Semalam saya ke Taiping untuk servis kereta exora di pusat servis Proton kat Simpang Taiping. Seterusnya saya ke Tesco Taiping untuk shopping barang-barang dapur. Kemudian makan nasi ayam kat Tesco. Saya memang sukakanya sebab rasanya yang maintain diantara tesco yang saya pergi. Hanya di Tesco Ipoh je nasi Ayamnya tidak berapa sedap.
Setelah makan, masukkan barangan yang dibeli ke dalam kereta, saya merayau di Taiping Sentral yang berada bersebelahan dengan Tesco Taiping. Tiba-tiba perut terasa bermulas dan terus ke Tandas. Ketika qada’ hajat, saya terpandang iklan dalam jamban di Taiping Sentral ini. Apa yang dijual ialah set Karaoke dengan 10,000 lagu dalam bentuk hardisk.
Harga ialah RM500.
Apa yang ingin dibincangkan ialah adakah iklan sebegini berkesan?
Pada pendapat saya, ia sangat berkesan untuk orang membaca iklan anda sampai habis. Tetapi adakah orang respon atau tidak dengan iklan tersebut, saya tak pasti. Sebab kebiasaanya orang yang berada dalam bilik “termenung” ini akan mencari bahan bacaan.
Malah apa yang ditulis didinding habis dibaca. Sebab saya cakap macam tu? Sebab saya baca semua. Semasa kat U dulu pun ada orang gunakan kaedah iklan jamban ini untuk promote kereta sewa. Yang ni saya yakin berkesan. Sebab di UUM, pelajar tidak dibenarkan untuk membawa kenderaan. Hanya segelintir saja yang ada kereta termasuk roomate saya yang turut menawarkan kereta untuk disewa. Beliau kini adalah pegawai Penjara di Sungai Petani, Kedah.
Iklan dalam tandas ini walaupun nampak tak manis. Tetapi ia boleh memberikan respon yang bagus sebenarnya. Sememangnya orang yang promote mengunakan jamban ini memikirkan kaedah diluar kotak kerana mengunakan kaedah yang orang lain “segan” nak buat.
Cuma jika pihak berwajib kesan, orang ni mungkin akan dikenakan tindakan kerana menjual lagu karaoke tanpa lesen. Mereka yang mengedarkan MP3 secara online pun boleh didakwa, inikan pula mereka yang menjual 10,000 lagu karaoke. Jika satu lagu denda RM10,000. Boleh berjuta ringgit kompaun akan dikenakan jika mereka menyaman.
Belum ada syarikat pengiklanan yang mencetuskan satu trend baru iaitu Iklan @Tandas. Ia berkesan untuk orang baca sampai habis woo…

kams
Memang menarik bro. Berfikir di luar kotak. 🙂
sham
Tula Bro Kams, bila dok bilik termenung.Apa sahaja bahan bacaan ada akan dibaca.
Fezz
Nak try ble ke bro? hehehe