Shamsuriyadi.com

Buat Duit Online
Menu
  • Home
  • About
  • Contact
  • Arkib
  • Produk
  • Testimonial
Home
Pertanian
Cara Paksa Pokok Berbuah
Pertanian

Cara Paksa Pokok Berbuah

sham No Comments

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Ini post saya pertama dalam blog ini pada tahun 2019 ni. Lama betul tak update. Saya ada buat kategori baru iaitu pertanian. Jadi dalam post pertama bagi kategori ini, ia berkenaan pokok yang malas berbuah walaupun dah bertahun tanam. Jangan tebang dulu. Sabar. Saya akan ceritakan cara paksa pokok berbuah. Kalau tak lebat pun, at least berbuah.

Terubat juga hati yang panas bila pokok buah yang ditanam tak nampak tanda nak berbuah. Apa yang kita buat ini akan membuatkan pokok berkenaan stress dan mengeluarkan bunga sebagai langkah survival pokok iaitu meninggalkan legasi.. buat anak! Dengan kata lain berbuah la..Itu cara pokok menyambung zuriat spesis dia.

Syaratnya pokok tu mestilah pokok betina dan telah matang. Jangan pula guna cara ini kat anak pokok baru tanam beberapa bulan. Kalau pokok dah besar tapi tak reti nak berbuah, boleh guna cara ni.

Ada beberapa cara untuk buatkan pokok stress dan mengeluarkan bunga dan berbuah pada akhirnya. Apa yang saya nak share ialah cara Tuan Mohd Fadli iaitu mengunakan sodium chlorate untuk membuatkan pokok mata kucingnya stress dan berbuah.

paksa pokok berbuah

Ini adalah cara pertama. Sebelum orang tanya macamana nak dapatkan sodium chlorate tu, saya cakap siap-siap. Kat kedai pertanian. Kalau takde? Jangan risau. Ada cara lain dengan bahan yang ada kat dapur je.

Cara Kedua Paksa Pokok Berbuah

Cara kedua ini cukup mudah. Ada beli 1 paket ajinomoto atau apa jenis monosodium glutamate (MSG) kat kedai. Kita nak guna dalam 5 sudu besar pak aji ini je. Bukan je orang boleh stress, pokok pun stress dengan pak aji ini.

Apa yang perlu anda buat ialah bancuh 5 sudu pak aji dengan 1 liter air. Kira ambil 1 botol mineral 1.5 liter tu terus la. Masukkan dalam botol, goncang sampai semua larut dan tuang kat dalam kanopi pokok. Jangan kena batang pokok, terus kojol pokok tu nanti terlebih stress.

Insyallah dalam 2-3 minggu, akan keluar bunga. Cara ni untuk pokok yang tak bermusim la. Kalau bermusim macam doyan & rambutan tu susah skit. Tapi ada cara lain kalau yang bermusim ini. Ada petua orang tua-tua.

Caranya takek pokok tu kat dahan sambil bagi warning. Kalau tak berbuah tahun ni, aku tebang kamu!.. Cakap kuat kuat sampai jiran dengar..hahaha. Jiran ingat kamu bergaduh dengan bini plak nanti.. Ada juga petua dengan paku selipar kat batang pokok.

Ini cara orang dulu-dulu la. Sebenarnya ia untuk membuatkan pokok stress dan berbunga. Jangan plak pokok setahun dua kamu dah takek. Terus tumbang nanti. Pokok yang yang nak distress kan ni perlu disiram. Kalau musim hujan takyah la buat cara semua ni.

Yang siram Sodium atau MSG tu, pokok sasaran tu perlu disiram agar sebatian tu meresap ke dalam tanah dan diserap oleh pokok. Korang nak mandi bawah pokok tu pun boleh, tak membazir sangat air tu nanti.

Ok. Boleh cuba cara ni, saya dah try kat pokok mempelam. Memang jadi. Mata kucing pun jadi walaupun pokok baru 2 tahun tinggi 1 meter lebih..kekeke tapi buah lekat 1 biji je. Jadilah, berbuah la jugak.

Jika rasa bermanfaat artikel ini, boleh la share. Kot ada kawan yang stress pokok yang tanam 4,5 tahun segan nak berbuah, boleh guna cara ini.

Jumpa lagi dalam artikel akan datang, banyak idea dalam bidang pertanian ni. Almaklumlah anak petani dan hobi pun bercucuk tanam isi masa lapang.

Share ye jika rasa bermanfaat.

Update: Ada yang test petua ini, menjadi. Of course la..hahaha

Berkenaan dengan pokok pelam beliau, ia berkemungkinan pokok belum cukup matang atau paling ditakuti, pokok jantan sebab ia pokok daripada biji dari rumah parent beliau. Baja cukup,semua cukup.. Tengok pokok jantan daa…hehehehe

Artikel Berkaitan
  • Pelaburan Tanaman Kurma
    Kebanyakan masyarakat kita memang teruja apabila ada berita tentang ada pokok kurma di Malaysia berb...
  • Air Tasik Tiberias Meningkat Pada Mac 2020. Mengejutkan!
    Saya selalu mendengar banyak ceramah berkenaan tanda-tanda nak kiamat sepanjang PKP ni. Salah satuny...
  • Kerimo – Cecair Penghalau Binatang Perosak Tanaman dan Kebun
    Kerimo adalah singkatan kepada Kencing Rimo dalam bahasa Perak. Ia merupakan satu produk inovasi ya...
  • Herba Semalu Ini Akan Buatkan Suami Tergilakan Si Isteri. Power Ni!
  • Tanaman Untuk Menghalau Nyamuk Di Rumah Anda
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Incoming search terms:

  • https://www shamsuriyadi com/pertanian/cara-paksa-pokok-berbuah/
Post Views: 1,642
Klik Untuk Share..Semoga Bermanfaat Kat kawan Anda.
Share
Tweet
Email
Next Article
Tags:aruhan baja ajinomoto cepat berbuah limau berbuah paksa pokok berbuah

Related Articles

semalu
Pokok Duri Semalu Herba Buangan Berkhasiat Tinggi Assalamualaikum dan salam …

Herba Semalu Ini Akan Buatkan Suami Tergilakan Si Isteri. Power Ni!

Nak bela kelulut di rumah merupakan antara apa yang dicari …

Nak Bela Kelulut Di Rumah? Ini Panduannya Untuk Bela Di Rumah

Leave a Reply

Entri Terbaru

  • Ini Kronologi Scammer Parcel Lakukan Dan Bagaimana Menanganinya
  • Harga Barang Naik. Apa Yang Boleh Kita Buat?
  • Krisis Makanan Dunia Semakin Menjadi Nyata
  • Youtuber Indonesia Ditahan, Harta Disita Berikutan Penipuan Judi Online
  • Panggilan Telefon Dari LHDN – Scam atau Betul?

Recent Comments

  • sham on Seorang Wanita Rugi RM3500 Terjebak Dalam Penipuan Parcel
  • Lisa Che Aziz on Seorang Wanita Rugi RM3500 Terjebak Dalam Penipuan Parcel
  • sham on Penipuan Parcel Dari Luar Negara
  • Az on Penipuan Parcel Dari Luar Negara
  • sham on Seorang Wanita Rugi RM3500 Terjebak Dalam Penipuan Parcel
  • mdz on Seorang Wanita Rugi RM3500 Terjebak Dalam Penipuan Parcel
  • sham on Ini Kronologi Scammer Parcel Lakukan Dan Bagaimana Menanganinya
  • AZURA AHMAD on Ini Kronologi Scammer Parcel Lakukan Dan Bagaimana Menanganinya
  • MOHD ROZIE BIN MASRIKIN on Penipuan Parcel Dari Luar Negara
  • sham on Penipuan Parcel Dari Luar Negara

Shamsuriyadi.com

Buat Duit Online
Copyright © 2023 Shamsuriyadi.com

Before you go

You may also be interested in these posts:

Nak Bela Kelulut Di Rumah? Ini Panduannya Untuk Bela Di Rumah

Nak bela kelulut di rumah merupakan antara apa yang dicari oleh ramai orang. Ada…

semalu

Herba Semalu Ini Akan Buatkan Suami Tergilakan Si Isteri. Power Ni!

Pokok Duri Semalu Herba Buangan Berkhasiat Tinggi Assalamualaikum dan salam seja…

1 Kaedah Mudah Tanam Ubi Kayu Buatkan Keluar Ubi Yang Banyak dan Besar!

Tanam Ubi Kayu Paling Mudah Assalamualaikum dan salam sejahtera buat rakan-rakan…