Domain Percuma Co.CC diban oleh Google

Google telah menblacklist domain co.cc daripada disenaraikan di keputusan carian Google. Ia berikutan domain percuma ini digunakan oleh spammer untuk melakukan spam dan manipulasi terhadap keputusan carian Google. Kini semua laman web co.cc telah dikeluarkan daripada keputusan carian Google.

Domain Co.cc

Domain Co.cc

Jadi mereka yang mengunakan domain .co.cc untuk Adsense for Domain, pastinya akan terjejas teruk dengan tindakan Google ini. Sebab itulah penggunaan domain percuma mempunyai risiko dalam perniagaan internet. Sesetengah daripada IM mengunakan domain percuma ini untuk pelbagai kegunaan termasuk untuk mencipta backlink kepada laman web utama.

Namun, dengar cerita .co.cc sedang merayu kepada Google agar mereka tidak dikenakan tindakan disebabkan oleh tindakan pengguna mereka bak pepatah “kerana nila setitik,rosak susu sebelanga”. Nampaknya banyak laman web saya pun terjejas kerana ia tidak lagi tersenarai di keputusan carian Google.

Semuanya disebab mereka yang melakukan teknik blackhat untuk melakukan pemasaran. Sekarang semua orang rugi akibat daripada tindakan segelitir pengiat taktik blackhat. Kalau mereka sahaja yang kena tidak mengapa, ini menyebabkan keseluruhan domain telah disenarai hitam oleh Google.

Jika dahulu, jika anda mengunakan domain .co.cc, laman web anda masih boleh disenaraikan pada keputusan carian. Kini tiada lagi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Incoming search terms:

  • www sms-bertuah co cc
  • www smsbertuah co nf
  • www smsbertuah co cc
  • www smsbertuah
  • www sms bertuah co cc
  • www sms-bertuah co nf
  • smsbertuah co nf

Comments 8

  1. dinsblog July 20, 2011
  2. sham July 20, 2011
  3. titan July 23, 2011
  4. Azham Zanal July 24, 2011
  5. Bukit Gambang September 22, 2011
  6. sham September 22, 2011
  7. encikbeliau January 2, 2012
  8. sham January 3, 2012

Leave a Reply

Kemaskini Terbaru Terus
Ke Emel Anda

Subscribe to our mailing list and get interesting stuff and updates to your email inbox.