Shamsuriyadi.com

Buat Duit Online
Menu
  • Home
  • About
  • Contact
  • Arkib
  • Produk
  • Testimonial
Home
Umum
Membuat Air Soya Yang Sedap Cukup Mudah dan Senang
Umum

Membuat Air Soya Yang Sedap Cukup Mudah dan Senang

sham 10 Comments

Sekarang semua orang dalam mood berpuasa. Bazar ramadhan penuh dengan orang ramai walaupun harga dah naik. Dulu kuih boleh dapat 4 ketul seringgit kini dan jadi 5 ketul dua ringgit. Bazar ramadhan tetap penuh sebab kebanyakan daripada kita memang suka membeli. Sepanjang 5 hari ramadhan sekarang ni, saya baru belanjakan RM10. Disebabkan terlalu ramai orang saya memang cepat menjadi rimas. Cukup tidak selesa apabila terlalu ramai orang berhimpit-himpit membeli juadah berbuka.

membuat air soya

Mudahnya Membuat Air Soya Sendiri

Dalam blog lama saya saya sudah tulis tentang resepi membuat air soya ini ketika saya menghadiri kursus perbuatan makanan berasaskan soya ketika zaman muda dahulu. Yela. Rasanya 6 tahun yang lepas. Tetapi skil buat air soya tu masih tajam sebab masih lagi buat kalau teringin minum air soya buatan sendiri.

Bahan-Bahan:

  1. Kacang Soya (RM2 lebih sekilo)
  2. Gula
  3. Krimer (optional)

Tips: Jika inginkan air soya yang sedap, pastikan mengunakan kacang soya yang berkualiti. Bagi gula, anda juga boleh gunakan gula perang. Hasil eksperimen saya, sedap juga jika mengunakan gula perang.

Bagi 1kg kacang soya boleh menghasilkan 14 liter air soya. Jadi pandai-pandai la buat anggaran. Jadi 100g soya boleh menghasilkan 1.4 liter air soya. Cukup la untuk berbuka puasa sekeluarga.  Bagi krimer, anda boleh gunakan coffee mate. Namun ia optional. Tidak masukkan pun tidak mengapa. Krimer hanya untuk menambahkan rasa berkrim air soya tersebut.

Cara Cara Membuat Air Soya

Cara-Caranya:

  1. Rendamkan kacang soya dengan nishah 3/4 air dan 1/4 kacang soya. Ini adalah kerana soya akan mengembang dan menyerap air sehingga hampir menyamai paras air. Rendam selama 4 jam.
  2. Setelah 4 jam, tos kan kacang soya tersebut dan kisar. Gunakan nisbah 1:10 iaitu 1 bahagian soya, 10 bahagian air. Jika 100g soya, air yang digunakan ialah 1 liter. Anda boleh tambah sehingga 1:14 jika tujuan untuk jual.
  3. Tapis air soya yang dikisar tersebut dan dimasak. Masukkan gula. Jika 14 liter air soya, 2 kg gula diperlukan (lebih kurang).Masukkan krimer jika ada.
  4. Masak sehingga ia mengelegak. Siap.

Bagi mereka yang tiada kerja untuk dibuat seperti surirumah, boleh mencuba dan menjualnya di hadapan rumah anda atau di tepi jalan utama. Dapatlah tambah duit untuk berhari raya nanti. Ia memang menguntungkan sebab harga 1kg kacang soya ialah dalam RM2.50.

Kos Membuat Air Soya

Gula sekarang ialah RM2.85 sekilo. Jadi 2kg, modalnya ialah RM5.70. Keseluruhan kos ialah RM8.20 untuk menghasilkan 14 liter air soya. Malah sesetengah peniaga menjualnya dengan air yang lebih cair. Lagi untung tetapi tidak sedap kerana terlalu cair. Mereka yang menjual air soya cair hanya memikirkan keuntungan segera, sedangkan mereka boleh mendapat pelanggan berulang jika air yang dihasilkan cukup sedap.

Peniaga bazar ramadhan sekarang ini menjual pada harga RM2.oo sebungkus sedangkan kos sebenarnya ialah dalam 50sen sahaja. Jadi mereka untung dalam RM1.50 bagi setiap bungkus air yang terjual. Memang untung kan?

Jika berminat untuk berniaga, masih sempat lagi kerana ramadhan baru sahaja masuk hari ke lima.

Jika nak tau resepi air balang, anda boleh layari Resepi Air Balang Viral

Selamat berbuka puasa dan mencuba.

Artikel Berkaitan
  • Biskut Arab Yang Sedap
    Biskut Arab Yang Sedap Biskut arab lebih kurang sahaja dengan biskut makmur. Jika anda rasanya bent...
  • Buat Duit Dengan Blog Adakah Mudah Seperti Yang Disangka?
    Buat Duit Dengan Blog mudah ke? Apabila terbaca kisah kejayaan seseorang blogger menjana puluhan rib...
  • Santai: Mat Salleh Menyanyi Loghat Kelate
    Post santai kali ini. Ia adalah satu video yang diperolehi daripada Youtube. Seorang mat salleh meny...
  • 1 Kaedah Mudah Tanam Ubi Kayu Buatkan Keluar Ubi Yang Banyak dan Besar!
  • Brader Ni Buat Pinjaman RM2.7 Juta Tanpa Cagaran, Penjamin dan Kertas Kerja
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Incoming search terms:

  • cara buat air soya
  • resepi air soya
  • cara membuat air soya
  • air soya
  • cara buat air soya sedap
  • cara membuat air kacang soya
  • resepi air kacang soya
  • cara buat soya
  • cara buat air kacang soya
  • cara membuat soya
Post Views: 39,586
Klik Untuk Share..Semoga Bermanfaat Kat kawan Anda.
Share
Tweet
Email
Prev Article
Next Article
Tags:air soya bazar ramadhan cara buat air soya cari duit raya meniaga air soya

Related Articles

Adus…Dia Samakan Isteri Dengan Pelacur
Bila saya baca artikel ini daripada Berita Harian ini. Ia …

Adus…Dia Samakan Isteri Dengan Pelacur

spa ikan merbahaya
Kementerian Kesihatan memberikan amaran agar tidak menjalani spa ikan kerana …

Awas! Bahaya Spa Ikan

10 Comments

  1. Radzi

    terima kasih atas panduan ini. insyaallah, akan buat segera.

  2. Pingback: Panduan Dan Cara Membuat Air Soya Sedap | MOHDHELMI.COM
  3. Syira

    Trima kasih diatas saranan dan mmberi smngat utk brniaga.. May Allah bless u..

  4. Azreena

    Tq. Sy selalu buat air soya dgn nisbah 1:8 utk lebih pekat. Tk pernah campur krimer. Selepas ini boleh cuba letak krimer. Sy buat utk minum sendiri sahaja..

  5. usry

    dari survey yang saya dengan bertanyakan seorang eniaga soya, beliau guna 1:10 untuk dapatkan kombinasi yang mesra alam.

  6. nur

    biasa air soya tahan lame yer..

  7. sham

    Jika terdedah tak lama. Kalau simpan secara hot bottle dan kedap, itu tahan lama.

  8. Yan

    As salam… Boleh ke tak rendam kacang soya terlebih dahulu, tapi menggunakan pressurr cooker?

  9. sham

    itu rebus.. bukan rendam

  10. Nurul Shawana binti Mahadi

    Tuan Sham, apa maksud tuan simpan secara hot bottle dan kedap?

  11. sham

    Susu soya panas dituangkan ke dalam botol kaca.

Leave a Reply

Cancel reply

Entri Terbaru

  • Sudah Hampir Kehabisan Duit? Ini Peluang Baru Untuk Tambah Duit
  • Jangan Beli Lubuk Murah China Jika Anda
  • Peranan Masjid Untuk Membantu Kariah Ketika Covid 19 Melanda
  • Air Tasik Tiberias Meningkat Pada Mac 2020. Mengejutkan!
  • Awas Penipuan Berkenaan Bantuan Prihatin Nasional

Shamsuriyadi.com

Buat Duit Online
Copyright © 2021 Shamsuriyadi.com

Before you go

You may also be interested in these posts:

Statistik Pelawat Shamsuriyadi.com Jan-Mei 2014

Statistik Pelawat Shamsuriyadi.com Jan-Mei 2014 Tadi saya terbaca tentang blogge…

Panduan Cara Buat Ebook

Panduan Cara Buat Ebook Ebook adalah antara salah satu daripada pendapatan pasif…

Implikasi Harga Minyak Naik Di Malaysia

Apa yang rakyat risaukan telah berlaku. Pak Lah memang suka wat kejutan. Pilihan…