Saya ambil satu artikel daripada utusan berkenaan Tun Dr. Mahathir:
Kritikan terhadap kepimpinan UMNO tidak akan hancurkan parti – Mahathir
LANGKAWI 6 April — Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kritikannya terhadap kepimpinan Umno tidak akan menghancurkan parti sebaliknya akan menjadikannya lebih kukuh.
“Terpulang kepada mereka hendak mendengar atau sebaliknya,” katanya selepas majlis tahlil untuk allahyarham kakaknya Habsah Mohamad di Surau Ibrahim Mi, Kampung Ranggut Padang Matsirat di sini malam tadi.
Dr Mahathir diminta mengulas kenyataan beberapa menteri kabinet yang juga pemimpin Umno yang menegur beliau supaya jangan keterlaluan mengkritik kepimpinan parti ekoran pencapaian buruk Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum yang lepas.
Antara mereka ialah Menteri Penerangan Datuk Ahmad Shabery Cheek, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Tan Sri Muhammad Muhamad Taib.
Hadir sama pada majlis itu ialah isteri beliau, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali dan anggota Parlimen Langkawi, Datuk Paduka Abu Bakar Taib.
Ketika berucap sebelum itu, Dr Mahathir meminta umat Islam Malaysia supaya bersyukur kerana rakyat dapat hidup aman damai tanpa berlaku perbalahan walaupun mempunyai perbezaan fahaman politik.
Beliau yakin Malaysia akan terus aman yang membolehkan rakyat hidup bahagia tanpa sebarang gangguan.
— BERNAMA
Sumbe:Utusan
Adakah kita sukar menerima kritikan? Atau sengaja untuk tidak menerima teguran? Nabi ada berpesan “Tegur Menegur lah ke arah kebaikan” (lebih kurang, saya tak ingat samda ia hadis atau Quran). Ini menunjukkan kita sebagai umat islam perlu sentiasa menegur. Jika kita ditegur,kita patut menerima dengan hati yang tenang dan redha. Ini adalah teguran adalah untuk kebaikan kita bersama.
Perkara yang sama terjadi apabila saya menegur produk MIRSB. Ada yang menuduh saya cuba menjatuhkan perniagaan orang Melayu. Adakah orang melayu memang pantang ditegur?Adakah salah jika saya nyatakan kelemahan mereka untuk mereka memperbaiki? Malah saya tidak menyatakan kelemahan semata mata, malah terdapat saranan yang untuk mereka memperbaiki.
Saya menerima kritikan dari sudut positif. Saya tak kisah dengan kritikan kerana saya yakin ia boleh membantu saya untuk memperbaikinya agar ia lebih baik. Kita semua dikurniakan akal dan perasaan. Jangan sampai perasaan mengaburi keputusan oleh akal kita. Kita perlu seimbang dalam perasaaan dan juga akal pemikiran kita.
Jika kita nak menjadi yang terbaik…Kita perlu menerima kritikan dan memperbaiki kelemahan. Kritikan akan menjadi sejarah apabila kita telah lakukan pembaikan. Pada pandangan saya, kekalah BN baru baru ini disebabkan mereka mengabaikan kritikan yang dilakukan oleh BA. Mereka gagal untuk menangani kritikan yang dilakukan oleh parti lawan. Itu yang menjadi faktor terbesar.
Itulah yang dilakukan oleh Tun Dr. Mahathir untuk mengubah persepsi penerimaan kritikan untuk kebaikan. Kritikan adalah bagus untuk memperbaiki diri. Anda boleh lihat American Idol, mereka mengkritik “kaw kaw” peserta mereka walaupun kita rasa dah sedap dah peserta tu nyanyi. Mereka buat sedemikian kerana mereka yakin ia mampu memperbaiki peserta mereka menjadi lebih baik, lebih bagus dan tidak “syok” sendiri.
Kita sendiri telah meniru di kebanyakan program realiti TV kita pada hari ini. Ada yang mengangap ia adalah suka suka.Mereka tidak mengambil maksud tersirat disebalik apa yang dilakukan oleh negara maju untuk bertambah maju. Mereka tahu kritikan tidak akan menjatuhkan mereka jika mereka memperbaiki kesilapan dan membuktikan mereka adalah yang terbaik.
Memang tiada yang sempurna di dunia ini! Ini lah tujuan kritikan. Anda tidak akan nampak “keburukan” jika anda hanyut dalam pujian. Anda tidak nampak kesilapan yang anda lakukan melainkan ada yang menegur anda. Persoalannya, adakah anda sanggup menerima kritikan?
Kritikan mungkin sangat pedas. Adakah anda membalasnya? Atau mengambilnya sebagai pedoman & memperbaiki diri anda. Kita tak nampak keburukan dan kelemahan diri kita jika kita terus menerus mendabik dada..I’m the Best, Aku terhebat & etc. Sebab kita semua tak sempurna! Pasti ada kelemahan dan kesilapan yang kita lakukan.
“Lu Fikir Sendiri La”

PONING
Menarik tajuk anda kali ini. “Melayu Sukar Menerima Kritikan dan Teguran?” Memang menarik… Tapi tahukah kamu apa pula kata-kata Menteri Penerangan baru-baru ini didalam akhbar?
Cuba cari semula akhbar utusan ataupun Akhbar Berita Harian semalam. Apa komen beliau pula?
sham
Yup tahu apa yang Shabery cakapkan tu & tuduh DR.M… Seperti yang DR. M cakapkan…terpulang kepada mereka untuk menerima teguran atau tidak..
Sama lah dalam konsep dalam Amal Makruh nahi mungkar… Kalo ada kuasa tegur,dengan fizikal, kalo tak mampu tegur dengan mulut, kalo tak mampu jugak tegur dalam hati..
Dr.M tegur dengan mulut. Geng kroni mengelupur kepanasan bila kena tegur..
Saya pulak? Saya tegur menerusi penulisan,percayalah mata pena lebih tajam daripada mata pedang..
PONING
Memang betul..mata pena lebih tajam dari pedang. Tetapi berhati-hati… Kita hanya hendak mengelakkan dari perkara-perkara seperti melakukan kezaliman dan meletakkan sesuatu bukan pada haknya.
Ada kalanya kita menulis kita tidak sedar yang kita telah melakukan kezaliman pada orang lain. Dan kita memberi komen-komen bukan pada haknya.
Sebab mengapa? Sebab kita ada kepentingan dengan perkara tersebut. Kepentingan perniagaan.
Ianya suatu dosa yang amat besar.
sham
Poning cakap saya ada kepentingan la ye?
Saya rasanya saya dah cakap awal awal…saya adalah consultant sms biz dan juga terlibat dalam ebiz..
memang ada kepentingan…semua yang menulis ada kepentingan..malah poning sendiri pun bukan?
Saya tak nak ada orang cop biz yang saya buat orang cakap scam & tipu besar sebab cara pemasaran yang salah leh sesetengah pihak.
Takde cara lain selain memberi kesedaran akan risiko yang akan dihadapi dan cabaran dalam bidang tersebut.
Sebab saya sendiri merasakan benda mcm jual lot iklan dengan harga RM50 adalah bukan satu benda yang akan mendapat sambutan.
Akhirnya nanti, ada golongan kecil yang berjaya & kebanyakan yang akan merana kerugian sebab tak telus dalam pemasaran mereka.
Jadi perlu ada seseorang untuk “alert” benda tu. Jika tidak ia akan menjadi duri dalam daging dalam industri. Orang akan membuat perbandingan kegagalan tersebut.
Saya tak nak ia berlaku kepada orang melayu kita yang sentiasa mencari peluang. Pemasaran biar la telus.
Takde guna jual benda yang cantik kepada “orang buta” kerana mereka tidak dapat melihat kecantikan tersebut. Mereka hanya dengar orang berkata cantik.