Yeehaa… 3 Berbalas 0, Malaysia Vs Indonesia

Seronok tengok bola malam tadi. Rasanya dah lama stadium tak penuh macam tu. Rasanya itulah harapan semua peminat bola sepak Malaysia. Kita sentiasa mengharapkan kegemilangan bola sepak kita dikembalikan. Malaysia melangkah bergaya apabila menang 3-0 terhadap indonesia pada perlawanan akhir pertama Piala AFF Suzuki.

Masih teringat tentang kisah sotong Paul yang meramal perlawan Piala Dunia yang lepas. Gambar diatas adalah satu lawak jenaka yang mencuit hati saya pada hari ini. Ia sekadar hiburan semata mata.

Walaupun gembira dengan kemenangan Pasukan Malaysia, saya sedikit kecewa dengan beberapa penyokong Malaysia yang membaling mercun dan memancarkan laser ke arah pemain. Ia sedikit sebanyak merosakkan kegembiraan kita meraikan kemenangan tersebut. Pastinya media Indonesia akan menyerang Malaysia tentang isu ini.

Apa yang dirisaukan ialah keselamatan anak muda Malaysia yang bakal berjuang di Stadium Bung Senayan nanti. Saya khuatir ia mungkin akan mencetuskan balas dendam terhadap apa yang berlaku. Jika ini berlaku, pastinya semangat kesukanan yang ditunjukkan oleh pemain Malaysia ketika di Bukit Jalil tiada maknanya.

Saya respek dengan pemain Malaysia yang bermain dengan berhemah. Jika mereka bertindak keras, mereka tanpa segan silu untuk membantu lawan untuk bangun. Malaysia dan Indonesia adalah serumpun. Bahasa kita hampir sama dan kita berkongsi budaya yang hampir sama.

Kepada penyokong Malaysia, jagalah tatatertib jika ada lagi perlawanan di Malaysia nanti pada masa akan datang. Jangan rosakkan permainan dengan mengacau pemain yang sedang berjuang untuk mengharumkan negara masing masing. Kalah-menang adalah adat permainan.

Tahniah Harimau Muda. Teruskan perjuangan memartabatkan sukan bola sepak negara.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Kemaskini Terbaru Terus
Ke Emel Anda

Subscribe to our mailing list and get interesting stuff and updates to your email inbox.