Ini merupakan sambungan kepada post saya sebelum ni tentang Taktik Scammer mencari Mangsa di Facebook. Penipuan sebegini semakin menjadi jadi sejak akhir akhir ini kerana kelemahan Facebook yang membolehkan ia dieksploitasi oleh penipu.
Antara Taktik yang digunakan oleh scammer ialah:
1. Mengodam akaun dan menyamar sebagai yang dalam kesusahan. Mereka akan merayu agar memberikan wang untuk menyelesaikan masalah. Ini pernah terjadi kepada sabri saifulsham.
2. Menyamar menjadi sahabat. Apabila sudah rapat, mereka mula menipu. Antaranya menyatakan mereka ditahan di KLIA kerana membawa jutaan dollar dan memohon pertolongan untuk melepaskannya dan mendapat habuan daripada wang berkenaan.
3. Penjenayah mendakwa menghantar barang kepada mangsa tetapi ditahan oleh kastam. Mangsa perlu membayar untuk menyogok pegawai agar dapat diserahkan kepada mangsa. Kaedah ini banyak berjaya diselesaikan oleh pihak polis. Penjenayah ini biasanya didalangi oleh warga Nigeria dan dibantu oleh rakyat tempatan.
4. Mangsa membeli barangan. Kemudian mereka mendakwa, mereka ditahan oleh imigresen kerana membawa terlalu banyak wang dan tidak diistiharkan. Mereka meminta mangsa membayar sejumlah wang untuk melepaskan suspek agar barangan boleh diserahkan kepada mangsa.
5. Mengunakan kejadian malapetaka tertentu seperti gempa bumi, tsunami dan sebagainya untuk meminta derma.
6. Manipulasi status di laman sosial untuk melakukan jenayah seperti rompak, rogol dan mencuri. Bagi mereka yang sentiasa update dimanakah kedudukan anda berada, hati-hati. Rumah anda mungkin menjadi mangsa. Anda keluar rumah, update di FB. Mereka pun bermaharajalela la di rumah anda kerana tahu anda tidak ada dirumah. Atau anda sendiri menjadi sasaran penculik.
Mangsa penipuan pula biasanya terdiri daripada:
- Baru nak main main dengan internet dan FB. Bila dapat “kawan” daripada UK, seronok gila sampai lupa dunia.
- Mereka yang tak ambil kisah tentang keselamatan data mereka di internet.
Antara penipuan dan program yang tidak sihat seperti penipuan internet seperti phising, promosi laman web skim cepat kaya, pemalsuan dokumen, penyalahgunaan laman blog untuk menyebarkan fitnah atau hasutan, penyebaran video dan gambar lucah, perisian cetak rompak, kecurian identiti atas talian, atau pencerobohan terhadap sistem maklumat.
Dunia hari ini tanpa sempadan. Jangan percaya 100% apa yang anda jumpai di internet. Anda perlu berhati hati agar tidak menjadi mangsa.
Incoming search terms:
- jenayah facebook
- penipuan di facebook
- penipuan facebook
- penipuan dalam facebook
pengonar
izinkan saya copy.. buat rujukan untuk present dalam kelas
sham
oh..boleh nak salin. Semoga ia memberi manfaat.
faizal
mcm isu psal FB ni, skrg org bercerai pon ble jd klu psal FB ni, bhaye tol
sham
jika cemburu melampau. penceraian mungkin berlaku. begitu juga jika terlalu melayan rakan FB. Berpada pada berFB.
Puteri Balqis
Terima kasih atas info yg bermafaat ini, saya akan lebih berhati2 dalam melayari FB..
noorliza
Salaam, baru sahaja mengalami segala modus operandi di atas. Alhamdulillah.saya di lindungi oleh Nya. hati rasa tak kena, tak sedap dan kurang selesa. sehingga lah saya tergerak untuk membuat segala pemeriksaan latar belakang dari individu berkenaan. terima kasih atas penerangan. Berhati-hati dan jangan mudah percaya.
noorliza
Saya mohon share .terima kasih.
Dik Sue
Sy pon ade trkrna cmtu skng ni la.tgh berhadapan la skng ni.x tau la betul ke x.sy tgh buntu skng ni.
sham
Jangan percaya atau bayar apa apa. Kalau tak, burn sesaje duit tu sebab dah beratus kes yang belum selesai lagi. Apa yang boleh pihak polis buat ialah bekukan akaun yang terima duit tu. Tapi mereka biasanya akan withdraw terus duit yang mereka berjaya tipu dan masukkan ke akaun lain. Ini susah untuk pihak polis nak kesan.
Ana
Macamana kalau beliau siap tunjukkan salinan identity card di uk. Boleh percaya ke tak?
sham
jangan percaya
Daisy
Bolehkah kod Telefón dipalsukan apabila kita menerima panggilan Dan sebagainya untuk pemangsa menyembunyikan kedudukan sendiri?