Shamsuriyadi.com

Buat Duit Online
Menu
  • Home
  • About
  • Contact
  • Arkib
  • Produk
  • Testimonial
Home
Isu Semasa
Air Tasik Tiberias Meningkat Pada Mac 2020. Mengejutkan!
Isu Semasa

Air Tasik Tiberias Meningkat Pada Mac 2020. Mengejutkan!

sham No Comments

Saya selalu mendengar banyak ceramah berkenaan tanda-tanda nak kiamat sepanjang PKP ni. Salah satunya ialah keringnya Air Tasik Tiberias atau Sea of Galilee yang dipanggil orang Israel. Jadi saya pun buat carian berkenaan dengan paras air di Tasik ini dan ia mengejutkan kerana paras air di Tasik ini meningkat pada bulan Mac lepas. Ia berikutan hujan yang banyak  bermula Januari dan cairnya salji di Bukit Golan.

 

Pada tahun ini, salji agak tebal melanda utara Israel ini. Jadi salji yang cair ini mengalir ke Tasik Tiberias menjadikan air di Tasik ini meningkat ke hampir di tahap maksimum. Kebiasaan apabila ia di tahap maksimum, empangan akan dibuka yang akan mengalirkan air ke Sungai Jordan untuk mengelakkan berlakunya banjir.

air tasik tiberias

Imej dari Times of Israel.

Di saat seluruh dunia sedang bergelut dengan wabak Covid 19 termasuklah di Isreal. Ada berita yang menyatakan bahawa Perdana Menteri Israel laknatullah ini juga telah positif Covid 19. Itulah yang dilaporkan oleh beberapa media yang menyatakan PM israel ini telah dikuarantin kerana terdedah dengan Covid 19. Sasaran yang tepat Covid 19!

Tahap air di Tasik Tiberias ini paling tinggi meningkat 2.63 meter sejak 2004 atau 16 tahun yang lalu. Sebelum ini, paras air telah surut membimbangkan penduduk Israel kerana ia adalah sumber air tawar utama mereka. Ia terus meningkat apabila lebih banyak salji di Bukit Golan mencair pada waktu sekarang.

Sumber Times of Israel. (*Saya tak nak letak link ke laman berita Israel ini, maaf)

Paras Air Tasik Tiberias Meningkat

Paras air kini pada tahap 209.275m dibawah paras laut yang direkod setiap hari oleh pihak berkuasa Israel. Pada tahun 2018, paras air di Tasik ini turun ke tahap paling bawah sehingga menjejaskan kualiti air dan bekalan tidak mencukupi disebabkan dasar Israel yang memanggil bangsa Israel dari seluruh dunia untuk kembali. Bahkan bot tidak boleh beroperasi di sesetengan pelabuhan.

Pengambilan tanah milik rakyat Palestine berterusan bagi menampung permintaan dan pertambahan penduduk berbangsa Yahudi ini. Inilah yang diperjuangkan oleh Malaysia untuk mengutuk keras apabila semakin banyak tanah rakyat Palestin dihalau termasuklah ladang-ladang zaitun dan kurma yang berkualiti tinggi yang dihasilkan di tanah Palestine.

Ladang zaitun ini berusia beribu tahun telah dimusnahkan untuk didirikan bandar baru dan rumah-rumah untuk rakyat Israel dan dijadikan bumper zone berkilometer jauhnya dengan kawasan Palestin.

Ladang Kurma Baisan Menjadi Sejarah

Malah Ladang Kurma Baisan yang dikatakan menjadi salah satu tanda akan keluarnya Dajjal kini telahpun tiada pokok kurma apabila hampir semua pokok kurma telah dimusnahkan dan di dirikan  Scythopolis iaitu lokasi pelancongan  Israel yang dinamakan Beth Shean atau Land of Bible berikutan lokasi strategik diantara 2 Lembah iaitu Lembah Sungai Jordan  di Jordan dan Lembah Jezreel yang dirampai oleh Israel daripada Palestin.

Memang  pokok kurma semakin berkurang yang tinggal dah di kawasan Baisan ini. Kurma Baisan kini sudah menjadi sejarah berikutan tiada penjagaan dan juga serangan kumbang menyebabkan ia banyak telah ditebang oleh Israel. Pada tahun 2015, masih ada yang berbuah tetapi sangat sedikit. Pada tahun 2020 kini, tidak dapat dipastikan berapa banyakkah pokok kurma yang masih ada di Baisan ini.

baisan

Yang ada kini kawasan pelancongan dengan pentas ala zaman Yunani yang dinamakan Scythopolis.

Kisah Tamim Ad-Dari Bertemu Dajjal

Hadis berkenaan Tamim Ad-Dari iaitu pelayar Nasrani telah telah sampai ke sebuah pulau Misteri. Seramai 30 orang pelaut ini telah terdampar di pulau dan telah bertemu dengan seorang manusia yang berambut kerinting bermata satu yang dirantai. Orang ini mengaku bahawa dirinya adalah Dajjal. Ia kemudiannya kisah ini di sampaikan kepada Nabi Muhammad SAW dan disahkan sendiri ia adalah benar.

Empat tanda bahawa Dajjal akan keluar ialah kelahiran Nabi Muhamad SAW, keringnya Tasik Tiberias, Kurma di Baisan tidak lagi berbuah dan juga keringnya air mata zughar iaitu Laut Mati.

Baca: 8 Ketegori Produk Laku Keras Zaman Gawat

Kita semakin hampir dengan zaman fitnah Dajjal. Walaupun Tasik Tiberias semakin meningkat paras airnya buat sementara. Namun, ia akan kembali berkurangan apabila tiba masanya. Bersedia kah kita untuk menghadapi fitnah Dajjal ini?

Sebelum ini Viral kononya pada 15 Ramadan tahun ini akan keluarnya Dukhan iaitu asap tebal menutupi seluruh dunia. Rupanya ia diselidikik ia adalah hadis palsu daripada perawi yang merawi hadis yang pelik-pelik.

Jadi jangan bergembira apabila salah satu tanda kedatangan Dajjal ini belum terjadi kerana 2 tanda sudah terjadi iaitu kedatangan Nabi Muhammad SAW dan kebun kurma Baisan sudah tidak berbuah. Allah boleh mengubahnya dalam sekelip mata keadaan di Tasik Tiberias dan juga Laut Mati. Ia pasti datang!

Cepat atau lambat, itu adalah Rahsia Allah.

Artikel Berkaitan
  • Lawak Teladan
    Pada satu hari, Pak Ali pergi ke hutan untuk mencari kayu api. Pabila lalu kat kawasan tasik, Pa...
  • Seminar Harta Intelek dan EDX di UTP
    Isnin lepas saya ada ke UTP bagi menghadiri Seminar Harta Intelek anjuran bersama MyIPO dan UTP di T...
  • Abam Bocey Meninggal Dunia, Anak Baru 5 Bulan
    Berita yang cukup mengejutkan diterima pagi ini, Abam Bocey meninggal dunia. Arwah merupakan antara ...
  • Cukai Digital – Berniaga Belum Tentu Untung Sudah Kena Bayar Cukai
  • Ops..Sesat
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Incoming search terms:

  • https://www shamsuriyadi com/isu-semasa/air-tasik-tiberias-meningkat-pada-mac-2020/#:~:text=Tahap air di Tasik Tiberias Golan mencair pada waktu sekarang
Post Views: 803
Klik Untuk Share..Semoga Bermanfaat Kat kawan Anda.
Share
Tweet
Email
Prev Article
Next Article
Tags:air tasik tiberias baisan dajjal dead sea kebun kurma baisan laut mati paras air laut mati paras air tasik tiberias tanda kedatangan dajjal tasik tiberias

Related Articles

Adakah anda membaca polisi insurans anda sebelum sain perjanjian? Beberapa …

Pentingnya Memahami Polisi Medical Card Sebelum Melanggan

Ulasan Berkenaan Rang Undang Undang Juru Komputer Profesional 2011
Rang Undang Undang Juru Komputer Profesional 2011 Rang undang undang …

Ulasan Berkenaan Rang Undang Undang Juru Komputer Profesional 2011

Leave a Reply

Entri Terbaru

  • Ini Kronologi Scammer Parcel Lakukan Dan Bagaimana Menanganinya
  • Harga Barang Naik. Apa Yang Boleh Kita Buat?
  • Krisis Makanan Dunia Semakin Menjadi Nyata
  • Youtuber Indonesia Ditahan, Harta Disita Berikutan Penipuan Judi Online
  • Panggilan Telefon Dari LHDN – Scam atau Betul?

Recent Comments

  • sham on Ini Kronologi Scammer Parcel Lakukan Dan Bagaimana Menanganinya
  • Shahira Sulwani on Ini Kronologi Scammer Parcel Lakukan Dan Bagaimana Menanganinya
  • sham on Seorang Wanita Rugi RM3500 Terjebak Dalam Penipuan Parcel
  • zue on Seorang Wanita Rugi RM3500 Terjebak Dalam Penipuan Parcel
  • sham on Penipuan Parcel Dari Luar Negara
  • Sis on Penipuan Parcel Dari Luar Negara
  • Sis on Penipuan Parcel Dari Luar Negara
  • sham on Kos Membersihkan Kebun
  • Azani on Kos Membersihkan Kebun
  • sham on Penipuan Parcel Dari Luar Negara

Shamsuriyadi.com

Buat Duit Online
Copyright © 2023 Shamsuriyadi.com

Before you go

You may also be interested in these posts:

26 Orang Ditahan Kerana Penipuan SMS

Rasanya akan berkurang skit kot lepas ni sms menang cabutan bertuah Power Root, …

Debat Anuar Ibrahim & Shabery

Hari ini menjadi satu fenomena yang ditunggu tunggu iaitu debat diantara menteri…

Mawi Tengah Hot- Debar Malam Pertama Kot

Tanggal 20 Disember 2008 iaitu esok Mawi & Ekin akan berkahwin. Carian tenta…