Shamsuriyadi.com

Buat Duit Online
Menu
  • Home
  • About
  • Contact
  • Arkib
  • Produk
  • Testimonial
Home
Pertanian
Nak Bela Kelulut Di Rumah? Ini Panduannya Untuk Bela Di Rumah
Pertanian

Nak Bela Kelulut Di Rumah? Ini Panduannya Untuk Bela Di Rumah

sham No Comments

Nak bela kelulut di rumah merupakan antara apa yang dicari oleh ramai orang. Ada ia boleh dilakukan terutamanya di taman perumahan? Sebenarnya takde masalah pun kalau nak bela di taman perumahan selagi sumber untuk kelulut mencari makan dan membina sarangnya mencukupi.

Untuk Video Panduan Bela Kelulut, anda boleh terus ke Channel Ternakan Lebah & Kelulut

Ilmu  free je. Boleh share video berkenaan jika rasakan ia bermanfaat untuk kawan-kawan anda yang berminat nak bela kelulut di rumah.

Penternakan lebah kelulut merupakan salah satu sumber kekayaan baru yang boleh diterokai oleh usahawan baru. Dengan penjagaan yang cukup mudah dan kos yang rendah.Serangga yang disebut didalam Al Quran ini mampu memberikan pendapatan lumayan kepada penternaknya.

Apa yang penting dalam penternakan lebah kelulut ialah keselamatan dan juga sumber yang mencukupi bagi perkembangan koloni lebah kelulut ini. Ia dikenali sebagai stingless bee atau lebah yang tak bersengat menjadikannya lebih mudah dikendalikan berbanding dengan lebah madu.

bela kelulut

Harga Madu Kelulut

Bergantung kepada spesis dan keadaan sumber keperluan lebah kelulut yang mencukupi, ia mampu memberikan madu sekurang kurang 200g ke 2kg setiap bulan bagi satu koloni lebah kelulut. Dengan harga runcit diantara RM200 ke RM300 sekilogram, ia memberikan satu pendapatan tambahan yang cukup lumayan kepada penternak.

Dengan dorongan dan bantuan daripada pelbagai agensi seperi MOA,RISDA,PELADANG dan MARDI dalam perkembangan industri Madu kelulut ini, ia merupakan satu bonus tambahan kepada penternak. Dengan permintaan yang tinggi terdapat madu asli, ia menjadikan satu peluang yang baik untuk terus memanfaatkan aktiviti ekonomi tambahan ini.

Bela Kelulut di Rumah

Penternak lebah kelulut cukup mudah. Mereka hanya perlu mencari bongkah kayu yang mempunyai sarang atau koloni lebah kelulut dan diletakkan kotak topping diatas bongkah tersebut. Lebah kelulut akan membuat binaan kantung madu dan bee bread di dalam kotak topping berkenaan.

Penternak akan menyedut madu dan mengambil sebahagian madu, propolis dan bee bread yang terdapat di dalam kotak topping untuk jualan mereka. Selain daripada sumber madu, industri produk hiliran berasaskan madu kelulut juga semakin berkembang. Produk kesihatan dan kecantikan mula mengunakan madu kelulut sebagai salah satu bahan utama produk mereka.

Anda mungkin akan jumpa sabun, pelembab, gel mandian dan bermacam lagi produk yang mengunakan madu kelulut dipasaran. Malah jenama terkenal seperti D’Herbs dan pelbagai lagi pengeluar produk kecantikan dan kesihatan mula membangunkan produk mereka dengan bantuan hasil kajian saintis negara berkenaan khasiat madu kelulut untuk kesihatan dan kecantikan.

Anda boleh mempertimbangkan penternakan lebah kelulut ini sebagai aktiviti setelah pencen atau sebagai hobi dimasa lapang. Dan anda kini boleh mempunyai farmasi semulajadi hanya daripada rumah anda. Khasiat madu kelulut sangat tinggi berdasarkan kajian yang dijalankan oleh MARDI dan pelbagai agensi lain seperti USM.

Jadikan madu kelulut sebagai satu amalan kesihatan anda.

Website: http://www.kelulutperak.com
Tempahan Madu Kelulut : https://nak.la/madukelulut

Channel Belajar Bela Kelulut – https://www.youtube.com/channel/UCHUdugaDKrcuLgur-uA1Pvw/

#madukelulut
#ternakankelulut
#ternakanlebahkelulut
#lebahkelulut
#kelulut
#penternakanlebahkelulut
#3pmp

Artikel Berkaitan
  • Encik Ada jual Cacing?
    Salam.Ada jual cacing? Saya nak beli 30kg. Itulah sms yang saya dapat kejap tadi. Pelik jugak sebab...
  • Masalah Utama Usahawan Internet
    Bagi usahawan internet yang berpangkalan di rumah. Terdapat banyak masalah yang mungkin akan dihadap...
  • Cara Menanam Herba Misai Kucing dan Khasiatnya
    Herba Misai Kucing Merupakan Salah Satu Rahsia Herba Perubatan Melayu. Assalamualaikum & sala...
  • Herba Semalu Ini Akan Buatkan Suami Tergilakan Si Isteri. Power Ni!
  • Sihir Meter Elektrik Untuk Dapat Elektrik Murah? Duh…
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Post Views: 693
Klik Untuk Share..Semoga Bermanfaat Kat kawan Anda.
Share
Tweet
Email
Prev Article
Tags:bela kelulut harga madu kelulut kelulut madu kelulut penternakan kelulut sarang kelulut ternak kelulut ternakan kelulut

Related Articles

paksa pokok berbuah
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Ini post saya pertama dalam blog …

Cara Paksa Pokok Berbuah

misai kucing
Herba Misai Kucing Merupakan Salah Satu Rahsia Herba Perubatan Melayu. …

Cara Menanam Herba Misai Kucing dan Khasiatnya

Leave a Reply

Entri Terbaru

  • Ini Kronologi Scammer Parcel Lakukan Dan Bagaimana Menanganinya
  • Harga Barang Naik. Apa Yang Boleh Kita Buat?
  • Krisis Makanan Dunia Semakin Menjadi Nyata
  • Youtuber Indonesia Ditahan, Harta Disita Berikutan Penipuan Judi Online
  • Panggilan Telefon Dari LHDN – Scam atau Betul?

Recent Comments

  • sham on Seorang Wanita Rugi RM3500 Terjebak Dalam Penipuan Parcel
  • Lisa Che Aziz on Seorang Wanita Rugi RM3500 Terjebak Dalam Penipuan Parcel
  • sham on Penipuan Parcel Dari Luar Negara
  • Az on Penipuan Parcel Dari Luar Negara
  • sham on Seorang Wanita Rugi RM3500 Terjebak Dalam Penipuan Parcel
  • mdz on Seorang Wanita Rugi RM3500 Terjebak Dalam Penipuan Parcel
  • sham on Ini Kronologi Scammer Parcel Lakukan Dan Bagaimana Menanganinya
  • AZURA AHMAD on Ini Kronologi Scammer Parcel Lakukan Dan Bagaimana Menanganinya
  • MOHD ROZIE BIN MASRIKIN on Penipuan Parcel Dari Luar Negara
  • sham on Penipuan Parcel Dari Luar Negara

Shamsuriyadi.com

Buat Duit Online
Copyright © 2023 Shamsuriyadi.com

Before you go

You may also be interested in these posts:

misai kucing

Bunga Misai Kucing Bersama Madu Kelulut Untuk Merawat Diabetes

Penemuan ini telah ditemui oleh penyelidik Mardi, Dr. Suri Roowi berkenaan kandu…