Shamsuriyadi.com

Buat Duit Online
Menu
  • Home
  • About
  • Contact
  • Arkib
  • Produk
  • Testimonial
Home
Umum
Bagaimana Majikan Memilih Pekerja Menerusi Sikap di Media Sosial
Umum

Bagaimana Majikan Memilih Pekerja Menerusi Sikap di Media Sosial

sham No Comments

Saya tertarik tulisan Tuan Khairul Hakimin Mohammad  berkenaan bagaimana majikan menilai bakal pekerja mereka dengan mengunakan media sosial. Bagi mereka yang nak cari kerja pun perlu alert dengan cara yang digunakan oleh majikan ini. Ramai yang abaikannya kerana media sosial adalah cermin kepada diri sendiri. Berikut adalah tulisan beliau tentang pengalaman beliau dalam memilih calon pekerja untuk organisasi beliau.

Sekitar 10 tahun saya duduk dalam dunia Human Resource Management di sebuah syarikat automotif mega dalam negara, saya belajar bab proses mengambil pekerja. Ini yang saya perolehi:

1. Sekitar tahun 2007-2010, graduan ijazah (baru) yang memohon jawatan eksekutif akan meletakkan gaji sekitar RM1,600-2,500.

2. Tahun 2011-2017, graduan ijazah (baru) yang memohon jawatan eksekutif akan meletakkan gaji sekitar RM1,600-3,500.

3. Mereka punya titik persamaan yang besar iaitu tiada pengalaman.

4. Apabila dipanggil temuduga, baru nak cerita pernah kerja kontrak sana sini, kerja part time sana sini.

5. Akaun sosial media mereka sangat teruk dengan tetapan profile yang main-main seperti meletakkan gambar cover yang bukan-bukan, membuat posting yang merepek serta di bahagian about (working) juga tidak ada titik kepercayaan kepada bakal majikan.

6. Apabila ditanya tentang media sosial, mereka kata itu adalah ‘privacy’ mereka.

7. Majikan setuju tentang itu, namun menggunakan tiket ‘privacy’ bukan sebuah lorong kepada perkara yang negatif, bukan-bukan dan membawa kepada kesan tak baik kepada diri.

8. Berbalah dan berbahas di medan temuduga adalah perkara biasa. Dan itu menyakitkan majikan. Semasa sesi temuduga, biasanya soalan yang membawa perbahasan adalah soalan perangkap. Jika kalian tenang, kalian menang.

9. Rata-rata graduan memang hebat di sijil, hebat semasa belajar namun sangat teruk dari sudut menguasai kemahiran komunikasi.

10. Mengetahui isu semasa merupakan kredit besar dalam sesi temuduga. Ia sebuah kredibiliti tentang membaca, pandai dan bijak berfikir tentang isu dan biasanya orang ini juga bijak di lapangan kerja.

11. Jika benar kalian nak makan gaji, nak kerja di syarikat orang, pastikan dah ada dalam kepala tentang hormat, tak kuat melawan dan tak payah tunjuk hebat. Hanya kerja kuat dan belajar sebanyak-banyaknya.

12. Bekerja adalah medan networking terbaik. Berbaik dengan semua orang adalah tiket hubungan baik kepada banyaknya perkara termasuk senang kerja dan mudah mendapatkan solusi. Semua ini bermula dari merendah diri.

Adik-adik,

Pertama, Sesi temuduga merupakan sebuah peperangan yang kalian perlu menang dengan sehemah mungkin.

Ke-dua, media sosial sekarang adalah topeng sebenar sikap kalian. Mengikut beberapa kajian, sudah banyak syarikat melihat akaun personal media sosial bakal calon temuduga sebelum calon itu dipanggil.

Sikap di media sosial biasanya merupakan sikap sebenar manusia itu yang disorok di alam realiti.

LinkedIn adalah medan kalian meletakkan resume, CV dan kemaskini kerjaya.

Namun Instagram, Facebook, Twitter dan lain-lain adalah medan mengetahui behaviour kalian.

Jadi adik-adik,

Pada zaman kalian ini, sudah tak ada medan nak main-main. Semuanya perlu kalian ambil serius.

Zaman ini terlalu laju, jika kalian tertinggal, berdarah hidunglah nak mengejarnya.

Begitulah.

Khairul Hakimin Muhammad,
Cikgu Sosial Media Skim Latihan 1 Malaysia (SL1M), TNB.

Media sosial boleh dijadikan penilai untuk mengenalpasti sikap bakal pekerja yang bakal mereka ambil. Jika teruk, maka tidak akan terpilih walaupun anda hebat dalam sesi temuduga. Media sosial mencerminkan apakah sikap sebenar kita. Jika post dengan perkara yang teruk, maka itulah behavior yang anda ingin sorokkan tetapi ingin dilihat dan dinilai oleh majikan.

majikan

Bagi mereka yang nak mencari pekerja, cara ini boleh dijadikan sebagai panduan untuk mengenal behavior bakal pekerja anda sebelum memanggil untuk sesi temuduga.

Dunia kita hari ini semakin berubah. Apa yang boleh saya lihat generasi baru ini semakin hilang kemahiran berkomunikasi, rasa hormat pada orang lain dan kurang effort untuk survive dalam situasi yang terdesak.

Masakan timbul isu pelajar kebuluran di kampus suatu ketika dahulu. Kami pun susah, tapi ada effort cari duit lebih dengan berbisnes dengan apa sahaja kemahiran yang ada. Yang terer komputer, buat perkhidmatan servis komputer. Yang terer menulis, buat servis buat assignment orang..hahaha

Ya. Itu zaman kami dulu diawal zaman komputer berinterface window 98. Sekarang dunia makin canggih, anak muda dah kurang minat membaca. Facebook kini adalah untuk generasi tua, golongan mudah berada di wechat, snapchat dengan bahasa short form yang kami “yang agak tua” ini susah nak faham.

Adik-adik,

Majikan tidak suka akan pekerja yang melawan dan tidak bersungguh. Zaman kini semakin berubah. Tak tahulah bagaimana pula zaman anak-anak kita nanti.

Artikel Berkaitan
  • Pekerja Jepun Cepat Mati Kerana Stress Mengikut Kajian
    Negara jepun merupakan antara negara maju yang mempunyai pekerja yang workaholic. Mereka sangat teka...
  • Rahsia Autotrafik ke Blog atau Laman Web Anda
    Salah satu daripada sumber trafik percuma adalah menerusi video marketing. Laman nombor satu untuk v...
  • Buat dan Jual Ebook – Bagaimana Mengesan Permintaan
    Pada hari ini industri penerbitan buku semakin mencabar berikutan penurunan permintaan terhadap buku...
  • Ringkasan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Terbaik Dalam Sejarah
  • Panduan Google Adsense Untuk Mereka Nak Cari Duit USD
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Post Views: 14
Klik Untuk Share..Semoga Bermanfaat Kat kawan Anda.
Share
Tweet
Email
Prev Article
Next Article
Tags:bakal pekerja majikan memilih pekerja menilai bakal pekerja menilai manusia tips memilih pekerja

Related Articles

10 Langkah Menangani Phising Email
Email phising atau email yang bertujuan menipu bagi mendapatkan maklumat …

10 Langkah Menangani Phising Email

Bukan DUIT AKU!!!
Ia adalah satu persoalan yang sering menjadi tanda tanya dan …

Duit Banyak Bukan Penjamin Kebahagian, Carilah Keredhaan Allah

Leave a Reply

Entri Terbaru

  • Beras Mahal? Tanam Padi Sendiri
  • Barang Mahaldahni…Nak buat macamana?
  • Ini Kronologi Scammer Parcel Lakukan Dan Bagaimana Menanganinya
  • Harga Barang Naik. Apa Yang Boleh Kita Buat?
  • Krisis Makanan Dunia Semakin Menjadi Nyata

Recent Comments

  • Jejak Cyber on Sekitar Seminar JomSeminar
  • sham on Penipuan Parcel Dari Luar Negara
  • sham on Seorang Wanita Rugi RM3500 Terjebak Dalam Penipuan Parcel
  • Ummi insyira binti jurimi on Seorang Wanita Rugi RM3500 Terjebak Dalam Penipuan Parcel
  • Ummi insyira binti jurimi on Seorang Wanita Rugi RM3500 Terjebak Dalam Penipuan Parcel
  • Shah on Penipuan Parcel Dari Luar Negara
  • Yusri on Penerbitan Ebook Di Amazon Kindle Books
  • sham on Contact
  • johari on Contact
  • sham on Kos Membersihkan Kebun

Shamsuriyadi.com

Buat Duit Online
Copyright © 2023 Shamsuriyadi.com

Before you go

You may also be interested in these posts:

Merokok Itu Haram

  Majlis Fatwa Malaysia dan Dunia telah mengistiharkan bahawa merokok adala…

Implikasi Harga Minyak Naik Di Malaysia

Apa yang rakyat risaukan telah berlaku. Pak Lah memang suka wat kejutan. Pilihan…

Sham adalah bukan Saifulsham

Saya pun pelik kenapa la masih ada orang tertukar saya dan saifulsham. Saifulsha…