Senarai Pelaburan Tidak Sah Oleh Suruhanjaya Sekuriti

Demam skim cepat kaya kembali lagi. Kini makin menjadi-jadi pula skim yang direcycle balik dengan nama yang berlainan. Dan pastinya ramai yang terlibat dalam skim sebegini. Pada awalnya memang akan dapat duit, lama kelamaan bayaran akan semakin susah dan terus tidak dibayar.

Mereka yang join awal, seronok dapat duit. Yang masuk last, tiada apa yang dapat. Yang dapat, hanya kerugian. Saya malas nak tulis panjang-panjang. Tuan-Tuan & Puan-Puan tengok lah sendiri skim yang disenaraikan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia ini.

http://www.sc.com.my/list-of-unauthorised-websites-investment-products-companies-individuals/

Tengok dulu senarai berkenaan. Ada ke tak skim yang anda nak masuk.

Future Barrel? Oh.. ada dalam senarai berkenaan. Boleh rujuk Suruhanjaya Sekuriti. Itu bukan senarai saya yang buat ya. Itu senarai pihak berkaitan dengan sekuriti dan juga pelaburan yang buat. Halal ke Haram?

Boleh rujuk – https://www.facebook.com/fatwamalaysia/posts/494625350635281

Ia adalah daripada fanpage rasmi Majlis Fatwa Kebangsaan.

Jadi berhati-hatilah jika nak melabur. Jangan sampai jadi ke melebur duit sendiri. Itu memang duit anda dan hak anda. Jadi kena tahu juga sama ianya halal atau haram jika anda beragama Islam. Non Muslim? Sukahati korang lah.

Tapi masalahnya Non Muslim tak banyak terlibat dalam kes Skim Cepat Kayap ni. Yang ramai, beragama Islam & Melayu. Yang yang tukang promote pun orang kite jugak.

Akhir kata, berhati-hati jika nak melabur. Kaji dulu skim berkenaan. Rujuk pihak berkuasa seperti Suruhanjaya Sekuriti dan juga Bank Negara Malaysia. Mereka lebih arif dan tahu. Malah dari sudut pandangan Islam sendiri, sesuatu pelaburan yang menjanjikan pulangan tetap adalah Haram!

Jika nak melabur, anda perlu tahu:

1. Status Syarikat – alamat, pemilik, pemilik saham,status daripada pihak berkuasa

2. Prospektus – ia wajib ada jika ia pelaburan yang sah.

3. Jenis perniagaan yang dilakukan. – pastikan ia halal dan juga sah disisi undang-udang.

Mereka membayar dividen pelaburan tidak bermakna ia tidak bermasalah. Ia sebenarnya adalah gula-gula untuk menarik pelabur baru. Pelabur yang lambat, tak dapat apa apa dah.

Peace No War! hehehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Incoming search terms:

  • emgoldex malaysia
  • highway group resources tipu atau tidak
  • emgoldex malaysia scam
  • apa itu emgoldex
  • abunur penipu
  • suruhanjaya sekuriti
  • umatrin penipu
  • emgoldex haram
  • penipuan emgoldex
  • pelaburan emgoldex

Comments 3

  1. Zikri Ahmad November 26, 2013
  2. Abdfatah February 7, 2015
  3. mat spy March 15, 2015

Leave a Reply

Kemaskini Terbaru Terus
Ke Emel Anda

Subscribe to our mailing list and get interesting stuff and updates to your email inbox.