidak mudah gabra dengan cabaran yang datang.

 

7. Kenali produk kita sebelum menjual.

 

[/box]

 

Ini adalah antara yang saya pelajari daripada episod pertama The Apprientice Asia. Cuma budaya Asia, kita mengkritik dengan agak berlapik. Berbeza dalam The Apprientice yang agak agresif. Kita boleh nampak dalam episod ini, mereka agak takut mengkritik ahli pasukan mereka. Namun, saya nantikan apa yang boleh saya belajar dalam episod kedua nanti.

Bagi mereka yang tak tengok, saya rumuskan sedikit tentang episod pertama ini.

Dalam episod pertama ini, cabaran boleh dikatakan Man Vs Woman. Sebabnya mereka dibahagikan kepada 2 kumpulan iaitu Mavericks (Lelaki) dan Apex (Wanita). Nama berbekenaan ditentukan sendiri oleh mereka. Agak terpengaruh dengan siri Apprience US agaknya.

Cabaran Pertama The Apprientice Asia

Dalam episod ini, mereka ditugaskan untuk melakukan asas dalam bisnes iaitu menjual!. Mereka ditugaskan untuk menjual ikan di pasar pagi. Mereka dibekalkan ikan berharga RM2700+. Dan mereka perlu menjual ikan berkenaan bagi mendapatkan keuntungan. Dalam cabaran ini, ia dimenangi oleh pasukan wanita dengan kerugian RM186. Ya. Kedua dua pasukan ini mengalami kerugian. Namun, jika tidak kerana kesilapan dalam penentuan harga Udang Laut yang kosnya berharga RM47 dengan udang ternak yang kosnya berharga RM12.

Mereka menjual semua udang dengan harga RM15 sedangkan ada 2 jenis udang! Sebelum menjual kita perlu mengenal produk yan kita. Malah pengalaman sebagai pembeli juga penting dalam bisnes. Ia akan membantu kita memahami kemahuan sebagai pembeli iaitu harga, kriteria,jenis produk dan juga jenis produk. Dalam kes ini adalah ikan. Ada banyak jenis ikan termasuk ikan laut dan juga air tawar.

Disebabkan kekurangan maklumat tentang produk/ikan yang mereka jual. Mereka ditipu oleh pembeli. Itulah yang dihadapi oleh Team Mavericks. Disebabkan team marketing terlalu agresif. Kedai masih belum bersedia dan hasilnya kelam kabut berlaku. Tag harga juga belum diletakkan, team marketing sudah memanggil crowd. Hasilnya banyak ikan dijual dibawah harga kos. Malah hanya seorang sahaja tahu harga kos iaitu projek manager. Memang kelam kabut apabila semua orang sibuk untuk tampil sebagai yang terhebat.

Dalam episod ini, Hanzo daripada Malaysia dilihat sebagai orang paling lemah dan penyebab kekalahan pasukan lelaki. Kesalahannya ialah mula memanggil crowd ketika kedai masih belum bersedia. Harga belum ditentukan lagi. Apabila crowd sudah ramai yang bertanya tentang harga, cuma seorang yang tahu harga kos. Iaitu Hendry. Malah Hanzo juga menjual banyak ikan mahal dibawah harga kos. Pada pricelist yang dibekal, mereka turut diberikan gambar ikan. Jika mereka mengambil masa untuk melihat dan menulis harga ikan, mereka boleh boleh menang. Ini kesilapan projek manager dalam menguruskan pasukan mereka.

Akhirnya dalam board meeting penyingkiran, Hendry juga membuat kesilapan membawa 2 ahli paling kuat bukannya ahli paling lemah. Saya yakin jika beliau membawa Hanzo dan Samuel iaitu ahli paling lemah. Hanzo akan dipecat. Beliau membawa Nash dan juga Alexis iaitu ahli paling kuat untuk bersama. Hendry seorang yang baik hati. Beliau merasakan dia bertangungjawab dan rela dipecat. Daripada sudut hati Tony Fernandes, beliau bukanlah orang yang akan dipecat. Malah Tony bertanya, adakah Hendry pasti untuk membawa 2 orang paling kuat dalam board meeting penyingkiran.

Orang yang baik hati seperti Hendry mungkin tidak sesuai dalam The Apprientice Asia. Beliau mempunyai lebih daripada 1000 restoran di Indonesia. Nak belajar juga sesuatu daripada beliau. Dengan sikap baik hati itulah mungkin menjadi faktor kejayaan perniagaan beliau di Indonesia. Namun, beliau sendiri mengambil keputusan menamatkan cabaran beliau sendiri dengan membawa 2 orang ahli kuat dalam pasukan mereka.

Akhirnya Hendry menjadi orang pertama yang dipecat dalam The Apprientice Asia. Dalam sedutan episod kedua, nampaknya Hanzo membuat hal lagi. Saya assume beliau menjadi project manager dalam minggu kedua.  Cabaran kedua mereka ialah menghasilkan video.

Nantikan apa pula yang boleh kita belajar daripadanya..

Artikel Berkaitan
  • Ulasan The Apprentice Asia Minggu Kedua
    Apa yang boleh dipelajari dalam The Apprentice Asia Minggu Kedua Ini sambungan ulasan saya berkena...
  • Ulasan Episod Ketiga The Apprentice Asia
    Saya telah di"sound" kerana tidak menulis review episod ketiga..Maafkan saya, bukan terlupa. Cuma ag...
  • Jemputan ke ThinkExport With Google
    Saya baru menerima email jemputan ke program ThinkExport with Google sekejap tadi. Ia adalah ...
  • OnlineBoss Program Realiti TV Pemasaran Internet Pertama Malaysia
  • Jualan Murah Sempena Perkahwinan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Post Views: 432
Klik Untuk Share..Semoga Bermanfaat Kat kawan Anda.
Share
Tweet
Email
Prev Article
Next Article
Tags:air asia axn asia the apprientice asia the apprientice asia axn the apprientice asia episod 1 the apprientice asia season 1 the apprientice asia week 1 tony fernandes

Related Articles

robot pengganas
Dalam berita hari ini Amerika menyediakan robot latihan menembak dengan …

Pandangan Barat Tentang Islam: Islam Adalah Pengganas?

Tun Dr.Mahathir dah jadi Blogger, Pak Lah Bila lagi?
Saya baru sahaja melawat blog Tun Dr.Mahathir, salah seorang tokoh …

Tun Dr.Mahathir dah jadi Blogger, Pak Lah Bila lagi?

3 Comments

  1. MH

    Ulasan yang cukup menarik…. rasa teruja nak menonton program ni. Harap bro Sham dapat buat sambungan ulasan untuk episod yang ke 2 nanti.

  2. ferdy

    Alamak.. tak sempat pula nak tengok episod pertama. Kalau ada ulangan boleh lah tengok, hehe.

    Menunggu episod kedua Rabu depan 🙂

  3. sham

    Insyallah. Ada sambungan nanti.

Leave a Reply

Entri Terbaru

  • Ini Kronologi Scammer Parcel Lakukan Dan Bagaimana Menanganinya
  • Harga Barang Naik. Apa Yang Boleh Kita Buat?
  • Krisis Makanan Dunia Semakin Menjadi Nyata
  • Youtuber Indonesia Ditahan, Harta Disita Berikutan Penipuan Judi Online
  • Panggilan Telefon Dari LHDN – Scam atau Betul?

Recent Comments

  • sham on Seorang Wanita Rugi RM3500 Terjebak Dalam Penipuan Parcel
  • Lisa Che Aziz on Seorang Wanita Rugi RM3500 Terjebak Dalam Penipuan Parcel
  • sham on Penipuan Parcel Dari Luar Negara
  • Az on Penipuan Parcel Dari Luar Negara
  • sham on Seorang Wanita Rugi RM3500 Terjebak Dalam Penipuan Parcel
  • mdz on Seorang Wanita Rugi RM3500 Terjebak Dalam Penipuan Parcel
  • sham on Ini Kronologi Scammer Parcel Lakukan Dan Bagaimana Menanganinya
  • AZURA AHMAD on Ini Kronologi Scammer Parcel Lakukan Dan Bagaimana Menanganinya
  • MOHD ROZIE BIN MASRIKIN on Penipuan Parcel Dari Luar Negara
  • sham on Penipuan Parcel Dari Luar Negara

Shamsuriyadi.com

Buat Duit Online
Copyright © 2023 Shamsuriyadi.com

Before you go

You may also be interested in these posts:

Ulasan Episod Ketiga The Apprentice Asia

Saya telah di”sound” kerana tidak menulis review episod ketiga..Maaf…