Shamsuriyadi.com

Buat Duit Online
Menu
  • Home
  • About
  • Contact
  • Arkib
  • Produk
  • Testimonial
Home
Isu Semasa
Mask Topeng Muka Penutup Hidung dan Mulut Murah
Isu Semasa

Mask Topeng Muka Penutup Hidung dan Mulut Murah

sham No Comments

Terus terang memang susah nak dapat face mask sekarang. Harga penutup mulut dan hidung kini dijual pada harga yahudi kata orang. Malah ada yang mengambil kesempatan menjual pada harga yang tidak masuk akal iaitu setinggi RM250 sekotak. Kerajaan menerusi KPDNHEP baru sahaja menetapkan harga penutup mulut dan hidung ini ditetapkan pada harga RM100 sekotak atau pada harga RM2 bagi setiap mask.

penutup mulut

Gambar Hiasan sahaja…

Topeng Mulut dan Hidung Murah Terkini

Kini harga topeng mulut dan hidung murah mula didapati dijual menerusi Mr.Diy dan juga Eco. Ada yang menjual pada harga RM48 ke RM50++ berbeza dengan harga pada awal PKP. Ia ada dijual di Shopee dan Lazada

Sepanjang pencarian saya dalam sebelum PKP dan semasa PKP memang kebanyakan farmasi di sini masih belum ada stok untuk mask dan hand sanitizer. Barang hot. Kalau ada jumpa pun, ada kedai jual hand sanitizer pada harga RM77 untuk 500ml. Hohoho

Harga boleh beli barang makanan untuk seminggu kata orang. Ini sudah diluar kemampuan rakyat marhain yang kini sedang menjalani PKP yang sudah kekurangan duit kerana bukan semua orang dapat gaji walaupun bercuti seperti kakitangan kerajaan. Ramai rakyat di kampung ini kais pagi,makan pagi. Berjual untuk sesuap nasi.

Jika di kampung saya, aktiviti utama ialah menoreh getah. Memang boleh toreh getah, tapi tidak ada pula orang membeli getah berikutan lori getah pun tak bergerak oleh PKP. Kalau yang ada tanam pokok ubi kayu, boleh la kutip pucuk ubi kayu buat sayur.

Saya rasa ada perlunya untuk kerajaan membuat tinjauan keadaan rakyat di pendalaman yang tidak mempunyai simpanan. Semua orang patuh dengan PKP, namun keadaan kewangan semakin menghimpit. Apa boleh dilakukan oleh kerajaan?

Baca: Ringkasan Pakej Rangsangan Ekonomi

Harga facemask atau penutup mulut dan hidung kini pung meningkat pada harga yang tidak masuk akal. Malah stok di kebanyakan farmasi sudah terputus sekian lama. Memang perkara ini perlu dipercepatkan dengan segera seperti membenarkan pengimportan penutup mulut ini.

Update: Kerajaan telah menetapkan harga maksimum mask adalah RM1.50 untuk jenis 3ply berikutan ramai yang mengambil kesempatan. Ia berikutan keadaan di China sudah pulih dan mereka boleh mengeluarkan dalam kuantiti yang besar.

Langkah segera perlu dilakukan untuk mendapatkan barangan keperluan ini. Pada keadaan biasa, ia mungkin tidak diperlukan. Dalam keadaan kes positif Covid 19 ini sudah melebih 1000 kes, rakyat semakin terhimpit.

Bermula Ahad, 22hb Mac 2020 Pihak tentera akan membantu pihak polis dalam memastikan pematuhan rakyat terhadap PKP. Ada ahli politik pembangkang membantah penglibatan tentera dalam PKP. Demi memastikan pematuhan PKP lebih, ada keperluan untuk mengetatkan lagi pergerakan rakyat agar penyebaran virus COVID 19 terputus segera.

Sudah seminggu berlaku tambahan kes positif 3 angka setiap hari. Itu belum termasuk ada yang enggan membuat ujian saringan covid 19 terutama mereka yang pernah terlibat dalam Ijtimak Tabligh di Sri Petaling. Ada yang menyebabkan polis terpaksa mengiring mereka ke hospital untuk buat saringan.

Bukan susah pun untuk beri kerjasama.

Semoga langkah PKP ini berjaya mengekang penyebaran virus ini. Jika tidak, ia mungkin akan dilanjutkan lagi. Masak la kalau mereka yang sudah kehabisan simpanan untuk membeli makanan.

Doakan vaksin covid 19 ditemui dengan segera dan negara kita dapat menghadapi dugaan ini dengan sebaik mungkin.

Artikel Berkaitan
  • Buat Duit Online Tanpa Perlu Menjual Hanya Dari Rumah
    Disaat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini ramai yang cuba mencari jalan bagaimana untuk mengantik...
  • Selamat Menyambut Ramadhan
    Esok semua rakyat Malaysia beragama Islam akan mula berpuasa. Saya mengambil kesempatan ini untuk me...
  • Bagaimana Untuk Menukar Screen LCD Laptop
    Saya buat kerja gila skit baru ni dengan cubaan menukar sendiri skrin LCD laptop saya. Ianya sebenar...
  • 8 Kategori Produk Yang Laku Keras Ketika Zaman Gawat
  • Tips SEO: Menulis Artikel Yang Optimize Untuk SEO
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Post Views: 37
Klik Untuk Share..Semoga Bermanfaat Kat kawan Anda.
Share
Tweet
Email
Prev Article
Next Article
Tags:face mask facemask harga topeng muka mask penutup mulut dan hidung topeng muka

Related Articles

Star2u adalah eksploitasi artis?
Baru baru ini saya ada lihat dalam Melodi pelancaran Star2u …

Star2u adalah eksploitasi artis?

Saya selalu mendengar banyak ceramah berkenaan tanda-tanda nak kiamat sepanjang …

Air Tasik Tiberias Meningkat Pada Mac 2020. Mengejutkan!

Leave a Reply

Entri Terbaru

  • Ini Kronologi Scammer Parcel Lakukan Dan Bagaimana Menanganinya
  • Harga Barang Naik. Apa Yang Boleh Kita Buat?
  • Krisis Makanan Dunia Semakin Menjadi Nyata
  • Youtuber Indonesia Ditahan, Harta Disita Berikutan Penipuan Judi Online
  • Panggilan Telefon Dari LHDN – Scam atau Betul?

Recent Comments

  • sham on Ini Kronologi Scammer Parcel Lakukan Dan Bagaimana Menanganinya
  • Shahira Sulwani on Ini Kronologi Scammer Parcel Lakukan Dan Bagaimana Menanganinya
  • sham on Seorang Wanita Rugi RM3500 Terjebak Dalam Penipuan Parcel
  • zue on Seorang Wanita Rugi RM3500 Terjebak Dalam Penipuan Parcel
  • sham on Penipuan Parcel Dari Luar Negara
  • Sis on Penipuan Parcel Dari Luar Negara
  • Sis on Penipuan Parcel Dari Luar Negara
  • sham on Kos Membersihkan Kebun
  • Azani on Kos Membersihkan Kebun
  • sham on Penipuan Parcel Dari Luar Negara

Shamsuriyadi.com

Buat Duit Online
Copyright © 2023 Shamsuriyadi.com

Before you go

You may also be interested in these posts:

Promosi Di Internet Ada Etikanya

Agak lama juga saya tak update blog akibat kesibukan yang menerjah. Beberapa ker…

Harap YB Nizar Tidak Terikut Politik DAP

Keadaan politik di Perak semakin genting dan panas. Terdapat satu kenyataan dari…

Air Tasik Tiberias Meningkat Pada Mac 2020. Mengejutkan!

Saya selalu mendengar banyak ceramah berkenaan tanda-tanda nak kiamat sepanjang …