Shamsuriyadi.com

Buat Duit Online
Menu
  • Home
  • About
  • Contact
  • Arkib
  • Produk
  • Testimonial
Home
Umum
Implikasi Harga Minyak Naik Di Malaysia
Umum

Implikasi Harga Minyak Naik Di Malaysia

sham 7 Comments

Apa yang rakyat risaukan telah berlaku. Pak Lah memang suka wat kejutan. Pilihanraya mengejut. Naik harga minyak mengejut. Memang banyak kejutan betul. Tindakan kali ini rasanya akan mengurangkan populariti kerajaan dan meningkatkan populariti pembangkang.

Kenaikan melampau iaitu sebanyak 40% dalam masa 4 jam memang agak melampau. Jangan kita nak bandingkan harga minyak kita dengan negara lain seperti US dan UK. Seperti yang Tun Mahathir tulis dalam blog beliau, pendapatan isi rumah jauh bezanya dengan negara maju. Malaysia adalah negara membangun!

Semasa Pak Lah mengumumkan kenaikan minyak,kebetulan saya sedang makan bersama bakal mertua dan tunang saya. Tersedak sekejap kerana kenaikan tersebut adalah tinggi. Siapa yang bergaji RM1000 pasti terseksa & mungkin terpaksa jual kereta kerana tidak mampu membeli minyak. Dah la kena bayar loan lagi.

Saya pun secara tidak langsung terkena tempias. Saya akan melangsungkan perkahwinan pada Ogos nanti. Kos perkahwinan tersebut pasti akan meningkat jugak. Harga barang pasti akan naik. Ini menyebabkan saya rasa nak borong semua barang sebelum naik harga seperti gula (dah naik 20sen),rempah,bawang & etc yang berkenaan kenduri kawin.

Walaupun 2 bulan sahaja lagi. Kalo nak naik minyak kenapa tak naikkan sedikit demi sedikit? 10% ke dulu. Kenapa tak naikan 100% terus? Jadi sama harga kat singapura iaitu RM4.70? Menteri memang tak terasa minyak naik sebab diorang kerajaan bayar dengan duit rakyat.

Rakyat dapat diskaun rebet tunai? Adakah ia sesuai? Bagi saya langsung tak sesuai dan tak memadai. Ia hanya cukup untuk menampung setengah bulan minyak sahaja. Semalam saya ada mengisi minyak motor,saya agak terkejut apabila RM6 masih belum penuh tangki minyak tu. Jika sebelum ini RM6, dah penuh tangki…

Orang bujang akan bertambah ramai kerana duit akan terus tak cukup sebab kos sara hidup melambung. Orang yang paling gembira dengan kenaikan minyak ialah rakyat singapura dan thailand. Rakyat Malaysia tak sukakannya. Perlu diingat kuasa menentukan kerajaan ditangan rakyat Malaysia, bukan rakyat Singapura dan Thailand.

Jika ini berlarutan, saya sangat yakin PRU 13 akan jatuh ke tangan pembangkang. Kemungkinan ini mungkin terjadi jika kerajaan hanya mementingkan duit kerajaan je bukan kepentingan rakyat. Ini adalah kerana kebanyakan rakyat Malaysia adalah berpendapatan sederhana dan rendah. Hanya sebahagian kecil je berpendapatan tinggi.

Kenaikan 40% harga minyak adalah sangat membebankan rakyat. Ia menyusahkan rakyat. Orang miskin akan bertambah miskin dan orang kaya akan bertambah kaya! Buktinya kekayaan orang yang terlibat dalam industri minyak (petroleum & sawit) terus naik. Malah ada yang menambah RM1 bilion!

Menaikkan harga minyak memang tidak dapat dielakkan. Saya boleh terima. Tetapi kenaikan 40% adalah sangat melampau semata mata untuk menjimatkan wang kerajaan. Kenapa sebelum ini dok asyik membazir je? Sekarang baru nak sibuk nak berjimat? Saya kira ia adalah satu langkah yang tergesa gesa dan akan menimbulkan rasa tak puas hati rakyat semakin meningkat.

Menteri sekarang ni nampaknya syok sendiri. Patut lah Tun Mahathir bengang dengan mereka. Mereka sudah lupa agaknya bahawa mandat memerintah ditangan rakyat. Sekarang baru 5 negeri terlepas ke tangan pembangkang, lepas ni mungkin 10 pulak kot. Siapa tahukan?

Apa tindakan yang perlu kita lakukan sekarang ialah mengawal perbelanjaan kita dan cuba untuk meningkatkan pendapatan kita bagi menampung kenaikan kos. Itu adalah jalan terakhir. Ada juga masalah lain seperti kuasa beli pasti akan menurun sebab barang dah mahal nanti. Inflasi juga akan terus naik.

Buat kerajaan, fikirkan lah nasib rakyat berpendapatan sederhana dan miskin. Takkan nak orang p mana mana naik basikal. Kurangkan beban rakyat, bukan kurangkan beban kerajaan! Duit kerajaan adalah duit rakyat yang bayar. Ia patut dipulangkan kepada rakyat balik dengan membantu meringankan beban.

Saya ada satu poll untuk anda di bawah:
[poll=2]

Artikel Berkaitan
  • Harga Terkini Minyak Masak dan Bahan Api
    Mencabar betul pada bulan November ini, 2 jenis minyak yang menjadi nadi kehidupan rakyat telah naik...
  • Debat Anuar Ibrahim & Shabery
    Hari ini menjadi satu fenomena yang ditunggu tunggu iaitu debat diantara menteri penerangan dan pena...
  • Buat Kad Kahwin Sendiri Dengan Software Kad Kahwin
    Pada zaman kegawatan ekonomi sekarang pastinya ramai bakal pengantin tengah pening kepala sebab kos ...
  • GST Atau SST Jadi Harga Murah? Eh Kenapa Naik Harga Pulak!
  • Penipuan Spekulasi Dinar Iraq
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Post Views: 951
Klik Untuk Share..Semoga Bermanfaat Kat kawan Anda.
Share
Tweet
Email
Prev Article
Next Article
Tags:barang naik BN harga minyak harga petrol inflasi minyak pkr tun mahathir

Related Articles

Syifa di Al Kuliyyah TV3
Tadi saya ada tengok AL Kuliyyah di TV3 tentang perubatan …

Syifa di Al Kuliyyah TV3

Pengalaman Berubat di Darulshifa
Minggu lepas saya ke rumah Ustaz Ismail, seorang perawat di …

Pengalaman Berubat di Darulshifa

7 Comments

  1. Thinkerich

    Sham,

    Nampaknya semakin bagus gaya penulisan politik Sham sekarang…;)

    Apa-apa pun Selamat Penganting Baru buat Sham…

    Salam kekayaan,

    THINKERICH

  2. sham

    penulisan politik? Oh tidak… bagi saya blogging pasal politik tak kemana..tak produktif langsung.. leh dikatakan tiada hasil..

    Bagi bloging pasal biz…kekadang sekali sekala pasal politik takpe la..

    Saya tak kawin lagi,awalnya ucap selamat…saya kawin 3hb Ogos nanti…busy skit sekarang ni menguruskan apa yang patut..

    Salam kekayaan jugak kat Thinkerrich..

  3. titan

    hoho..aku vote pada boleh survive lagi walaupun aku rasa beban pada minyak moto tinggi. Hoho..baru je aku beli benda yg leh savekan minyak. Hope berkesan.

  4. sham

    saya pun vote leh survive walaupun terasa kesannya.. ada jalan lain lagi nak save duit.merungut dan bising bukan penyelesaian masalah kenaikan minyak..

  5. espoint

    boleh tahan lagi. Sebab ada keje tetap. Tapi kalau takde keje dan keje bese2 je. Memang sakit la. Lagi2 klu dok kolumpo tu..

  6. thinkerich

    Betul tu Sham..kebanyakan orang lebih merungut daripada ambil tindakan…jadikan apa yang berlaku ni sebagai cabaran dan tekanan..untuk keluar daripada kepompong kebiasaan,…

  7. titan

    Yang aku pelik. Diorang merungut sana sini kata mahal. tapi bila time wat keje. malas. tdo kat surau. bagi alasan penat lah. bila dapat keje last2 minute, jawabnya esok2 la baru buat..

    bila bos nak potong gaji. Barulah merayu-rayu nk wat keje..bila dah datang bala..baru la nak cari tikar semayang..

    Kekadang, aku pelik manusia ni. Bila dah susah. Macam2 ragamnya..

    Ps: Senyum je aku tengok pakcik makcik ambil duit rebet walhal minggu lepas marah bukan main bila dengar minyak naik harga..

Leave a Reply

Entri Terbaru

  • Beras Mahal? Tanam Padi Sendiri
  • Barang Mahaldahni…Nak buat macamana?
  • Ini Kronologi Scammer Parcel Lakukan Dan Bagaimana Menanganinya
  • Harga Barang Naik. Apa Yang Boleh Kita Buat?
  • Krisis Makanan Dunia Semakin Menjadi Nyata

Recent Comments

  • sham on Kajian Kes: Pinjaman Pelaburan ASB Oleh RHB BANK
  • Nor on Kajian Kes: Pinjaman Pelaburan ASB Oleh RHB BANK
  • Jejak Cyber on Sekitar Seminar JomSeminar
  • sham on Penipuan Parcel Dari Luar Negara
  • sham on Seorang Wanita Rugi RM3500 Terjebak Dalam Penipuan Parcel
  • Ummi insyira binti jurimi on Seorang Wanita Rugi RM3500 Terjebak Dalam Penipuan Parcel
  • Ummi insyira binti jurimi on Seorang Wanita Rugi RM3500 Terjebak Dalam Penipuan Parcel
  • Shah on Penipuan Parcel Dari Luar Negara
  • Yusri on Penerbitan Ebook Di Amazon Kindle Books
  • sham on Contact

Shamsuriyadi.com

Buat Duit Online
Copyright © 2023 Shamsuriyadi.com

Before you go

You may also be interested in these posts:

Cadangan Bagaimana Untuk Mengatasi Kenaikan Harga Barang

Sekarang ini banyak betul barang mengalami kenaikan harga berikutan penarikan su…

Harga Barang Naik. Apa Yang Boleh Kita Buat?

Sekarang kenaikan harga barang semakin terasa. Semua barang naik harga. Hujan je…

PRU 12: Keputusan Mengejut Pilihanraya

Semalam saya tunggu sampai pukul 3. Nampaknya 5 negeri akan berada di tangan pem…