12 Sebab Anda Perlu Ada Blog

Post kali hanya sekadar mengisi masa lapang setelah pening menyiapkan ebook terbaru daripada saya. Kepada mereka yang berminat untuk menulis blog, saya ada 12 sebab untuk anda menulis blog.

1. Boleh Buat Duit

Duit..duit…dimana kau duit… Itulah antara keratan lagu duit. Ramai penulis blog menjana pendapatan yang cukup lumayan menerusi blog mereka. Ada yang dah mencapai puluhan ribu sebulan. Saya? ala skit je. Tak banyak. Setakat lepas bayar hosting setiap bulan jadi la.

2. Traffik

Yang ni bukan polis trafik atau kesesakan lalulintas. Dalam dunia internet, trafik merujuk kepada pelawat yang datang melawat ke laman web atau blog. Ramai orang lawat, ramai yang trafik. Banyak program pengiklanan menawarkan peluang mendapat wang besar dengan blog yang mempunyai pelawat yang ramai. Kalau ada 1000 unik visitor sehari, tu kira hebat la. Kalu lagi ramai, lagi masyuk mereka dapat.

3. Bentuk Komuniti Internet

Menerusi blog, anda boleh buat satu kumpulan atau komuniti. Setakat ada la beberapa group yang tumbuh. Rumpun blogger, Blogger Malaya dan sebagainya. Bila berkumpul ramai ramai best jugak. Saya tak berkesempatan untuk join mana mana group setakat ni. Nanti la kot..

4.Branding atau Penjenamaan

Ramai penulis blog hebat malaysia mempunyai brand yang tersendiri. Contohnya Paultan.org. Orang kenal itu adalah blog kereta. Nak tau pasal kereta. Itulah blog yang orang malaysia cari. Orang bisnes atau politik pun bagus juga ada blog. Contohnya Anuar Ibrahim. Sekarang ni tengah top dengan kes liwat dan video seks. Macam2. Kemenangan akan berpihak kepada yang benar.

5.  Meningkat jualan perniagaan

Kalau meniaga, anda boleh meningkat jualan menerusi blog anda. Contohnya anda join MLM atau meniaga larut malam. Anda boleh sentiasa menulis tentang produk perniagaan anda. yang baik..testimoni ke apa.

6.  SEO

SEO tu maksudnya search engine optimization. Ala.. cara nak buat enjin carian suka.

7.  Tak perlu tahu coding

Anda tak perlu tahu cara nak coding blog pun sebenarnya. Saya pun tak tahu walaupun saya ada ijazah IT. Guna yang apa yang orang dah buat.  Menulislah blog dengan gembira.

8. Paksa anda menulis

Blog memaksa anda menulis. Daripada penulisan blog, saya belajar dan berlatih menulis ebook dan buku. Buku saya akan keluar pada April nanti. Tajuknya ” Google Adsense + Blog = DUIT“.

9.  Selebreti Online

Bagi yang nak glamer, anda boleh menjadi seorang selebriti di internet. Orang search di internet mesti akan jumpa muka anda atau blog anda. Tu yang orang nak tu. Teringat pulak  Cikgu Shida dari Parit. Cikgu paling popular kot. Sebabnya beliau suka buat video klip miming lagu lagu popular. Sekarang majalah, radio dok asyik jemput beliau menjadi tetamu. Glamer habis…

10.  Membantu orang lain

Anda boleh menbantu orang lain dengan penulisan anda. Contohhnya yang saya buat, saya tulis pasal scam alert. Hasilnya ramai yang terselamt daripada tertipu.

11.  Jihad

Sesetengah orang mengunakan internet untuk berjihad ke jalan Allah. Mereka menyertai perang siber.hehehe

12.  Boleh bekerja dari rumah

Bagi yang nak bekerja dari rumah, penulis blog pun boleh menjadi peluang untuk anda buat duit. Contohnya blog Red Mummy yang menjana pendapatan lebih dari RM40,000 sebulan menerusi blog beliau yang merah pekat tu. Saya tak boleh baca lama blog tu. Silau…hehehe

Ha.. inilah 12 sebab kenapa anda perlu anda blog. Kalau takde blog lagi tu… Ada bran?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Comments 4

  1. freak March 27, 2011
  2. sham March 30, 2011
  3. majid April 24, 2011
  4. sham April 26, 2011

Leave a Reply

Kemaskini Terbaru Terus
Ke Emel Anda

Subscribe to our mailing list and get interesting stuff and updates to your email inbox.