Bagi mereka yang berminat untuk menerbitkan buku mereka sendiri. Ia bergantung kepada penerbit yang terlibat. Antara faktor lain yang perlu diambil kira ialah royalti penulis. Itulah yang paling penting buat penulis buku. Hasil royalti akan diperolehi oleh penulis sepanjang buku mereka di pasaran. Malah selepas 50 tahun penulis meninggal dunia, keluarga penulis tetap menerima hasil royalti. Boleh jadi harta warisan tu..
Mereka yang menulis karya yang evergreen sangat bertuah kerana mereka akan berterusan walaupun setelah mereka meninggal. Selepas itu, ia akan dikira karya awam atau public domain. Kebanyakan karya public domain yang terkenal disenaraikan di laman Project Gutenburg (http://www.gutenberg.org ).
Anda boleh lihat karya ulung dunia didownload ribuan orang setiap hari di sana. Bagi karya public domain, mereka mengambilnya dan terjemah untuk dijadikan buku sendiri. Sebab itulah terdapat banyak karya Serlock Holmes karya Sir Arthur Conan Dolye. Kalau tiada idea nak menulis, boleh hasilkan terjemahan. Bagi yang tiada idea menulis, boleh hubungi penerbit untuk mengusahakan karya terjemahan.
Bagi yang ingin menulis buku mereka sendiri. Hanya emelkan kepada penerbit yang terlihat. Anda tidak perlu untuk ke pejabat penerbit untuk bertanya. Anda hanya perlu cari emel mereka di laman web mereka. Sekarang zaman IT. Semuanya maklumat di hujung jari anda. Penerbit yang berdaya maju akan mengunakan kemudahan internet untuk meningkat prestasi mereka. Anda boleh cari laman web mereka pada kulit buku mereka.
Sesetengah penerbit memerlukan anda menulis proposal buku sebelum menulis untuk mereka seperti yang diamalkan PTS. Anda perlu dapatkan dahulu templat untuk proposal daripada mereka. Proposal ini, anda hanya perlu isikan tempat kosong pada template tersebut. Yang paling penting ialah senarai bab buku yang bakal anda tulis.
Seterusnya bagaimana royalti dikira?
Bagi sesetengah penerbit menawarkan 5%,7%,8%,10%,11%,12.5%,16% dan ada setinggi 20%. Tetapi persoalannya ialah peratusan itu dikira daripada harga buku atau selepas ditolak diskaun kedai buku? Anda perlu pastikannya daripada penerbit tentang perkara ini. Isu ini ada diulas di blog PTS berkenaan kekeliruan royalti penulis buku.
Bagaimana untuk menulis? Dalam format apa?
Anda boleh menulis dalam dokumen microsort word ataupun open office. Anda tidak perlu risau tentang layout buku kerana penerbit akan melakukannya bagi pihak anda. Anda hanya perlu sediakan kandungan buku anda sahaja. Ilustrasi juga dilakukan oleh penerbit jika anda memintanya.
Berapa lama untuk buku diterbitkan?
Ia bergantung kepada penerbit. Anda penerbit memerlukan 2 bulan setelah manuskrip diterima daripada penulis. Ada penerbit mengunakan masa yang lebih lama daripada itu. Biasanya mereka akan cuba untuk menerbitkan buku anda secepat yang mungkin. Ia adalah kerana survival mereka adalah menerusi hasil jualan buku. Jika mereka lambat, ia akan menyukarkan mereka untuk “rolling modal” pusingan.
Kalau dah ada manuskrip, boleh contact jugak penerbit pilihan anda. Mereka akan tolong jika anda ada sebarang masalah.
Selain mengunakan penerbit, anda juga boleh menerbitkan sendiri buku buku anda. Cuma kena kerja lebih untuk memasarkan buku buku anda. Jika pasaran sudah ada seperti pensyarah. Terbitkan sahaja buku anda dan jual kepada pelajar anda. Senang bukan? Pasaran sudah tersedia.
Saya kini giat menerbitkan ebook. Satu pilihan selain daripada menerbitkan buku. Ia lebih murah dan risiko rendah. Insyaallah, ebook terbaru saya akan dilancarkan pada 7hb Mei nanti. Buku kedua pun akan keluar tidak lama lagi.
Incoming search terms:
- menerbitkan buku sendiri
- tulis buku sendiri
- bagaimana menerbitkan buku sendiri
- cara nak terbitkan buku
- panduan terbitkan buku
titan
emm..ebook baru? hoho..aku punye draft dua ebook..masih terperam lagi. malas betul nak update..
apapun, tahniah dengan buku sendiri tu dan ebook baru tu nanti. 🙂
sham
titan, dah launch tadi – http://www.formulatarikduit.com
Sani
Saya ingin bertanya … saya sudah menyiapkan 2 bahan penulisan buku ilmiah … cuma saya tidak ada modal kewangan untuk mencetak buku berkenaan utk dipasarkan. Saya ingin tahu ada tak syarikat penerbitan yang boleh sponsor kewangan untuk mencetak buku berkenaan untuk diterbitkan buku saya tersebut? Mohon berkongsi idea dengan tuan .. tq
sham
boleh contact penerbit yang berkenaan. kalau pts, boleh rujuk http://www.universitipts.com . Untuk penerbit lain, cari emel di laman web rasmi mereka. Penerbit tak sponsor tetapi menerbitkan buku bagi pihak tuan. Tuan akan menerima royalti hasil daripada jualan buku tersebut. Biasanya diantara 7% hingga beberapa belas peratus bergantung kepada perjanjian yang ditawarkan oleh penerbit.
norhaizan mustapha
salam..
saya juga ingin bertanya, apakah cara untuk mempromosi
ofline dan online sekiranya buku sudah diterbit cetak?
harap dapat beri entri khusus utk soalan ini.
sham
sesetengah penerbit akan membuat kajian pasaran terhadap buku yang bakal mereka terbitkan.Mereka akan tanya pekedai buku dibawah mereka tajuk2 yang disarankan menerusi proposal yang dihantar penulis. Dengan ini, buku yang dihasilkan lebih laku keras jika diterbitkan kelak.
Bagi promosi online, penulis boleh mempromosikannya menerusi blog atau laman web yang berkenaan seperti forum dan sebagainya.
Bagi promosi offline, jika anda mempunyai seminar, boleh jual buku anda ketika seminar.
azidah bt budin
saya nak tanya cara nak menerbitkan majalah tentang ilmu sektor pembinaan. boleh bagi tips kat saya
azidah bt budin
apa bezanya menerbitkan majalah dan buku.. boleh beri panduan..
sham
buku & majalah sangat berbeza. Dari segi layout,kualiti kertas dan sebagainya. Malajalah biasanya diterbitkan secara berkala.Buku hanya sekali.
syaffa ayumi
Saya nak terbitkan buku kraftangan
Tp masih tak tahu macam mna nak mulakan
jorita
Hello, saya ingin menerbitkan sebuah buku. Ini adalah aktiviti untuk anak murid saya untuk menjadi lebih kreatif. Saya ingin bertanya apakah langkah-langkah yang saya perlu lakukan? Saya telah mencari cara-caranya tetapi saya agak keliru dengan fiction and non fiction termasuklah proposal dan manuskrip. Saya juga ingin bertanya apakah kepentingan paket? Terima kasih.
rozihaslina
anak saya ada menggarang cerita melalui watt pad, dia dah ada 200k reader, tapi bgmana cara utk dia terbitkan ceritanya dlm bentuk buku.
Harap dpt membantu