Tips Ebiz: Petua Memilih Nama Domain Untuk Bisnes Internet


Dalam perniagaan di internet, nama domain adalah nama kedai anda. Pemilihan nama domain mestilah tepat agar tidak merugikan kerana menyebabkan prospek yang ingin membeli atau tidak menjumpai laman web anda. Malah nama domain juga adalah antara kriteria penting dalam Search Engine Optimization (SEO).

Pengunaan nama domain yang tepat akan meningkatkan peluang laman web anda untuk berada di rangking Top 10 di enjin carian. Cara mudah ialah memasukkan nama produk atau katakunci berkenaan dengan produk yang anda jual. Inilah langkah yang tepat untuk memilih nama domain yang betul.

Bermula tahun hadapan, pemilik laman web boleh memilih laman web tanpa extention. Jadi anda boleh memilih nama domain tanpa pengakhiran .com, .net dan sebagainya. Memadai anda membeli domain yang katakunci yang anda inginkan. Contohnya saya boleh beli nama domain shamsuriyadi sahaja. Saya tidak lagi perlu mengunakan shamsuriyad.com seperti yang diamalkan sekarang. Jangkaan saya, domain Sex,  Business akan menjadi perhatian utama. Malah kedua dua nama domain tersebut adalah antara nama domain termahal di dunia sekarang ini dengan nilai jutaan dollar.

Harga belum ditentukan lagi. Jenama utama dunia pasti sedang bersedia untuk membeli nama domain yang menjadi cap dagangan mereka seperti Google, Facebook, Yahoo dan sebagaianya. Jika anda bijak, anda boleh memintas syarikat besar dengan membelinya terlebih dahulu. Namun, berhati hati kerana organisasi seperti Google cenderung untuk merampas nama domain dan mendakwa mereka yang cuba membeli nama domain yang mempunyai cap dagangan mereka.

Di Malaysia ni, rasanya kebanyakan organisasi tidak mengambil berat tentang kepentingan nama domain sebagai brand mereka. Contoh mudah, Bank rakyat tidak mengambil sebarang tindakan terhadap mereka yang mencipta skim piramid dengan mengunakan domain bankrakyat.net. Rasanya bertahun juga laman web itu masih ada. Rasanya sekarang baru laman web tersebut dibiarkan expired domainnya.

Nama domain adalah brand perniagaan internet anda. Pilih yang paling sesuai dengan produk dan juga mudah untuk anda membuat branding terhadap perniagaan anda. Senang macam ni… Jika anda menjual jambu, anda beli la domain yang mengandungi kata kunci jambu juga seperti jambu.com, jambusedap.com ke atau jambuemas.com ke.. Ops..JambuEmas.com? :P.hehehe

Point utama ialah Asalkan ada katakunci yang mengambar mengambar produk yang anda jual adalah nama domain yang baik. Lagi elok jika ia pendek. Jangan pula anda beli domain JambuKakLimahBalikRumah.com.  Ia susah untuk branding dan positioning dalam perniagaan internet.

Ok saya sediakan satu checklist untuk anda untuk memilih nama domain yang bagus dan sesuai:

  • Nama domain mengandungi katakunci produk
  • Mudah diingati
  • Tidak terlalu panjang
  • Bermakna (ada maksud la)
  • Elakkan ada campuran huruf dan nombor.
  • Tiada trademark sesiapa.

Ini adalah antara checklist mudah untuk anda semak sebelum beli nama domain. Diharap ia membantu anda ye. Selamat membeli nama domain yang sesuai untuk perniagaan anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Incoming search terms:

  • nama sesuai untuk perniagaan online
  • cadangan nama butik
  • nama sesuai untuk butik
  • nama kedai baju yang menarik
  • contoh nama kedai online
  • list nama kedai online
  • nama kedai online
  • nama untuk kedai asesori online
  • idea untuk nama k
  • cara pemilihan antara jenama produk dan syarikat
Klik Untuk Share..Semoga Bermanfaat Kat kawan Anda.

Comments 3

  1. Zarinah md sulong March 4, 2016
  2. sham March 5, 2016
  3. Liza March 1, 2017

Leave a Reply

error: Content is protected !!

Kemaskini Terbaru Terus
Ke Emel Anda

Subscribe to our mailing list and get interesting stuff and updates to your email inbox.

Thank you for subscribing.

Something went wrong.