Shamsuriyadi.com

Buat Duit Online
Menu
  • Home
  • About
  • Contact
  • Arkib
  • Produk
  • Testimonial
Home
Perniagaan
8 Kategori Produk Yang Laku Keras Ketika Zaman Gawat
Perniagaan

8 Kategori Produk Yang Laku Keras Ketika Zaman Gawat

sham No Comments

Apabila berlaku kegawatan, ramai yang hilang mata pencarian. Namun, ada produk yang kekal laris walaupun kegawatan sedang berlaku. Malah sekarang kita sedang menjalani Perintah Kawalan Pergerakan yang menyebabkan banyak bisnes terjejas. Berikut adalah produk yang laku keras ketika zaman gawat seperti sekarang.

produk yang laku keras

Oklah. Ini adalah daripada pemerhatian saya sebab berlaku peningkatan ketara di Facebook dan enjin carian. Anda sendiri mungkin perasan tentang hal ini. Tapi bagi yang tak perasan, saya kongsikan sedikit hasil pemerhatian dan juga kajian. Ia sebenarnya asas dalam keperluan manusia.

 

Masih tercari-cari Produk Yang Laku Keras Ketika Zaman Gawat?

Jika produk yang dihasilkan atau dijual, pasti akan tergolong dalam kategori atau niche ini. Anda boleh membuat analisis produk paling banyak terjual di marketplace yang ada. Pasti akan ada idea yang timbul nanti.

1. Seks

2. Tamak/Kaya

3. Cemburu/Iri hati

4.Kesihatan

5. Malas/Nak Senang

6. Menyelesaikan Masalah Semasa

7. Pendidikan

8. Makanan

Kesemua 8 kategori ini adalah asas dalam pembangunan produk yang paling diinginkan oleh manusia. Ia adalah Nafsu manusia. Produk yang tergolong dalam kesemua kategori berkenaan sangat mudah dijual di internet. Paling laris ialah kategori nombor 1. Orang putih cakap.. Sex Sell! Sebab itu komdom kehabisan stok ketika PKP ni. Permintaan ubat kuat juga meningkat… lebih lama, besar, gebu dan sebagainya.

Baiklah saya detailkan bagi setiap kategori ini agar memudahkan pemahaman anda. Ia tak susah nak faham sebab ia memang nafsu yang ada dalam semua manusia kecuali orang gila. Orang gila je tidak termasuk dalam kategori ni.

Seks

Dalam masyarakat orang dulu-dulu, ia kurang dibincangkan. Hal dalam bilik tidur jarang dibincangkan oleh generasi dulu. Sekarang ia semakin terbuka. Orang kini tanpa segan silu membincangkan bagaimana untuk mem”pink”kan nimple dan faraj yang gelap. Orang membincangkan dengan terbuka bagaimana untuk mengetatkan faraj seperti anak dara.

Malah kini ada banyak produk dihasilkan yang dikatakan boleh membantu hal ini. Jika dulu produk seksual banyak tertumpu kepada pasaran lelaki iaitu ubat kuat, tahan lama, besarkan tutt dan sebagainya. Kini pasaran wanita pula terbuka dan diterima.

Produk sebegini mendapat sambutan yang sangat mengalakkan di internet. Antara faktornya, privacy. Yelakan. Malu nak beli produk sebegini di kedai. Kalau bising-bising, jatuhla saham kalau orang tahu masalah bilik tidur sebegini. Beli di internet, orang tak tahu masalah kita. Posmen yang hantar pun tak tahu kandungan yang dia hantar kepada kita. Betul tak?

Tamak/Kaya

Ini rasanya dah banyak kat internet ini. Berlambak dengan pelbagai helah. Perlu diingat, duit bukan segalanya. Jangan terjebak dalam sistem yang haram dalam islam. Maka hilangkan keberkatan daripada rezeki yang anda perolehi. Ada banyak sistem dan kaedah yang digunakan untuk menarik ahli baru mereka.

Sistem yang digunakan pula ada yang berbentuk MLM atau Multi Level Marketing, Randomizor,Binary System dan banyak lagi. Jangan terjebak dalam program yang mensasarkan head hunting iaitu mendapatkan ahli kemudian dapat duit. Ianya haram dalam Islam. Contohnya saya sudah bincangkan dalam blog ini sebelum ini iaitu infity downline. Ianya disahkan haram oleh pakar kewangan Islam iaitu Dr.Zaharudin Abdul Rahman (UZAR). Boleh search kat atas sana untuk mencari artikel berkenaan.

Antara lain ialah berbentuk pelaburan seperi pelaburan emas. Contohnya VGMC sebelum ini dan banyak lagi yang timbul selepas itu. Dulu ramai ahlinya menghentam saya disebabkan artikel saya berkenaan skim mereka ini. Akhirnya kini terkubur. Semua yang masuk last, menyesal tak sudah. Yang masuk awal, ketawa tergolek golek sebab duit dah banyak dapat hasil penyertaan orang baru. Mereka pula masuk skim baru dan promote skim tersebut untuk cari mangsa baru.

Semua orang nak jadi kaya. Nak hidup senang. Semakin terdesak, semakin hilang pertimbangan. Utamakan keperluan terlebih dahulu di masa gawat ini. Tak mustahil ada yang jadi gila sebab kehilangan duit yang banyak ketika zaman gawat.

Cemburu/Iri hati

Orang lain hidup senang, kita pula hidup susah. Ada yang begitu cemburu dengan orang lain. Mereka nak jadi lebih baik daripada orang lain. Orang lain berkulit putih, kita pun nak berkulit putih. Orang lain gigi putih, kita pun nak gigi putih. Konsep ini yang membuatkan ramai yang cuba mengubah ciptaan Allah dengan melakukan pembedahan plastik dan sebagainya.

Apatah lagi sekarang duduk rumah je. Banyak pula iklan yang lalu pada newsfeed Facebook yang mengoncang iman yang mendorong ke arah itu.

Kesihatan

Agak banyak produk dihasilkan berteraskan kesihatan. Ebook, produk, ubat dan banyak lagi.  Contohnya bagaimana untuk mendapatkan zuriat, masalah kencing manis, darah tinggi dan sebagainya. Di akhbar dan majalah  Malaysia  ada banyak iklan sebegini. Namun, sejak PKP masih banyak lagi iklan ini di Google. Ia bermakna ia masih ada permintaan.

Malah sesetengah produk tergolong dalam beberapa ketegori. Kadang ia boleh termasuk dalam kategori cemburu juga disebabkan pengaruh iklan yang dibuat oleh pengeluar dan pemasar produk berkenaan.

Wabak Covid 19 yang melanda juga menyebabkan ramai yang mula menjaga kesihatan mereka. Mereka banyak membeli produk vitamin dan suplement yang boleh meningkatkan antibodi mereka.  Permintaan untuk hand sanitizer dan topeng mulut dan hidung meningkat mendadak bagi memenuhi permintaan.

Mereka boleh mengambil peluang ini, kalau tak jual secara online pun. Jual untuk masyarakat sekitar pun ramai orang cari sebab kekurangan stok dan ia cepat habis. Dalam tempoh ini, ramai yang tukar bidang sekejap daripada jual produk kecantikan kepada penjual hand sanitizer dan topeng muka. Mereka ini bijak.

Bila keadaan reda, mereka ada duit yang banyak untuk kembali beroperasi walaupun banyak perniagaan akan gulung tikar selepas kegawatan. Tapi kalau masuk ketika sudah semakin reda, mungkin sedikit lambat. Tapi saya tak rasa fenomena hand sanitizer dan face mask ini akan reda.

Masyarakat akan berubah menjadi lebih jaga kebersihan dan sentiasa berwaspada selepas selepas ini. Covid 19 banyak mengajar kita untuk menjadi lebih sihat dan sentiasa menjaga kebersihan diri.

Malas/Nak Senang

Ia lebih kurang dengan kategori tamak. Malah ditambah dengan satu satu lagi iaitu malas. Nak kaya tetapi dengan cara mudah dan cepat.  Sebab itulah skim cepat kaya senang bertapak di Malaysia. Ramai yang nak duduk diam dapat duit. Duit cara malas. Sedangkan ilmu takde dan tiada inisitif untuk menambah ilmu.

Mereka berharap orang lain buat kerja untuk diri sendiri. Jika nak kaya dan berkaya, anda perlulah berusaha. Bukannya dengan bermalas malasan dan berharap orang bagi duit untuk anda. Skim sebegini akan tumbuh saling berganti. Ia bertahan setahun dua, selepas itu ia tutup. Semoga jangan tertipu.

Menyelesaikan Masalah Semasa

Produk seperti produk berkebun, bersenam di dalam rumah dan berbentuk DIY juga meningkat di saat PKP ini. Begitu juga produk berkaitan dengan haiwan peliharaan. Orang tak boleh keluar rumah dengan kerap. Jadi kebanyakan masalah akan cuba diselesaikan sendiri oleh si suami atau bapa yang gagah perkasa.

Yang tak pernah berkebun sebelum ini mencari cangkul dan benih untuk bercucuk tanam. Selain itu, produk untuk mengisi masa lapang seperti game,barangan bersenam juga ada permintaan. Nak jogging tak boleh, nak kayuh basikal tak boleh. Jadi kayuh dalam rumah jela. Jogging dalam rumah jela.

Makanan

Semasa PKP ini bermacam macam makanan yang menjadi viral. Kopi Dalgona la, kek cheese melipah la. Semua ini bukan semua orang nak buat sendiri. Mereka lebih suka untuk order sahaja. Malah permintaan delivery makanan cukup kemuncak ketika PKP. Grab Food, Food Panda dan individu berkejar kejaran untuk memenuhi permintaan pelanggan yang sedang berkurung di dalam rumah.

Sekarang pun ada banyak group delivery makanan samada di Whatsapp, Telegram mahun kat Facebook. Bagi mereka yang suka memasak, mereka akan memasak sendiri. Bagi yang malas, order je sebab lebih jimatkan masa.

Setiap masalah ada penyelesaiannya. Kita boleh ikhtiarkan.

Pendidikan

Berikutan sekolah yang terpaksa ditutup semasa PKP dan mungkin pendidikan secara E-Learning akan mengambil tempat, Malah di IPT pun kuliah dilakukan secara online je. Ia satu cabaran buat sekolah dan IPT untuk mengawal selia semua pelajar mereka. Mungkin ada yang akan tak sertai kelas.

Bagi sekolah, ibu bapa akan memainkan peranan penting untuk mengawal selia anak-anak mereka dirumah. Di saat ini, banyak yang akan berubah.

Semoga Covid 19 ini berlalu segera dari Malaysia. Semoga lebih cepat vaksin Covid 19 ditemui. Kita semua berharap kita dapat menghadapi hidup seperti sedia kala.

Bagi golongan B40, ia satu tempoh yang sangat sukar. Nasib baik ada bantuan dari kerajaan untuk penyelesaian jangka masa singkat. Jika ia berlarutan, apakah nasib kita semua. Semoga kita semua tabah menghadapi ujian Allah ini.

Semoga artikel ini boleh membantu anda mencari idea untuk bisnes anda.Berikut adalah Produk Yang Laku Keras Ketika Zaman Gawat , semoga bermanfaat. Jika ingin memulakan bisnes, ikut sahaja trend semasa. Ia lebih mudah dijual. Jangan melawan trend dengan mencipta trend baru. Anda pasti akan rebah sebelum ia berjaya.

Cara paling mudah, tengok pada majalah, iklan dan juga group jualan di FB dan sebagainya. Jadi agen pengedar produk yang diiiklankan. Ada juga yang menawarkan kaedah dropshiping iaitu kita jualkan sahaja tanpa perlu menyimpan stok. Dropshipper akan hantarkan produk bagi pihak kita.

Hari ini dah mula fasa 2 PKP yang diperketatkan. Teruskan berdoa agar ujian ini berlalu dengan segera. Dengan ada produk yang laku keras di dalam tangan, anda boleh menjualnya dengan mudah. Seterusnya ialah bagaimana nak trigger orang nak membeli.

Artikel Berkaitan
  • Air Tasik Tiberias Meningkat Pada Mac 2020. Mengejutkan!
    Saya selalu mendengar banyak ceramah berkenaan tanda-tanda nak kiamat sepanjang PKP ni. Salah satuny...
  • Jangan Beli Lubuk Murah China Jika Anda
    Ebook Lubuk Murah China telah dilancarkan oleh Tim ChinaMethod . Namun adalah ia bagus? Jangan beli ...
  • Mawi Nak Kawin,Sponsor Berjuta
    Nampaknya mawi dah nak kawin dah. 20 Disember 2008. Pertengahan cuti sekolah,senang budak sekolah na...
  • 8 Cara Buat Duit Di Internet Yang Boleh Anda Mula Segera
  • Terima Kritikan Walaupun Ia Pahit
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Post Views: 170
Klik Untuk Share..Semoga Bermanfaat Kat kawan Anda.
Share
Tweet
Email
Prev Article
Next Article
Tags:produk hot produk laku produk laku keras produk laris

Related Articles

Cari Duit dan Buat Duit Online
Cari duit online atau buat duit online adakah ia satu …

Cari Duit dan Buat Duit Online

Rahsia dan Cara Memenangi Perolehan Kerajaaan
Rahsia dan Cara Memenangi Perolehan Kerajaan Bagi mereka yang nak …

Rahsia dan Cara Memenangi Perolehan Kerajaaan

Leave a Reply

Entri Terbaru

  • Ini Kronologi Scammer Parcel Lakukan Dan Bagaimana Menanganinya
  • Harga Barang Naik. Apa Yang Boleh Kita Buat?
  • Krisis Makanan Dunia Semakin Menjadi Nyata
  • Youtuber Indonesia Ditahan, Harta Disita Berikutan Penipuan Judi Online
  • Panggilan Telefon Dari LHDN – Scam atau Betul?

Recent Comments

  • sham on Seorang Wanita Rugi RM3500 Terjebak Dalam Penipuan Parcel
  • Lisa Che Aziz on Seorang Wanita Rugi RM3500 Terjebak Dalam Penipuan Parcel
  • sham on Penipuan Parcel Dari Luar Negara
  • Az on Penipuan Parcel Dari Luar Negara
  • sham on Seorang Wanita Rugi RM3500 Terjebak Dalam Penipuan Parcel
  • mdz on Seorang Wanita Rugi RM3500 Terjebak Dalam Penipuan Parcel
  • sham on Ini Kronologi Scammer Parcel Lakukan Dan Bagaimana Menanganinya
  • AZURA AHMAD on Ini Kronologi Scammer Parcel Lakukan Dan Bagaimana Menanganinya
  • MOHD ROZIE BIN MASRIKIN on Penipuan Parcel Dari Luar Negara
  • sham on Penipuan Parcel Dari Luar Negara

Shamsuriyadi.com

Buat Duit Online
Copyright © 2023 Shamsuriyadi.com

Before you go

You may also be interested in these posts:

lubuk murah china

Jangan Beli Lubuk Murah China Jika Anda

Ebook Lubuk Murah China telah dilancarkan oleh Tim ChinaMethod . Namun adalah ia…

Sekitar Seminar JomSeminar

Dari pagi hingga ke petang,saya berada di Hotel Armada PJ bagi menghadiri Semina…

Rahsia dan Cara Memenangi Perolehan Kerajaaan

Rahsia dan Cara Memenangi Perolehan Kerajaan Bagi mereka yang nak berjinak-jinak…