Sekarang ini banyak betul barang mengalami kenaikan harga berikutan penarikan subsidi dan juga kenaikan harga makanan dunia. Kenaikan harga makanan merupakan satu isu global sebenarnya.Bagi isu subsidi, ia adalah isu dalam negera yang sedang “panas” sekarang ni. Sebenarnya memang agak sukar untuk menahan kenaikan harga jika harga diperingkat global mengalami kenaikan yang tinggi. Harga barangan berkenaan turut akan meningkat kerana kos pengeluaran atau eksport meningkat.
Mesti mencabar buat kerajaan untuk jelaskan isu ini sebab ada permainan emosi kebanyakan rakyat. Saya yakin isu inilah yang boleh menjatuhkan kerajaan sekarang jika tidak diterangkan dengan jelas dan betul.
Jadi bagaimana untuk mengatasi masalah kenaikan harga barang?
Bagi saya ada 3 jalan yang boleh diambil untuk mengatasi masalah ini.
- Undi Pakatan Rakyat (PR) ketika PRU 13 dan berharap mereka akan turunkan harga
- Meningkatkan pendapatan diri sendiri
- Kurangkan perbelanjaan terhadap perkara yang kurang penting seperti hiburan,aksesori dan sebagainya.
Ya. Ada 3 pilihan untuk anda pilihan untuk anda pilih. Ini pula komen saya:
Cadangan Satu
Anda boleh mengunakan kuasa anda sebagai pengundi untuk menukar kerajaan. Namun, ia bukan satu jaminan harga barangan akan diturunkan setelah ia naik disebab harga barangan import bukan boleh ditahan tahan. Ia diibaratkan sebagai membina empangan, pada suatu masa nanti ia mungkin akan roboh dan mungkin akan terus memusnahkan segalanya. Dengan erti kata lain, jika kerajaan tidak lagi mampu menahannya, ia tetap akan naik kepada tahap yang sepatutnya. Ia merupakan satu penyelesaian yang sementara sahaja. Harga akan tetap naik setelah kerajaan tidak lagi mampu menahannya dengan subsidi.
Barangan seperti gula, tepung, bawang,susu dan banyak lagi adalah barangan diimport dari negara lain. Harganya akan meningkat bergantung polisi dan harga yang ditetapkan negara pengimport. Harga mungkin boleh diturunkan jika ia dihasilkan di Malaysia. Persoalannya adakah pengusaha produk tersebut akan patuh jika harga pasaran dunia adalah tinggi?
Contoh terbaik ialah minyak sawit. Negara kita adalah pengeluar kedua terbesar di dunia, kenapa harga minyak masak masih mahal? Kenapa tidak diturunkan lagi? Jika ia diturunkan lagi, bagaimana nasib pekebun kecil? Mereka mungkin terpaksa menjual buah sawit mereka pada harga yang rendah juga disebabkan polisi negara untuk memastikan harga dijual pada harga yang rendah. Orang yang ada kebun sawit pasti akan marah jika polisi ini dilaksanakan. Perlu ingat banyak syarikat sepert Tabung Haji (TH) bergantung kepada hasil jualan sawit untuk membayar dividen ahlinya. Jika ia dijual dibawah harga yang sepatutnya, bagaimana pula TH ingin membayar dividen ahli lebih tinggi?
Menurunkan harga boleh menyebabkan mereka yang menjadi pembekal akan rugi. Mereka ini adalah orang Melayu sendiri. Bayangkan jika beras diturunkan harga. Pastinya golongan petani akan menjadi mangsa. Bagaimana survival mereka jika padi dibeli dengan harga yang murah bagi membolehkan ia dijual dengan harga yang murah.
Begitu juga ikan, bagaimana nelayan untuk hidup jika harga ikan dijual pada harga yang murah sedangkan harga pasaran sepatutnya lebih tinggi. Inilah yang menyebabkan ramai nelayan berada bawah tahap kemiskinan. Selain itu, peranan kerajaan yang lemah dalam membantu nelayan untuk memperoleh pendapatan yang lebih tinggi. Sekarang kos menangkap ikan pun semakin meningkat disebabkan sikap sesetengah nelayan yang menjual diesel bersubsidi ditengah laut untuk mendapat duit mudah. Setiap kapal laut dalam boleh membawa 20,o0o-25,000 liter diesel. Jika mereka jual RM4.oo seliter, dah untung banyak dah tu.
Point utama ialah memastikan kerajaan mengamalkan dasar pentadbiran yang lebih cekap dan adil. Pengurusan subsidi juga perlu diteliti agar tidak berlaku kebocoran yang merugikan rakyat Malaysia sendiri. Antara lain ialah penyeludupan minyak bersubsidi (petrol,diesel,minyak masak) dan banyak lagi.
Sekarang isu BN iaitu Barang Naik menjadi isu utama di kampung2 malah di bandar besar. Malah ada slogan undi BN, Barang Naik. Sebenarnya kalau undi PR pun akan naik juga sebab PR boleh jadi Price Rise.hehehe.. Pusing2 lebih kurang sama jika dilayan isu politik ini.
Cadangan Dua
Bagi saya ia merupakan satu pilihan yang terbaik iaitu semua orang mengambil langkah untuk meningkatkan pendapatan mereka. Jadi jika berlaku sebarang kenaikan harga barangan sekalipun, kita masih mampu kerana kita ada duit. Anda boleh memulakan perniagaan secara kecil kecilan pada masa lapang.
Anda mungkin terpaksa korbankan masa rehat anda untuk berniaga dan menambah pendapatan anda. Bisnes apa? Ianya terpulang kepada anda kerana hanya anda tahu akan kemampuan anda untuk memulakan bisnes berkenaan apa. Jika anda mampu untuk jual minyak wangi, jual minyak wangi. Jika anda mampu untuk “berMLM” atau multi level marketing, jadikannya ia bisnes anda.
Yang penting ialah jangan putus asa. Dalam bisnes pasti ada penolakan iaitu golongan yang tak nak beli produk yang anda jual. Jadi anda boleh jual kepada orang lain. Jangan pula memaksa mereka membeli daripada anda jika mereka enggan.
Cara Ketiga
Ia merupakan satu langkah yang agak sukar kerana anda mungkin terpaksa mengubah gaya hidup anda. Anda perlu mengenalpasti perkara yang berkenaan “kemahuan” dan kurangkannya. Utamakan kepada pekara yang menjadi “keperluan”.
Contohnya pakaian adalah keperluan. Manakala pakaian berjenama adalah kemahuan. Jadi anda boleh lupakan hasrat untuk membeli pakaian yang berjenama dan beli pakaian yang berharga lebih murah. Ia sebenarnya lebih kuran sama sahaja. Yang membezakannya ialah pakaian berjenama berharga lebih mahal.
Begitulah pilihan ketiga ini. Anda perlu kenalpasti terlebih dahulu keperluan dan kemahuan anda. Kemudian mula mengurangkan perkara yang melibatkan kemahuan. Ia tidak mustahil untuk dilaksanakan. Tetapi ia memerlukan kesungguhan dan daya mengawal diri yang tinggi.
Cadangan Buat Kerajaan
Bagi kerajaan pula, saya mempunyai beberapa cadangan untuk mengatasi masalah kenaikan harga barang ini. Saya tak pasti sama ia boleh dilaksanakan kerana ia memerlukan kerjasama daripada pelbagai agensi kerajaan dan pihak swasta untuk melaksanakannya. Cadangan ini boleh digunakan oleh mana mana kerajaan yang memerintah.
- Kad Ribet Diskaun/Mata Ganjaran 1Malaysia
Konsepnya sama seperti kad Tesco/Bonuslink. Cuma penggunaanya diperluaskan kepada lebih banyak kedai runcit dan juga pasaraya. Pengguna boleh mengumpul mata ganjaran daripada pembelian barangan keperluan. Dengan mata ganjaran yang terima boleh digunakan untuk menukarnya kepada pakej perlancongan di dalam negara.Kerajaan tidak perlu menyediakan hadiah ganjaran ini sebaliknya ia adalah social responsibility hotel yang terlibat.Mereka tidak akan rugi kerana pelanggan tetap akan berbelanja di tempat penginapan mereka seperti makanan, cenderamata dan sebagainya.Kerajaan boleh memaksimakan penggunaan kad pengenalan MyKad sebagai kad rebat subsidi.
- Mantapkan lagi pemberian subsidi kepada Golongan sasaran
Pemberian subsidi perlu diperhalusi agar ia sampai kepada golongan sasaran iaitu mereka yang benar benar memerlukannya. Subsidi pada hari ini dilihat menguntungkan peniaga sahaja. Pengguna hanya menerima sebahagian kecil sahaja subsidi kerajaan ini. Contohnya gula, setiap keluarga sebenarnya mengunakan kurang dari 1kg setiap bulan. Sikit sahaja kan? Manakala peniaga mengunakan berpuluh kg setiap hari. Jika berlaku kenaikan 20sen, harga minuman pun meningkat sama. Takkan pakai gula sampai 1kg gula untuk segelas air sedangkan ratio keuntungan jualan air minuman sangat tinggi.Antara contoh lain tentang subsidi yang perlu diberikan penekanan ialah subsidi diesel. Aktiviti penyeludupan diesel sedikit sebanyak merugikan kita. Ada nelayan negara kita menjual diesel subsidi untuk mendapat duit mudah. Hasil jualan diesel digunakan untuk membeli ikan dari Thailand untuk dijadikan bukti mereka keluar menangkap ikan.
Kad rebat/ganjaran sekali lagi boleh digunakan untuk membayar balik subsudi kepada golongan sasaran. Contohnya gula dijual pada harga RM2.60, setiap pengguna layak menerima rebat 30sen daripada setiap kg gula yang dibeli. Rakyat boleh menerima duit rebat untuk membeli barangan lain.
- Buka Peluang Perniagaan Untuk RakyatUntuk mencapai negara berpendapatan tinggi, sektor perniagaan perlu ditingkatkan. Kerajaan boleh menyedakan lebih banyak kawasan perniagaan seperti downtown dan uptown yang beri peluang untuk masyarakat setempat untuk berniaga kecil kecilan. Untuk mencapai matlamat ini, kerajaan perlu mempermudahkan urusan perlesenan untuk peniaga kecil dan penjaja tanpa mengira bangsa.
- Tiada Projek Kroni dan Kepentingan PeribadiPemberian tender kerajaan dan projek pembangunan secara adil diantara bumiputera dan bukan bumiputera. Penerima mestilah satu syarikat yang berkemampuan dan mampu untuk melaksanakan projek tersebut dalam masa yang ditetapkan.Ia adalah untuk memastikan projek tersebut tidak terbengkalai atau dialibabakan oleh pihak yang berkenaan.
Iniadalah pandangan peribadi saya. Rasanya ia adalah artikel terpanjang dalam blog ini setakat ini. Biasanya saya hanya menilis dalam 400 ke 600 patah perkataan sahaja. Semoga ia bermanfaat.

Incoming search terms:
- langkah mengatasi kenaikan harga barang
- peranan ahli keluarga menangani kenaikan harga barang
- peranan masyarakat dalam membendung inflasi
- peranan keluarga dalam menghadapi masalah kenaikan harga barangan
- kenaikan harga barang
- ucapan peranan masyarakat membendung inflasi
- https://www shamsuriyadi com/umum/cadangan-bagaimana-untuk-mengatasi-kenaikan-harga-barang/
Gengbiz
Tiada Projek Kroni dan Kepentingan Peribadi
Pemberian tender kerajaan dan projek pembangunan secara adil diantara bumiputera dan bukan bumiputera. Penerima mestilah satu syarikat yang berkemampuan dan mampu untuk melaksanakan projek tersebut dalam masa yang ditetapkan.Ia adalah untuk memastikan projek tersebut (TIDAK) terbengkalai atau dialibabakan oleh pihak yang berkenaan.
p/s:rasanya encik sham ada tertinggal TIDAK di tempat tersebut..maaf jika saya silap..
sham
Oh…yeke.. Saya bila tulis artikel yang panjang2. Nak hang jadinya mozilla.
mat yes
TEPAT SEKAli!!!!!!!!