Skim Cepat Kaya: SpeedLineGlobal.com


Ini adalah skim cepat kaya yang berteraskan trading forex yang dispam ke emel saya sekejap tadi. Nampaknya susah betul skim cepat kaya nak berkubur. Kini pelbagai skim baru timbul dan tengelam. Nama berubah, modus operandinya tetap sama. Yang ini pula namanya speedlineglobal.com.

Daripada laman web rekrut skim ini, mereka mendakwa mereka boleh memberikan bonus 1%-3% sehari selama 100 hari kepada mereka yang melabur. Ia jelas satu skim pelaburan yang haram dan bertentangan dengan undang-undang Malaysia. Ia juga haram di dalam Islam.

Saya menyatakan skim ini adalah skim cepat kaya disebab oleh:

1. Pelaburan yang menjanjikan pulangan yang tetap adalah haram. Malah mereka yang mempromosikan skim cepat kaya boleh didenda sebanyak RM1 juta jika didapati bersalah.

2. Forex sendiri adalah salah satu daripada transaksi yang diharamkan dalam Islam. Sila rujuk artikel Ustaz Zaharuddin tentang hukum Forex dan Melabur dalam Forex.

3. Tindakan laman web ini mencari rekrut dan mengambil wang untuk tujuan pelaburan adalah salah disisi undang undang. Untuk mengambil deposit, mereka perlu mempunyai lesen (BAFIA) yang dikeluarkan daripada Bank Negara Malaysia. Syarikat atau individu tidak boleh mengambil deposit pelaburan tanpa lesen.  Ia akan dikira pengubahan wang haram jika dikesan.

4. Mereka menawarkan level-level downline seperti syarikat Multi Level Marketing. Ia juga memerlukan lesen AJL.

5. Daripada cara mereka beroperasi, ia seolah olah skim PONZI dimana duit pelabur baru akan digunakan untuk membayar pelabur lama. Ia akan terhenti apabila tiada pelabur baru yang masuk.

6. Lesen pendaftaran Syarikat tidak boleh dijadikan bukti mereka menjalan perniagaan yang beretika. Malah ia boleh dipalsukan seperti yang berlaku pada SSM dimana mereka mendaftar syarikat dengan mengunakan alamat palsu.

7. Forex merupakan satu perdagangan yang mempunyai risiko yang sangat tinggi. Pasti ada untung dan rugi. Jadi syarikat tidak boleh menjanjikan keuntungan sepanjang masa sedangkan mereka juga berisiko untuk rugi.

8. Program sebegini cenderung kepada perkara yang diharamkan dalam Islam. Mencari rezeki yang halal adalah satu kewajiban kepada semua orang Islam. Walaupun ia membayar apa seperti yang didakwa, ia cenderung kepada hasil yang Haram sebab ia bersumberkan perdagangan Forex yang diharamkan dalam Islam.

Ia ada antara ulasan boleh saya berikan. Ia bukan untuk menutup peluang mereka yang ingin menambah duit di zaman yang penuh pancaroba ini. Masih ada banyak sumber rezeki yang Halal yang boleh dilakukan. Ia mungkin tidak lumayan, sekurang kurangnya ia halal dan bebas daripada unsur riba di dalamnya.

Satu nasihat daripada saya… Bukan Senang Nak Senang, Bukan Susah Nak Susah.

Sebenarnya tidak perlu mengkaji secara mendalam, andainya ada unsur gharar atau riba dalam transaksi perniagaan mereka.Ia boleh dielakkan kerana hasilnya mungkin adalah HARAM.

Pemilik laman web ini pasti dalam pemerhatian pihak berkuasa.

P/S: JIka pemilik skim ini ada bukti mereka mempunyai lesen daripada BANK NEGARA Malaysia untuk mengutif wang untuk pelaburan. Saya akan remove post ini. Saya juga akan emelkan kepada pihak bank negara untuk tindakan lanjut tentang laman web ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Incoming search terms:

  • pelaburan yds
Klik Untuk Share..Semoga Bermanfaat Kat kawan Anda.

Comments 5

  1. Gerobok September 25, 2011
  2. sham September 25, 2011
  3. JimieRay October 17, 2011
  4. teruna desa November 6, 2011
  5. lan86 February 9, 2012

Leave a Reply

error: Content is protected !!