Shamsuriyadi.com

Buat Duit Online
Menu
  • Home
  • About
  • Contact
  • Arkib
  • Produk
  • Testimonial
Home
Isu Semasa
Harga Barang Naik. Apa Yang Boleh Kita Buat?
Isu Semasa

Harga Barang Naik. Apa Yang Boleh Kita Buat?

sham No Comments

Sekarang kenaikan harga barang semakin terasa. Semua barang naik harga. Hujan je yang turun. Ramai yang dah mula merungut. Peniaga makanan merungut. Malah penguna biasa pun merungut. Semua orang akan terkesan dengan kenaikan dan kekurangan bekalan makanan global. Kesannya akan terus dan semakin dirasakan sehingga beberapa tahun ke hadapan.

Perkhidmatan lain pun akan mengikut sama seperti air dan juga elektrik. Bersediakah?

barang naik

Jadi apa yang boleh kita buat bila Barang Naik?

Fokus kepada apa yang boleh kita kawal. Harga barang naik, ia diluar kawalan kita semua. Kena hadap juga walaupun tak sudi. Nak atau tidak, kena hadapi dengan tabah. Bagi saya, anda perlu bertindak sekarang. Jika tidak, ia akan menyebabkan kita semakin susah bernafas dengan keadaan ekonomi sekarang. Apa nak buat eh jang?

  1. Tingkatkan Pendapatan
    Kenaikan harga barang kita boleh hadapi dengan santai jika pendapatan kita pun meningkat. Jadi perlu cari peluang untuk mendapatkan pendapatan kedua dan ketiga bagi mereka yang berkerjaya. Ia bukan perkara mudah kerana perlukan pengurusan masa yang baik. Ada benda yang tak guna modal pun untuk bermula. Saya cuba bagi idea untuk anda.

    A. Affiliate Marketing
    Affiliate itu adalah agen jualan di internet. Anda boleh menjadi agen jualan kepada produk yang laris dipasaran. Kini ada banyak platform yang boleh anda cuba antaranya ialah Affiliate shopee, Clickbank, Klikjer dan banyak lagi. Pendaftaran adalah percuma. Yang perlu anda invest ialah masa dan ilmu. Cari ilmu dulu adik-adik, abang-abang, kakak-kakak sekalian. Itu yang akan membezakan anda dengan orang yang hangat hangat taik ayam. Ada ilmu, kat mana pun boleh survive.p/s: Duk asyik shopping kat shopee je. Kalau korang share link affiliate shopee tu pun masyuk. Ada affiliate yang dapat berpuluh K dengan share produk shopee je macam racun viral tu. Tiru je kaedah dia.

    B. Media Sosial Influencer
    Bila sebut media sosial ini, ada banyak. Youtube, tiktok, instagram dan banyak lagi. Yang famous ialah Youtuber.Intagram dan juga Tiktoker sekarang ni. Malah platform ini memberikan pulaangan buat pereka content di platform mereka. Paling lumayan ialah Youtube  menerusi program Google Adsense. Anda boleh mula buat channel Youtube anda sekarang. Selain daripada bayaran daripada platform, ada juga bayaran dari segi sponsorship. Menarik kan?

    C. Berniaga
    Bagi yang bekerja. Ia sedikit mencabar namun ia tidak mustahil. Kena uruskan masa dengan sebaik mungkin. Buat permulaan boleh gunakan platform online dengan kaedah Dropshipping. Kalau kedai fizikal, makan modal yang besar. Dropshipping website, pelaburan anda pada laman web dan pengiklanan. Ya bang. Kena iklan berbayar kalau nak hasil cepat. Boleh guna Google Ads, Facebook Ads atau Tiktok Ads. Tak tau kena belajar la. Ada banyak orang buat course sekarang ni. Jangan banyak songeh. Orang buat course tu shortcut untuk anda agar tak langgar dinding kalau try and error sendiri. Baik pilih jalan yang betul dan boleh buat duit dengan cepat. Cari la cikgu.

    Selain tu, boleh juga kemahiran yang anda ada. Pandai ambik gambar, jadi kameraman. Kalau pandai menulis, boleh buat ebook atau course anda sendiri. Ini semua kos rendah. Kena usaha.

    Malah platform antarabangsa seperti Ebay, Etsy dan banyak lagi yang boleh kita explore. Nak tak nak je. Ramai je saya tengok seller Malaysia di Ebay jual kopi tongkat ali, ajinomoto, ikan bilis dan banyak lagi. Ada permintaan tu terutamanya pelancong yang pernah ke malaysia dan juga rakyat malaysia kat luar negara.

    p/s: Saya merupakan internet marketer, jadi saya tulis apa yang saya nampak dalam bidang saya la. Ada banyak lagi, saya bagi 3 jela dulu. Kalau rajin saya tulis lagi.

  2. Kurangkan Perbelanjaan 
    Bila duit dah kurang. Belajar untuk kurangkan perbelanjaan yang tak perlu. Duit takde, pergi beli kopi starbak, bumblebee. Ada duit boleh sekali sekala. Nak berjimat, kena kurangkan perbelanjaan yang besar-besar untuk benda yang kecil. Makan kat warung pun kenyang, kat hotel pun kenyang. Bezanya ialah duit yang anda keluarkan tu. Begitu juga fast food. Satu set burger pun berbelas ringgit. Beli burger tepi jalan, RM8 itu dah super special dah.Untuk kurangkan perbelanjaan, anda juga boleh beli barang secara borong. Tak pun beli je barang kat kedai Eco dan RM2. Macam berus gigi boleh dapat 4-5 batang. Cukup la tu. Jimat.Kalau ada tanah extra walaupun sekangkang kera, boleh bercucuk tanam sayur sayuran yang mudah seperti sawi,kangkung, bayam dan sebagainya. Tak ruang macam kat flat atau apartmen, pun boleh guna kaedah hidroponik. Kat balkoni pun jadi.
  3. Kurangkan Hutang
    Hutang menyebabkan ramai yang semakin tertekan. Kurangkan hutang yang anda. Kalau ada hutang, cuba untuk kurangkan hutang yang anda. Selesaikan dulu hutang yang sedikit. Jadi tutup lubang hutang satu persatu. Jangan tambah sampai tak sempat nak tutup. Itu cari nahas namanya.Jika takde arah, boleh minta bantuan AKPK untuk membantu anda menyelaras dan menguruskan hutang anda. Jangan jadi orang yang hilang akal terjun bangunan, jambatan disebabkan masalah hutang. Ada agensi yang boleh bantu anda untuk kaunseling dan sebagainya.

Itu adalah antara yang boleh kita buat. Ini adalah benda yang boleh kita kawal. Abaikan perkara yang tidak boleh kita kawal. Kita teruskan kehidupan seperti biasa. Amalkan hidup yang sihat. Jangan risau, Allah kan ada. Perbanyakkan solat dan doa. Insyallah akan ada jalan penyelesaiannya.

Hidup tak selalunya indah. Ujian adalah untuk hambanya kembali kepadanya.

Artikel Berkaitan
  • GST Atau SST Jadi Harga Murah? Eh Kenapa Naik Harga Pulak!
    Serius semalam mula SST dilaksanakan. Macam-macam cerita yang diviralkan sampaikan ada kedai makan p...
  • Implikasi Harga Minyak Naik Di Malaysia
    Apa yang rakyat risaukan telah berlaku. Pak Lah memang suka wat kejutan. Pilihanraya mengejut. Naik ...
  • Nak Tukar Harga SMS pada Sistem Sms
    Saya menerima satu email yang bertanya tentang bagaimana untuk menukar harga sms yang dicaj kepada p...
  • Debat Anuar Ibrahim & Shabery
  • Buat Kad Kahwin Sendiri Dengan Software Kad Kahwin
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Post Views: 120
Klik Untuk Share..Semoga Bermanfaat Kat kawan Anda.
Share
Tweet
Email
Prev Article
Tags:barang naik hadapi kemelesetan ekonomi tambah pendapatan tambat duit

Related Articles

Hukum Tukaran Wang Asing dan (Forex) Salah Disisi Undang Undang?
Ramai yang tertanya tanya apakah hukum perdagangan wang asing atau …

Hukum Tukaran Wang Asing dan (Forex) Salah Disisi Undang Undang?

Keputusan PRU 13 Yang Mengemparkan Inilah kebanyakan orang tungu-tunggu dalam …

Keputusan PRU 13

Leave a Reply

Entri Terbaru

  • Ini Kronologi Scammer Parcel Lakukan Dan Bagaimana Menanganinya
  • Harga Barang Naik. Apa Yang Boleh Kita Buat?
  • Krisis Makanan Dunia Semakin Menjadi Nyata
  • Youtuber Indonesia Ditahan, Harta Disita Berikutan Penipuan Judi Online
  • Panggilan Telefon Dari LHDN – Scam atau Betul?

Recent Comments

  • sham on Ini Kronologi Scammer Parcel Lakukan Dan Bagaimana Menanganinya
  • Shahira Sulwani on Ini Kronologi Scammer Parcel Lakukan Dan Bagaimana Menanganinya
  • sham on Seorang Wanita Rugi RM3500 Terjebak Dalam Penipuan Parcel
  • zue on Seorang Wanita Rugi RM3500 Terjebak Dalam Penipuan Parcel
  • sham on Penipuan Parcel Dari Luar Negara
  • Sis on Penipuan Parcel Dari Luar Negara
  • Sis on Penipuan Parcel Dari Luar Negara
  • sham on Kos Membersihkan Kebun
  • Azani on Kos Membersihkan Kebun
  • sham on Penipuan Parcel Dari Luar Negara

Shamsuriyadi.com

Buat Duit Online
Copyright © 2023 Shamsuriyadi.com

Before you go

You may also be interested in these posts:

buat duit online

Buat Duit Online Tanpa Perlu Menjual Hanya Dari Rumah

Disaat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini ramai yang cuba mencari jalan bagai…

Cadangan Bagaimana Untuk Mengatasi Kenaikan Harga Barang

Sekarang ini banyak betul barang mengalami kenaikan harga berikutan penarikan su…

Implikasi Harga Minyak Naik Di Malaysia

Apa yang rakyat risaukan telah berlaku. Pak Lah memang suka wat kejutan. Pilihan…