Shamsuriyadi.com

Buat Duit Online
Menu
  • Home
  • About
  • Contact
  • Arkib
  • Produk
  • Testimonial
Home
Pertanian
1 Kaedah Mudah Tanam Ubi Kayu Buatkan Keluar Ubi Yang Banyak dan Besar!
Pertanian

1 Kaedah Mudah Tanam Ubi Kayu Buatkan Keluar Ubi Yang Banyak dan Besar!

sham No Comments

Tanam Ubi Kayu Paling Mudah

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat rakan-rakan semua. Skima pula pengenalan kali ini.hahaha. Dalam pos kali ini saya akan berkongsi salah satu amalan yang dibuat oleh petani di Thailand untuk buatkan ubi kayu banyak ubi. Ianya mudah je tapi ramai yang tidak tahu kaedah ini terbukti dalam meningkatkan hasil pengeluaran ubi kayu di Thailand.

Di Malaysia, kebanyakan pekebun hanya cucuk keratan batang ubi kayu di dalam tanah dan tinggal. Dengan kata mudah, 3T ( Tanam, Tinggal, Tuai). Sememangnya ubi kayu memang mudah tumbuh dan subur. Namun. bagi mendapatkan hasil yang maksimum kita boleh belajar daripada negara jiran kita ini yang kita tahun lebih advance dalam bidang pertanian berbanding negara kita.

Mungkin dasar pertanian negara perlukan perubahan yang besar terutamanya melibatkan kawalan perosak. Masalah utama petani di Malaysia adalah babi dan kera. Ini adalah masalah terbesar pertanian di negara kita menyebabkan ramai yang putus asa dalam bidang pertanian dan ramai anak muda takut nak terlibat dalam bidang ini. Walaupun kerajaan memperkenal pertanian adalah perniagaan, ianya tidak akan berkembang jika hasil tidak dimaksimakan dan boleh dijual. Itu belum lagi bab pemasaran produk pertaniaan.

Namun, permintaan ubi kayu agak stabil kerana ada banyak produk hiliran terutamanya kerepek ubi yang kini mula menembusi pasaran antarabangsa. Malah menjelang hari raya, ianya adalah antara produk yang mendapat permintaan yang sangat mengalakkan di negara kita.

Dengan memaksimakan pengeluaran ubi kayu, pengeluaran produk hiliran kesukaan ramai ini dapat dipertingkatkan dan usahawan kita berpeluang menembusi pasaran lebih besar di luar negara. Berikut adalah apa yang dilakukan oleh petani siam untuk memaksimakan pengeluaran ubi kayu di negara mereka.

ubi kayu

Keratan batang ubi dibuang kulitnya pada bahagian ruas. Batang ubi mestilah sekuran-kurannya mempunyai 12 ruas, 6 dibenamkan dalam tanah. 6 untuk pengeluaran pucuk diatas tanah.

tanam ubi kayu

Ini adalah kaedah yang dilakukan di Thailand. Kita boleh belajar dan amalkan ilmu ini. Saya dapat daripada Whatsapp, jadi tak tahu kemana saya perlu berikan kredit untuk ilmu ini. Kalau saya jumpa,saya akan update kembali. Maklumkan kepada saya linknya untuk diletakkan kredit asal ilmu ini.

Daripada pemerhatian saya, kita juga perlu lihat berkenaan faktor tanah yang digunakan. Sebaiknya gambut yang memudahkan pembesaran ubi kayu di dalam tanah. Jika tanah yang keras, ubi agak sukar untuk membesar. Jadi ianya perlu digemburkan terlebih dahulu. Walaupun senang nak tanam ubi kayu, faktor ini perlu diambil berat.

Seperti yang saya cakapkan sebelum ini, masalah utama tanaman ubi kayu adalah babi hutan. Jika ingin menanam tanaman ini, anda perlu membuat pagar yang sesuai seperti zink, pukat ataupun pagar elektrik bagi memboleh anda mendapat hasil daripada tanaman ini.

Kalau tak, hari ini anda tanam esok datang tengok semua batang ubi kayu sudah timbul di atas tanah. Selain daripada ubi, antara hasil lain yang boleh anda dapat daripada ubi kayu adalah pucuk ubi kayu yang boleh dijadikan ulam. Sedap weh. Kalau di pantai timur, cicah dengan budu. Jika di perak, mereka makan dengan cicah sambal belacan. Saya prefer budu sebab saya berasal dari terengganu. Saya ada stok budu di sini..hahaha

Tapi tak boleh makan banyak-banyak sebab angin kata orang tua-tua. Ubi kayu merupakan tanaman yang mudah untuk tumbuh. Zaman darurat sebelum kemerdekaan dulu, ubi kayu adalah antara makanan yang menjadi makanan kecemasan di zaman darurat. Ia adalah kerana ia mudah tumbuh dan tak perlu pengajaan rapi. Racun juga tak perlu.

Semoga post kali ini bermanfaat berkenaan kaedah tanam ubi kayu ini. Boleh share kat kawan-kawan yang nak  cuba tanam ubi tepi rumah.

Tanam Ubi Kayu Cukup Mudah

Ubi Kayu memang mudah untuk ditanam. Cuma dapatkan batang ubi kayu sebarang variety yang anda kehendaki. Cucuk pada tanam dengan sedikit penjagaan. Ia akan hidup dengan subur jika kawasan yang sesuai. Harga ubi kayu sekarang pun semakin meningkat berikutan permintaan untuk pembuatan produk hiliran seperti kuih dan kerepek yang kini mula menembusi pasaran luar negara.

Jika ada tanah lebih, boleh pertimbangkan ubi kayu sebagai tanaman selingan untuk kebun anda. Pertanian memang boleh buat duit.

Baca Juga Berkenaan Tanaman Misai Kucing 

Artikel Berkaitan
  • Cara Paksa Pokok Berbuah
    Assalamualaikum dan salam sejahtera. Ini post saya pertama dalam blog ini pada tahun 2019 ni. Lama b...
  • Cara Menanam Herba Misai Kucing dan Khasiatnya
    Herba Misai Kucing Merupakan Salah Satu Rahsia Herba Perubatan Melayu. Assalamualaikum & sala...
  • Mask Topeng Muka Penutup Hidung dan Mulut Murah
    Terus terang memang susah nak dapat face mask sekarang. Harga penutup mulut dan hidung kini dijual p...
  • Kos Membersihkan Kebun
  • Kaedah Pengiraan Kos Pos Laju Mengunakan Kaedah Matriks
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Incoming search terms:

  • https://www shamsuriyadi com/pertanian/tanam-ubi-kayu/
Post Views: 646
Klik Untuk Share..Semoga Bermanfaat Kat kawan Anda.
Share
Tweet
Email
Prev Article
Next Article
Tags:cara tanam ubi kayu kaedah tanam ubi kayu kerepek ubi kayu tanam ubi kayu ubi kayu ubi kayu banyak

Related Articles

paksa pokok berbuah
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Ini post saya pertama dalam blog …

Cara Paksa Pokok Berbuah

misai kucing
Herba Misai Kucing Merupakan Salah Satu Rahsia Herba Perubatan Melayu. …

Cara Menanam Herba Misai Kucing dan Khasiatnya

Leave a Reply

Entri Terbaru

  • Ini Kronologi Scammer Parcel Lakukan Dan Bagaimana Menanganinya
  • Harga Barang Naik. Apa Yang Boleh Kita Buat?
  • Krisis Makanan Dunia Semakin Menjadi Nyata
  • Youtuber Indonesia Ditahan, Harta Disita Berikutan Penipuan Judi Online
  • Panggilan Telefon Dari LHDN – Scam atau Betul?

Recent Comments

  • sham on Ini Kronologi Scammer Parcel Lakukan Dan Bagaimana Menanganinya
  • Shahira Sulwani on Ini Kronologi Scammer Parcel Lakukan Dan Bagaimana Menanganinya
  • sham on Seorang Wanita Rugi RM3500 Terjebak Dalam Penipuan Parcel
  • zue on Seorang Wanita Rugi RM3500 Terjebak Dalam Penipuan Parcel
  • sham on Penipuan Parcel Dari Luar Negara
  • Sis on Penipuan Parcel Dari Luar Negara
  • Sis on Penipuan Parcel Dari Luar Negara
  • sham on Kos Membersihkan Kebun
  • Azani on Kos Membersihkan Kebun
  • sham on Penipuan Parcel Dari Luar Negara

Shamsuriyadi.com

Buat Duit Online
Copyright © 2023 Shamsuriyadi.com

Before you go

You may also be interested in these posts:

Nak Bela Kelulut Di Rumah? Ini Panduannya Untuk Bela Di Rumah

Nak bela kelulut di rumah merupakan antara apa yang dicari oleh ramai orang. Ada…

paksa pokok berbuah

Cara Paksa Pokok Berbuah

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Ini post saya pertama dalam blog ini pada t…

misai kucing

Cara Menanam Herba Misai Kucing dan Khasiatnya

Herba Misai Kucing Merupakan Salah Satu Rahsia Herba Perubatan Melayu. Assalamua…