Shamsuriyadi.com

Buat Duit Online
Menu
  • Home
  • About
  • Contact
  • Arkib
  • Produk
  • Testimonial
Home
Pertanian
Herba Semalu Ini Akan Buatkan Suami Tergilakan Si Isteri. Power Ni!
Pertanian

Herba Semalu Ini Akan Buatkan Suami Tergilakan Si Isteri. Power Ni!

sham No Comments

Pokok Duri Semalu Herba Buangan Berkhasiat Tinggi

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Kita teruskan pembelajaran kita tentang herba yang ada sekitar rumah kita. Hari ini berkenaan dengan herba yang cukup mudah didapati dan memberikan kesan yang hebat terutamanya buat isteri. Ia adalah salah satu bahan yang digunakan dalam rebusan akar kayu yang digunakan oleh bidan-bidan kampung. Nama saintifiknya adalah Mimosa Pudina L. Nama yang kita panggil … SEMALU.

Ya. Pokok duri semalu tu. Memang ia tumbuh melata kat kawasan rumah kita. Kita tak pandang pun pokok tu sebab berduri. Dulu masa kecik-kecik main bola kat padang bola selalu terkena duri semalu ni. Tapi khasiatnya dari segi perubatan, memang power.

semalu

Masa kecik-kecik saya suka main pokok ini, sentuh daunnya dia tertutup. Malu malu gitu. Sentuhnya kepit rapat daunnya. Kalau yang anak-anak tinggal di bandar mungkin dah tak kenal pokok herba ni.

Antara khasiat herba ini ialah membuatkan suami tergilakan isteri mereka. Kalau daripada nota daripada Taman Herba yang saya dapat ni, mengembalikan cinta suami.. cewah..hahaha.

Jangan terbalik pula ya, jangan tergilakan isteri atau anak dara orang ya. Ia herba untuk mengembalikan keintiman suami isteri. Ini bukan sihir-sihir ya. 😛

Apa yang hebat sangat pasal pokok semalu ini?

Pokok semalu ini digunakan untuk merapatkan peranakan wanita selepas bersalin. Sebab itulah ia adalah antara bahan utama digunakan oleh bidan-bidan dan tukang urut tradisional untuk memulihkan dalaman wanita selepas bersalin. Efeknya jadi ketat gitu.. 😛

Selain itu, ia juga digunakan untuk merawat sengal-sengal badan dan juga demam. Jadi anda boleh cabut dan ambil akarnya. Rebus dan minum.

Apa lagi?

Kalau anda mempunyai masalah sukar tidur (insomnia), anda boleh ambik pokok bersama dengan akarnya sekali. Basuh dan rebus. Air rebusan ini, boleh amalkan. Insyaallah, masalah ini akan selesai.

Bagi wanita yang bernafsu dingin dengan suami, ini juga adalah salah satu cara rawatan semula jadi yang boleh anda amalkan.

Pokok semalu ini memang mudah didapati. Free je kalau cari kat taman-taman sebelum abam tukang mesin rumput dapat mesin, cabut siap-siap buat balik rumah. Boleh buat keringkan dan simpan untuk diamalkan.

Memang banyak lagi herba-herba di sekeliling rumah kita yang tak tahu ia sangat berkhasiat. Kalau kawasan rumah saya, memang saya biarkan tapi secara terkawal la sebab bunganya juga digemari oleh lebah dan kelulut.

Bagi mereka yang baru lepas bersalin, minta suami carikan. Memang senang dapat. Buat minum sendiri kat rumah. Kalau bidan, ada campuran akar dan herba lain akan dimasukkan seperti manjakani dan sebagainya.

Semoga artikel ini bermanfaat untuk anda. Boleh share untuk manfaat kepada ramai orang lain.

p/s: Semua bahan penulisan saya ini daripada sumber Taman Herba Negeri Perak. Saya bekas peserta kursus tanaman herba. Boleh singgah ke sana untuk tahu lebih banyak tentang herba negara kita ini.

Artikel Berkaitan
  • Adus…Dia Samakan Isteri Dengan Pelacur
    Bila saya baca artikel ini daripada Berita Harian ini. Ia cukup menjatuhkan maruah seorang wanita ap...
  • Daun Ketapang Terbuang Tapi Sangat Lumayan
    Siapa sangka daun bersepah kat bawah pokok boleh jadi duit yang lumayan. Pokok ketapang sangat banya...
  • Jualan Murah Sempena Perkahwinan
    Hanya seminggu lagi  saya akan bergelar seorang suami. Berdebar debar la pulak bila difikirkan perk...
  • Cara Menanam Herba Misai Kucing dan Khasiatnya
  • Tips Bisnes Internet: Jangan Bertanguh
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Incoming search terms:

  • https://www shamsuriyadi com/pertanian/herba-semalu/
Post Views: 1,119
Klik Untuk Share..Semoga Bermanfaat Kat kawan Anda.
Share
Tweet
Email
Prev Article
Next Article
Tags:duri semalu herba semalu khasiat semalu merapatkan peranakan semalu

Related Articles

Tanam Ubi Kayu Paling Mudah Assalamualaikum dan salam sejahtera buat …

1 Kaedah Mudah Tanam Ubi Kayu Buatkan Keluar Ubi Yang Banyak dan Besar!

misai kucing
Herba Misai Kucing Merupakan Salah Satu Rahsia Herba Perubatan Melayu. …

Cara Menanam Herba Misai Kucing dan Khasiatnya

Leave a Reply

Entri Terbaru

  • Ini Kronologi Scammer Parcel Lakukan Dan Bagaimana Menanganinya
  • Harga Barang Naik. Apa Yang Boleh Kita Buat?
  • Krisis Makanan Dunia Semakin Menjadi Nyata
  • Youtuber Indonesia Ditahan, Harta Disita Berikutan Penipuan Judi Online
  • Panggilan Telefon Dari LHDN – Scam atau Betul?

Recent Comments

  • sham on Seorang Wanita Rugi RM3500 Terjebak Dalam Penipuan Parcel
  • Lisa Che Aziz on Seorang Wanita Rugi RM3500 Terjebak Dalam Penipuan Parcel
  • sham on Penipuan Parcel Dari Luar Negara
  • Az on Penipuan Parcel Dari Luar Negara
  • sham on Seorang Wanita Rugi RM3500 Terjebak Dalam Penipuan Parcel
  • mdz on Seorang Wanita Rugi RM3500 Terjebak Dalam Penipuan Parcel
  • sham on Ini Kronologi Scammer Parcel Lakukan Dan Bagaimana Menanganinya
  • AZURA AHMAD on Ini Kronologi Scammer Parcel Lakukan Dan Bagaimana Menanganinya
  • MOHD ROZIE BIN MASRIKIN on Penipuan Parcel Dari Luar Negara
  • sham on Penipuan Parcel Dari Luar Negara

Shamsuriyadi.com

Buat Duit Online
Copyright © 2023 Shamsuriyadi.com

Before you go

You may also be interested in these posts:

Nak Bela Kelulut Di Rumah? Ini Panduannya Untuk Bela Di Rumah

Nak bela kelulut di rumah merupakan antara apa yang dicari oleh ramai orang. Ada…

1 Kaedah Mudah Tanam Ubi Kayu Buatkan Keluar Ubi Yang Banyak dan Besar!

Tanam Ubi Kayu Paling Mudah Assalamualaikum dan salam sejahtera buat rakan-rakan…

paksa pokok berbuah

Cara Paksa Pokok Berbuah

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Ini post saya pertama dalam blog ini pada t…