Sebelum ini, saya ada diserang oleh peserta skim pelaburan YDS2u ini. Hari ini ia terkubur apabila perancang skim ini telah didakwa. Saya malas nak kata apa dah. Sekarang dah terlambat. Itu bukan pelaburan tapi peleburan.
Kredit Imej: Harian Metro
Kelab Kebajikan dan Sosial Tun Teja Penipu Kini Terkubur
Dalam akhbar Harian Metro hari ini, ia secara rasmi terkubur.
Kuala Lumpur: Menggunakan nama srikandi Melayu Tun Teja dan kononnya kelab ditubuhkan mereka berorientasi kebajikan dan sosial, suami isteri ini dikatakan mengaut keuntungan jutaan ringgit daripada ribuan mangsa yang membuat pelaburan dengan mereka.
Antara taktik pasangan berusia 40-an itu ialah mengumpan mangsa dengan pulangan pelaburan lumayan antara lima hingga 11 peratus, selain menganugerahkan pelabur yang membuat pelaburan lebih RM100,000 selendang emas serta dua logo diraja untuk dipasang pada plat kereta.
Bagaimanapun, mereka yang dipercayai mula mengutip wang pelaburan secara haram sejak 2011 didakwa gagal membayar komisen serta pulangan kepada ribuan pelabur meskipun ada yang melabur jutaan ringgit.
Seorang mangsa yang mahu dikenali sebagai Kassim, 42, berkata, dia mengambil masa setahun untuk mengikuti program dianjurkan suami isteri itu sebelum membuat keputusan melabur RM600,000.
“Saya lihat kesungguhan mereka yang kononnya berjuang membantu anak Melayu selain mahu pelabur yang terdiri daripada rakan baik dan kenalan rapat memperoleh pendapatan lumayan untuk menjamin kehidupan lebih baik.
“Duit itu akan dilaburkan dalam saham sebuah bank pelaburan berikutan pengalaman, ilmu dan kemahiran yang dimiliki si isteri selepas berkhidmat hampir 20 tahun dalam bidang kewangan dan pelaburan,” katanya.
Katanya, selepas melihat kelab itu membayar pulangan pelaburan kepada ahli kumpulan pertama pada 2013, Kassim bersetuju untuk melabur.
Ia cukup menyedihkan. Tapi pastinya ada lagi golongan yang akan cakap… “Ala takpe, biar kena tipu dengan melayu asalkan bukan bangsa lain”. Itu bangang namanya. Tak kira bangsa apa yang menipu, salah tetap salah. Kenapa nak sokong lagi?
p/s: Ada lagi yang pakai plat kereta macam kerabat diraja Kelab Kebajikan Sosial Tun Teja tu?hehehe

Alongxp
ada ke orang yang cakap “Ala takpe, biar kena tipu dengan melayu asalkan bukan bangsa lain” tu? meh kenalkan kat saya, saya nak cuba la tipu dia hehehehe