Blogstarz bukan Gangstarz


Atas permintaan beberapa orang yang meminta saya review pasal Blogstarz. Adakah betul betul menjana duit seperti yang diorang cakap? kalo Gangstarz dapat la USD100,000 tapi blogstarz takdela. Apa yang blogstarz buat tu nampaknya mula dihentam beberapa orang blogger seperti Mael,Taukey & beberapa lagi blogger lain.

Kami memang alert dengan berita semasa…hohoho

Saya tak nak tulis panjang pasal marketing plan ke apa..Korang leh baca la kat blog dibawah ni.Memang panas seperti biasa…penyokong diorang akan reply dengan maki makian dengan alasan blogger berkenaan fitnah & dengki dengan Blogstarz.

Blogstarz: Apa Yang Kau Perlu Tahu Sebelum Lebur RM99 untuk Blog Sampah

Blogstarz.my Siri Kedua

Negeri Perak dah buat Pertubuhan Blogger Perak.Takde info lagi tentang 26 blogger ahli diorang tu.Diorang mungkin akan fokus pada blog politik je kot. Disebabkan rakyat Malaysia dah berkenan dengan blog maka timbul idea bisnes dengan blog ni.Masyarakat Malaysia mula berminat dengan blog ditambah dengan pengaruh Pakatan Rakyat dalam meningkatkan permintaan terhadap blog.

Lebih senang nak educate orang. Tak perlu terang apa benda tu blog? Kalo 2,3 tahun lepas,ramai orang tak tau apa tu blog? makanan kah? hehehe

Kalo blogging sorang sorang macam saya ni memang lambat kaya.Jadi diorang wat la stail rekrut atau networking.Itu yang diorang nak buat dengan Blogstarz ni kan? Satu idea yang sangat bagus.Bisnes networking adalah antara bisnes yang paling senang nak dapat duit.

Maka timbul la idea buat blog ala myspace & ditambah dengan beberapa fungsi lain seperti BulkSMS, 2 ways sms dan sebagainya agar nampak banyak produk dalam tu. Itu bagus la.Tapi income tu semua masuk ke mana dulu? Blogstarz atau blogger yang join?

BulkSMS adalah one way sms.Dengan sistem tu, kita boleh blast sms ke banyak nombor. Ia merupakan tools yang bagus untuk perniagaan sebenarnya. Tapi ada isu plak, dari mana nombor yang kita nak blast tu? Kalo nombor yang tak diketahui dengan tujuan promosi, ia dah jadi SPAM sms. Itu tak bagus untuk bisnes anda.Kalo saya,saya terus delete je sms tu lepas tengok.

Bagi 2 ways sms, bayaran daripada telco sangat la lembab malah ada yang memakan masa hampir 1 tahun. Telco seperti Celcom memang suka simpan duit sms sehingga 1 tahun, dalam terma dia pun cakap at least 6 bulan untuk dapat payment. Kalo maxis pulak ialah 4 bulan dan Digi, kurang dari 3 bulan. Lama tu nak dapat duit, bagaimana diorang bagi duit tu kat peserta Blogstarz?. Terdapat juga masalah kelainan transaksi sms. Peserta dapat admin panel sistem sms ke?

Tentang caj RM99 tu, tak kisah la. Diorang nak wat bisnes.Apa salahnya kan? Diorang provide servis & tanggung kos jugak.Kalo anda nak blog free guna je blogspot,wordpress & sebagainya. Yang bestnya siap ada pangkat setiap pakej tu. Bila lagi kan nak dapat pangkat?Bayar je & dapat pangkat dalam blogging. hehehe

Apa yang saya tak setuju ialah mereka meminta peserta mereka klik iklan yang ada di Blogstarz tu. Yang tu tak beretika. Sebelum nampak la jugak iklan Google Adsense, sekarang dah ganti kepada Bidvertiser. Dah kena ban akaun Google Adsense dia kot sebab mengalakkan orang klik iklan. Google melarang klik sendiri iklan, menyuruh orang klik atau menyediakan hadiah kepada mereka yang klik.

Tanpa teragak agak akaun Google Adsense akan diban jika dikesan.Semua pendapatan yang ada tu akan burn/dipulangkan kepada pengiklan mereka. Saya pernah tengok dimana duit ni dimasukkan kembali ke akaun Google Adwords saya, google akan tulis adjustment dalam statement. Sebenarnya ia adalah klik dimana terdapatnya Click Fraud.

Yang bagus pasal Google Adsense, iklan keluar berdasarkan kandungan atau content laman web. Kalo program lain seperti Bidvertiser,iklannya berdasarkan CPC atau Cost per Click. Tak kisah la iklan pasal apa pun.Iklan judi pun banyak. Jadi akan timbul soal halal dan haram daripada pendapatan tu.Kalo dok klik iklan judi & dapat duit daripada tu, tak ke haram duit yang dapat. Tengok screen capture Blogstarz ni:

Iklan Judi di Blogstarz

Iklan Judi di Blogstarz

Kredit pada Taukey untuk image ni.

Kebanyakan yang join Blogstarz adalah orang Melayu beragama Islam. Sanggupkah anda dapat duit dari sumber yang haram? Ini adalah kelemahan sistem pengiklanan PPC seperti Bidvertiser. Mereka tidak lah sebaik Google Adsense yang dalam mempunyai sistem crawler yang bagus dan mempunyai filter bagi iklan yang kita mahu ia ditapis.

Satu perkara yang saya nak highlight skit tentang blogging. Ia tak semestinya menghasilkan duit. Kalo dapat duit tu, bersyukur la. Apa yang penting dalam blogging ialah kandungan yang memberikan kesan atau impak. Ini akan menarik minat pembaca tetap sebagaimana blog Tun Dr. Mahathir, Anuar Ibrahim, Lim Kit Siang malah Raja Petra.

Dengan pembaca setia yang ramai, itulah yang meningkatkan nilai blog berkenaan. Bukannya buat blog spam atau semata mata nak rekrut orang jadi blogger & dapat komisen. Itu dah salah.

Saya masukkan dalam kategori Scam Alert jugak artikel ni sebab ada banyak perkara yang meragukan dalam Blogstarz dari segi etika. Saya tengok blogstarz menjadi tempat skim cepat kaya berkembang. Laman web pun seperti Script Clone Myspace. Jika anda pandai cari di internet ni, anda boleh dapat free je skrip tersebut.

Elakkan daripada program yang melanggari etika atau terma dan syarat program lain. Blogstarz boleh cari pengiklan mereka sendiri.Kalo ada pengiklan sendiri, tak kisah la nak suruh peserta klik iklan tu banyak banyak pun. Pengiklan pun suka sebab dapat klik banyak. Tapi kalo guna untuk dapatkan dari program lain seperti Google Adsense,Bidvertiser & sebagainya. Ia menyalahi terma dan syarat mereka. Ia adalah click fraud sebab pengiklan membayar setiap klik tersebut.Pengiklan ada target mereka seperti lead,sale dan sebagainya. Ia dah kira meniaya pengiklan tersebut.

update: Kini mereka menawarkan pengiklanan mereka sendiri. Bagus. Harap iamembantu jualan pengiklan tersebut.Kalo ada pengiklan sendiri, tak kisah la nak suruh klik iklan setiap saat pun.Kalo guna iklan pihak ketiga, ia meniaya pengiklan namanya.

Nak cari pengiklan bukannya mudah.Begitulah juga masa nuffnang & Advertlets masa keluar dulu.  Sebab pengiklan akan tanya, Apa buktinya iklan disana memberi kesan kepada perniagaan mereka? Kalo tak dapat bagi bukti, mereka takkan iklan.Setiap syarikat besar memang berkira dengan duit yang keluar masuk.

Harap Blogstarz memperbaiki modus operandi mereka.

Update: Ada orang emailkan SSM syarikat yang menguruskan Blogzstar kat Mail. Ia sebenarnya bermodalkan RM2 je. :P. lawak je.. cakap dalam metro paid up capital ialah 5 juta. on the way kot. . tapi takpela.Start small,finish big. 🙂

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Klik Untuk Share..Semoga Bermanfaat Kat kawan Anda.

Comments 11

  1. zaki November 30, 2008
  2. kataks November 30, 2008
  3. Taukey November 30, 2008
  4. titan November 30, 2008
  5. SyedHafidz December 2, 2008
  6. Rizal KomenEbook December 3, 2008
  7. sham December 6, 2008
  8. tah laa February 15, 2009
  9. sham February 16, 2009
  10. mohamad yusoff yaacob February 22, 2009
  11. fadli April 8, 2009

Leave a Reply

error: Content is protected !!