Apa Yang Membuatkan Orang Diiktiraf Sebagai Pakar?


Seperti yang dijanjikan, saya akan kongsikan apa yang saya sempat “tangkap” dalam seminar Marketing Power Dr.Azizan Osman. Sebelum tu, hadiahkan Al-Fatihah buat ayahanda Dr.Azizan yang kembali ke rahmatullah minggu lepas. Semoga roh beliau ditempatkan orang orang beriman.

Ketika seminar, Dr.Azizan seringkali bercerita tentang bapa beliau. Ia menunjukkan hubungan beliau sangat rapat dengan ayah.

Apa yang menyebabkan seseorang diiktiraf sebagai pakar?

Saya ada beberapa pendapat tentang perkara ni.

1. Orang diiktiraf pakar oleh badan profesional tertentu.

2. Orang diiktiraf pakar oleh orang ramai disebabkan oleh kejayaan mereka.

3. Orang mengiktiraf diri sendiri sebagai pakar. Dengan kata lain, masuk bakul..angkat sendiri la. 😛

Dalam pemasaran, penggunaan perkataan “pakar” memberi impak yang besar. Dalam marketing power, anda digalakkan untuk syok sendiri mengistiharkan diri sendiri adalah pakar.

Yela kan.. siapa lagi nak cakap kita pakar kecuali diri sendiri kan?

Actually dalam real life pun, kebanyakan “pakar” bermula dengan mengiktiraf diri sendiri sebagai pakar. Sebabnya tiada kelayakan khusus untuk menjadi pakar.

Jika anda 10 tahun menjual nasi lemak. Tak pakar lagi ke? Katakan lah anda adalah pakar memasak nasi lemak!

Betul tak?

Orang akan mudah terpengaruh jika anda mengunakan “pakar” dalam pemasaran anda. Orang akan menganggap anda adalah otai dalam bidang tersebut. Yela kan. Kan pakar!!

Kalau pandai pecah rumah…dah kira pakar pecah rumah la. Itu kalau negatif la.

Kalau anda terrer membaiki kereta, ada boleh cakap anda… Saya adalah Pakar Membaiki Kereta!

Pastinya ramai orang berpusu pusu ke bengkel kereta anda. Sebab dalam mentaliti kita, kita nak yang terbaik. Kalau nak yang terbaik, mestilah daripada pakar!

Sebab itu dalam pemasaran, anda boleh cuba masukkan “pakar” dalam iklan atau kempen pemasaran anda. Ia boleh membawa perubahan yang cukup besar terhadap keberkesanan iklan anda.

Betul…

Kat Kuala Kangsar, ada sebuah kedai tinted cermin. Beliau letak satu banting kat depan kedai dia.. Dia cakap dia PAKAR memasang penapis haba aka tinted la. Hasilnya, berpusu pusu orang ke kedai beliau untuk memasang tinted. Malah kereta yang baru keluar pun ke kedai beliau untuk memasang tinted.

Lain kali kalau orang tanya saya apa kerja saya…. saya nak jawab…saya adalah pakar perniagaan internet. Fuh..boleh kot. 🙂

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Klik Untuk Share..Semoga Bermanfaat Kat kawan Anda.

Leave a Reply

error: Content is protected !!