Cara Mudah Terbit dan Jual Ebook Di Peringkat Antarabangsa


Ketika saya menulis post ini, kadar tukaran wang asing diantara MYR dan USD adalah bersama 1USD bersamaan RM4.39 dan menurut pengalisis ekonomi. Ia akan terus meningkat berikutan kelemahan matawang serantau. Tiada apa yang boleh kita lakukan selain daripada terus cuba mencari duit dalam matawang USD. ­čśŤ

Ya. Cari DUIT USD!

Ada beberapa cara seperti menerusi affiliate antarabangsa seperti Clickbank, JV ZOO, Warrior Plus yang menawarkan komisen yang lumayan dan dalam matawang USD. Pastinya anda perlu tahu proses dan teknik promosi affiliate seperti emel marketing, video marketing, SEO dan pelbagai lagi istilah.

Nak Saya tunjukkan cara yang lebih mudah dan senang anda untuk anda buat USD?

Ia merupakan karya terbaru saya iaitu Panduan Kindle Direct Publishing. Ia berkenaan cara untuk menerbitkan ebook anda di pasaran antarabangsa. Bagi sesetengah orang, ia satu perkara yang cukup menakutkan dan teknikal. Begitu kah?

Salah sama sekali. Bagi saya, pasaran Kindle Ebook merupakan antara tempat paling mudah untuk anda buat duit daripadanya. Ia sudah ada “ready customer” yang teruja membeli ebook yang anda hasilkan. Dan royalti yang ditawarkan setinggi 70% daripada harga ebook jika anda meletakkan harga ebook anda dalam lingkungan USD2.99 – USD9.99. Jika anda letak harga USD2.99 sekalipun, royalti yang diterima adalah USD2. Dah banyak tu bang!

kindlestore

Menerusi Kindle Direct Publishing, anda tidak perlu bangunkan laman web dan melakukan kempen pemasaran kerana ia sudah disediakan oleh Amazon.

Jika lebih laku ebook anda, Amazon akan giatkan lagi promosi ebook anda kerana pendapatan mereka bergantung kepada prestasi jualan ebook anda. Lebih banyak ebook yang terjual, lebih banyak pendapatan mereka.

Sudah Ada Ramai Jutawan Dihasilkan Menerusi KDP

Antara ikon penerbitan sendiri yang menjadi jutawan hasil daripada penerbitan 3 ebooknya di KDP adalah Amanda Hocking. Beliau menulis  trilogi ebook berkenaan cinta pontianak.Dan menjual lebih daripada 900,000 unit dan menjadi jutawan dalam masa 1 tahun. Itu kisah 3 tahun lepas, saya pasti kini beliau sudah menghasilkan beberapa juta dollar lagi daripada KDP ini.

Formula Yang Terbukti Bagi Mereka Yang Malas

Ini saya belajar daripada beberapa cikgu KDP saya yang mengunakan konsep ini. Mereka tidak menulis ebook mereka sendiri sebaliknya mengupah “ghost writer” untuk menulis bagi pihak mereka. Ada yang sudah mendapat 4-5 Angka daripadanya.

Saya baru sahaja mempunyai 2 ebook di KDP. Jadi perjalanan masih jauh untuk saya. Namun, saya kongsikan pengalaman saya agar ia dapat dimanfaatkan oleh penulis di Malaysia untuk mengunakan kemahiran otak mereka untuk memanipulasi KDP untuk menghasilkan pendapatan mereka.

Apa yang perlu dibuat:

  1. Upah Ghostwriter
  2. Upload ke KDP
  3. Mulakan kempen promosi Kindle Books
  4. Nikmati royalti yant terhasil daripadanya

Hanya begitu sahaja. Saya mengetahuinya 2 tahun lepas kaedah ini, namun saya rahsiakan untuk memboleh eksperimen ini berjalan dengan baik. Dan beberapa minggu lepas, saya akhirnya menulisnya dalam bentuk ebook langkah demi langkah untuk mereka yang nak buat duit daripada KDP.

Pastikan anda membuat kajian terperinci terlebih dahulu sebelum memulakan mengupah ghostwriter. Pastikan ia mempunyai demand dan boleh dijual. Jika anda nak belajar tentang cara memanupulasi KDP untuk menambah tabung USD anda, anda boleh ke

[+] http://www.terbitebook.my/kindle

Saya tunjukkan juga 2 tempat untuk anda mencari penulis untuk projek anda. Anda boleh upah mereka dan jadikan ia sebagai karya tulisan anda sendiri dan meletakkan nama anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Incoming search terms:

  • upah ghost writer
  • cara jual ebook
  • jual ebook kat
Klik Untuk Share..Semoga Bermanfaat Kat kawan Anda.

Comment 1

  1. Yogi Marsahala September 29, 2016

Leave a Reply

error: Content is protected !!

Kemaskini Terbaru Terus
Ke Emel Anda

Subscribe to our mailing list and get interesting stuff and updates to your email inbox.

Thank you for subscribing.

Something went wrong.