Shamsuriyadi.com

Buat Duit Online
Menu
  • Home
  • About
  • Contact
  • Arkib
  • Produk
  • Testimonial
Home
Berita
Cara Memohon Bantuan Prihatin Nasional (BPN)
Berita

Cara Memohon Bantuan Prihatin Nasional (BPN)

sham No Comments

Hari ini telah bermula pendaftaran untuk Bantuan Prihatin Nasional atau BPN yang diumumkan oleh Perdana Menteri ketika mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin pada 29hb Mac 2020 yang lepas. Salah satunya ialah BPN untuk mereka yang berpendapatan isirumah di bawah RM8,000.

Sebarang pengumuman rasmi akan dibuat menerusi laman web LHDN dan juga Kementerian Kewangan.

bantuan prihatin nasional

JUMLAH BANTUAN PRIHATIN NASIONAL

Terdapat empat kategori penerima iaitu:

  1. Isi rumah berpendapatan RM4,000 ke bawah (B40) sebanyak RM1,600. Dibayar 2 kali iaitu RM1000 pada April dan RM600 pada Mei
  2. Isi rumah berpendatapan RM8,000 ke bawah (M40) sebanyak RM1,000. Dibayar 2 kali iaitu RM500 pada April dan RM500 pada Mei
  3. Bujang 21 tahun ke atas berpendapatan RM2,000 ke bawah sebanyak RM800. Dibayar 2 kali iaitu RM500 pada April dan RM300 pada bulan Mei.
  4. Bujang 21 tahun ke atas berpendapatan RM2,000 ke atas sebanyak RM500 Dibayar 2 kali iaitu RM250 pada April dan RM250 pada bulan Mei.

Bagi kategori pertama, mereka tak perlu memohon kerana ini adalah mereka yang menerima Bantuan Sara Hidup (BSH) sebelum ini. Jika tiada rekod atas sebab sebab tertentu, mereka boleh memohon nanti.

Bagi kategori 2 dan 4, ia berdasarkan rekod LHDN. Jika mereka berdaftar dengan LHDN, mereka juga tidak perlu mendaftar di portal BPN. Mereka layak secara automatik jika berpendapatan dibawah RM8000 sebulan.

Buat masa sekarang laman web BSH dan BPN sesak berikutan ramai yang cuba menyemak kelayakan mereka samada layak atau tidak menerima BPN daripada kerajaan.

Bagi mereka yang sedia ada menerima BSH tidak perlu menyemak kerana bantuan ini akan dikreditkan ke akaun yang mendaftar untuk bantuan BSH sebelum ini. Begitu juga mereka yang mendaftar cukai mereka akan dimasukkan ke dalam akaun yang didaftarkan jika terdapat lebihan cukai.

Jika mereka yang tidak mendaftar BSH dan mendaftar di LHDN, anda boleh membuat permohonan baru di laman web https://bpn.hasil.gov.my

Permohonan dibuka sehingga 30hb April 2020. Jadi jika anda belum mendaftar, boleh la mendaftar nanti. Untuk sehari dua ini, kedua laman web BSH dan BSN ini dijangka sesak dengan jutaan orang yang ingin menyemak status mereka. Laman web ini memang tidak mampu menampung jumlah semakan yang terlalu ramai.

KAEDAH PEMBAYARAN

Berdasarkan kenyataan media oleh Kementerian Kewangan, kaedah pembayaran bergantung kepada kategori penerima yang berjaya.

Kaedah pembayaran bagi kategori B40 adalah seperti berikut:

  • Ada maklumat akaun — bayaran adalah secara kredit ke akaun; atau
  • Jika status gagal kredit — bayaran adalah secara tunai di BSN
  • Tiada akaun — bayaran adalah secara tunai di BSN

Ia adalah sama seperti BSH. Jika tiada akaun, mohon buka akaun untuk mengelakkan anda bersesak-sesak di bank dan menyebabkan penularan Covid 19 kembali aktif. Pastikan juga nombor akaun yang didaftarkan adalah betul.

Kaedah pembayaran M40 pula seperti berikut:

  • Bayaran akan dibuat melalui akaun bank yang dinyatakan di dalam BNCP terkini
  • Bayaran akan dikreditkan ke akaun ketua isi rumah sahaja jika kedua dua suami isteri berdaftar.
  • Jika taksiran bersama telah dipilih, bayaran akan dikreditkan ke akaun bank atas nama pembayar cukai yang ditaksir

Tarikh sebenar kerajaan belum umumkan. Jangkaan saya, mungkin pada minggu akhir April. Semoga dapat bertahan sehingga BPN dikreditkan ke akaun anda. Sementara itu, teruskan mengikuti segala arahan pihak kerajaan dari masa ke semasa sepanjang PKP ini.

Ianya bergantung kepada kita semua. Jika jaringan penyebaran wabak ini dapat dihentikan, PKP akan berakhir. Namun, sentiasa berjaga jaga kerana gelombang penyebaran Covid 19 ini mungkin berulang jika kita tak berjaga jaga.

Stay safe. Stay at home. 13 Hari lagi PKP, semoga dapat bertahan.

Artikel Berkaitan
  • Awas Penipuan Berkenaan Bantuan Prihatin Nasional
    Penipu tidak pernah melupakan mangsanya. Sekarang sudah heboh apabil ada pihak cuba mengelirukan ora...
  • Peranan Masjid Untuk Membantu Kariah Ketika Covid 19 Melanda
    Perintah Kawalan Pergerakan kini di fasa kedua. Jumlah kes baru masih tinggi. Malah pada hari ini, m...
  • Ringkasan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Terbaik Dalam Sejarah
    Petang tadi PM Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin yang tel...
  • Tip Adsense: Kenapa Akaun Anda Tidak Diluluskan
  • Forum Support Pelanggan Shamsuriyadi.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Post Views: 955
Klik Untuk Share..Semoga Bermanfaat Kat kawan Anda.
Share
Tweet
Email
Prev Article
Next Article
Tags:bantuan prihatin nasional bpn permohonan bantuan prihatin nasional permohonan bpn

Related Articles

Sebelum ni saya dedahkan Bosmailer mempunyai malware. Kini Seemore.com.my pulak!. …

Seemore pun adalah Malware!

Selepas wabak coronavirus kini hantavirus menyerang. Kini sudah mencatatkan 1 …

HantaVirus Meragut 1 Nyawa Di China Cetus Panik Baru

Leave a Reply

Cancel reply

Entri Terbaru

  • Sudah Hampir Kehabisan Duit? Ini Peluang Baru Untuk Tambah Duit
  • Jangan Beli Lubuk Murah China Jika Anda
  • Peranan Masjid Untuk Membantu Kariah Ketika Covid 19 Melanda
  • Air Tasik Tiberias Meningkat Pada Mac 2020. Mengejutkan!
  • Awas Penipuan Berkenaan Bantuan Prihatin Nasional

Shamsuriyadi.com

Buat Duit Online
Copyright © 2021 Shamsuriyadi.com

Before you go

You may also be interested in these posts:

penipuan bantuan prihatin nasional

Awas Penipuan Berkenaan Bantuan Prihatin Nasional

Penipu tidak pernah melupakan mangsanya. Sekarang sudah heboh apabil ada pihak c…